HARAMKAH BERNIAGA DENGAN ORANG YAHUDI?

1. Saya sudah memikirkan tajuk yang sesuai untung posting ini. Samada Haruskah “bermuamalat” dengan Yahudi? Atau Haruskah membeli produk-produk Yahudi?

2. Namun begitu saya telah memilih tajuk ‘haruskah “berniaga” dengan Yahudi?’.

3. Pada dasarnya tajuk-tajuk yang difikirkan di atas adalah memberi maksud yang sama walau sedikit sahaja perbezaannya.

4. Jika saudara-saudari membaca posting ini saudara-saudari akan melihat bahawa saya pro-bermuamalat dengan Yahudi berdasarkan dalil-dalil yang ada dalam Quran dan Sunnah serta buku turas Islam.

5. Pada umumnya menghalang bermuamalat dengan Yahudi adalah bertentangan dengan prinsip “Allah mengharuskan jual-beli.” seperti yang terkandung dalam Qur’an:

Surah al-Baqarah, Ayat 275:

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Those who swallow down usury cannot arise except as one whom Shaitan has prostrated by (his) touch does rise. That is because they say, trading is only like usury; and Allah has allowed trading and forbidden usury. To whomsoever then the admonition has come from his Lord, then he desists, he shall have what has already passed, and his affair is in the hands of Allah; and whoever returns (to it)– these are the inmates of the fire; they shall abide in it.

6. Imam Ibnu Qayyim menulis di dalam bukunya Zaad Al-Ma’ad Fi Hadyi Khairal Ibaad Jilid 1 Muassasah al-Risalah bahawa di antara petunjuk kenabian adalah dalam urusan muamalahnya boleh dengan Yahudi.

7. Di muka surat 159 160 Ibnu Qayyim menyebut tentang Nabi saw berurus niaga dengan seorang Yahudi. Akhirnya Yahudi tersebut telah masuk Islam.

8. Apa yang dapat difaham dari petikan buku Ibnu Qayyim bahawa melalui muamalat sebaran(dakwah) Islam dapat dilaksanakan. Ini bermakna jika membaikot atau mengharamkan berurusniaga dengan Yahudi maka Islam tidak akan tersebar.

9. Di dalam Sahih Muslim ada diberitakan hadis ini:-

A’isha (Allah be pleased with her) reported that Allah’s Messenger (may peace be upon him) bought some grain from a Jew on credit and gave him a coat-of- mail of his as a pledge.

‏‏حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاَءِ – وَاللَّفْظُ لِيَحْيَى قَالَ يَحْيَى أَخْبَرَنَا وَقَالَ الآخَرَانِ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، – عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الأَسْوَدِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتِ اشْتَرَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ يَهُودِيٍّ طَعَامًا بِنَسِيئَةٍ فَأَعْطَاهُ دِرْعًا لَهُ رَهْنًا ‏.‏ ‏‏
(Hadis sahih Muslim:4200)

10. Ini menunjukkan bahawa mereka yang mengharamkan berurusniaga dengan Yahudi adalah bertentangan dengan praktis Nabi saw.

11. Membeza-bezakan antara kaum adalah satu perkara yang rasis dan bertentangan dengan prinsip kedaulalatan undang-undang perlembagaan berkenaan kesamarataan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s