MERANGKA STRATEGI MENAWAN ISTANA KEHAKIMAN

1. Sistem keadilan tidak harus dipolitikkan. Tetapi sistem politik harus diadilkan. Keadilan lebih tinggi hadafnya dari maksuk politik. Sebab itu spektrum keadilan lebih luas dan segmen politik berada didalamnya yakni sistem keadilan.

2. Petikan dari al-Qur’an ini mengingatkan kita tentang spektrum keadilan yang melangkau batas-batas politik dan perkauman:-

Surah 5, Verse 8:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

O you who believe! Be upright for Allah, bearers of witness with justice, and let not hatred of a people incite you not to act equitably; act equitably, that is nearer to piety, and he careful of (your duty to) Allah; surely Allah is Aware of what you do.

3. Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat di atas mengatakan keadilan bukan sahaja untuk rakan-karib bahkan musuh.

4. Di ambang PRU13 parti-parti politik membincangkan operasi menawan kerusi-kerusi empuk di Putrajaya termasukklah kerusi-kerusi empuk di Istana Kehakiman.

5. Istana Kehakiman menempatkan ahli-ahli fikir dan pemutus-pemutus tertinggi kes-kes pertikaian undang-undang.

6. Kita rujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dalam menyiasat siapakah tangan-tangan ghaib yang dipertanggungjawab untuk mengisi kerusi-kerusi empuk di Istana Kehakiman sehingga kadang-kadang ‘dilihat’ (seem) cenderung pada satu perkumpulan.

7. Artikel 122AB dan 122B menyatakan Yang Di Pertuan Agong “acting on the advice of the Prime Minister.” Perdana Menteri adalah mewakili parti-parti politik yang berjaya memenangi pilihanraya yang pada perkiraan YDPA “who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House”(Artikel 43(2)(a). Ini menunjukkan bahawa antara YDPA dan PM adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Dari satu sudut YDPA jarus menerimapakai nasihat PM dalam melantik hakim-hakim di Istana Kehakiman tetapi dari sudut lain PM sendiri nasibnya di peringkat awal memenangi pilihanraya ditentukan oleh tangan YDPA.

8. Ini bermakna lantikan hakim-hakim di Istana Kehakiman diwarnai oleh penguasa politik. Majukah kita merangka perlembagaan seperti ini?

9. Kita merujuk kepada semario di USA. Hakim-hakim Mahkamah Agung adalah silih berganti bagi “political-party affiliation” antara Federalist, Democratic Republican, Democrat, Whig, Republican dan Independent. Ini bermakna di negara maju seperti USA adalah tidak salah jika hakim-hakim di sana mempunyai ‘political-party affiliation’ asalkan mereka memutuskan kes dengan adil.

10. Ini bermakna peruntukan dalam Artikel 122AB dan 122B adalah mantap dan tidak perlu dinilai semula.

11. Mungkin kita harus berfikir di luar kotak Perlembagaan Persekutuan. Mengapakah perlu peruntukan seperti ini? PM adalah lambang kuasa kuasa rakyat sebagai pengundi di dalam pilihanraya. Oleh itu tangan PM di dalm melantik hakim-hakim di Istana Kehakiman adalah tangan-tangan rakyat sebenarnya.

12. Kalau rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan pertikaian kes-kes yang diputuskan oleh hakim-hakim di Istana Kehakiman maka mereka (rakyat) harus berhati-hati dalam memilih PM. Atau dengan kata lain parti-parti politik yang harus memerintah Putrajaya. Rakyat harus bijak memilih parti mana harus memiliki kerusi-kerusi empuk di Putrajaya!

Advertisements