ILMU MIMPI

1) Surah As-Saaffat, Verse 102:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
(Melayu)

via iQuran

2) Surah Yusuf, Verse 4:

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.
(Melayu)

via iQuran

3) Hadis Sahih Bukhari: 6993.

«6993» حَدَّثَنَا عَبْدَانُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ عَنْ يُونُسَ عَنِ الزُّهْرِيِّ حَدَّثَنِي أَبُو سَلَمَةَ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي الْيَقَظَةِ، وَلاَ يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي)). قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ قَالَ ابْنُ سِيرِينَ إِذَا رَآهُ فِي صُورَتِهِ.

Sesungguhnya Abu Hurairah r.a. berkata: Aku mendengar sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: ((Sesiapa melihatku di dalam tidur maka dia akan melihatku waktu jaga, syaitan tidak menyerupaiku)).

4) Hadis Sahih Muslim: 6057

«6057» وَحَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ وَحَرْمَلَةُ قَالاَ: أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ حَدَّثَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي الْيَقَظَةِ أَوْ لَكَأَنَّمَا رَآنِي فِي الْيَقَظَةِ لاَ يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي)).

Abu Hurairah r.a. berkata : Aku mendengar Rasululullah s.a.w. bersabda : ((Sesiapa melihatku di dalam tidur maka dia akan melihatku pada waktu jaga atau seolah-olah melihatku pada waktu jaga, syaitan tidak dapat menyerupaiku)).

5) Mimpi itu ada dua kategori. Pertama mimpi secara ‘melihat ketika tidur’ . Kedua, mimpi secara ‘yaqozoh’.

6) Bagi mimpi kategori pertama “مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ” —> siapa yang melihatku di waktu tidur. Ini adalah mimpi yang biasa di alami oleh orang awam.

7) Bagi mimpi kategori kedua “فَسَيَرَانِي فِي الْيَقَظَةِ أَوْ لَكَأَنَّمَا رَآنِي فِي الْيَقَظَةِ” —-> maka dia akan melihatku di dalam yaqozoh (jaga) atau seolah-seolah dia dia melihatku di dalam yaqozoh. Petikan ini mempunyai makna yang berlapik dan berlapis. Mimpi kategori kedua ini hanya dialami oleh orang yang mempunyai maqom yang tinggi. Ia juga bermaksud yaqozoh atau mimpi secara roh dan jasad masuk ke alam mimpi. Perkara ini sudah berkali-kali terjadi kepada saya. Sesiapa yang bermimpi melihat Rasulullah saw di dalam tidur maka dia akan melihatnya di dalam yaqozoh atau jaga. Yaqozoh ini mempunyai dua maksud pertama; mimpi secara jaga sebagai mana yang telah saya sebutkan tadi dan kedua memang akan melihat secara langsung di alam sedar. Jika berpegang kepada pendapat kedua ini bermaksud Nabi saw masih hidup.

8) Bagi yang faham bahawa Baginda s.a.w. telah wafat seperti manusia biasa kita hidangkan dengan hadis Sahih Bukhari 4463 ini:

«4463» حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ يُونُسُ قَالَ الزُّهْرِيُّ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ فِي رِجَالٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَهْوَ صَحِيحٌ: ((إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِيٌّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ، ثُمَّ يُخَيَّرَ)). فَلَمَّا نَزَلَ بِهِ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِي غُشِيَ عَلَيْهِ، ثُمَّ أَفَاقَ، فَأَشْخَصَ بَصَرَهُ إِلَى سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ: ((اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى)). فَقُلْتُ إِذًا لاَ يَخْتَارُنَا. وَعَرَفْتُ أَنَّهُ الْحَدِيثُ الَّذِي كَانَ يُحَدِّثُنَا وَهْوَ صَحِيحٌ قَالَتْ فَكَانَتْ آخِرَ كَلِمَةٍ تَكَلَّمَ بِهَا: ((اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى)).

9) Jelas bahawa kata-kata terakhir Rasulullah s.a.w. adalah ((اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى)). “Wahai Allah! Kawan-kawan di alam atas”. Ini bermakna Rasulullah s.a.w hidup bersama kawan-kawan di alam atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s