1. Secara ringkasnya apa yang saya ingin maksudkan dalam topik di atas adalah berkenaan dengan penggunaan akal (aqli) dan nas-nas kitab suci (naqli).
2. Saya pernah cuba mendalami sifat-sifat orang kafir, munafik dan athies dengan cara meminjam otak mereka dan gaya hidup mereka. Lantas menghasilkan tulisan-tulisan dan karya seperti bagaimana mereka berfikir.
3. Bagi orang-orang kafir mereka menggunakan dalil-dalil dari kitab-kitab suci mereka serta dalam masalah perundangan mereka menggunakan kekuatan aqal dalam berfikir dan bersifat sekular dengan agama mereka dalam menyelesaikan permasalahan undang-undang.
4. Bagi orang-orang munafik pula mereka seperti sesumpah yang boleh berpihak kepada mana-mana kumpulan. Bak kata pepatah Melayu ” Masuk kandang harimau mengaum, masuk dalam kandang kambing mengembik”. Ini adalah sifat munafik dalam bidalan Melayu ini.
5. Itupun dalam megkelaskan orang-orang dalam cara mereka berfikir ini kerana dipengaruhi oleh dalil-dalil naqli. Itu pun memang begitu wujudnya manusia seperti ini.
6. Bagi athies pula mereka seperti munafik yang tidak mempercayai kitab-kitab suci. Cuma sahaja mereka jelas tentang pendirian mereka tanpa berselindung dan mengubah warna mengikut keadaan seperti orang munafik.
7. Sejauh manakah akal dalam memandu manusia. Pada saya sejauh mana kita menggunakan akal akhirnya kita kembali kepada Pencipta sebenar jua.
8. Ia lebih hebat lagi apabila akal digunakan serentak dengan naqli.
9. Saya cuba menyelami tamaddun dan cara berfikir Barat dengan menggali kitab-kitab dan buku-buku yang mereka guna.
10. Betapa saya dapati mereka banyak dipenggaruhi oleh kitab-kitab suci seperti Injil dan Taurah. Sejauh mana ia dipinda perkara ini boleh diperdebatkan lagi. Bahkan saya pernah menterjemahkan ke Bahasa Melayu “Is the Bible God’s Words” (Adakah Bible Firman Tuhan).
11. Dengan kata lain Barat banyak dipengaruhi oleh Nabi Musa dan Isa dalam cara berfikir ‘kerohanian’ mereka. Tetapi mereka sebenarnya mempunyai konflik identiti dalam masalah ‘sekularisma’. Mereka cuba meminggirkan naqli dalam kehidupan di luar gereja-gereja dan biara-biara mereka.
12. Insan lain yang banyak mencorakkan pemikiran orang-orang Barat adalah PLATO. Saya telah membeli kitab Plato yang terkenal iaitu “REPUBLIC”. Betapa saya dapati olahan dan cara berfikir cerdik pandai Barat adalah persis Plato.
13. Namun satu perkara yang saya jumpai setakat ini iaitu berkenaan “RIBA” atau “interest”. Yang mana hakim lagenda British Lord Denning mengatakan riba adalah diperlukan kerana menjadi pulangan kepada orang yang wangnya dilambat-lambat bayar.
14. Plato berfikir sebaliknya dan mengatakan “The money-makers, on the other hand, with their eyes on the ground, pretend not to see these people, and by lending money they disable any of the remainder who resist, exact as interest many times the principal sum, and so create a considerable number of drones and beggars in the city.”
15. Ini menunjukkan bahawa Plato secara pandangan ekonominya “interest” (riba) adalah menyebabkan kemiskinan. Mungkin Barat boleh cuba untuk membezakan (distinguish) penggunaan riba dalam penghakiman-penghakiman Mahkamah kerana ia bukan money lending atau pinjaman wang seperti yang dikhuatiri oleh Plato tetapi sebagaimana Lord Denning berpendapat di Para 13 tulisan ini.
16. Namun begitu jika betul Barat berfikir seperti Plato maka bank-bank mereka tidak akan menggenakan bunga atau riba.
17. Saya pun masih berfikir dan mencari-cari panduan tentang hakikat riba/bunga/interest/faedah.
18. Apapun Plato pada pandangan saya adalah seorang utusan Allah swt kepada umat Barat yang memberi titik-berat tentang sesuatu dengan melihat secara lojik dan aqli.
19. Plato alaihissalam mempersembahkan wahyu-wahyu secara aqli.