APA PERLU ANDA BUAT JIKA ANDA JADI MANGSA JENAYAH SIBER?

1. MyMetro melaporkan “14 mangsa jenayah siber setiap saat” dengan merujuk kepada Laporan Jenayah Siber Norton 2011. Ini bermakna dalam satu hari 1,209,600 kes jenayah siber terjadi. Itu pada tahun 2011 sahaja di seantero dunia. Utusan pula melaporkan “Jumlah insiden keselamatan siber yang dilaporkan pula meningkat sebanyak 112.3 peratus iaitu kepada 13,173 kes pada 2011 berbanding 6,204 kes pada tahun sebelumnya”. Ini di Malaysia sahaja.

2. Mangsa-mangsa jenayah siber tidak terhad kepada individu dan organisasi swasta. Kerajaan pun menjadi mangsa jenayah siber.

3. Menurut penulis buku An Introduction to Cyber Crime and Cyber Law iaitu Dr R.K. Chaubey ada beberapa jenis jenayah siber antaranya; (1) Virus and other computer contaminations (2) crime related to unauthorized access- hacking (3) cyber stalking – the online harassment (4) content related cyber crime – pornography (5) cybercrimes in financial activities (6) cyber terrorism.

4. Saya sendiri pernah mengendalikan beberapa kes jenayah siber. Salah satunya kes di mana yang dikategorikan jenayah (1) virus and other computer contaminations. Email klien saya diserang oleh sejenis virus menyebabkan ianya hilang ‘password’. Pada mulanya klien saya mengenali seseorang diinternet yang ingin berkawan dengannya. Kemudian dari saat itu akaun emailnya diserang oleh virus.

5. Saya telah menasihatkan klien saya untuk pertamanya membuat laporan polis di balai terdekat. Saya dimaklumkan bahawa pihak Bukit Aman mempunyai pakar forensik komputernya tersendiri. Mereka juga dimaklumkan bahawa pasukan khas di Bukit Aman bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

6. Mengapa saya menasihatkan klien-klien saya jika mereka menjadi mangsa jenayah siber untuk pertamanya melakukan repot polis? Ini adalah kerana untuk pihak polis bertindak. Ia juga menjadi ‘evidence’ jika kes ini di bawa ke mahkamah. Jadi elemen ‘afterthought’ (selepaslupa) dapat dielakkan dalam mengukuhkan kes mangsa.

7. Mungkin secara tidak sedar bahawa langkah pertama adalah dengan merujuk kepada mereka yang tahu undang-undang. Dalam konteks negara mereka yang dilesenkan dalam undang-undang adalah peguam. Jadi untuk menderafkan repot polis yang ringkas tapi padat pun kepakaran peguam adalah diperlukan.

8. Kes kedua yang saya kendalikan adalah kes fitnah dalam internet. Seorang klien berjumpa saya dan mengadu perniagaannya difitnah. Apabila di goolgle nama kompeninya maka akan keluar dalam senarai carian google itu penyataan memfitnah terhadapnya. Saya juga telah menasitnya untuk membuat laporan polis. Oleh kerana individu yang disuspek itu dikenali, maka satu surat tuntutan berjumlah RM3,000,000.00 telah dihantar kepadanya. Jumlah ini agak tinggi. Tapi jika dibandingkan di dalam akhbar hanya beberapa ratus ribu pembaca sahaja di Malaysia. Tetapi fitnah diinternet boleh dibaca oleh berbilion manusia! Alhamdulillah selepas dihantar surat tuntutan posting yang berbentuk fitnah itu telah dibuang dari internet. Tapi bayangkan jarakmasa sebelum posting berbentuk fitnah itu dibuang dari internet berapa jutakah nilai reputasi baik klien saya telah musnah?

9. Kes-kes fitnah di Facebook juga ada beberapa kes yang datang kepada saya. Antaranya yang fitnah menjatuhkan peribadi seseorang. Tapi kebiasaannya jika Si A ingin memfitnah Si B maka Si B awal-awal lagi di‘unfriend’ kerana takut diketahui oleh Si B. Si B hanya tahu dia difitnah apabila ‘mutual friend’ antara Si A and Si B memberitahu Si B.

10. Untuk jenayah memfitnah di facebook ia boleh menjadi kes di bawah Seksyen 499 hingga Seksyen 502 Kanun Keseksaan. Tetapi ia adalah ‘libel’ jika ia memfitnah sesuatu pihak. Pihak yang difitnah boleh menfailkan kesnya di mahkamah bagi menuntut gantirugi, pohon maaf dan pembuangan posting ‘libel’ itu.

12. Satu lagi kategori (5) cybercrimes in financial activities seperti yang ditulis oleh Dr R.K. Chaubey. Jenayah ini yang ‘famous’ adalah “Online investment scheme”. Kebanyakkannya berpengkalan di luar negara. Ia boleh jadi pelaburan dalam komoditi, stok dan forex. Apabila ia melibatkan ‘crossborder transactions’ maka undang-undang menjadi kompleks.

13. Adalah dinasihatkan untuk terlibat dengan skim-skim ini melainkan mendapat lampu hijau dari penguasa tempatan seperti Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

14. Secara ringkas langkah pertama untuk anda lakukan jika menjadi magsa jenayah siber maka ada perlu melaporkan kepada polis dan keduanya anda perlu jumpa orang tahu undang-undang. Jika kerugian ditanggung oleh anda maka anda boleh menuntut di Mahkamah akibat jenayah siber itu.

43 thoughts on “APA PERLU ANDA BUAT JIKA ANDA JADI MANGSA JENAYAH SIBER?

  1. ada org pakai gmbr sya tok buat fb dia sdri.
    saya tak tahu spe..sya nk buat aduan polis
    tapi saya takut sbb tak ada siapa yg ingin menyokong saya
    atau menemani sya..

  2. Puan….saya telah di ugut oleh individu yg dikatakan sebagai FBI dan seorang rakan telah memperkenalkan, dan kawan beliau akan tolong. Dan setelah dipaksa dan dikatakan beliau telah membayar kos utk pendaftaran dan memaksa saya menghantar data ….utk membantu saya mendapatkan duit saya yg telah terjebak dlm penipuan. Dan baru2 ni dia telah meminta sejumlah wang 5000 usd untuk kos dikatakan. Dan manalah saya nak afa duit sebanyak itu. Dia telah ugut saya dan bagi gambar saya bersama beberapa gambar sexy…dan sekiranya saya tak blh bayar…dia akan dedahkan dan akan panggil media. Tolong bantu saya

  3. Saya tertipu dgn pembelian secara online ,pembayaran telah dibuat tetapi respon dr peniaga tidak ada, apa langkah yg saya perlu buat..

  4. Saya dan suami saya di fitnah di laman FB dan juga blog2. Boleh minta bantuan. Saya akan jelaskn ceritanya.

  5. Salam, ada orang telah membuat report polis mengatakan yang saya telah menyebarkan gambar pornografi di atas namanya di instagram. Sedangkan saya tidak tahu menahu, apabila saya cuba mencari akaun instagram tersebut, akaun didapati telah dipadam. Tetapi report polis telah dibuat dan orang itu mengatakan bahawa sayalah yang menyebarkan gambar tersebut. Saya ingin tahu apakah tindakan yang patut saya buat di pihak saya? Terima kasih.

    • Repot polis itu boleh menyebabkan samada tuan/puan terdedah kepada saman sivil dan/atau pendakwaan jenayah. Saya cadangkan tuan/puan buat repot bagi melindungi tuan/puan. Ia boleh berlaku samada akaun tuan/puan digodam atau satu fitnah, iaitu pihak tuan/puan tidak buat perkara itu sebenarnya. Jika tuan/puan perlu konsultansi lanjut boleh hubungi saya 01118914129.

      • Baik. Jadi saya perlu buat laporan balas ke atas repot polis yang telah dibuat ke atas saya oleh pihak satu lagi. Adakah saya perlu tahu maklumat peribadi orang yang membuat repot tersebut/maklumat repot asal yang telah dibuat ke atas saya?

  6. Ad customer beli brg online dgn saya tp sbb die duduk oversea, jd die transfer duit pd saya melalui international bank. Tp bank tu asyik suruh saya transfer duit ke akaun org lain sbb bonanza. N kalau saya x transfer, bank xkan masukkan duit customer tu dlm akaun saya. Tolong saya xtau mcm mana nak buat…

  7. salam.. saya ada acc facebook yang saya dah tak pakai sudah 4 tahun. semalam ada lelaki telah contact kawan saya dia kata saya telah ajak isterinya untuk bersetubuh. bila saya check fb saya, ternyata saya telah di godam oleh orang yang tak bertanggungjawab dia menggunakan acc fb saya untuk kepentingan sendiri. apa patut saya buat? terima kasih

  8. Saya difitnah dan diviral melalui semua facebook oleh mnusia yg tak sedar keslahan dro sendri.. Report polis sy dh buat dan dye makin mnjdi2 myebarkn fitnah.. Ape ptt sy buat..

  9. Maaf sy nak tanya berkaitan dengan kes viral di fb yg mana individu yg menyiarkan viral tersebut juga telah meletakkan gambar mangsa.. Dan pelbagai tohmahan yg memalukan telah dibuat..apa yg boleh dilakukan ye.. Mohon pencerahan ye boleh email sy nurazrina.mzawawi@gmail.com

  10. Salam tuan, berkenaan dgn post viral di fb.. Penyiar viral telah memasukkan jga gambar mangsa.. Pelbagai kata2 yg kurang enak dibaca telah ditulis oleh pengomen yg lain.. Bagaimana cara nye ye.. Boleh tuan jelaskan.. Report polis masih belum dibuat.. Klau tuan sudi bantu sy boleh email sy nurazrina.mzawawi@gmail.com. tq tuan

  11. Saya di fitnah menipu
    Seorg pro spec bakl pelanvgan saya mesengger saya dan screen shot seorg telah pm mengataka “berhati hati berurusan dgn nama saya serta bin …….telah menipu atau ramai yg sudah tertipu dengam saya

    Sedangkan saya tidak pernah berurusan dgn nya

    Apa yg saya perlu buat
    Saya rasa ini fitnah berunsurkan hsutan boleh memjejskan perniagan saya dan memalukan saya

  12. Saya memerlukan bantuan tuan krana telh menjadi mangsa fitnah di fb , harap pihak tuan dapat membantu sy

  13. Assalammualaikum..Sy nak tanyer sy telah ditipu di wassap..ade seorang sy xkenal menghantar mesej di wassap kpd sy yg sy telah memenangi hadiah 10,000 dlm produk Nestle..org tu suruh bagy no ic dan gambar cad bsn..Sy bagy la no ic dan kad bsn sy.. lepas sy dah bagi…org tu ckp nk masuk kn 10,000 kat dlm bsn sy..dan dye ckp nk call sy setelah sy bagy no ic dan gambar kat kredit bsn sy..tapy dye xcall pon Sy..lepas beberapa minit dye terus block wassap sy…ade kah tuan blh membantu sy menyelesaikan masalah ni..sbb sy takut nanty duit sy dicuri tu jer

  14. Salam..Masalah sye skrng adalah semua pasword email,wechat,instagram dan lain² telah ditukar dan dihacked oleh kawan saya. Smue maklumat penting ada dalam email tersebut..Macam mana nak settle masalah ni.

  15. Saya dan keluarga di ugut bunuh oleh seorang pengguna fake profile di instagram. Saya sudah buat report secara online kepada instagram, CMCF, SKMM dan juga polis.

Leave a Reply to Shuktee abdullah Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s