AQLI DAN NAQLI

1. Secara ringkasnya apa yang saya ingin maksudkan dalam topik di atas adalah berkenaan dengan penggunaan akal (aqli) dan nas-nas kitab suci (naqli).

2. Saya pernah cuba mendalami sifat-sifat orang kafir, munafik dan athies dengan cara meminjam otak mereka dan gaya hidup mereka. Lantas menghasilkan tulisan-tulisan dan karya seperti bagaimana mereka berfikir.

3. Bagi orang-orang kafir mereka menggunakan dalil-dalil dari kitab-kitab suci mereka serta dalam masalah perundangan mereka menggunakan kekuatan aqal dalam berfikir dan bersifat sekular dengan agama mereka dalam menyelesaikan permasalahan undang-undang.

4. Bagi orang-orang munafik pula mereka seperti sesumpah yang boleh berpihak kepada mana-mana kumpulan. Bak kata pepatah Melayu ” Masuk kandang harimau mengaum, masuk dalam kandang kambing mengembik”. Ini adalah sifat munafik dalam bidalan Melayu ini.

5. Itupun dalam megkelaskan orang-orang dalam cara mereka berfikir ini kerana dipengaruhi oleh dalil-dalil naqli. Itu pun memang begitu wujudnya manusia seperti ini.

6. Bagi athies pula mereka seperti munafik yang tidak mempercayai kitab-kitab suci. Cuma sahaja mereka jelas tentang pendirian mereka tanpa berselindung dan mengubah warna mengikut keadaan seperti orang munafik.

7. Sejauh manakah akal dalam memandu manusia. Pada saya sejauh mana kita menggunakan akal akhirnya kita kembali kepada Pencipta sebenar jua.

8. Ia lebih hebat lagi apabila akal digunakan serentak dengan naqli.

9. Saya cuba menyelami tamaddun dan cara berfikir Barat dengan menggali kitab-kitab dan buku-buku yang mereka guna.

10. Betapa saya dapati mereka banyak dipenggaruhi oleh kitab-kitab suci seperti Injil dan Taurah. Sejauh mana ia dipinda perkara ini boleh diperdebatkan lagi. Bahkan saya pernah menterjemahkan ke Bahasa Melayu “Is the Bible God’s Words” (Adakah Bible Firman Tuhan).

11. Dengan kata lain Barat banyak dipengaruhi oleh Nabi Musa dan Isa dalam cara berfikir ‘kerohanian’ mereka. Tetapi mereka sebenarnya mempunyai konflik identiti dalam masalah ‘sekularisma’. Mereka cuba meminggirkan naqli dalam kehidupan di luar gereja-gereja dan biara-biara mereka.

12. Insan lain yang banyak mencorakkan pemikiran orang-orang Barat adalah PLATO. Saya telah membeli kitab Plato yang terkenal iaitu “REPUBLIC”. Betapa saya dapati olahan dan cara berfikir cerdik pandai Barat adalah persis Plato.

13. Namun satu perkara yang saya jumpai setakat ini iaitu berkenaan “RIBA” atau “interest”. Yang mana hakim lagenda British Lord Denning mengatakan riba adalah diperlukan kerana menjadi pulangan kepada orang yang wangnya dilambat-lambat bayar.

14. Plato berfikir sebaliknya dan mengatakan “The money-makers, on the other hand, with their eyes on the ground, pretend not to see these people, and by lending money they disable any of the remainder who resist, exact as interest many times the principal sum, and so create a considerable number of drones and beggars in the city.”

15. Ini menunjukkan bahawa Plato secara pandangan ekonominya “interest” (riba) adalah menyebabkan kemiskinan. Mungkin Barat boleh cuba untuk membezakan (distinguish) penggunaan riba dalam penghakiman-penghakiman Mahkamah kerana ia bukan money lending atau pinjaman wang seperti yang dikhuatiri oleh Plato tetapi sebagaimana Lord Denning berpendapat di Para 13 tulisan ini.

16. Namun begitu jika betul Barat berfikir seperti Plato maka bank-bank mereka tidak akan menggenakan bunga atau riba.

17. Saya pun masih berfikir dan mencari-cari panduan tentang hakikat riba/bunga/interest/faedah.

18. Apapun Plato pada pandangan saya adalah seorang utusan Allah swt kepada umat Barat yang memberi titik-berat tentang sesuatu dengan melihat secara lojik dan aqli.

19. Plato alaihissalam mempersembahkan wahyu-wahyu secara aqli.

Advertisements

ILMU DUIT (4) : RAHSIA

i) Surah 18, Verse 19:

وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

ii) Surah 12, Verse 20:

وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ

Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.

1. Dua perkataan bagi mengambarkan wang dalam al-Quran iaitu “بِوَرِقِكُمْ” dan “دَرَاهِمَ” kedua-duanya bermaksud wang perak.

3. Di sini menunjukkan rahsia perak sebagai sandaran kepada matawang.

4. Matawang yang digunakan oleh ahli gua seperti yang disebut dalam surah al-Kahfi di atas walaupun berlalunya zaman boleh digunakan untuk membeli makanan. Semakin lama usia duit semakin tinggi nilainya.

5. Aku pernah melihat bahawa sebahagian duit itu mempunyai khadam-khadam.

6. Khadam-khadam ini melakukan kerja mereka berniaga dan bertransaksi seperti manusia berurus.

7. Perniagaan forex yang mencecah USD3.98 trillion sehari menunjukkan bahawa pada wang itu rahsia kekayaan.

8. Manakala Nabi Yusuf as yang diniagakan dengan wang perak (dirham) adalah satu penyalahgunaan matawang. Sedangkan orang inilah cerdikpandai ekonomi.

9. Juga transaksi ini dilakukan dengan matawang perak.

10. Aku berpandangan jikalah sesuatu negara ingin maju dan kukuh ekonomi maka matawang haruslah disandarkan kepada perak bukan emas.

11. Di dalam perlembagaan Malaysia ada disebut “coinage” di dalam Jadual Kesembilan. Kuasa untuk mengeluarkan syiling adalah terletak pada Kerajaan Persekutuan.

12. Walaupun dua petikan di atas menunjukkan syiling mempunyai otoriti dalam al-Quran tetapi wang kertas juga mempunyai rahsia tersendiri kerana perkataan kertas itu tercatat dalam al-Quran:

Surah 6, Verse 7:

وَلَوْ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ كِتَابًا فِي قِرْطَاسٍ فَلَمَسُوهُ بِأَيْدِيهِمْ لَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ

Dan kalau Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah kitab (yang bertulis) pada kertas, lalu mereka memegangnya dengan tangan mereka, nescaya orang-orang yang kafir itu berkata: “Ini tidak lain, hanyalah sihir yang terang nyata”.

13. Ada seorang yang memberitahuku bahawa wang kertas yang aku pegang telah menjadi cek.

14. Aku juga pengemar angka-angka di dalam wang. Aku suka angka 40 dan 29.