1. Sepanjang karier saya sebagai peguam litigasi saya telah mengendalikan 1000 kes bicara mengikut kiraan saya.
2. Berikut adalah 10 tip yang saya simpulkan untuk menjadi saksi yang dipercayai dan berjaya di mahkamah:
i- Jangan bercakap bohong.
Perlu anda ingat apabila anda masuk kekandang saksi anda bersumpah untuk bercakap benar dan tidak berbohong. Jika anda berbohong maka anda akan disabitkan dengan kesalahan perjury yang boleh dihukum dengan penjara. Jika peguam lawan anda mahir dalam memerangkap saksi bercakap berbohong anda akan terperangkap dengan kata-kata anda sendiri. Jika anda berbohong ini akan merosakkan kes anda sendiri.
ii- Menjawab hanya apa yang ditanya.
Anda harus ingat bahawa di dalam mahkamah ada peraturannnya sendiri. Di dalam memberi keterangan mahkamah terikat dengan Akta Keterangan. Soalan-soalan peguam hanyalah berkisar dengan kes yang sedang dibicarakan. Anda tidak akan ditanya dengan soalan-soalan yang tidak relevan.
iii. Fokus.
Anda harus fokus terhadap apa yang ditanya. Tenangkan fikiran anda. Pada malam sebelum bicara dan anda menjadi saksi anda harus tidur dengan secukupnya dan menjaga kesihatan anda. Jika anda tidak fokus maka anda tidak akan dapat menjawab dengan baik terhadap soalan-soalan yang diajukan kepada anda.
iii. Berhati-hati dengan soalan peguam.
Peguam lawan akan menanyakan anda dengan soalan-soalan, antaranya, jika anda menjawab anda boleh terperangkap dengan jawapan anda sendiri. Usah gusar kerana peguam anda akan menanyakan di dalam pemeriksaan semula (re-examination).
iv- 3 jenis soalan.
Soalan yang mula-mula ditanya adalah dinamakan examination in chief (pemeriksaan utama). Jika anda dipanggil sebagai saksi oleh peguam anda maka soalan disesi pertama itu dikenali sebagai pemeriksaan utama. Sesi kedua adalah dinamakan sebagai cross examination (pemeriksaan balas). Tujuan pemeriksaan balas adalah untuk menyerang kredibiliti anda dan mengoyak keterangan anda. Kadang-kadang keterangan anda koyak ketika dalam sesi ini. Usah gusar kerana peguam anda akan memperbetulkannya dalam reexamination (pemeriksaan semula).
v. Jika disepina anda hendaklah hadir ke mahkamah.
Awas dengan sepina kerana jika anda engkar dengan sepina maka anda boleh dikeluarkan waran tangkap.
vi. Bercakap dengan jelas.
Anda harus bercakap dengan jelas kerana mahkamah dan peguam-peguam perlu mencatat keterangan-keterangan anda.
vii. Jaga tingkah laku anda dalam kandang saksi.
Usah berkomunikasi dengan peguam anda ketika anda menjawab di dalam kandang saksi. Tingakahlaku (demeanour) anda diperhatikan oleh hakim. Jika tingkahlaku anda mencurigakan hakim maka keterangan anda boleh ditolak.
viii. Sabar.
Kadang-kadang soalan-soalan peguam lawan anda menguji kesabaran. Usah melenting. Keep cool.
ix. Soalan-soalan hanya berkenaan kes yang anda dipanggil sebagai saksi.
Soalan-soalan tidak relevan tidak akan diajukan kepada anda. Jika kes yang anda dipanggil adalah berkenaan hutang. Maka anda tidak akan ditanya samada anda mempunyai roadtax kereta anda atau tidak.
x. Pakaian hendaklah sopan.
Jangan memakai seluar jean atau selipar jika anda datang ke mahkamah untuk memberi keterangan.