1. Topik “melayu murtad” memasuki fasa 2. Topik ini menjadi hangat kembali dengan lontaran (versi asal dan putarbelit masih dipersoalkan) seorang ahli parlimen pakatan rakyat.
2. Semasa fasa 1 sebahagian dari massa mempertikakan pengertian Melayu sebagai wajib Islam dalam pengertian Perlembagaan Persekutuan. Lihat tulisan saya “MELAYU MURTAD”.
3. Fasa kedua ini pula berkitar dengan pentafsiran maksud ayat al-Quran (لا اكراه في الدين) atau “tiada paksaan dalam beragama”.
4. Morsi ketika itu bakal presiden Mesir dalam kempennya mengutarakan pendapat yang lebih lembut dari generasi awal Ikhwanul Muslimun iaitu Syeikh Abdul Qadir Audah berkenaan hukuman terhadap orang murtad.
5. Abdul Qadir Audah di dalam bukunya at-Tasyrik al-Jinai berpegang kepada umum dalil hadis di dalam menentukan hukuman bunuh terhadap orang murtad: (من بدل دينه فاقتلوه) atau ” sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah dihukum bunuh dia”.
6. Apa yang dilontarkan oleh Morsi dan Audah adalah berkenaan “hukuman”. Morsi walaupun lembut pandangannya tentang hukuman murtad tapi beliau bukan mengharuskan murtad. Beliau hanya lembut berkenaan hukuman murtad itu sahaja.
7. Berbalik kepada pandangan ahli parlimen Malaysia itu jika benar seperti dilaporkan (versi asal ucapannya) beliau berpandangan kebebasan untuk beragama juga terpakai kepada orang Melayu. Dengan kata lain Melayu haru murtad.
8. Bebeza pandangan Morsi dalam kempen presidennya yang menyentuh tentang hukuman bukan keharusan untuk murtad.
9. “Melayu murtad” 1.0 yang saya bincangkan dahulu dalam blog lama saya adalah kritikan terhadap kelompak-kelompak yang mempersoalkan maksud Melayu dan Islam yang sinonim dalam Perlembagaan Persekutuan. Melayu murtad 2.0 ini berkenaan kritikan terhadap keharusan murtad bagi bangsa Melayu?