APA PERLU ANDA BUAT JIKA ANDA JADI MANGSA JENAYAH SIBER?

1. MyMetro melaporkan “14 mangsa jenayah siber setiap saat” dengan merujuk kepada Laporan Jenayah Siber Norton 2011. Ini bermakna dalam satu hari 86,400 kes jenayah siber terjadi. Itu pada tahun 2011 sahaja di seantero dunia. Utusan pula melaporkan “Jumlah insiden keselamatan siber yang dilaporkan pula meningkat sebanyak 112.3 peratus iaitu kepada 13,173 kes pada 2011 berbanding 6,204 kes pada tahun sebelumnya”. Ini di Malaysia sahaja.

2. Mangsa-mangsa jenayah siber tidak terhad kepada individu dan organisasi swasta. Kerajaan pun menjadi mangsa jenayah siber.

3. Menurut penulis buku An Introduction to Cyber Crime and Cyber Law iaitu Dr R.K. Chaubey ada beberapa jenis jenayah siber antaranya; (1) Virus and other computer contaminations (2) crime related to unauthorized access- hacking (3) cyber stalking – the online harassment (4) content related cyber crime – pornography (5) cybercrimes in financial activities (6) cyber terrorism.

4. Saya sendiri pernah mengendalikan beberapa kes jenayah siber. Salah satunya kes di mana yang dikategorikan jenayah (1) virus and other computer contaminations. Email klien saya diserang oleh sejenis virus menyebabkan ianya hilang ‘password’. Pada mulanya klien saya mengenali seseorang diinternet yang ingin berkawan dengannya. Kemudian dari saat itu akaun emailnya diserang oleh virus.

5. Saya telah menasihatkan klien saya untuk pertamanya membuat laporan polis di balai terdekat. Saya dimaklumkan bahawa pihak Bukit Aman mempunyai pakar forensik komputernya tersendiri. Mereka juga dimaklumkan bahawa pasukan khas di Bukit Aman bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

6. Mengapa saya menasihatkan klien-klien saya jika mereka menjadi mangsa jenayah siber untuk pertamanya melakukan repot polis? Ini adalah kerana untuk pihak polis bertindak. Ia juga menjadi ‘evidence’ jika kes ini di bawa ke mahkamah. Jadi elemen ‘afterthought’ (selepaslupa) dapat dielakkan dalam mengukuhkan kes mangsa.

7. Mungkin secara tidak sedar bahawa langkah pertama adalah dengan merujuk kepada mereka yang tahu undang-undang. Dalam konteks negara mereka yang dilesenkan dalam undang-undang adalah peguam. Jadi untuk menderafkan repot polis yang ringkas tapi padat pun kepakaran peguam adalah diperlukan.

8. Kes kedua yang saya kendalikan adalah kes fitnah dalam internet. Seorang klien berjumpa saya dan mengadu perniagaannya difitnah. Apabila di goolgle nama kompeninya maka akan keluar dalam senarai carian google itu penyataan memfitnah terhadapnya. Saya juga telah menasitnya untuk membuat laporan polis. Oleh kerana individu yang disuspek itu dikenali, maka satu surat tuntutan berjumlah RM3,000,000.00 telah dihantar kepadanya. Jumlah ini agak tinggi. Tapi jika dibandingkan di dalam akhbar hanya beberapa ratus ribu pembaca sahaja di Malaysia. Tetapi fitnah diinternet boleh dibaca oleh berbilion manusia! Alhamdulillah selepas dihantar surat tuntutan posting yang berbentuk fitnah itu telah dibuang dari internet. Tapi bayangkan jarakmasa sebelum posting berbentuk fitnah itu dibuang dari internet berapa jutakah nilai reputasi baik klien saya telah musnah?

9. Kes-kes fitnah di Facebook juga ada beberapa kes yang datang kepada saya. Antaranya yang fitnah menjatuhkan peribadi seseorang. Tapi kebiasaannya jika Si A ingin memfitnah Si B maka Si B awal-awal lagi di‘unfriend’ kerana takut diketahui oleh Si B. Si B hanya tahu dia difitnah apabila ‘mutual friend’ antara Si A and Si B memberitahu Si B.

10. Untuk jenayah memfitnah di facebook ia boleh menjadi kes di bawah Seksyen 499 hingga Seksyen 502 Kanun Keseksaan. Tetapi ia adalah ‘libel’ jika ia memfitnah sesuatu pihak. Pihak yang difitnah boleh menfailkan kesnya di mahkamah bagi menuntut gantirugi, pohon maaf dan pembuangan posting ‘libel’ itu.

12. Satu lagi kategori (5) cybercrimes in financial activities seperti yang ditulis oleh Dr R.K. Chaubey. Jenayah ini yang ‘famous’ adalah “Online investment scheme”. Kebanyakkannya berpengkalan di luar negara. Ia boleh jadi pelaburan dalam komoditi, stok dan forex. Apabila ia melibatkan ‘crossborder transactions’ maka undang-undang menjadi kompleks.

13. Adalah dinasihatkan untuk terlibat dengan skim-skim ini melainkan mendapat lampu hijau dari penguasa tempatan seperti Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

14. Secara ringkas langkah pertama untuk anda lakukan jika menjadi magsa jenayah siber maka ada perlu melaporkan kepada polis dan keduanya anda perlu jumpa orang tahu undang-undang. Jika kerugian ditanggung oleh anda maka anda boleh menuntut di Mahkamah akibat jenayah siber itu.

Advertisements

12 thoughts on “APA PERLU ANDA BUAT JIKA ANDA JADI MANGSA JENAYAH SIBER?

  1. Puan….saya telah di ugut oleh individu yg dikatakan sebagai FBI dan seorang rakan telah memperkenalkan, dan kawan beliau akan tolong. Dan setelah dipaksa dan dikatakan beliau telah membayar kos utk pendaftaran dan memaksa saya menghantar data ….utk membantu saya mendapatkan duit saya yg telah terjebak dlm penipuan. Dan baru2 ni dia telah meminta sejumlah wang 5000 usd untuk kos dikatakan. Dan manalah saya nak afa duit sebanyak itu. Dia telah ugut saya dan bagi gambar saya bersama beberapa gambar sexy…dan sekiranya saya tak blh bayar…dia akan dedahkan dan akan panggil media. Tolong bantu saya

  2. Saya tertipu dgn pembelian secara online ,pembayaran telah dibuat tetapi respon dr peniaga tidak ada, apa langkah yg saya perlu buat..

  3. Salam, ada orang telah membuat report polis mengatakan yang saya telah menyebarkan gambar pornografi di atas namanya di instagram. Sedangkan saya tidak tahu menahu, apabila saya cuba mencari akaun instagram tersebut, akaun didapati telah dipadam. Tetapi report polis telah dibuat dan orang itu mengatakan bahawa sayalah yang menyebarkan gambar tersebut. Saya ingin tahu apakah tindakan yang patut saya buat di pihak saya? Terima kasih.

  4. Saya difitnah dan diviral melalui semua facebook oleh mnusia yg tak sedar keslahan dro sendri.. Report polis sy dh buat dan dye makin mnjdi2 myebarkn fitnah.. Ape ptt sy buat..

  5. Salam tuan, berkenaan dgn post viral di fb.. Penyiar viral telah memasukkan jga gambar mangsa.. Pelbagai kata2 yg kurang enak dibaca telah ditulis oleh pengomen yg lain.. Bagaimana cara nye ye.. Boleh tuan jelaskan.. Report polis masih belum dibuat.. Klau tuan sudi bantu sy boleh email sy nurazrina.mzawawi@gmail.com. tq tuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s