CONTOH PENGHUJAHAN BAGI KES KEMALANGAN

Puan Hakim,

PER:
———————————————————–
Berikut adalah hujah-hujah saya berkenaan isu liabiliti dan gantirugi:-

A. LIABILITI
—————-

Keterlibatan Plaintif (m/sikal no. BJY 488) Dan Defendan (m/kereta no. WRD 9330) Di Dalam Kemalangan
—————————————————
1. Di dalam Para 1 Pembelaan bertarikh 30.4.2009, Defendan mengaku ada terlibat kemalangan dengan Plaintif. Begitu juga Para (b) Penyata Fakta-Fakta Yang Dipersetujui bertarikh 10.6.2009 Defendan mengaku terlibat kemalangan dengan Plaintif.

Versi Pihak-Pihak Berkenaan Kemalangan
————————————-

2. Hanya ada satu versi tentang kemalangan dalam kes ini

Versi Plaintif
—————-
3. Plaintif Pertama(SP 3) memberi keterangan bahawa pada hari itu beliau rumah menuju ke kedai minum di TTDI. Beliau lalu di lorong sebelah kanan (Rajah Kasar & Kunci). Beliau nampak kereta di sebelah kiri lorong B-C (Rajah kasar & Kunci) dari jarak 5 hingga 6 meter. Tiba-tiba m/kereta terus belok secara mengejut ke kanan masuk ke laluannya tanpa sebarang isyarat atau amaran. Lalu m/kereta terus langgar m/sikal dan kaki kanannya. Kelajuan beliau adalah 40 km/j. Beliau tanda “X” di atas rajah kasar & kunci (P1) sebagai mewakili tempat kemalangan. Beliau telah tanda ”O” kedudukan mosikalnya sebelum kemalangan.

4. Peguam Defendan telah setuju untuk tidak kenakan ‘adverse inference’ dengan Plaintif Kedua sebagai pembonceng tidak memberi keterangan.

Versi Defendan
——————-
5. Defendan gagal untuk beri keterangan.

Kemalangan berlaku ketika Defendan (m/kereta WRD 9330) membelok ke kanan dan melanggar Plaintif di laluannya yang sah
————————————————-
6. Pegawai Penyiasat telah mengesahkan bahawa lampu jalan ada dan berfungsi ketika beliau tiba di tempat kemalangan pada jam lebih kurang 10.50 malam.

7. Plaintif Pertama juga memberi keterangan bahawa lampu jalan berfungsi. Penglihatan adalah jelas. Kedua-dua kenderaan Plaintif dan Defendan memasang lampu.

8. Saya hujahkan Defendan harus beri laluan kepada Plaintif Pertama terlebih dahulu kerana Defendan sebenarnya yang ingin membelok ke kanan dan memasuki laluan Plaintif Pertama.

9. ”X” adalah tempat kemalangan yang ditanda oleh Plaintif Pertama di dalam rajah kasar & kunci (P1).

10. Keterangan ini tidak dicabar. Oleh itu saya hujahkan bahawa ”X” sebagai tempat kemalangan seperti keterangan Plaintif Pertama merupakan ‘keterangan tidak tercabar” (incontestable evidence).

11. Oleh itu prinsip di dalam kes Siti Rohani Binti Mohd Shah & Ors v Haji Zainal Bin Saifiee & Ors [2001] 5 MLJ 8 adalah terpakai iaitu:-

“In the final analysis, all proper inferences must be drawn from the incontestable evidence, and the version to be preferred must be consistent or at least more consistent with the incontestable evidence. A version cannot be preferred, no matter what, if it is inconsistent or more inconsistent with the incontestable evidence. In short, in this case, proper inferences were not drawn from the incontestable evidence.”

12. Keterangan tak tercabar (incontestable evidence) menunjukkan kemalangan berlaku di lorong Plaintif Pertama yang sah dan Defendan memang ingin masuk simpang di sebelah kanan rajah kasar dan kunci (P1).

13. Lagipun menurut Pegawai Penyiasat (SP 1) Defendan memang ada mengaku kepadanya bahawa beliau ingin membelok memasuki simpang.

14. Keterangan Plaintif Pertama konsisten dengan laporan polisnya (P3).

15. Oleh itu saya hujah bahawa Defendan harus bertanggungan 100% bagi kemalangan ini.

Isu Plaintif Pertama mengatakan beliau menunggang m/sikal berhampiran ”c” dan tengah-tengah laluan.
————————————————-

16. Keterangan ini telah dibaiki dalam re-examinantion apabila Plaintif Pertama menandakan ”0” pada rajah kasar (P1) kedudukan m/sikalnya sebelum berlaku kemalangan serta ”X” yang telah ditanda mewakili tempat kemalanggan.

17. Kedua-dua keterangan ini (”0” dan ”X”) tidak dicabar dengan mengemukakan keterangan Defendan.

18. Plaintif Pertama juga di dalam cross-examination tidak bersetuju kemalangan berlaku di ”C” dalam rajah kasar dan kunci (P1).

19. Di sini kita sudah jelas tentang maksudnya bahawa beliau lalu di tengah-tengah.

Kedudukan Undang-Undang Tentang Kegagalan Defendan Untuk Datang Ke Mahkamah Memberi Keterangan
———————————————

20. Defendan (pemandu m/kereta no. WRD 9330) telah diberi peluang untuk memberi keterangan tetapi gagal berbuat demikian dan menggunakan prinsip-prinsip dalam kes Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v Tan Lip Eng & Anor [1997] 4 CLJ 509 ada dua implikasi:-

(i) “Adverse inference” terpakai iaitu ada fakta dan keterangan yang tidak berpihak kepada Defendan serta jika ia dikemukakan ia akan menguat dan menyokong kes Plaintif.

Peh Swee Chin HMP memutuskan “Since counsel for the respondents did not actually say that he wished to make a submission of co case to answer, the trial court was under no obligation to put to the election of counsel that he would not call any evidence. The respondents had, however, chosen to close their case at the end of the appellants’ case, and they were entitled to do so although they would be in peril of not having the evidence of their most important witness and of having an adverse inference drawn against them for failing to call such evidence should the circumtances require such an adverse to be invoke against them.”

(ii)Kesemua keterangan oleh Plaintif hendaklah dianggap semuanya benar.

Gopal Sri Ram HMR memutuskan “It was incumbent for the sessions judge to have put counsel for the respondent to his election, namely, that if he did not call evidence, he would stand or fall on his submissions. The rule of procedure is one of essential justice and not a mere formality. Once a defendant in civil proceedings elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true.”

Cuai Sumbang
—————–

21. Kami hujah tiada cuai sumbang oleh Plaintif kerana faktor ‘agony of the moment’.
22. Kami hujahkan Defendan bertangungan 100% terhadap kemalangan ini.

B. GANTIRUGI
—————–

(a) Gantirugi Am
———————

Lapuran Pusat Perubatan universiti Malaya bertarikh 5.5.2009 terhadap Plaintif Pertama telah dipersetujui oleh Peguam Defendan untuk dimasukkan di Bahagian 1-Dokumen-Dokumen Yang Dipersetujui.

Lapuran pakar Dr Manu (Lampiran 12) telah dikemukakan melalui SP- 2 iaitu Dr Manu dan telah ditanda sebagai ekshibit P2.

Manakala Lapuran pakar Dr Yeoh (Lampiran 13) tidak dikemukakan dan pembuat gagal datang ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Oleh itu apa-apa hujahan yang bergantung kepada dokumen ini (Lapuran pakar Dr Yeoh) adalah ‘dengar cakap’ (hearsay).

i. A Closed momminuted fracture of midshaft of the Right femur
————————————————-
(1.5 cm of shortening and residual disabilities)

Dr Manu di mukasurat 7 Para 4 Ekshibit P2 menjelaskan ”The comminuted fracture of midshaft of the Right femur had malunited with displacement of the comminuted fragments, overiding and shortening of the thigh. It is the cause of the bony deformity of the thigh and the limp. These are permanent disabilities.”

Dr Manu (SP 2) telah memberi keterangan semasa disoal-balas (cross-examination) bahawa ‘disabilities’ di mukasurat 7 Para 3 item (b), (e) dan (i) adalah kekal.

Dr Manu (SP 2) juga telah dirujuk dengan laporan pakar Dr Yeoh yang mengatakan bahawa tiada kependekkan.

Saya hujah keterangan ini harus ditolak kerana pembuat laporan ini tidak dipanggil ke mahkamah dan laporan ini tidak ditanda sebagai ekshibit. Saya juga hujahkan laporan itu adalah ‘hearsay’.

Lagipun Dr Manu tidak setuju dengan penemuan pakar defendan berkenaan kependekkan seperti keterangannya dalam soal-balas (cross-examination) oleh Peguam Defendan. Beliau (Dr Manu) juga menjelaskan didalam soal-semula (re-examination) bahawa ‘compensatory overgrowth’ pada umur melebihi 20 tahun adalah terhenti bagi jantina lelaki. Untuk rekod umur Plaintif Pertama adalah 22 tahun.

Oleh itu tidak mungkin kependekkan tidak berlaku.

Kami merujuk kepada kes Sujin a/k Kudang v Kho Min Huat & Anor (Jobly ak Bohoi & Anor – Third Party) [2008] 2 PIR [24] . Mahkamah telah beri sebayak RM40,000.00

Kami hujah sebanyak RM40,000 juga.

ii. Wasting
————–
– 2.0 cm of wasting of the Right thigh.
– 1.0 cm of wasting of the Right calf.

Kami merujuk kepada kes Khairul Amri b Subri & Anor v Mohd Sofi b Saad & 2 Ors [2008] 1 PIR [65] mahkamah telah beri sebanyak RM10,000.00

Kami hujah sebanyak RM10,000.00

iii. Removal of implants
—————————–

Dr Manu berpandangan bahawa ‘bendasing besi'(implant) memerlukan pembuangan dengan segera (in due course). (Dr Manu m/s 8 Para 7)

Di dalam keterangannya, beliau ( Dr Manu) telah menjelaskan kenapa ‘bendasing besi’ harus dikeluarkan atas beberapa faktor antaranya (1) umur Plaintif Pertama yang masih muda (2) tujuan penyembuhan telah tercapai (3) jangkitan kuman (4) impak kepada tempat dimasukkan’bendasing besi’ jika terlibat dalam kemalangan lain dan (5) kemungkinan sakit seperti ‘kencing manis’.

Pembedahan ini mencecah kos RM3,500.00. Kami hujah sebayak RM3,500.00.

Untuk kesakitan bagi pembedahan pada masa hadapan kami hujah sebanyak RM10,000.00

Kami merujuk kepada kes Shanmugam Gopal v Zainal Abidin Nazim & Anor [2003] 3 MLJ 76. Mahkamah telah memutuskan “Although this is a future operation, the award for pain and suffering has to be made at the date of the decision so as to bring about the finality of the claim.”

Plaintif Pertama juga telah memberi keterangan bahawa beliau ingin membuat pembedahan apabila dapat duit tuntutan ini.

iv. Scars
———–
– 3 x 1, 1 x 1 and 1 x 1 cm surgical scars of the upper Right thigh
– 17 x 1 cm, 1 x 1 and 1 x 1 surgical scars of the Right lower thigh.

Parut-parut adalah kekal. “Numbness is due to injured cutaneous nerves and will be permanent”. Dr Manu m/s 8 para 8.

Parut-parut paha dan pinggul juga menyebabkan ‘stiffness’ kepada pinggul. Dr Manu m/s 7 para 5.

Kami rujuk kepada kes Tan Sim Yeow v Yen Hai Kian [2008] 2 PIR [64]. Mahkamah telah beri sebanyak RM25,000.00

Kami hujah sebanyak RM10,000.00

(b) Gantirugi Khas
———————–

Item (a) dan (b): Telah dipersetujui sebanyak RM400.00

Item (e): Resit-resit berikut telah dipersetujui dimasukkan dalam Bahagian 1 – Dokumen-Dokumen Yang Dipersetujui. Kesemuanya berjumlah RM4,593.00

No Jumlah

695477 RM 50.00
079011 RM 70.00
Cash sale 16.2.09 RM 58.00
004001569062 RM1,000.00
020000076144 RM 80.00
Inbois 19.2.2009 RM3,335.00
—————
RM4,593.00
==========

Ringkasnya
—————

1) Liabiliti: 100% terhadap Defendan.

2) Gantirugi:

Gantirugi Am –
Plaintif Pertama: RM73,500.00

Gantirugi Khas –
Plaintif Pertama: RM4,993.00

Kami juga pohon kos dan faedah.

Advertisements

APA PERLU ANDA BUAT JIKA ANDA JADI MANGSA JENAYAH SIBER?

1. MyMetro melaporkan “14 mangsa jenayah siber setiap saat” dengan merujuk kepada Laporan Jenayah Siber Norton 2011. Ini bermakna dalam satu hari 86,400 kes jenayah siber terjadi. Itu pada tahun 2011 sahaja di seantero dunia. Utusan pula melaporkan “Jumlah insiden keselamatan siber yang dilaporkan pula meningkat sebanyak 112.3 peratus iaitu kepada 13,173 kes pada 2011 berbanding 6,204 kes pada tahun sebelumnya”. Ini di Malaysia sahaja.

2. Mangsa-mangsa jenayah siber tidak terhad kepada individu dan organisasi swasta. Kerajaan pun menjadi mangsa jenayah siber.

3. Menurut penulis buku An Introduction to Cyber Crime and Cyber Law iaitu Dr R.K. Chaubey ada beberapa jenis jenayah siber antaranya; (1) Virus and other computer contaminations (2) crime related to unauthorized access- hacking (3) cyber stalking – the online harassment (4) content related cyber crime – pornography (5) cybercrimes in financial activities (6) cyber terrorism.

4. Saya sendiri pernah mengendalikan beberapa kes jenayah siber. Salah satunya kes di mana yang dikategorikan jenayah (1) virus and other computer contaminations. Email klien saya diserang oleh sejenis virus menyebabkan ianya hilang ‘password’. Pada mulanya klien saya mengenali seseorang diinternet yang ingin berkawan dengannya. Kemudian dari saat itu akaun emailnya diserang oleh virus.

5. Saya telah menasihatkan klien saya untuk pertamanya membuat laporan polis di balai terdekat. Saya dimaklumkan bahawa pihak Bukit Aman mempunyai pakar forensik komputernya tersendiri. Mereka juga dimaklumkan bahawa pasukan khas di Bukit Aman bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

6. Mengapa saya menasihatkan klien-klien saya jika mereka menjadi mangsa jenayah siber untuk pertamanya melakukan repot polis? Ini adalah kerana untuk pihak polis bertindak. Ia juga menjadi ‘evidence’ jika kes ini di bawa ke mahkamah. Jadi elemen ‘afterthought’ (selepaslupa) dapat dielakkan dalam mengukuhkan kes mangsa.

7. Mungkin secara tidak sedar bahawa langkah pertama adalah dengan merujuk kepada mereka yang tahu undang-undang. Dalam konteks negara mereka yang dilesenkan dalam undang-undang adalah peguam. Jadi untuk menderafkan repot polis yang ringkas tapi padat pun kepakaran peguam adalah diperlukan.

8. Kes kedua yang saya kendalikan adalah kes fitnah dalam internet. Seorang klien berjumpa saya dan mengadu perniagaannya difitnah. Apabila di goolgle nama kompeninya maka akan keluar dalam senarai carian google itu penyataan memfitnah terhadapnya. Saya juga telah menasitnya untuk membuat laporan polis. Oleh kerana individu yang disuspek itu dikenali, maka satu surat tuntutan berjumlah RM3,000,000.00 telah dihantar kepadanya. Jumlah ini agak tinggi. Tapi jika dibandingkan di dalam akhbar hanya beberapa ratus ribu pembaca sahaja di Malaysia. Tetapi fitnah diinternet boleh dibaca oleh berbilion manusia! Alhamdulillah selepas dihantar surat tuntutan posting yang berbentuk fitnah itu telah dibuang dari internet. Tapi bayangkan jarakmasa sebelum posting berbentuk fitnah itu dibuang dari internet berapa jutakah nilai reputasi baik klien saya telah musnah?

9. Kes-kes fitnah di Facebook juga ada beberapa kes yang datang kepada saya. Antaranya yang fitnah menjatuhkan peribadi seseorang. Tapi kebiasaannya jika Si A ingin memfitnah Si B maka Si B awal-awal lagi di‘unfriend’ kerana takut diketahui oleh Si B. Si B hanya tahu dia difitnah apabila ‘mutual friend’ antara Si A and Si B memberitahu Si B.

10. Untuk jenayah memfitnah di facebook ia boleh menjadi kes di bawah Seksyen 499 hingga Seksyen 502 Kanun Keseksaan. Tetapi ia adalah ‘libel’ jika ia memfitnah sesuatu pihak. Pihak yang difitnah boleh menfailkan kesnya di mahkamah bagi menuntut gantirugi, pohon maaf dan pembuangan posting ‘libel’ itu.

12. Satu lagi kategori (5) cybercrimes in financial activities seperti yang ditulis oleh Dr R.K. Chaubey. Jenayah ini yang ‘famous’ adalah “Online investment scheme”. Kebanyakkannya berpengkalan di luar negara. Ia boleh jadi pelaburan dalam komoditi, stok dan forex. Apabila ia melibatkan ‘crossborder transactions’ maka undang-undang menjadi kompleks.

13. Adalah dinasihatkan untuk terlibat dengan skim-skim ini melainkan mendapat lampu hijau dari penguasa tempatan seperti Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

14. Secara ringkas langkah pertama untuk anda lakukan jika menjadi magsa jenayah siber maka ada perlu melaporkan kepada polis dan keduanya anda perlu jumpa orang tahu undang-undang. Jika kerugian ditanggung oleh anda maka anda boleh menuntut di Mahkamah akibat jenayah siber itu.