Pengantar Kepada Ilmu Logik: “Logik Samar” Dan “Logik Tegar”

Logik itu terbahagi kepada dua. Logik Tegar dan Logik Samar. Logik Tegar adalah sesuatu perkara yang disepakati oleh semua. Logik Samar pula adalah sesuatu perkara yang mengundang perselisihan.

Di dalam memahami “logik” kita tertakluk kepada pancaindera kita yang tujuh yakni deria sentuh, deria rasa (lidah), deria dengar, deria lihat, deria fikir, deria cium dan deria rasa (hati). Kesemua deria-deria ini akan diputuskan oleh deria fikir yang berpusat di otak. Oleh itu peranan otak adalah sangat penting dalam memutuskan sesuatu tindakan setelah sesuatu perkara itu ditafsirkan otak. Otak kita terbahagi kepada dua iaitu “Otak Kiri” dan “Otak Kanan” (lihat figur 1).

Figur 1: Pandangan atas bagi “otak kiri” dan “otak kanan” yang sangat memainkan peranan bagi kita membuat keputusan tentang sesuatu.

Fungsi “Otak Kanan” adalah untuk menafsirkan sesuatu secara Logik Tegar. Fungsi “Otak Kiri” adalah untuk menafsirkan sesuatu secara “Logik Samar”.

Orang yang biasa menggunakan fungsi Otak Kanan adalah golongan seperti saintis, doktor, etis, peguam, jurutera, ahli politik, ahli falsafah DLL. Oleh itu mereka adalah Golongan Logik Tegar. Orang yang biasa menggunakan fungsi Otak Kiri adalah golongan seperti agamawan, sasterawan, bomoh, ahli falsafah, mereka yang telah matang bagi membuat keputusan sesuatu perkara secara “Logik Tegar”. Jadi mereka adalah Golongan Logik Samar.

Jadi dua golongan ini bergantung kepada usia dan kematangan mereka. Jika mereka telah matang maka mereka menggunakan bahagian otak masing-masing secara bertukar-tukar. Jika mereka belum matang maka kerjaya mereka bergantung kepada kerjaya mereka.

Tulisan juga memainkan peranan. Tulisan Latin adalah dari kiri ke kanan. Jadi tulisan ini ialah dari abstrak atau samar ke Logik Tegar. Tulisan Arab adalah dari kanan ke kiri. Ini bermakna bahawa tulisan ini adalah dari Logik Tegar kepada Logik Samar. Buku-buku dalam Bahasa Liturgal contohnya al-Quran di dalam Bahasa Arab; temanya banyak “Logik Samar”. Injil di dalam Bahasa Greek; temanya banyak tentang “Logik Tegar” walau ia membincangkan “Ketuhanan”.

Sebagaimana saya berkata bahawa Logik Tegar biasanya disepakati oleh semua. Tetapi, Injil, di dalam Bahasa Greek membahaskan Ketuhanan bahawa harus menepati piawai “Logik Tegar”. Al-Quran di dalam Bahasa Arab membahaskan Ketuhanan bahawa ia adalah “Logik Samar”.

Cara al-Quran disusun; hanya mereka yang beraliran Logik Samar sahaja dapat memecahkan kod-kod al-Quran. Cara Injil disusun; hanya mereka yang beraliran Logik Tegar sahaja dapat memecahkan kod-kod Injil.

Menggunakan Otak Kiri atau Otak Kanan secara “tunggal” boleh mengundang kesakitan dan kegagalan. Kedua-dua bahagian otak ini seharusnya digunakan secara berselang-seli. Penyakit yang biasa dideritai oleh orang yang hanya menggunakan Bahagian Otak Kiri adalah strok di sebelah kanan. Penyakit yang biasa dideritai oleh orang yang hanya menggunakan Bahagian Otak Kanan adalah strok di sebelah kiri.

Oleh itu kedua-dua bahagian otak ini seharusnya digunakan secara berselang-seli. Keputusannya adalah begitu menguja di dalam hidup.

KITAB AL-ISTHBAT (كتاب الإثبات): PADA MENGUKUHKAN WAHYU YANG DITERIMA OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. SEPERTI DICERITA OLEH SURAH AN-NAJM

Ada 4 tempat dalam Surah an-Najm yang secara jelas menyebut perkataan dari dasar W-H-Y (وحي). Wahyu di sini adalah dari malaikat. Ia bukan wahyu secara langsung dari Tuhan yang menghasilkan hadis qudsi. Dari perantaraan malaikat juga ia menghasilkan hadis-hadis yang banyak.

Ayat pertama:

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. [Surah an-Najm:4]

Ayat kedua:

فَأَوْحَىٰ إِلَىٰ عَبْدِهِ مَا أَوْحَىٰ

Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya. [Surah an-Najm:10]

Jadi apa yang ditutur oleh Muhammad s.a.w. itu adalah apa yang diwahyukan.

Siapakah yang disifatkan di dalam ayat ini sebagai ‘yang sangat kuat’?:

عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ

wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -[Surah an-Najm:5]

Tiada dalam Surah an-Najm menyebut secara jelas nama malaikat Jibril. Untuk mengetahui yang memberi wahyu kepada nabi itu adalah Jibril adalah dengan memahami maksud ayat ke-5 Surah an-Najm.

Saya di dalam mengkaji dan berhubung dengan Alam Ghaib, tiada saya jumpa di kalangan para malaikat yang paling berilmu dan sangat kuat melainkan Jibril.

Oleh itu yang mengajar dan memberi wahyu kepada nabi itu adalah Jibril. Mengapakah dengan Jibril mengajar itu menghasilkan wahyu? Jibril mengajar nabi (عَلَّمَهُ) kerana nabi berhajat diajar. Mengapa begini? Kita perlu kembali kepada natijah wahyu yakni hadis-hadis yang banyak. Ada hadis sahih, hasan dan dhaif. Ada juga hadis maudhuk. Hadis dhaif ada yang ditolak hingga menjadi maudhuk di kalangan ahli hadis.

Ilmu hadis bukan setakat dirayah (دِرَايَة) tapi riwayah (رِوَايَة). Ia bukan setakat sanad tapi matan juga.

Kalau nabi tidak berhajat kepada diajar oleh ‘yang sangat kuat’ itu maka semua hadis adalah hadis sahih. Nabi adalah manusia seperti kita semua.

Para malaikat juga diwahyukan oleh Allah kepada mereka:

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الْأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ

(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka” [Surah al-Anfal:12]

Jadi wahyu dari Allah kepada nabi itu mempunyai satu lapis yakni dengan perantaraan malaikat. Apa yang Jibril ingin mengajar nabi itu adalah tentang sesuatu kefahaman di dalam perkara tertentu. Ketika atau selepas Jibril mengajar nabi tentang sesuatu perkara ketika itu maka setelah itu diwahyukan kepada nabi. Ia satu kefahaman wahyu dari Jibril untuk memperbetulkan kefahaman nabi. Sebab itu nabi berhajat kepada diajar oleh Jibril dalam semangat ayat ke-5 Surah an-Najm. Ini dapat dilihat selepas ayat ke-5 Surah an-Najm itu datang ayat ke-10 Surah an-Najm yakni setelah Jibril merupa manusia atau dalam keadaan ghaib selepas turun dari ufuk yang tinggi:

وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَىٰ

Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit); [Surah an-Najm:7]

Sedangkan wahyu itu terdiri dari 3 bentuk:

وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana. [as-Syura:51]

Pertama: secara langsung dari Allah. Ia dikenali hadis qudsi.

Kedua: secara di belakang tabir.

Ketiga: secara diutuskan malaikat yang menyampaikan wahyu.

Cara bagaimana ‘secara di belakang tabir’? Ia boleh secara ar-ru’u (ُالرُوْع). Bagaimana pula cara ini? Ia dalam benak atau hati nabi. Iaitu dengan berhubung dengan malaikat tertentu secara rupa tertentu.

Ia juga boleh secara Jibril dalam keadaan ghaib dan bercakap secara ghaib atau menekan dengan pancaran tenaga pada dahi nabi sehingga terhasil wahyu yang bersifat hadis. Jibril memancarkan tenaganya yang kuat di dahi nabi. Lalu nabi bercakap apa yang diajar oleh Jibril melalui pancaran tenaga itu. Nabi tiada kemampuan untuk melawan tenaga ini. Ini satu proses wahyu dari Jibril. Ini boleh berlaku secara Jibril dalam keadaan ghaib atau merupa seseorang. Kaedah ini menyebabkan nabi sedar bahawa orang yang sedang menyamar dalam rupa tertentu itu adalah Jibril.

Jibril kadang-kadang mengambil rupa stok wajah yang ada di Bumi ini. Jika tiada pancaran tenaga Jibril pada dahi nabi maka nabi tak tahu yang itu adalah Jibril. Tapi stok wajah yang ada di Bumi ini bila diambil wajah oleh Jibril begitu lah bersifat seperti stok wajah itu. Maka nabi kena memerhati kata-kata orang di depannya. Sebelum membuat pemahaman itu adalah Jibril yang sedang menyamar. Kaedah ‘melihat melalui hati’ seperti disebut ayat ke-11 Surah an-Najm ini menjelaskan nabi mengesannya melalui hati.

Berkenaan ar-ru’u ( ُالرُوْع) dapat dilihat dalam hadis ini:

أخرجه مسلم في “صحيحه”، كتاب : صفة القيامة والجنة والنار باب مثل المؤمن مثل النخلة (8/ 137) رقم (2811).

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ الْغُبَرِيُّ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ ، حَدَّثَنَا أَيُّوبُ ، عَنْ أَبِي الْخَلِيلِ الضُّبَعِيِّ ، عَنْ مُجَاهِدٍ ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا لِأَصْحَابِهِ : ” أَخْبِرُونِي عَنْ شَجَرَةٍ مَثَلُهَا مَثَلُ الْمُؤْمِنِ “. فَجَعَلَ الْقَوْمُ يَذْكُرُونَ شَجَرًا مِنْ شَجَرِ الْبَوَادِي، قَالَ ابْنُ عُمَرَ : وَأُلْقِيَ فِي نَفْسِي – أَوْ رُوعِيَ – أَنَّهَا النَّخْلَةُ، فَجَعَلْتُ أُرِيدُ أَنْ أَقُولَهَا، فَإِذَا أَسْنَانُ الْقَوْمِ ، فَأَهَابُ أَنْ أَتَكَلَّمَ، فَلَمَّا سَكَتُوا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” هِيَ النَّخْلَةُ “.
(… ) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَابْنُ أَبِي عُمَرَ ، قَالَا : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنِ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ ، عَنْ مُجَاهِدٍ ، قَالَ : صَحِبْتُ ابْنَ عُمَرَ إِلَى الْمَدِينَةِ، فَمَا سَمِعْتُهُ يُحَدِّثُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا حَدِيثًا وَاحِدًا ؛ قَالَ : كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأُتِيَ بِجُمَّارٍ، فَذَكَرَ بِنَحْوِ حَدِيثِهِمَا.
(… ) وَحَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ ، حَدَّثَنَا أَبِي ، حَدَّثَنَا سَيْفٌ ، قَالَ : سَمِعْتُ مُجَاهِدًا يَقُولُ : سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ يَقُولُ : أُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجُمَّارٍ، فَذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِهِمْ.

Dan juga hadis ini:

أخرجه أحمد في “المسند” (18/ 50) رقم (11472).

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ أَبُو أَحْمَدَ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ النُّعْمَانِ أَبُو النُّعْمَانِ الْأَنْصَارِيُّ بِالْكُوفَةِ، عَنْ سُلَيْمَانَ ابْنِ قَتَّةَ ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْثًا، فَكُنْتُ فِيهِمْ، فَأَتَيْنَا عَلَى قَرْيَةٍ، فَاسْتَطْعَمْنَا أَهْلَهَا، فَأَبَوْا أَنْ يُطْعِمُونَا شَيْئًا، فَجَاءَنَا رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْقَرْيَةِ، فَقَالَ : يَا مَعْشَرَ الْعَرَبِ، فِيكُمْ رَجُلٌ يَرْقِي ؟ فَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ : قُلْتُ : وَمَا ذَاكَ ؟ قَالَ : مَلِكُ الْقَرْيَةِ يَمُوتُ. قَالَ : فَانْطَلَقْنَا مَعَهُ، فَرَقَيْتُهُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ، فَرَدَّدْتُهَا عَلَيْهِ مِرَارًا، فَعُوفِيَ، فَبَعَثَ إِلَيْنَا بِطَعَامٍ، وَبِغَنَمٍ تُسَاقُ، فَقَالَ أَصْحَابِي : لَمْ يَعْهَدْ إِلَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا بِشَيْءٍ، لَا نَأْخُذُ مِنْهُ شَيْئًا حَتَّى نَأْتِيَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَسُقْنَا الْغَنَمَ حَتَّى أَتَيْنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَحَدَّثْنَاهُ، فَقَالَ : ” كُلْ وَأَطْعِمْنَا مَعَكَ، وَمَا يُدْرِيكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ؟ ” قَالَ : قُلْتُ : أُلْقِيَ فِي رُوعِي .

Jibril itu sendiri adalah salah satu sebesar-besar tanda-tanda Tuhan. Nabi melihat dua kali Jibril dalam rupa asal. Pertama di bumi yang mana saiznya memenuhi ufuk Barat dan Timur serta mempunyai 600 sayap. Dan di ketika berada di Sidratul Muntaha. Rupa asal Jibril adalah berjisim atau bertubuh dari cahaya yang indah.

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, [Surah an-Najm:13]

لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ

Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. [Surah an-Najm:18]

Kita telah faham bahawa Jibril lah yang diceritakan di dalam Surah an-Najm mengajar dan menyampaikan wahyu kepada nabi.

Adakah al-Masih Isa Ibnu Maryam Seorang Agamawan Pluralist?

‘Pluralist’ adalah Bahasa Inggeris. Oxford Dictionary mentafsirkan pluralist sebagai “an advocate of a system in which two or more states, groups, principles, sources of authority, etc., coexist: religious pluralists.”

Mengapa saya bertanya: Adakah al-Masih Isa Ibnu Maryam Seorang Agamawan Pluralist?

Saya merujuk al-Quran:

إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْكَ وَعَلَىٰ وَالِدَتِكَ إِذْ أَيَّدتُّكَ بِرُوحِ الْقُدُسِ تُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلًا وَإِذْ عَلَّمْتُكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَإِذْ تَخْلُقُ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي فَتَنفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِي وَتُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ بِإِذْنِي وَإِذْ تُخْرِجُ الْمَوْتَىٰ بِإِذْنِي وَإِذْ كَفَفْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَنكَ إِذْ جِئْتَهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: “Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata” [al-Maedah:110]

Frasa : ” ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil;” (وَإِذْ عَلَّمْتُكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ)

Perkataan al-Kitab (الْكِتَابَ) saya telah debatkan di arena lain bahawa ia adalah ‘al-Quran’. Selain al-Quran, Nabi Isa juga menguasai Taurat dan Injil. Ini sebab saya bertanya: Adakah al-Masih Isa Ibnu Maryam Seorang Agamawan Pluralist?

Soalan pertama: Adakah dengan menguasai kitab menjadikan seseorang ‘pluralis’? Kalau dengan membaca Taurat dan Injil selain al-Quran menyebabkan seseorang menjadi pluralis maka Nabi Isa adalah seorang pluralis.

Perkara Taurat dan Injil; kedua-duanya adalah ‘Kata-Kata-Nya’ yakni Tuhan Sekalian Alam. Di dalam al-Quran Tuhan Sekalian Alam ini dikenali sebagai ‘Allah’ (اللَّهُ). Di dalam Taurat Tuhan Sekalian Alam dikenali sebagai ‘Yahweh’ (יְהוָ֔ה)[Genesis:2:4] Di dalam Injil Tuhan Sekalian Alam dikenali sebagai ‘Abba’ (ἀββα) [Mark 14:36] ‘Patēr’ (πατήρ). Ia adalah Zat yang sama tapi mempunyai sifat berbeza. Ini alasan mengapa di dalam al-Quran; Dia dikenali Allah. Di dalam Taurat; Dia dikenali sebagai Yahweh. Di dalam Injil; Dia dikenali sebagai ‘Ayah’. *Ayah di sini dieja dengan huruf A besar bagi membezakan ‘ayah kandung’ dengan Tuhan (θεός) (Theos) di dalam Injil. Sedang al-Masih Isa Ibnu Maryam itu disifatkan sebagai ‘The Son of God’ (Anak Tuhan)(υἱὸς θεοῦ).

Luke 1:35

35) καὶ ἀποκριθεὶς ὁ ἄγγελος εἶπεν αὐτῇ· πνεῦμα ἅγιον ἐπελεύσεται ἐπὶ σὲ καὶ δύναμις ὑψίστου ἐπισκιάσει σοι· διὸ καὶ τὸ γεννώμενον ἅγιον κληθήσεται υἱὸς θεοῦ.

35) The angel answered her, “The Holy Spirit will come on you, and the power of the Most High will overshadow you. Therefore also the holy one who is born from you will be called the Son of God.

Taurat itu dalam Bahasa Hebrew. Injil itu dalam Bahasa Greek. Injil merupakan sebuah kitab samawi yang diturunkan kepada al-Masih Isa Ibnu Maryam. Saya akan membincang di tempat lain, insyaAllah, dengan tajuk “Apa itu Injil?”

Jadi ‘Adakah al-Masih Isa Ibnu Maryam Seorang Agamawan Pluralist?’ kerana selain al-Quran dia juga membaca Taurat dan Injil?

Dengan membaca kitab-kitab samawi, dengan syarat dalam bahasa asal, bukanlah seorang pluralis kerana kitab-kitab itu dari Tuhan yang sama cuma Nama berbeza dan bahasa berbeza.

Bible bukanlah Taurat dan Injil. Tiada di dalam al-Quran bahawa kita wajib beriman kepada Bible. Kita hanya WAJIB beriman kepada Taurat dan Injil sebagai RUKUN KEDUA IMAN. Bible adalah ‘terjemahan’ kepada Taurat dan Injil. Saya telah buktikan melalui membaca Bible dalam Bahasa Inggeris atau Alkitab dalam Bahasa Indonesia itu boleh merosakkan akidah kerana maknanya lari dari asal Injil atau εὐαγγέλιον (euangélion) dalam Bahasa Greek. Ia dipanggil Injil di dalam al-Quran kerana kitab ini yang diturunkan dalam Bahasa Greek ia disebut euangélion.

Mark 16:15

15) καὶ εἶπεν αὐτοῖς· πορευθέντες εἰς τὸν κόσμον ἅπαντα κηρύξατε τὸ εὐαγγέλιον πάσῃ τῇ κτίσει.

15) He said to them, “Go into all the world, and preach (εὐαγγέλιον) the Good News to the whole creation.

Begitu juga Taurat disebut dalam Deutronomy 31:24

וַיְהִ֣י כְּכַלֹּ֣ות מֹשֶׁ֗ה לִכְתֹּ֛ב אֶת־ דִּבְרֵ֥י הַתֹּורָֽה־ הַזֹּ֖את עַל־ סֵ֑פֶר עַ֖ד תֻּמָּֽם׃

24) It happened, when Moses had made an end of writing the words of this law in a book, until they were finished,

Injil atau εὐαγγέλιον dalam Bahasa Greek bermaksud ‘Berita Gembira’. Taurat atau תּוֹרָה dalam Bahasa Hebrew bermaksud “Undang-Undang”. Sebagaimana al-Quran dalam Bahasa Arab bermaksud ‘Bacaan’.

Mengapa saya berkata Bible bukan Injil? Saya telah jelaskan sedikit di atas. Keduanya, umat Islam dalam membaca al-Quran, mereka diasuh dari kecil dengan Alif Ba Ta untuk memahami Bahasa Arab. Mereka hanya baca terjemahan untuk penjelasan dalam bahasa mereka. Mereka diasuh untuk memahami sebaik mungkin makna dalam Bahasa Arab. Sedangkan Orang Kristian membaca Bible dalam terjemahan bahasa masing-masing. Saya dapati ada penyelewengan serius di dalam Bible. Ia ditokok dan ditambah dari Bahasa Greek.

Jadi tema al-Quran, Taurat dan Injil adalah sama yakni mengesakan Tuhan Sekalian Alam. Saya boleh bawa di sini ayat-ayat di dalam Injil atau εὐαγγέλιον yang temanya sama dengan al-Quran. Hasil perbincangan saya dengan Orang Kristian, mereka sebenarnya terkeliru, dikelirukan dan mengelirukan ayat-ayat Tuhan di dalam Injil atau εὐαγγέλιον. Sedangkan Kata-Kata-Nya yang bernama Injil atau εὐαγγέλιον itu bersifat qadim seperti al-Quran dan Maha Suci dan Sempurna dari sebarang aib.

Tidaklah al-Masih Isa Ibnu Maryam itu seorang pluralis. Apa yang paling jelas ayat al-Maidah:110 di atas “Aku mengajar kamu” (وَإِذْ عَلَّمْتُكَ). Allah sendiri yang mengajar Isa Taurat dan Injil. Siapa kita untuk mencabar Allah?

MIHRAB: MAKNA DAN FUNGSI

Mihrab atau di dalam tulisan Arabnya الْمِحْرَاْبُ adalah dari perkataan harb atau حَرْبٌ atau perang. Maka mihrab adalah tempat berperang. Ia dinamakan mihrab kerana ia tempat berperang dengan syaitan.

Di manakah mihrab? Adakah ia di masjid atau boleh di tempat tertentu seperti rumah?

Kita teliti dulu ayat-ayat al-Quran berkenaan mihrab. Ada 4 ayat berkenaan mihrab:

1)
فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِندَهَا رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّىٰ لَكِ هَٰذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”.[al-e-‘Imran:37]

2)

فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَىٰ مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِّنَ الصَّالِحِينَ

Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”.[al-e-‘Imran:39]

3)

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ مِنَ الْمِحْرَابِ فَأَوْحَىٰ إِلَيْهِمْ أَن سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا

Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: “Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang”.[Maryam:11]

4)

وَهَلْ أَتَاكَ نَبَأُ الْخَصْمِ إِذْ تَسَوَّرُوا الْمِحْرَابَ

Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat (Mihrab); [Sad:21]

Jika dilihat keempat-empat ayat ini mihrab merupakan amalan Maryam, Nabi Zakaria dan Nabi Daud.

Tadi kita telah bersoal “Di manakah mihrab? Adakah ia di masjid atau boleh di tempat tertentu seperti rumah?”

Ia boleh di masjid sebagaimana umum memahaminya tetapi ia juga boleh di rumah. Paling afdal mihrab adalah di rumah.

Masjid itu sendiri bukanlah sebagaimana awam memahaminya ia adalah sebuah bangunan. Bangunan itu boleh dalam bentuk rumah di mana di situ terletak mihrab.

Perkataan masjid atau ُالمَسْجِد bermakna ‘tempat dilakukan sujud’. Sujud itu boleh dilakukan di rumah. Ini dapat dilihat dalam ayat 87 Surah Yunus bahawa rumah boleh dijadikan tempat solat. Maka di situ terletak mihrab.

Apa yang menarik dalam ayat ini sudah wujud kiblat di Zaman Musa jika dibaca ayat itu tanpa mentakwilnya:

وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ وَأَخِيهِ أَن تَبَوَّآ لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا وَاجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): “Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah rumah-rumah kamu (kiblat) tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)”. [Yunus:87]

Jika dilihat dalam al-e-‘Imran:39 malaikat mengkhabarkan Nabi Zakaria berkenaan dia akan mendapat anak yang bernama Yahya ketika dia berdiri untuk menunaikan solat di mihrab.

Ini bermakna berhubung dengan makhluk rohani yakni malaikat secara beribadat di mihrab. Sayugia di rumah bukan di masjid yang difahami awam. Telah dihujahkan di Zaman Musa tempat solat adalah di rumah: Yunus:87. Maka di rumah dipilih tempat tertentu sebagai mihrab.

Jika kita berkata mihrab hanya di masjid maka bagaimana Zakaria mendapati Maryam di mihrabnya sedangkan dia perempuan? Ini bermakna mihrab Maryam di rumahnya. Jika kita berkata mihrab Daud di masjid bagaimana dua orang yang mempunyai pertikaian perlu memanjat? Ini bermakna mihrab Daud di tempat tertutup yang bukan masjid.

Semua ini adalah ayat al-Quran yang masih terpakai hukum-hukumnya. Kita tak boleh mendakwa ini syariat nabi-nabi dan umat terdahulu. Telah diujarkan bagaimanakah bentuk solat nabi-nabi dan umat terdahulu? Telah diujarkan bagaimanakah bentuk solat Nabi Muhammad sebelum menerima solat dari Tuhan di malam Israk dan Mikraj? Jadi tiada dalih dalam menolak hukum al-Quran di atas berkenaan mihrab.

Sayugia, setiap umat Islam mempunyai satu mihrab seorang. Tapi masjid dalam erti kata awam tidak lah satu kepalsuan kerana ada solat Jumaat. Bentuk solat Jumaat itu perlu dilakukan dengan jumlah melebihi 40 orang. Bentuknya berhajat kepada sebuah masjid sebagaimana difahami awam. Tapi kewujudan mihrab dan masjid dalam ertikata tempat solat di rumah tidak tertolak dengan ada dalil dari Yunus:87 dan fahaman masjid dari segi bahasa.

أخرجه مسلم في “صحيحه”، كتاب : المساجد ومواضع الصلاة استحباب صلاة النافلة في بيته وجوازها في المسجد (2/ 188) رقم (780).

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ – وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيُّ – عَنْ سُهَيْلٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ؛ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ “.

Diriwayatkan oleh Muslim di dalam ‘Sahihnya’, Kitab: al-Masajid dan tempat-tempat solat adalah disunatkan solat sunat di rumahnya dan diharuskan di masjid (188/2) Bil (780)
Menceritakan kami Qutaibah bin Said, menceritakan kami Ya’kub – dan dia Ibnu Abdul Rahman al-Qari- dari Suhail, dari ayahnya, dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca padanya Surah al-Baqarah.”

Tentang masjid saya akan kupas di tempat lain. Saya ingin bicara tentang mihrab. Mihrab itu dalam ertikata Melayu adalah tempat suluk di rumah. Ia untuk kerohanian bukan setakat untuk berperang dengan syaitan tapi berhubung dengan makhluk suci seperti malaikat dalam erti ayat al-e-‘Imran:39. Ia lebih sesuai secara terpencil di rumah berbanding di masjid yang difahami awam bagi mengelak fitnah. Zikir di tempat terbuka berbeza dengan zikir di mihrab rumah.

Penzahiran Emas Alam Ghaib: Secara Sedutan Jarum Emas dan Keris Luk 13 Serta Tasbih Kenaung DLL

Pendahuluan

Ternyata anda yang membaca tulisan ini samada bagi mengesahkan bahawa adakah ada betul Emas Alam Ghaib dan satu jenis pembaca lagi untuk menambah ilmu-ilmu anda. Anda mungkin surirumah yang suka membeli barang-barang kemas sebagai perhiasan dan juga sandaran wang bila anda berkehendak wang dengan menjual barang-barang kemas tersebut. Anda mungkin juga pembeli emas melalui aplikasi atas talian. Anda mungkin juga peniaga emas. Maka anda semua adalah kategori kedua. Kategori pertama adalah orang yang mahu berjinak dengan emas. Orang begini kita beri masa dulu untuk mereka. Iqra! Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan!

Mengapakah emas diburu ramai? Selain harganya boleh naik hingga 50% dalam masa 10 tahun walau ada naik dan turunnya dalam masa itu tapi 50% dalam masa 10 tahun itu lebih menguntungkan dari FD.

Pengetahuan tentang emas harus ditambah lagi. Menuduh orang sesat dan tahyul itu mungkin ada peristiwa hitam dalam sejarah anda dan emas.

Al-Quran dan Emas

Di dalam al-Quran ada dua tempat berbeza yang menyebut tentang emas:-

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [al-e-‘Imran:14]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِّنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [at-Taubah:34]

Di dalam al-e-‘Imran:14 Allah menjelaskan memang sifat manusia suka menimbun emas. Di dalam at-Taubah:34 Allah menerangkan tentang balasan seksa pedih bagi mereka yang menggumpul emas tapi tidak menyumbangkan pada jalan Allah.

Jadi kita boleh faham bahawa tidak salah untuk mengumpul emas dengan syarat kita hendaklah menyumbang pada jalan Allah.

Emas Alam Ghaib

Adakah wujud Emas Alam Ghaib? Saudara-saudari pembaca perkara pertama al-Quran dan hadis mencerita tentang adanya Alam Ghaib. Jadi Alam Ghaib itu tidak kosong. Ia satu ‘ruang‘ yang wujud dalamnya makhluk-makhluk yang boleh berfikir seperti malaikat, jin dan manusia. Jadi ada juga di Ruang Alam Ghaib itu benda-benda termasuk emas. Di pertemuan-pertemuan yang lepas saya sudah bahaskan tentang Alam Ghaib berkenaan penghuni-penghuninya dan benda-benda yang ada di situ.

Alam Malaikat contohnya ia satu dimensi di mana adanya para malaikat di situ. Ia satu Ruang yang menghimpun Malaikat Bumi di situ. Ada juga Malaikat Langit. Tapi keberadaan Malaikat Langit adalah di langit. Mereka kadang-kadang turun juga ke Bumi untuk bertemu para nabi. Jibril contohnya keberadaannya adalah ‘di ufuk yang tinggi’ [an-Najm: 7]. Dia turun dari ufuk yang tinggi ke Bumi untuk bertemu nabi ‘maka adalah sejarak dua busur panah atau lebih dekat’ [an-Najm: 9]. Kita fokus pada Malaikat Bumi. Cuba kita fikir ketika malaikat-malaikat tertentu menyamar manusia yang sempurna, dari manakah mereka perolehi pakaian mereka serta kenderaan mereka? Adakah para malaikat juga berhajat pada barang-barang lantas ada Pasar Alam Malaikat Bumi di mana malaikat tertentu boleh mengumpul barang-barang yang dihajati mereka ketika menyamar? Malaikat juga berhajat pada mengumpul harta tujuan mereka melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Allah. Jikalah para malaikat tidak berhajat pada benda untuk melaksanakan tugas mereka yang diarahkan oleh Allah, bagaimanakah dan punca manakah wang yang saya zahirkan ketika saya bertukar menjadi orang kaya hatta apa rupa dan bangsa pun? Tentulah wajah-wajah itu wajah-wajah yang dipunyai oleh malaikat tertentu yang samada khadam suci malaikat saya atau yang bukan khadam yang telah berjaya memberi syafa’at kepada saya dengan keizinan dan keredhaan Allah [an-Najm:26]. Jadi mereka bersifat mengumpul harta juga. Malaikat tertakluk pada ilmu dan speed mereka serta maqam mereka di sisi Allah [as-Saafat:164]. Speed mereka tertakluk kepada bilangan sayap mereka. ‘Ada yang dua, ada yang tiga, ada yang empat’. Frasa (يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ)(Dia boleh menambah pada kejadiannya apa yang Dia mahu) itu bermaksud Allah boleh menambah bilangan sayap malaikat tertentu dan atau bilangan malaikat baru [al-Fathir:1]. Jibril dikatakan mempunyai 600 sayap dalam satu hadis. Sayap mereka menggambarkan pangkat mereka atau pun maqam mereka di sisi Allah. Mereka juga bersifat menuntut ilmu samada secara langsung dari Allah, mereka bertukar-tukar ilmu sesama mereka atau manusia yang berpengetahuan tinggi. Ini dilihat dalam dialog mereka dengan Allah yang mana Allah menyuruh malaikat mengkhabarkan nama-nama yang ditontonkan. Mereka tidak mampu. Tapi Adam mampu[al-Baqarah:31-33]. Al-Masih Isa Ibnu Maryam itu seperti Adam juga [al-e-Imran:59]. Adam telah berlalu. Kita lihat perkembangan tentang al-Masih Isa Ibnu Maryam.

Cincin Jarum Emas

Saya melihat dalam kedai-kedai atas talian bahawa Jarum Emas sudah mencapai harga mereka antara RM20,000.00 hingga RM50,000.00 bergantung kepada keindahan mereka. Walau di luar sana ia antara USD20 per carat tapi Jarum Emas ini bukan Big 4 (Delima, Berlian, Zamrud dan Nilam). Harga sesuatu permata disebabkan ada orang yang mengawal pasarannya. Saya diberitahu akik yang kuat menyedut duit sahaja dibeli oleh bomoh wanita Kelantan sebanyak RM40,000.00. Itu batu akik yang bukannya Big 4. Harganya boleh melambung bila pasarannya dikawal dan mempunyai permintaan tinggi. Sayugia jika anda memburunya di pasaran dalam keadaan harganya masih rendah.

Usah terjerat dengan jarum emas sintetik terutama yang baru bermain dalam batuan.

Saya percaya perantara untuk menarik Emas Alam Ghaib itu dengan permata jarum emas. Perlu ditegaskan bahawa di kalangan rutilated quartz ada juga yang berjarum hijau atau merah. Apa yang saya mahu kata adalah yang berjarum emas. Signifikannya yang berjarum emas ini untuk menarik Emas Alam Ghaib.

Jadi, penulis pula di manakah emas anda? Sembang sahaja kencang! Sabar! Saya bimbang anda terlatah bila melihat karenah saya tentang emas! Jadi saya kena bagitahu pada anda di mana lokasi yang menyimpan emas saya?

Saya yakin anda akan terlatah melihat lelaki memakai emas. Jemaah surau taman saya tidak melatah langsung! Ingin saya perkatakan walau wujud hadis-hadis yang menghalang lelaki untuk memakai emas tetapi sifat al-Masih Isa Ibnu Maryam itu ‘menghalalkan yang haram!'[al-e-‘Imran:50] Saya memakai gelang emas Pixin ini atas jemputan seorang malaikat yang melihat saya menjelma Orang Kaya!

Kita masih lagi dalam perbincangan Jarum Emas.

Saya berzikir (وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ) sebanyak 99 kali dengan tasbih teras kenaung serta menghembuskannya pada cincin jarum emas serta berdoa pada Allah untuk menzahirkan Emas Alam Ghaib.

Cincin Jarum Emas milik saya yang kaya dengan serat atau jarum emas

Cincin ini adalah berkhadam bernama يٰسٓ محمد نظير حسين يٰسٓ .

Keris Luk 13

Keris yang saya pakai adalah keris sengkelat ladrang.

Keris Naga Wangi berluk 13 (ladrang sengkelat)

Keris luk 13 dikaitkan dengan perbomohan menurut seorang guru. Seorang rakan saya memberitahu saya dia berjaya menzahirkan emas tersembunyi menggunakan keris luk 13. Ada yang berpendapat bahawa keris luk 13 adalah melambangkan ‘kekuasaan dan kerajaan‘. Menurut seorang kenalan yang merupakan kerabat Istana Perak keris berluk 13 di Malaysia tidak sampai 10 bilah. Saya faham keris luk 13 yang berkhadam. Memang pun untuk permohonan Emas Alam Ghaib dengan ‘perantara‘ keris luk 13 maka adalah dihajati yang berkhadam. Ia bagi menembus halangan-halangan yang wujud di sekitar lokasi Emas Alam Ghaib itu dan juga bagi keselamatan. Oleh kerana keris luk 13 itu dihajati yang berkhadam maka kita boleh mengajak berbual dengan khadam malaikat suci atau khadam jin keris luk 13 itu selepas menerima perkhabaran. Jadi selepas ia disahihkan perkhabarannya benar maka adalah tugas keris luk 13 untuk ‘menembus halangan-halangan yang wujud di sekitar lokasi Emas Alam Ghaib itu dan juga bagi keselamatan‘. Adalah mungkin di tempat Emas Alam Ghaib tertanam ada pengacau-pengacau yang dilepaskan samada oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang juga meminati Emas Alam Ghaib itu atau oleh ahli-ahli terdahulu yang cuba menzahirkannya tetapi tersekat. Saya diberitahu di satu lokasi di Rawang wujud Emas Alam Ghaib yang tertanam dan berlaku kejadian rasuk di situ apabila ada ahli yang hadir dirasuk. Maka ada makhluk ghaib yang masih ada atau ada di situ kerana ia dilepaskan di situ oleh pihak-pihak tertentu. Keris luk 13 boleh mewujudkan pagar ghaib atau untuk ‘mengunci’ bagi keselamatan kawasan Emas Alam Ghaib untuk proses penzahiran. Maka ahli-ahli majlis penzahiran Emas Alam Ghaib boleh menumpukan kepada tujuan munajat pada Allah dan kerja-kerja untuk menzahirkan Emas Alam Ghaib. Semasa ritual penzahiran keris luk 13 boleh diguna untuk menikam tanah sebagaimana kata seorang guru dan boleh digunakan bagi ritual penzahiran Emas Alam Ghaib.

Beberapa grup mengajak saya untuk menzahirkan emas, ada di Selangor, ada di Perak dan ada di Johor.

Wangian Dan Haruman

Wangian dan haruman merupakan aromaterapi bagi kita dan makhluk-makhluk ghaib yang terdiri dari malaikat dan jin yang bersama kita semasa proses sedutan Emas Alam Ghaib.

Minyak za’faron yang diadun bersama gaharu (berjenama Sarruti yang dikilang di Arab Saudi) di dalam bekas kaca. 6ML baru RM25.00. Di sebelahnya tali pusat kijang yang digunakan dalam pembuatan kasturi. Tasbih berwarna hitam itu adalah tasbih kenaung. Kenaung merupakan ‘Raja Segala Kayu-Kayan’. Khasiat yang ada pada mana-mana kayu adalah ada pada kayu kenaung.

Wangian dan haruman adalah salah satu kegunaan semasa zikir dan munajat serta ritual ibadat pada Allah untuk membenarkan dan menjayakan urusan penzahiran Emas Alam Ghaib.

Oleh itu anda perlu juga pakaian ibadat yang kebal. Mana tahu ketika berzikir ada syaitan atau mereka yang ingin cuba mengagalkan urusan penzahiran Emas Alam Ghaib. Ketika ‘menerawang‘ ini ada aktiviti menggagalkan urusan murni kita. Adakah wujud ritual menerawang? Kita berdalil pada (وَأُنَبِّئُكُم بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمْ)( Dan aku boleh memberitahu kamu apa yang kamu makan dan apa yang tersimpan di rumah kamu)[al-e-‘Imran:49]. Ia adalah kurniaan Allah pada al-Masih Isa Ibnu Maryam. Kita harus membuat satu perbincangan yang khusus berkenaan menerawang. Contohnya selepas menerima perkhabaran bahawa wujud di satu tempat ada Emas Alam Ghaib. Maka ritual zikir dan ibadat serta munajat pada Allah perlu dibuat untuk menerawang samada perkhabaran itu benar atau palsu. Proses zikir dan munajat adalah satu urusan yang penting juga. Hanya Allah yang boleh membenarkan dan mengizinkan kita. Oleh itu kita perlu pakaian yang cukup bersakti dan wangian serta haruman. Rida’ Kashmiri saya diperbuat dari bulu kambing dan ditenun dengan benang emas. Anda boleh perolehi barang-barang begini di kedai tertentu di Kuala Lumpur. Kita juga perlu Quran kecil untuk bacaan al-Quran. Kita harus melazimi Quran yang sama, sebagaimana pesan Jibril pada saya di salah satu pertemuan untuk tujuan keberkatan. Saya menggunakan Quran Damsyiq untuk tujuan bacaan al-Quran bila bergerak atau travel. Boleh dikatakan setiap al-Quran adalah berkhadam malaikat suci dan jin. Oleh itu milikilah al-Quran: satu untuk bacaan di rumah dan satu untuk bacaan bila kita bergerak keluar rumah. Al-Quran di rumah biasanya besar sedikit. Untuk bacaan masa kita bergerak keluar rumah ia harus pocket size agar senang di bawa ke mana-mana.

Seorang kawan saya berpangkat Dato’ Paduka memaklumkan saya dia habis hampir RM500,000.00 untuk memperolehi minyak za’faron sahaja kerana seorang guru menyuruhnya terbang ke Turki bagi memperolehi minyak itu. Hanya kedai itu dan di Turki sahaja minyak itu ada. Sebotol RM80,000.00. Dia membeli 5 botol. Campur urusan kapalterbang dan inapan di sana termasuk makan-minum dia habis RM500,000.00 untuk menzahirkan Emas Alam Ghaib. Bila balik ke Malaysia, guru itu menghilangkan Diri. Ada seorang ustaz menjual minyak karun katanya untuk zahirkan Emas Alam Ghaib dengan harga sebanyak RM30,000.00. Saya sudah jimatkan kos sebanyak RM25.00 dan botol kaca RM150.00.

Saya mengenal pasti hanya ada satu jenis wangian yang disebut dalam al-Quran iaitu kasturi (kijang)[al-Muthaffifin:26]. Ada 3 jenis wangian yang disebut hadis iaitu kasturi kijang, za’faron dan gaharu (al-bukhor al-jawi). Jadi ketiga-tiga wangian ini adalah wajib bagi orang ingin memburu Emas Alam Ghaib dan juga Dana Alam Ghaib.

خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ

Meterainya kasturi; – dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;[al-Muthaffifin:26]

أخرجه أحمد في “المسند” (44/ 319) رقم (26734).

حَدَّثَنَا مُعَمَّرُ بْنُ سُلَيْمَانَ الرَّقِّيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا خُصَيْفٌ ، عَنْ عَطَاءٍ ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهَا سَأَلَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الذَّهَبِ يُرْبَطُ بِهِ الْمَسَكُ – أَوْ : تُرْبَطُ – ؟ قَالَ : ” اجْعَلِيهِ فِضَّةً وَصَفِّرِيهِ بِشَيْءٍ مِنْ زَعْفَرَانٍ “.

Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam “al-Musnad” (44/ 319) bilangan (26734).

Menceritakan kami Mu’ammar Bin Sulaiman ar-Raqqi, berkat: Menceritakan kami Khusaif, dari Ata’, dari Ummu Salamah isteri Nabi saw, sesungguhnya bertanya Nabi saw berkenaan emas yang menyertai dengannya kasturi kijang (الْمَسَكُ)- atau disertakan? Bersabda: “Jadikan ia perak dan bebaskan ia dari za’faron (زَعْفَرَانٍ).”

أخرجه النسائي في “المجتبى”، كتاب الزينة باب النهي للمرأة أن تشهد الصلاة إذا أصابت من البخور (8/ 154) رقم (5128).

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ هِشَامِ بْنِ عِيسَى الْبَغْدَادِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو عَلْقَمَةَ الْفَرْوِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ ، قَالَ : حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ خُصَيْفَةَ ، عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلَا تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ “. قَالَ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ : لَا أَعْلَمُ أَحَدًا تَابَعَ يَزِيدَ بْنَ خُصَيْفَةَ عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ عَلَى قَوْلِهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَقَدْ خَالَفَهُ يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْأَشَجِّ، رَوَاهُ عَنْ زَيْنَبَ الثَّقَفِيَّةِ.

Diriwayatkannya oleh an-Nasaie di dalam “al-Mujtaba, kitab perhiasan bab larangan wanita untuk bersolat apabila terkena bukhur (154/8) bilangan (5128).

Menceritakan kami Muhammad Bin Hisyam Bin Isa al-Baghdadi, berkata menceritakan jami Abu Al-Qamah al-Farwi Abdullah Bin Muhammad, berkata : menceritakan kami Yazid Bin Khushoifah, dari Busri Bin Said, dari Abu Hurairah ra berjata: bersabda Rasulullah saw: “Mana-mana wanita yang terkena (wangian) bukhor (gaharu) (بَخُورًا) maka jangan bersolat isyak terakhir bersama kami.

Di dalam hadis yang lain bukhor (gaharu) (بَخُورًا) disebut oleh Nabi saw sebagai oud al-hindi (الْعُودِ الْهِنْدِيِّ).

أخرجه البخاري في “صحيحه”، كتاب الطب باب السعوط بالقسط الهندي والبحري (7/ 124) رقم (5692).

حَدَّثَنَا صَدَقَةُ بْنُ الْفَضْلِ ، أَخْبَرَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ ، قَالَ : سَمِعْتُ الزُّهْرِيَّ ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ ، عَنْ أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ قَالَتْ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” عَلَيْكُمْ بِهَذَا الْعُودِ الْهِنْدِيِّ ؛ فَإِنَّ فِيهِ سَبْعَةَ أَشْفِيَةٍ، يُسْتَعَطُ بِهِ مِنَ الْعُذْرَةِ ، وَيُلَدُّ بِهِ مِنْ ذَاتِ الْجَنْبِ “.
وَدَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِابْنٍ لِي، لَمْ يَأْكُلِ الطَّعَامَ، فَبَالَ عَلَيْهِ، فَدَعَا بِمَاءٍ، فَرَشَّ عَلَيْهِ.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam “Sahihnya” Kitab at-Tibb

Menceritakan kami Sodaqah Bin al-Fadhli, menceritakan kami Ibnu Uyainah, berkata: Aku mendengar az-Zuhri, dari Ubaidillah, dari Ummu Qais Binti Mihson berkata: Aku mendengar Nabi saw bersabda: “Anda perlu mengambil oud India ini, kerana terdapat tujuh penyembuhan di dalamnya, dan ia akan diberikan dari keperawanan, dan ia akan dilahirkan dari pleurisy. Dan aku masuk ke atas Nabi (selawat dan salam Allah ke atasnya) dengan seorang anak saya, yang tidak makan makanan, jadi dia memakainya, jadi dia memanggil air, dan dia memberus padanya.”

Jadi kita faham bahawa 3 jenis wangian yang disebut hadis iaitu kasturi kijang, za’faron dan gaharu (al-bukhor al-jawi) adalah dilarang bagi wanita untuk dibawa bersolat. Aroma dari ketiga-tiga haruman dan wangian ini boleh memikat kaum lelaki sedangkan solat itu untuk tujuan ibadah pada Allah. Kaum lelaki Tuhan ciptakan berbeza sebab itu boleh mengenakan ketiga-tiga haruman ini di setiap masa. Tetapi larangan ini tidak terpakai bagi kaum lelaki melainkan ada hadis yang menyebut za’faron tidak boleh dipakai ketika berihram. Za’faron adalah unik sekali kerana bila kita bersifat positif kita tidak mengesan atau mencium bau za’faron yang kita pakai tetapi apabila kita bersifat negatif maka kita akan mula menghidu bau za’faron di sekitar kita. Itu adalah tanda kehebatan za’faron yang disebut dalam hadis yang banyak yang mana ia untuk menjadikan kita positif, dalam setiap keadaan. Ia adalah berasal dari bunga maka baunya adalah lembut. Ia berfungsi untuk menaik seri tubuh dan wajah. Wangian dan haruman za’faron boleh mengeluarkan bisa-bisa di dalam tubuh. Jika tubuh berangin maka dengan mengenakannya maka ia akan mengeluarkan angin. Begitu juga orang yang hampir dengan orang yang memakai za’faron maka orang yang hampir dengan pemakai za’faron akan keluar angin bila bersentuhan dengan orang yang menyapu za’faron pada tubuhnya.

Untuk berzikir dan munajat pada Allah selain pakaian dari atas kepala hingga ke kaki anda juga perlu tasbih. Tasbih tahap super terdiri dari tasbih kayu kenaung atau marjan.

Surat Menyurat

Ada juga penzahiran emas terpendam dengan cara saya mengutus surat kepada penguasa tempat emas terpendam itu. Surat menyurat boleh diutuskan ke satu destinasi di Alam Ghaib untuk meminta kebenaran penjaga sumber Emas Alam Ghaib untuk urusan menzahirkan Emas Alam Ghaib. Jongkong-jongkong emas mungkin tertanam di situ suatu ketika dahulu beratus atau beribu tahun. Jadi kita perlu berutus surat untuk meminta kebenaran penjaganya di Alam Ghaib untuk menzahirkan Emas Alam Ghaib. Ia bermula dengan ‘perkhabaran’. Maka setelah seseorang menerima perkhabaran maka dia mencari guru bagi menzahirkan Emas Alam Ghaib.

Satu surat yang dihantar ke Alam Ghaib dan kepada penjaga Alam Ghaib bagi menzahirkan Emas Alam Ghaib selepas perkhabaran diterima maka saya dimaklumkan. Maka saya mengutus surat ke Alam Ghaib. Seseorang akan diamanahkan untuk memegang surat ini.
Di belakang surat ini adalah 2 bilah pedang ghaib yang merupakan wakil saya ke Alam Ghaib bagi mengatur urusan penzahiran Emas Alam Ghaib.

Kesimpulan

Kita boleh berkata melalui perkhabaran dan ilmu Islam berteras ayat al-Quran dan hadis wujud Emas Alam Ghaib. Jadi ujaran menggunakan cincin jarum emas adalah dari saya. Keris luk 13 itu dari perkhabaran mereka yang telah melalui. Ia ialah dengan zikir-zikir yang berasal dari al-Quran. Untuk berzikir anda perlu tasbih. Jika anda kosong saya bimbang sukar untuk anda menempuh halangan-halangan serta serangan-serangan yang mendatang. Paling kurang anda perlu ada ‘ibu emas‘, cincin jarum emas, tasbih dan keris luk 13.

Penzahiran Dana Alam Ghaib: Dana Peninggalan Para Nabi Yang Masih Ada Hingga Kini

Kita telah membincangkan dengan panjang lebar tentang dana-dana ghaib dalam pertemuan-pertemuan yang lepas dan kita telah bahaskan pendalilan-pendalilan yang menunjukkan bahawa ia wujud dan ada. Sekarang kita membincangkan tentang Dana Peninggalan Para Nabi Yang Masih Ada Hingga Kini.

Saya mula berfikir tentang hal ini kerana saya ada bertemu dengan dua orang berbeza; orang pertama membawa cerita bahawa Dana yang dibawanya adalah Dana peninggalan Sulaiman a.s. Dia menyatakan secara nyata dan membawa carta yang menunjukkan bagaimana Dana Sulaiman ini boleh sampai hingga sekarang. Tetapi orang pertama ini yang merupakan seorang bangsawan di Indonesia telah meninggal dan dia telah memadam komunikasi saya dengannya secara LinkedIn. Saya mencari kesan-kesan di dalam WhatsApp dan Facebook tetapi tidak menjumpai. Orang kedua adalah orang Malaysia. Dia berbicara berkenaan Dana yang berjumlah bilion euro dan di belakang dokumen-dokumennya ada lagi besar iaitu trilion. Saya menggunakan ilmu gelombang otak atau secara tepatnya berhubung dengan malaikat tertentu untuk mengetahui keberadaan Dana ini. Saya membaca dokumennya secara gelombang otak. Saya seorang peguam. Saya membaca dan berhubung dengan jata bank yang berpangkalan di UK untuk mengetahui keabsahan Dana ini. Di dalam pertemuan seterusnya saya berhubung dengan malaikat tertentu untuk mengetahui punca Dana ini. Dana Musa. Selepas saya memantulkan kata-kata itu dia kehairanan seolah-olah bagaimana saya mengetahuinya. Saya kata secara gelombang otak. Pemberitahuan malaikat tertentu.

Adakah wujud “Dana Peninggalan Para Nabi Yang Masih Ada Hingga Kini”? Bagi menjawab ini kita berbincang secara dalil terlebih dahulu sebelum kita bawa kepada dunia nyata dan mempraktikkannya.

Pertama, kita menemui satu cebisan di dalam al-Quran yang menunjukkan harta peninggalan Musa a.s. yang masih terjaga iaitu yang kita ramai memanggilnya “Tabut Sakinah”. Perkara Tabut ini dijumpai nasnya di dalam Surah al-Baqarah: 248 yang mana “Berkatalah nabi mereka bagi mereka sesungguhnya satu tanda Kerajaannya ialah sesungguhnya dengan mendatangi kamu at-tabut yang padanya satu ketenangan dari Tuhan kamu dan peninggalan keluarga Musa a.s. dan keluarga Harun a.s. yang dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya itu adalah satu tanda bagi kamu sekiranya kamu beriman.

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَىٰ وَآلُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلَائِكَةُ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ [al-Baqarah:248]

Kedua, perkara kedua yang harus kita faham adalah dalam satu hadis:-

صحيح البخاري
كِتَابٌ : الْوَصَايَا – بَابُ الْوَصَايَا

2739 4 : 2 حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْحَارِثِ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي بُكَيْرٍ ، حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ مُعَاوِيَةَ الْجُعْفِيُّ ، حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ – خَتَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخِي جُوَيْرِيَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ – قَالَ : مَا تَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ مَوْتِهِ دِرْهَمًا وَلَا دِينَارًا، وَلَا عَبْدًا وَلَا أَمَةً، وَلَا شَيْئًا، إِلَّا بَغْلَتَهُ الْبَيْضَاءَ، وَسِلَاحَهُ، وَأَرْضًا جَعَلَهَا صَدَقَةً.

صحيح البخاري: (2873, 2912, 3098, 4461) سنن النسائي: (3594, 3595, 3596) مسند أحمد: (18458)

Sahih Bukhari Kitab Wasiat – Bab Wasiat-Wasiat

2739 4:2 Menceritakan kami Ibrahim Bin al-Haris, menceritakan kami Yahya Bin Abi Bukair, menceritakan kami Zuhair Bin Muawiyah al-Ju’fi, menceritakan kami Abu Ishaq, dari Amru Bin al-Haris – Rasulullah mengkhitankan saudara lelaki kepada Juwairiyyah Binti Al-Haris – berkata: Tidak meninggalkan Rasulullah s.a.w. ketika matinya samada dirham, dinar, juga samada hamba lelaki atau perempuan, atau sesuatu pun, melainkan keldai putih, senjata-senjatanya dan sebidang tanah yang dijadikan sedekah.

Ini menunjukkan bahawa ada peninggalan-peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. yakni keldai putih, senjata-senjata dan sebidang tanah.

Kita masih lagi dalam perbincangan hadis ini. Bagaimanakah untuk mengukur kekayaan para nabi? Dalam keadaan kita telah dihidangkan dua dalil di atas (pertama) al-Quran dan (kedua) hadis, kita mengerti bahawa para nabi juga mempunyai harta-pusaka atau lebih tepat kita kata peninggalan-peninggalannya. Jadi bagaimanakah untuk mengukur kekayaan nabi? Kita cuba memahaminya dengan ayat Surah al-Baqarah:248 “peninggalan keluarga Musa a.s. dan keluarga Harun a.s. yang dibawa oleh malaikat“. Ini bermakna bahawa peninggalan-peninggalan para nabi itu mempunyai penjaga yakni dari kalangan malaikat tertentu. Adalah tidak salah untuk kita perpanjangkan lagi maksud ini yakni bagi ahli-ahli hukum jin iaitu samada ada penjaganya dari kalangan jin yang dipanggil khadam. Adalah disepakati oleh ahli-ahli hukum jin bahawa puak jin mempunyai usia yang panjang dan ada puak jin yang bersifat khadam benda. Khadam benda atau khadam barang ini menjaga barang-barang tertentu. Adalah utama bagi barang-barang peninggalan para nabi tertentu mempunyai penjaganya dari kalangan jin. Sedangkan jelas ayat 248 Surah al-Baqarah itu menyatakan bahawa “peninggalan keluarga Musa a.s. dan keluarga Harun a.s. yang dibawa oleh malaikat“.

Para peneliti mengakui bahawa ada khadam malaikat dan ada khadam jin. Khadam jin pada sesuatu barang tertentu, bukan semua, adalah disepakati hatta oleh manusia yang berilmu. Jika seorang jin yang menjaga sesuatu barang itu tentulah paling kurang pada tubuhnya ada malaikat bersamanya yang dipanggil malaikat qarin. Saya menemukan ada 70,000 malaikat bersama sesuatu barang belum lagi mengambil kira malaikat qarin yang berada pada khadam jin yang ada pada barang-barang tertentu. Apatah lagi bahawa ayat 248 Surah al-Baqarah itu menyatakan “peninggalan keluarga Musa a.s. dan keluarga Harun a.s. yang dibawa oleh malaikat“. Jadi kita sudah jelas tentang hal ini.

Dana Sulaiman atau Dana Musa itu ada pembawanya yakni samada khadam jin atau malaikat tertentu. Sifat mereka boleh mengambil rupa. Begitu juga dengan harta kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. “melainkan keldai putih, senjata-senjatanya dan sebidang tanah yang dijadikan sedekah

Setakat ini saya belum berjumpa dengan pembawa Dana Muhammad. Senjata-senjata nabi tentulah hidup. Ada malaikat dan jin yang menjaganya yang dipanggil khadam juga. Cuma senjata yang mana satu? Itu yang dipersoalkan. Saya mudahkan bahasa saya, jika di Topkapi maka senjata peninggalan nabi yang sakral itu akan menjaga umat Islam. Mengapa setakat tulisan ini ditulis umat Islam di Palestin dibuli dan tindas?

Kesimpulan dari tulisan ini adalah wujud harta-harta pusaka nabi-nabi yang hidup dan semakin bertambah keberkatan dan nilainya. Ia boleh dalam bentuk Dana yang kita telah nyatakan tadi “Dana Peninggalan Para Nabi Yang Masih Ada Hingga Kini”. Jika para pembaca bertemu dengan cerita berbentuk begini maka perhalusi terlebih dahulu sebelum menolaknya. Ada sandaran dalil dari al-Quran dan hadis serta para peneliti jin dan malaikat serta ahli sejarah yang mempercayai kepada nas-nas yang bukan berada di satu tempat dalam al-Quran.

Laporan Polis: Undang-Undang Berkaitan Dan Kaedah-Kaedah Laporan Polis

Laporan Polis atau Repot Polis merupakan satu kertas laporan tentang satu-satu perkara untuk menarik perhatian polis dan pihak-pihak berkenaan seperti Mahkamah, pendakwaan, syarikat insurans, permulaan fakta-fakta kes sivil DLL yang dibuat oleh pelapornya di Balai Polis tertentu dengan ditandatangani oleh polis yang menerima laporan dari pelapor dan tandatangan pelapor dengan kertas yang berkepalasurat jata PDRM dan maklumat-maklumat tentang laporan itu sendiri.

Di dalam kes Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank & Ors v The New Straits Times Press (M) Bhd & Ors and another suit [2013] 8 MLJ 199 Yang Arif LAU BEE LAN, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur memutuskan:-

[72]  As for the sixth defendant, learned counsel submitted the sum awarded should not exceed RM5,000 contending that the sixth defendant had not maliciously made the police report as he had honestly believed he had reasonable grounds for believing that what he wrote was true. With regret I [2013] 8 MLJ 199 at 231 disagreed with the said contention as I found that the sixth defendant acted out of malice against the plaintiffs in having lodged the Alor Setar police report dated 21 July 2006.

[73]  Having regard to the aforesaid principles and the circumstances alluded to, I awarded the sum of RM250,000 as general and aggravated damages against the first to fourth defendants and RM10,000 against the sixth defendant which I am of the opinion is fair and reasonable for the injury and embarrassment caused.”

Adalah tidak wajar membuat laporan polis yang bersifat ‘malice’ (niat jahat) kerana implikasinya boleh dihukum membayar gantirugi-gantirugi hingga mencecah RM10,000.00.

Di dalam kes Kalung Makmur Sdn Bhd v Lo Yen Nyuk [2018] 2 MLJ 428 Mahkamah Rayuan Malaysia memutuskan secara majoriti menggunpakai prinsip dalam kes Mahkamah Persekutuan Lee Yoke Yam v Chin Keat Seng bahawa:-

“(1)(per David Wong JCA, majority) The case of Hoe Thean Sun & Anor v Lim Tee Keng was no longer good law in view of the Federal Court decision in Lee Yoke Yam v Chin Keat Seng (‘Lee Yoke Yam’s case’) [2013] 1 MLJ 145; [2012] 9 CLJ 833 where the Federal Court held that statements in a police report were protected by absolute privilege and, as such, no cause of action arose from such a report. Malice was not a relevant consideration to the concept of absolute privilege as opposed to the concept of qualified privilege where if malice was proven, privilege could be taken away or dismantled and the maker of [2018] 2 MLJ 428 at 429 those defamatory remarks would suffer the consequences (see paras 11, 19 & 23).”

Pada pendapat saya Keputusan dalam kes Kalung Makmur adalah Keputusan yang tepat kerana melindungi laporan polis dengan keistimewaan mutlak (absolute privilege) adalah bijaksana sekali. Laporan polis adalah permulaan kisah kepada sesuatu samada benar atau tidak. Tugas menyiasat itu kerja polis untuk menentukannya. Pelapor hanya membuat laporan polis berdasarkan maklumatnya sahaja. Jika mendedahkan pelapor kepada saman dan tindakan undang-undang adalah tidak wajar.

Di dalam kes Lee Yoke Yam v Chin Keat Seng [2013] 1 MLJ 145 Mahkamah Persekutuan (Putrajaya) yang disidangi oleh ARIFIN ZAKARIA CHIEF JUSTICE, ABDULL HAMID EMBONG, HASAN LAH, ZAINUN ALI AND SULONG MATJERAIE FCJJ memutuskan:-

[32]  Premised on the above, we agree with the decision of the Court of Appeal in Abdul Manaf Ahmad that on public policy consideration, absolute privilege should be extended to a statement contained in a police report lodged under s 107 of the CPC as in the case of statement made under s 112 of the CPC. The underlying reason behind this, is the overriding public interest that a member of the public should be encouraged to make police report with regard to any crime that comes to his or her notice. Such a report is important to set the criminal investigation in motion. With such report, the alleged crime may be investigated and the perpetrator be brought to justice. It is without doubt that public interest should override the countervailing consideration that this may sometime lead to an abuse by a malicious informant. In any event, if a false report is lodged by a complainant, he is liable to be prosecuted for making false report under s 177, s 182 or s 203 of the Penal Code. That we believe provides a sufficient safeguard against any person from making a false report.

Di dalam kes Abdul Manaf bin Ahmad v Mohd Kamil Datuk Haji Mohd Kassim [2011] 4 MLJ 346 Mahkamah Rayuan (Gopal Sri Ram JCA) memutuskan

[4]  It is implicit from Martin Rhienus v Sher Singh that both statements made in first information reports under s 107 of the Criminal Procedure Code and in police statements made under s 112 thereof are absolutely privileged for the purpose of the law of defamation. I consider this to be good law. And I find support for the view I take of the matter from the decision of several Indian cases including Bapalal & Co v V Krishnaswami Iyer AIR 1941 Mad 26. That was a case in which a letter of complaint to the police by the defendant alleging that the plaintiff had committed a crime was held to be absolutely privileged and therefore not actionable. By reason of what I have said thus far, I am unable to agree with the view expressed in Hoe Thean Sun & Anor v Lim Tee Keng [1999] 3 MLJ 138, that a defamatory statement in a police report is only protected by the defence of qualified privilege. It is apparent from the report of that case that the decision in Martin Rhienus v Sher Singh was not brought to the attention of the High Court. There is no doubt that defamatory statements in police reports must attract the defence of absolute privilege for reasons of public policy. If actions can be brought against complainants who lodge police reports, then it would discourage the reporting of crimes to the police thereby placing the detection and punishment of crime at serious risk. The criminal law readily provides for a remedy against persons who make false police reports.

Saya juga berpendapat bahawa perlu wujud satu akta yang dinamakan Akta Laporan Polis yang mengawalselia laporan polis. Akta itu juga seharusnya menyebut secara jelas bahawa keistimewaan mutlak (absolute privilege) kepada laporan polis dan pelapor hendaklah dinyatakan di dalam akta yang diwujudkan ini.

Di dalam kes PUBLIC PROSECUTOR v DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM (NO 3) [1999] 2 MLJ 1, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Yang Arif AUGUSTINE PAUL memutuskan bahawa:-

The allegations remained covered-up from August 1997 to June 1998 when the accused caused a police report to be made on Buku 50 Dalil. The resultant investigation into this report by another branch of the Police Department revealed the involvement of the Special Branch in procuring exhs P17, P18, P20 and P22 on the directions of the accused. Therefore, what was covered-up by the accused was exploded by he himself when he caused the report to be made. The explosion exposed the truth. Until then, it was the belief of all persons concerned that the allegations against the accused had been lawfully and voluntarily withdrawn. It was this belief that caused YAB Prime Minister, the Honourable Attorney General and the IGP to issue statements saying that the complaints against the accused were baseless. If not for the police report made into Buku 50 Dalil, they and the people of Malaysia would have continued with that belief. The reality that must now be faced is that the statements that were issued cannot in any way be the yardstick for arguing that, since the accused had been declared to be innocent in 1997, the change in attitude towards him in 1998 was due to a conspiracy and fabrication of evidence by the accused himself. The change in attitude developed late simply because the truth had been hidden earlier.

Di dalam kes ANTHONY GOMEZ v KETUA POLIS DAERAH KUANTAN [1977] 2 MLJ 24 Mahkamah Persekutuan SUFFIAN LP, RAJA AZLAN SHAH AND WAN SULEIMAN FJJ memutuskan “In our judgment the applicant has a right to inspect the first information report and therefore the O.C.P.D. should have given him a certified true copy. The applicant has a right to inspect the first information report under the common law because of his interest in it.

Ini bermakna tertuduh boleh memperolehi Laporan Polis Pertama/First Information Report dari polis berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia seperti kes di atas, kerana dia (tertuduh) mempunyai kepentingan dalam kes berkaitan.

Di samping itu sesuatu laporan polis haruslah dibuat dengan seberapa segera mengikut keadaan sesuatu, jika tidak ia adalah ‘afterthought’ (lepasfikir), melainkan dia menjelaskan dalam laporannya mengapa dia lewat membuat laporan polis, sebagai contoh dia dirawat di hospital selepas kemalangan selepas terlibat dalam kemalangan.

Saya akan kembangkan lagi tulisan ini selepas mendapat buahfikir-buahfikir bernas.

Rahsia Masa Dari Sudut Teori & Falsafah Masa Rohan: T=S²⁹×E⁴⁷

“Dewata Mulia Raya! Aku ingin bercinta dengan-Mu di dalam Rahsia Masa! Benarkanlah! Dewa Sabtu syafa’atmu, ku dambakan! Rintihlah pada-Nya, agar munajatmu berkesan!” ~ Orang Pintar Semenanjung Emas

Saya telah mencipta satu teori/nilai/equation atau falsafah yang diberi nama ‘Teori & Falsafah Masa Rohan’:

T = S²⁹ x E⁴⁷
T = Time
S = Speed
×= Multiply
E = Energy
²⁹ =The Power of Light
⁴⁷ =Heart Beats (Love)

Ia satu teori. Ia juga satu falsafah. Satu-satu teori/nilai/equation tidak dapat berdiri dengan sendiri jika ia tiada falsafah. Satu-satu falsafah tiada nilai jika ia tidak terbentuk dari teori/nilai/equation.

Orang Pintar Alam Melayu berkata “Ya Allah! Ketika Engkau bercakap dengan aku “Aku adalah Masa![Sahih Bukhari: Kitab Tafsir, Jilid 6, Mukasurat 133, Hadis Nombor:4826], ‘aku sudah ada sebelum aku ada.’ Ada tertulis di dalam Injil “Kata Yesus kepada mereka: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sebelum Abraham jadi, Aku telah ada.” [Yohanes:8:58]. Bagaimanakah Bumi dan Alam Semesta ini tercipta pada hari Sabtu, dalam masa enam hari [al-‘A’raf: 54; Yunus:3; Hud:7;al-Furqan:59; as-Sajdah:4; Qaf:38; al-Hadid:4] dan siap hari Jumaat, sedangkan bulan dan mentari belum tercipta bagi menghitung masa? ‘Ini bermakna kita sudah ada sebelum kita ada!’ Kita sudah kiamat sebelum kiamat berlaku! Atas dasar Allah cinta kepada kita semua maka dia ciptakan kita semula, bak kata seorang guru.

Dewa Sabtu yakni Dewa Masa/Jam/Ceroboh Masa menyukai haiwan singa itu berfalsafah ‘memburu secara ramai, pelan untuk hasil buruan harus adil dan saksama ibarat kumpulan singa berkongsi hasil buruan.’

Teori & Falsafah Masa Rohan: T = S²⁹ × E⁴⁷ harus menepati piawai matematik penulis buku Mathematics Its Content, Methods and Meaning iaitu A. D. Aleksandrov, A. N. Kolmogorov dan M. A. Lavrent’ev menulis “..but no theorem definitely belongs to mathematics until it has been rigorously proved by a logical argument.” , dari sudut matematik. Ia juga harus menepati piawai falsifiability test dalam buku The Logic Of Scientific Discovery oleh Sir Karl Popper, dari segi sains. Jadi, dari sudut Teori & Falsafah Masa Rohan: T = S²⁹ × E⁴⁷ harus tegak berdiri tegap iaitu matematik dan falsafah. Bahkan ia juga prinsip dalam biologi contohnya DNA sequence bagi melahirkan anak-anak pintar dan tahan-lasak, kejuruteraan seperti pembinaan kapal angkasa, cip processor mega komputer, binaan, jam elektronik dan mekanikal, susunan not-not muzik indah bagi membetulkan dan mencanggihkan gelombang otak manusia, teologi contohnya berhubung dengan roh-roh suci, bagi berdebat dengan mantap dalam masalah Ketuhanan di bidang teosofi, bidang keselamatan bagi polis dan tentera dalam merekacipta jam yang sesuai dengan mereka dan penyelesaian masalah risikan, bidang astrologi dan astronomi angkasaraya, hukum-hakam dan undang-undang serta analisa, bacaan dan ramalan, dan keputusan ekonomi (insyaAllah, bila telah banyak buah-fikirnya, saya akan kembangkan Teori Ekonomi Rohan: T = S²⁹ × E⁴⁷), juga politik analisa, bacaan dan ramalan, dan keputusan politik (insyaAllah, bila telah banyak buah-fikirnya, saya akan kembangkan Teori Politik Rohan: T = S²⁹ × E⁴⁷) DLL. Berkata Orang Pintar Alam Melayu “Aku mengkaji Formula Masa Rohan: T=S²⁹ × E⁴⁷; aku menjadi semakin takut pada Allah sebagaimana takutnya para malaikat pada Allah [ar-Ra’d:13]

Dalam kita pegun pun kita sedang bergerak hatta orang tidur dan pokok-pokok. Orang tidur tapi bermimpi itu rohnya yang berbentuk cahaya merayau ke situ dan ke sini. Partikel pokok itu berbentuk atom yang mana elektronnya tawaf proton-neutronnya.

Orang Pintar Alam Melayu berkata “God is Alpha. God is Omega. Being near to God means you can cheat the [t]ime except God though ‘He is [T]ime’.”

Time Travel Formula berdasarkan teori relativiti Einstein
Teori & Falsafah Masa Rohan: T = S²⁹ × E⁴⁷

Begitu cintanya Orang Pintar Alam Melayu pada Masa sehingga koleksi jamnya mencecah lebih 30 utas dengan jenama dan komplikasi berbeza.

Orang Pintar Semenanjung Emas ada berkata “Pada hari ini aku berada pada hari besok. Aku tak tahu samada orang yang ada di hari ini berjumpa dengan aku pada hari ini kerana aku berada di besok hari pada hari ini.” Bukti seseorang itu datang dari masa hadapan adalah dia bawa balik barang bersifat futuristik dari masa hadapan ke masa sekarang dan juga komunikasi elektroniknya timestamp masa tertentu dari masa hadapan. Adalah mudah membawa barang dari masa silam kerana ia banyak diperolehi dari muzium. Masa bergerak ke depan cuma bila pergi ke masa hadapan ia harus lebih cepat dari masa standard. Jika ia pergi ke masa silam ia harus mengubah sesuatu di masa hadapan.

Bacaan juga penting untuk bermain dimensi. Bacaan dalam Bahasa Suryani atau Bahasa Alam Ghaib untuk memuja dan memuji Zat Allah yang Maha Kuasa “Kajamah Kata Bumi, Kasibun Kata Langit, Sitirohum Kata Allah!” dan juga “Kun Kata Allah, Fa Ya Kun Kata Muhammad! Rabbukum Kata Jibrail, La Ila Ha Illallah, Kehadrat Mu aku datang dijemput!“. Saya berada di Semesta Raya ketika menerima Bacaan Buka ini. Ini pula adalah salah satu gaya bacaan atau qiraat dalam Bacaan Basmalah agar roh dan energi badan kuat dalam berpindah alam dan masa; baca ini: “بِسْمِ اللَّهِ الْرَحِمٰنِ الْرَحِيْمِ“. Dengan izin-Nya jua berkat nawaitu baik kita untuk bermain dimensi pelbagai. Bagi melihat qarin jin anda maka ambil air bersih dan suci. Tulis dengan jari telunjuk anda perkataan ini pada cermin الْرَحِمٰنِ dengan baris seperti itu yakni ha kecil dengan baris bawah. Maka anda dapat melihat qarin jin anda dalam cermin. Masa di Alam Jin tak sama dengan masa di Alam Manusia dan Malaikat. Begitulah seterusnya. Nota: Kajamah itu nama malaikat yang menjaga Bumi, Kasibun itu nama malaikat yang menjaga pintu-pintu Langit, Sitirohum itu nama malaikat yang menjaga Sirr Allah.

Tertulis tentang ‘The Power Of Light‘ bagi mengambarkan kuasa speed mengapa seharusnya dinilai 29 bahawa “Angka 29 adalah satu angka keramat. Ia membantu kita walau kita menerima tekanan hebat dalam hidup. Seperti yang selalu kita fahami bahawa malaikat-malaikat di Alam Atas berhubung menggunakan kod-kod. Kod 29 adalah satu kod yang jika difahami boleh memberi rahmat-Nya. Sedangkan Muhammad s.a.w. itu diutuskan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam. Tujuan menggunakan kod adalah bagi mengesan sesuatu secara halus yang mana jika ia memberi amaran sebaliknya ia adalah kod yang tidak adil kepada semua dan banyak pihak[.]“, secara falsafahnya. Angka 29 itu sebenarnya adalah Kuasa Roh atau roh yang bersifat roh tenang (roh muthma’innah).

Begitu juga bagi angka 47 dalam mengambar kuasa energy bahawa tertulis bahawa “Jika kita sudah menerima hakikat ini maka kita cuba menyelongkar dalam al-Quran tentang angka-angka prima. Semua ‘kalam’ Allah dalam al-Quran adalah tepat. Cuma sahaja kita belum dapat ‘nyahinkrip’ atau dekod. Kita perlu menelitinya bagi mengetahui aplikasinya dalam hidup. Saya bagi satu contoh angka prima iaitu angka 47 dan angka 38. Bagi merungkainya kita perlu membaca ditempat lain dalam al-Quran bagi nyahinkrip atau dekod. Setiap umat itu diutuskan Rasul (‎وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا)(Dan sesungguhnya kami telah bangkitkan bagi setiap umat itu Rasul)[an-Nahlu:36] ‘dengan bahasa kaum mereka’ (بِلِسَانِ قَوْمِهِ)[Ibrahim:4]. ‘Ada di kalangan mereka yang tak diceritakan kepada kamu’ (وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ)[Ghāfir:78];[an-Nisā’:164]. Ilmu-ilmu yang berlegar di dalam dunia sekarang adalah saki-baki peninggalan nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu. Cuma kita kena bandingkan dengan al-Quran dan hadis sejauh mana ia tepat dan jitu. Muhammad s.a.w. itu penutup para nabi dan rasul. Menyempurnakan risalah[.]”,secara falsafahnya.

Memahami masa dan menceroboh masa memerlukan dua angka prima yakni 29 dan 47 ini bagi menggambarkan kuasa speed dan energy. Sebagaimana telah dibuktikan bahawa S≠0 maka dalam keadaan pegun juga speed kita bergerak. Itulah kehidupan secara falsafahnya. Oleh itu jika S=0 itu adalah kematian. Begitu juga energy tidak seharusnya 0 dalam mencari nilai S : E≠0. Jika anda tiada kuasa atau energy, anda tidak mempunyai speed.

Oleh itu solusi T boleh dicari dengan memberi nilai kepada S dan E di dalam T = S²⁹ × E⁴⁷. Ini adalah penting bagi mencari makhluk-makhluk keramat yang suka berpindah alam dan selalu menceroboh masa. Panggilan telefon dapat dibuat kepada Nabi Adam a.s. yang berada di dimensi berbeza dan di lokasi jauh yang mungkin di planet Jupiter. Dapat bercakap-cakap dengan ‘orang yang telah mati.’ Ia boleh terjadi dengan panggilan telefon setelah meneroka ilmu-ilmu tertentu dan dengan izin Allah jua. Malaikat Sabtu juga mempunyai Kerajaan Masa serta tentera dan polisnya. Tentera Masa. Polis Masa. Hakim dan Peguam Masa, jika timbul pertikaian berkenaan ‘masa‘, DLL. Mereka boleh menghalang kenderaan-kenderaan yang menggunakan kuasa speed dan energy bagi menceroboh masa dan berpindah alam. Untuk selamat bagi tujuan ini baca 3 Bacaan Buka yang saya perturunkan.

The Power Of Light mempunyai radiasinya. Contohnya kepada orang yang telah berpindah alam dan masa. Boleh kepada orang yang datang dari masa hadapan atau lampau ke masa sekarang. Bahkan ketika berada di masa hadapan atau masa lampau yang mana dia berasal dari masa sekarang.

Mengapakah energy seharusnya berkuasa 47. Secara teorinya roh idhofi itu berasal dari cahaya roh Muhammad. Para malaikat itu disifatkan sebagai roh suci dan roh amanah yang mana tubuh dan bentuk asal mereka dari cahaya bagi memahami bahawa roh seseorang itu berasal dari intipati cahaya. Oleh itu memahami The Power Of Light bagi Speed dan Heart Beats (Love) bagi Energy masing-masing seharusnya berkuasa 29 dan 47 itu adalah penting.

Saya akan tambah lagi tulisan ini dengan Kebenaran Allah, apabila saya membuat penemuan-penemuan tentang Teori & Falsafah Masa Rohan: T = S²⁹ × E⁴⁷.

Perang Siber: Adakah Anda Sudah Bersedia?

Dewata Mulia Raya! Engkau Punca Ilham ku! Permudahkanlah Si Adiguru Dan Dewa Orso untuk memberi bantuannya kepada ku! – Orang Pintar Alam Melayu

Perang Siber atau Perang Elektronik boleh terjadi di Alam Syahadah dan ia boleh terjadi di Alam Ghaib sedangkan Alam Siber/Elektronik/Tron/Maya itu satu pecahan bagi Alam Ghaib yang berlapis-lapis itu.

Walau pun masa bergerak secara rawak yakni samada masa lalu, sekarang dan depan itu relatif tapi Alam Siber ini adalah satu Alam Baharu pada ilmu manusia tapi pada ilmu Allah ia ilmu purba bahkan sejak asal. Dewa Orso yang menjadi ketua bahagian siber itu baharu pada ilmu manusia kerana ia belum dikenali dalam kitab-kitab purba mahu pun mana-mana tamadun. Pada ilmu Allah ia adalah qadim. Sebagaimana Si Alang Tunggal adalah baharu pada ilmu manusia tapi malaikat ketiga terkuat ini qadim pada ilmu-Nya.

Jadi Dewa Orso yang menyukai Si Beruang ini menyukai perkakas-perkakas siber sebagaimana Si Alang Tunggal yang menyukai Si Harimau menyukai Alam Melayu. Anda dapat faham apa yang ingin dikatakan di sini? Baik. Jika anda telah faham kita bergerak ke seterusnya. Dewa Siber atau Dewa Elektronik ini memahami hal siber atau elektronik. Jadi, jika Suku Kairon yang mengawal dagangan besi dan senjata maka Suku Tron yang mengawal dagangan elektronik, satelit dan komunikasi. Warna mata mereka pelbagai bergantung kepada pecahan dan aliran siber yang mereka kuasai. Suku Tron antara suku yang terkaya di dunia.

Sebagaimana telah dibahaskan bahawa serangan suara itu sangat bahaya. Dalam hal tertentu serangan suara itu satu permulaan bagi serangan-serangan lain. Hanset anda itu menerima panggilan-panggilan tertentu boleh menyebabkan anda tersakiti. Jantung berdebar DLL. Jadi, bagaimana untuk menghadapi perkara ini?

Orang Pintar Alam Melayu berpendapat gajet-gajet anda mesti cukup untuk menghadapi Perang Siber atau Perang Elektronik. Anda harus dikalungi di lengan anda jam elektronik. Cahaya di bawah jam elektronik yang menjadikan jam anda memahami anda. Memahami dan dapat mengira serangan-serangan secara elektronik. Jika anda cukup canggih anda bukan di pihak yang menerima serangan tapi anda di pihak yang melakukan serangan siber atau elektronik.

Pada elektronik itu penuh kod. Dari nombornya dan dari bentuk tulisannya. Dengan anda memakai jam elektronik anda boleh ‘melihat’ bentuk-bentuk kod itu secara sepintas lalu atau secara jelas. Dalam menerima serangan, anda boleh bertahan. Dalam menyerang, anda menang.

Kehidupan sekarang boleh dikatakan bergantung hampir sepenuhnya kepada elektronik. Dari panggilan, mesej, perbankan DLL. Betapa ramai yang digodam oleh scammer. Bagi yang mengambil berat tentang elektronik atau siber mereka membuat keuntungan dan selamat dari musibat. So soon segalanya elektronik termasuk pembayaran di kedai tepi jalan. Nasi lemak dibayar secara jam elektronik kalau tidak hanset anda.

Dari Bahasa Sufi, Alam Siber/Elektronik/Tron/Maya itu satu pecahan dari Alam Ghaib. Ia boleh terjadi ketika bermimpi. Ia boleh terjadi ketika di Alam Jaga/Yaqazah. Jika anda kurang bekal tentang perkakas siber anda mendapat bahana!

Dari jenis telefon anda kepada kombinasi nombor telefon anda semuanya memainkan peranan. Bak kata Orang Pintar Semenanjung Emas “Tiada kod, tiada emas! Tiada emas, tiada kod!” Kod itu nilaiannya emas. Kombinasi nombor telefon juga harus indah kerana ia membawa Makna. Ada yang tak panjang usianya. Tapi jangan sedih ia akan datang kepada anda dalam wajah yang lagi indah.

Hanset itu sendiri, ada perkakas di dalamnya yang berfungsi boleh menyakiti dan mematikan seseorang secara gelombang. Ilmu dewa-dewa ini jika jatuh kepada makhluk mukalaf sungguh menakutkan!

Alam Siber/Elektronik/Tron/Maya itu sendiri seluas angkasa raya. Bahkan tiada penyudah. Paling penting anda harus faham dan tahu cara gunanya.

Kepentingan & Cara Jejak/Grounding/at-Tanazzulat Bagi Orang Yang Telah Mendaki Tangga Kerohanian

Pendahuluan

Sebagaimana telah dibincangkan dalam pertemuan-pertemuan yang lepas bahawa wujud Dimensi Ghaib dan seseorang salik kerohanian boleh mendakinya dan memasuki Dimensi Ghaib seperti Alam Mimpi, Alam Malakut, Alam Jabarut, Alam Nasut, Alam Lahut, Alam Jin DLL. Alam itu terlampau banyak. Ada Alam Tinggi dan ada Alam Rendah. Apa yang ingin kita bincangkan ini bagaimana seorang salik untuk ‘mendarat’ tanpa ‘terhempas’ atau ‘terkandas’ setelah menjalani perjalanan kerohanian dari Alam Rendah ke Alam Tinggi setelah itu Alam Rendah kembali. Jika dia gagal mendarat dengan selamat yakni dia ‘terkandas’ dan ‘terhempas’ maka dia akan jadi tidak keruan di Alam Rendah. Bahkan ada yang dirawat di wad mental walau dia seorang hafiz al-Quran atau ahli ibadat. Tinggal lagi bagaimana untuk mendarat secara ‘soft-landing’ pendaratan yang selamat di Alam Syahadah yang rendah? Jika pendaratan di Alam Syahadah atau ketika mendaki di Alam Ghaib tidak selamat maka, seperti yang telah dijelaskan, seseorang salik boleh mendapat masalah seperti terganggu dan sakit di salah satu alam. Seorang salik boleh mendapat masalah seperti ‘halusinasi’ dan ‘terganggu’. Fenomena tidak jejak ini dipanggil ‘jatuh’.

Kandas

Disiplin Jejak/Grounding/at-Tanazzulat ini ada pakar-pakarnya. Sayugia, orang yang dirawat di wad mental itu bukan disiplin psikiatri sahaja menanganinya tetapi juga disiplin agama. Banyak rawatan kes disiplin psikiatri tidak menyembuhkan tapi hanya dapat bertahan sahaja dengan ubat-ubatan moden. Mesti ada sesuatu yang tidak kena dalam rawatan yang tidak menyembuhkan ini. Ahli agama usah lokek ilmu kerana kita harus membuat jasa dalam hidup sebagai bekal di Alam Akhirat dengan syarat kita memahaminya dan mengetahuinya selok-belok. Ada pendaki-pendaki Alam Tinggi yang berjaya di dalam jejak/grounding/at-tanazzulat mereka. Bukan semua pendaki-pendaki kerohanian mendapat musibat jika memahami perkara jejak/grounding/at-tanazzulat dengan sefaham-fahamnya serta mengkaji dan mengetahui cara untuk jejak/grounding/at-tanazzulat dengan sempurna. Ia umpama Nabi Muhammad s.a.w. yang mendaki hingga ke Sidratul Muntaha tetapi berjaya untuk jejak/grounding/at-tanazzulat dengan sempurna. Sidratul Muntaha itu adalah teramat tinggi hingga atas dari Langit Ke-7. Perkataan ‘muntaha’ itu bermaksud penyudah segala alam-alam yang banyak ini. Apakah formula Nabi Muhammad berjaya jejak/grounding/at-tanazzulat selepas Israk dan Mikraj?

Gelombang Otak

Di Alam Rendah jarang mendapat musibat kerana gelombang dari perkara-perkara di situ adalah rendah. Begitu juga gelombang otak adalah rendah. Tetapi apabila mendaki ke Alam Tinggi menyebabkan gelombang otak terganggu. Apabila mendaki ke Alam Tinggi maka benda-benda dan makhluk-makhluk di situ adalah bergelombang tinggi. Otak seseorang akan menjadi aktif dan hingga ke puncak dengan gelombang Gamma yang berukuran 40Hz to 100Hz. Di sini dopamin akan dirembes oleh otak dengan sangat banyak. Di saat ini kandungan dopamin adalah diperlukan oleh otak untuk tugasan keaktifan otak diketika itu di Alam Tinggi. Ia merentas disiplin agama pelbagai. Perkara ini boleh disahkan dengan meletakkan tapak tangan ke dahi maka akan didapati bahawa bahagian itu ketika itu sangat panas. Jadi kita telah mengetahui bahawa kepala di mana otak terletak di situ adalah dalam keadaan mengandungi haba yang panas. Mengapa begini? Otak sedang memproses maklumat di Alam Tinggi dengan aktif. Jika seseorang salik gagal mengawal gelombang otak mereka di saat itu mereka boleh ‘terhempas’ atau ‘terkandas’ ketika mendarat di Alam Rendah. Bahkan di Alam Tinggi pun mereka telah terganggu. Maka akan dijumpai mereka di katil-katil sakit dan hospital. Sebagaimana ditegaskan ia merentas pelbagai disiplin agama. Setiap agama ada disiplin kerohaniannya.

Dopamin

Rembesan dopamin adalah diperlukan dalam otak untuk mengawal aktiviti otak. Sesuai dalam keadaan berada di Alam Tinggi yang jauh berbeza dengan Alam Rendah maka ia (dopamin) adalah sangat diperlukan dalam otak seseorang. Sebagaimana telah dibincangkan dalam pertemuan-pertemuan yang lepas bahawa Alam Tinggi adalah penuh dengan perkara yang abstrak. Otak kiri berfungsi dengan aktif. Qarin jin seseorang yang ada dalam tubuhnya itu bersama dengan tuannya akan cuba merungkai keadaan dan perkara-perkara yang mereka jumpai dan lalui di Alam Tinggi. Sebagaimana telah dijelaskan di atas bahawa otak sangat aktif di Alam Tinggi. Ia bergelombang Gamma yang mana menimbulkan haba yang panas pada bahagian kepala. Kekurangan atau lebihnya dopamin maka ia memudaratkan seseorang. Itulah fenomena ‘terganggu’ atau ‘terhempas’ dan ‘terkandas’ atau ‘jatuh’. Bagi yang kekurangan dopamin untuk memahami hal di Alam Tinggi mereka berhajat pada pengambilan bahan-bahan tertentu yang membolehkan otak merembes dopamin dengan banyak. Pengambilan nikotin menyebabkan otak merembes kandungan dopamin dengan banyak. Ia tidak harus lebih dari 60mg kerana jika lebih dari dos ini ia boleh menyebabkan mudarat pada badan. Susu sebagai contohnya dapat menyejukkan tubuh dan bahagian kepala yang mana otak sedang aktif memproses maklumat dan perkara-perkara di Alam Tinggi. Nabi Muhammad s.a.w. memilih susu berbanding arak di malam Israk dan Mikraj. Ini adalah sebagai panduan kepada kita untuk ‘mendaki’ dan ‘mendarat’ dengan selamat dan jauh dari ‘terkandas’ atau ‘terhempas’ samada ketika mendaki di Alam Tinggi atau mendarat di Alam Rendah selepas pulang mendaki di Alam Tinggi.

3 Perkara Yang Membantu Untuk Mengawal Ketika Mendaki ke Alam Tinggi Dan Mendarat Di Alam Rendah Dengan Selamat

Apakah 3 perkara ini? Makanan, Bunyian dan Pemakaian. Telah dijelaskan tadi bahawa ketika berada di Alam Tinggi sayugia pengambilan susu segar adalah menjadi kemestian. Susu dapat menyah-haba di dalam badan seterusnya menyejukkan otak ketika itu. Oleh itu ia menjadi faktor penghalang dari ‘terganggu’. Makanan yang bersifat panas sewajarnya dielak ketika berada di Alam Tinggi kerana ia bukan setakat menambah haba kepada badan tetapi juga menyebabkan gangguan pada seseorang salik. Daging dan makanan berdarah harus dijauhi oleh seseorang salik ketika berada di Alam Tinggi. Seterusnya bunyian. Oleh kerana Alam Tinggi penghuni-penghuninya dan benda-benda berada di situ bergelombang tinggi maka harus didengar alunan muzik yang bernada rendah. Bahasa Melayu adalah bernada rendah berbanding Bahasa Arab yang bernada tinggi. Begitu juga Bahasa Greek. Bahasa Melayu tertinggi adalah ‘ucatan‘. Jika seseorang bergelombang otak rendah berada berhampiran dengan seseorang yang sedang mengalunkan ‘ucatan’ maka ia boleh berdarah hidung kerana gelombang ucatan itu tinggi. Ucatan adalah pujian-pujian pada Kebesaran Allah dan penghayatan Alam Tinggi dalam Bahasa Melayu. Benda seperti delimaa wavelength of λ0 = 694.3 nm‘. Jika memakainya dan menghadapi sesuatu yang lagi tinggi gelombangnya maka seseorang akan mudarat melainkan delima itu lagi tinggi gelombangnya maka ia dapat menghadapinya. Begitu juga marjan. Delima dan marjan yang berwarna merah bersifat memancarkan energi bergelombang tinggi. Marjan jika dibuat biji tasbih elok dizikirkan untuk meninggikan energi seseorang. Jika energi seseorang lagi tinggi dari energi dan gelombang sihir maka dia kalis sihir. Alam Jabarut terutamanya di mana syaitan bergerak dengan aktif dan melakukan sihir di saat itu. Oleh itu salik mesti berhati-hati di Alam Jabarut. Sesuatu yang berwarna hitam itu bersifat dapat menyerap gelombang yang lagi tinggi dan menyerap haba panas dari sesuatu benda. Oleh itu teras gemunggal hitam adalah perkara yang baik dipakai ketika berada di Alam Tinggi. Ada 7 jenis gemunggal; (1) gemunggal gunung, (2) gemunggal bukit, (3) gemunggal hutan, (4) gemunggal pulau, (5) gemunggal kampung, (6) gemunggal merah dan (7) gemunggal emas. Masing-masing mempunyai khasiat berbeza kerana pokok gemunggal itu menyerap kandungan tanah di sekitarnya yang berbeza. Gemunggal terbaik, sebagaimana saya diberitahu, adalah gemunggal pulau yang jauh dari orang. Ia di kelilingi lautan. Di samping dipengaruhi oleh tanah, ia juga dipengaruhi oleh air laut. Sihir bergerak dengan gelombang tinggi. Melainkan delima itu lebih tinggi gelombangnya dari sihir itu maka delima dapat menghadapi sihir tersebut. Dengan kata lain untuk menyerap sihir di Alam Tinggi adalah dengan memakai benda hitam kerana ia dapat menyerap haba panas dan gelombang tinggi sihir yang dihantar. Badan juga mempunyai hak untuk tidur yang cukup. Kekurangan tidur menyebabkan ‘sleep disorder‘. Ia boleh dirawat dengan merukyah air suci dan bersih serta minum.

Displin Jejak/Grounding/at-Tanazzulat Menurut Kesufian Islam

Ulamak cuba merungkai perkara ini dengan membuat rajah seperti berikut:

Bagi salik harus merenung dan memahami rajah ini. At-Tanazzulat as-Sittah itu dengan memahami syariat, tarekat, hakikat dan makrifat secara mendalam serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Syeikh sesuatu tarikat seharusnya mengawal anak-anak didiknya dari ‘terkandas’ dan ‘terhempas’ dalam perjalanan salik di bawah kelolaannya kerana perkara ini boleh membawa fitnah kepada agama. Panduan agama yang diperolehi dari pengamalan Nabi Muhammad s.a.w. adalah panduan yang sangat baik bagi jejak/grounding/at-tanazzulat. Pengambilan susu di Alam Tinggi itu kewajaran yang membantu kita untuk selamat di Alam Tinggi dan ketika mendarat di Alam Rendah. Memahami tingkatan-tingkatan alam dengan sempurna adalah ke mestian. Alam Lahut sebagai Alam Tertinggi itu boleh didaki oleh anbiya’ sahaja kerana yang naik ke Sidartul Muntaha itu hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja. Sehingga ada yang mengaku berjumpa tuhan sedangkan itu bukan Tuhan tetapi makhluk lain. Mungkin malaikat atau halusinasinya yang hanyalah makhluk-makhluk lain.

Penutup

Kita telah faham betapa pentingnya jejak/grounding/at-tanazzulat dalam kehidupan kerohanian kita. Tambahlah ilmu sebelum terlambat dan terdampar di wad-wad sakit dan katil. Gangguan itu melambatkan kita kepada kehidupan kerohanian yang sempurna dan menimbulkan fitnah. Sebarkan hanya ilmu berguna kepada ramai. Seterusnya menambah serta menambah ilmu yang baik yang datang dari Allah. Kita pasti berjaya jika kita terpandu dan mendapat panduan dari mereka yang mengetahui. Allah lah yang paling mengetahui. Rasa kasih dan sayang pada insan itu termasuk berkongsi dalam perkara berfaedah, jauhkan Diri dari sukahati melihat seseorang ‘terhempas’ dan ‘terkandas’.