TEORI PENGHARAMAN RASUAH

عن عبد الله بن عمرو قال : لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليهِ و سلم الراشِي و المُرْتَشِي
Daripada Abdullah Bin Amru berkata: (( Rasulullah saw melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah)). Kitab Penghakiman, bab pada mengharamkan rasuah, hadis no 3580 : Sunan Abu Daud

1. Merujuk kepada hadis di atas, adalah jelas bahawa Rasulullah saw melaknat pemberi dan penerima rasuah. Sebagaimana kita ketahui bahawa Rasulullah saw tidak bercakap melainkan apa yang telah diwahyukan kepadanya:

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ. إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ : النجم: ٣-٤

((Dan ia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.)) al-Najm: 3-4.

2. Ayat seterusnya selepas itu adalah berkenaan malaikat Jibril.

Surah 53, Verse 5:

عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ

((wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah.))

3. Ini menunjukkan bahawa apa yang tuturkan oleh Nabi saw, sebahagiannya, adalah wahyu yang diwahyukan melalui Jibril.

4. Oleh itu pemahaman berkenaan hadis no :3580 yang Nabi saw melaknat orang yang memberi dan menerima rasuah adalah satu wahyu. Dengan kata lain bahawa ia adalah datang dari Allah jua. Ini bermaksud bahawa pengharaman rasuah adalah satu wahyu dari Allah dan telah disampaikan oleh malaikat Jibril kepada Nabi saw.

5. Para 1 hingga 4 adalah berkenaan sumber hukum pengharaman rasuah.

6. Di Malaysia, akta yang berkenaan tentang rasuah adalah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( Akta 694). (Selepas ini ASPRM).

7. Matlamat utama akta adalah seperti yang terkandung dalam seksyen 2:

a) mengalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan suatu badan pengcegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab; dan

b) mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam dan swasta dan komuniti.

8. Ini bermakna seksyen 2(a) rasuah bukan sahaja awam (kerajaan) tetapi juga sekstor swasta.

9. Rasulullah saw tidak memperincikan berkenaan rasuah tetapi dinaqalkan oleh sahabat sebagai melaknatnya. Ini menunjukkan bahawa ASPRM adalah satu ijtihad oleh penggubal undang-undang Malaysia.

10. Saya faham melalui seksyen 2(a) dan (b) ASPRM menunjukkan bahawa tujuan penggubalan undang-undang tentang rasuah adalah untuk integriti, kebertanggungjawaban, pendidikan dan mencegah perkara buruk terhadap sektor awam dan swasta dan komuniti.

11. Pengharaman rasuah adalah untuk mencemerlangkan ekonomi dan mewujudkan keseimbangan hak-hak pihak berkaitan. Hanya yang layak sahaja diberi hak selayaknya.

12. Mungkin ini yang tersirat mengapa yang tersurat dalam kitab penghakiman ((كتاب الأقضيه)) dalam sunan abu daud kerana jika sistem keadilan dipenuhi rasuah maka kezaliman dan pengagihan hak-hak tidak kepada pihak yang sepatutnya menerima hak.

13. Teori pengharaman rasuah adalah kerana menyebabkan ketidaksihatan ekonomi dan keruntuhan moral insan. Ini dapat dilihat bahawa nilai kemanusiaan jatuh kerana kredibiliti mereka boleh dibeli dengan wang atau apa-apa bentuk “suapan” : rujuk seksyen 3.

14. Negara boleh runtuh kerana rasuah. Insan boleh musnah atas dunia ini kerana rasuah.

15. Dewasa kini ada satu trend kepada pihak-pihak yang menjadi ‘whistleblower’ untuk mengaitkan rasuah dengan penyalahgunaan kuasa. Pada saya perkara pertama yang harus dibuktikan adalah samada adanya “suapan”. Kemudian samada wujudnya penyalahgunaan kuasa. Jika wujud penyalahgunaan kuasa tetapi tidak wujud suapan maka ia adalah bukan kes rasuah.

16. Tetapi jika wujudnya suapan tetapi tiada penyalahgunaan kuasa maka ia juga bukan rasuah. Dengan kata lain, bagi saya, rasuah mesti wujud dua elemen iaitu “suapan” dan “penyalahgunaan kuasa”.

17. “Penyalahgunaan kuasa” boleh dilihat di dalam kes Mohammad Hafez Bin Mohd Azmi Lwn Pendakwa Raya [2013] 7 MLJ 585:

“[10] Apabila kedua-dua elemen di atas telah berjaya dibuktikan maka elemen ketiga iaitu anggapan di bawah s 50(1)Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 terpakai bahawa perayu hendaklah dianggap telah memperolehi untuk dirinya sendiri satu suapan secara rasuah sebagai dorongan bagi perkara yang dinyatakan di dalam pertuduhan iaitu kononnya untuk memperbaharui pas lawatan social tanpa kehadiran pemilik lima naskah paspot P5 hingga P9.”

18. InsyaAllah, jika ada idea-idea berkenaan rasuah saya akan menulis lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s