FAHAMANKU TENTANG AHLUL BAYT

1) Di dalam al-Quran ada dua ayat yang menyebut secara jelas berkenaan “ahlul bayt” iaitu:

i) Surah Hud, Verse 73:

قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَّجِيدٌ

Malaikat-malaikat itu berkata: “Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya”.

ii) Surah Al-Ahzab, Verse 33:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

2) Manakala di dalam hadis Sohih Muslim ada dua hadis yang secara jelas menggunakan istilah ahlul bayt:

i) Yazid b. Hayyan reported, I went along with Husain b. Sabra and ‘Umar b. Muslim to Zaid b. Arqam and, as we sat by his side, Husain said to him: Zaid. you have been able to acquire a great virtue that you saw Allah’s Messenger (may peace be upon him) listened to his talk, fought by his side in (different) battles, offered prayer behind me. Zaid, you have in fact earned a great virtue. Zaid, narrate to us what you heard from Allah’s Messenger (may peace be upon him). He said: I have grown old and have almost spent my age and I have forgotten some of the things which I remembered in connection with Allah’s Messenger (may peace be upon him), so accept whatever I narrate to you, and which I do not narrate do not compel me to do that. He then said: One day Allah’s Messenger (may peace be upon him) stood up to deliver sermon at a watering place known as Khumm situated between Mecca and Medina. He praised Allah, extolled Him and delivered the sermon and. exhorted (us) and said: Now to our purpose. O people, I am a human being. I am about to receive a messenger (the angel of death) from my Lord and I, in response to Allah’s call, (would bid good-bye to you), but I am leaving among you two weighty things: the one being the Book of Allah in which there is right guidance and light, so hold fast to the Book of Allah and adhere to it. He exhorted (us) (to hold fast) to the Book of Allah and then said: The second are the members of my household I remind you (of your duties) to the members of my family. He (Husain) said to Zaid: Who are the members of his household? Aren’t his wives the members of his family? Thereupon he said: His wives are the members of his family (but here) the members of his family are those for whom acceptance of Zakat is forbidden. And he said: Who are they? Thereupon he said: ‘Ali and the offspring of ‘Ali, ‘Aqil and the offspring of ‘Aqil and the offspring of Ja’far and the offspring of ‘Abbas. Husain said: These are those for whom the acceptance of Zakat is forbidden. Zaid said: Yes.
‏‏حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَشُجَاعُ بْنُ مَخْلَدٍ، جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ، قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنِي أَبُو حَيَّانَ، حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ حَيَّانَ، قَالَ انْطَلَقْتُ أَنَا وَحُصَيْنُ، بْنُ سَبْرَةَ وَعُمَرُ بْنُ مُسْلِمٍ إِلَى زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ فَلَمَّا جَلَسْنَا إِلَيْهِ قَالَ لَهُ حُصَيْنٌ لَقَدْ لَقِيتَ يَا زَيْدُ خَيْرًا كَثِيرًا رَأَيْتَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَسَمِعْتَ حَدِيثَهُ وَغَزَوْتَ مَعَهُ وَصَلَّيْتَ خَلْفَهُ لَقَدْ لَقِيتَ يَا زَيْدُ خَيْرًا كَثِيرًا حَدِّثْنَا يَا زَيْدُ مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم – قَالَ – يَا ابْنَ أَخِي وَاللَّهِ لَقَدْ كَبِرَتْ سِنِّي وَقَدُمَ عَهْدِي وَنَسِيتُ بَعْضَ الَّذِي كُنْتُ أَعِي مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَمَا حَدَّثْتُكُمْ فَاقْبَلُوا وَمَا لاَ فَلاَ تُكَلِّفُونِيهِ ‏.‏ ثُمَّ قَالَ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمًا فِينَا خَطِيبًا بِمَاءٍ يُدْعَى خُمًّا بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَوَعَظَ وَذَكَّرَ ثُمَّ قَالَ ‏”‏ أَمَّا بَعْدُ أَلاَ أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللَّهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ ‏”‏ ‏.‏ فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ ثُمَّ قَالَ ‏”‏ وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي ‏”‏ ‏.‏ فَقَالَ لَهُ حُصَيْنٌ وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ يَا زَيْدُ أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ قَالَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِمَ الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ ‏.‏ قَالَ وَمَنْ هُمْ قَالَ هُمْ آلُ عَلِيٍّ وَآلُ عَقِيلٍ وَآلُ جَعْفَرٍ وَآلُ عَبَّاسٍ ‏.‏ قَالَ كُلُّ هَؤُلاَءِ حُرِمَ الصَّدَقَةَ قَالَ نَعَمْ ‏.‏ ‏‏
Sent via Soheh Muslim iOS App

ii) Yazid b. Hayyan reported: We went to him (Zaid b. Arqam) and said to him. You have found goodness (for you had the honour) to live in the company of Allah’s Messenger (may peace be upon him) and offered prayer behind him, and the rest of the hadith is the same but with this variation of wording that lie said: Behold, for I am leaving amongst you two weighty things, one of which is the Book of Allah, the Exalted and Glorious, and that is the rope of Allah. He who holds it fast would be on right guidance and he who abandons it would be in error, and in this (hadith) these words are also found: We said: Who are amongst the members of the household? Aren’t the wives (of the Holy Prophet) included amongst the members of his house hold? Thereupon he said: No, by Allah, a woman lives with a man (as his wife) for a certain period; he then divorces her and she goes back to her parents and to her people; the members of his household include his ownself and his kith and kin (who are related to him by blood) and for him the acceptance of Zakat is prohibited.
‏‏حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَكَّارِ بْنِ الرَّيَّانِ، حَدَّثَنَا حَسَّانُ، – يَعْنِي ابْنَ إِبْرَاهِيمَ – عَنْ سَعِيدٍ، – وَهُوَ ابْنُ مَسْرُوقٍ – عَنْ يَزِيدَ بْنِ حَيَّانَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، قَالَ دَخَلْنَا عَلَيْهِ فَقُلْنَا لَهُ لَقَدْ رَأَيْتَ خَيْرًا ‏.‏ لَقَدْ صَاحَبْتَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَصَلَّيْتَ خَلْفَهُ ‏.‏ وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِنَحْوِ حَدِيثِ أَبِي حَيَّانَ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ ‏”‏ أَلاَ وَإِنِّي تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ أَحَدُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ هُوَ حَبْلُ اللَّهِ مَنِ اتَّبَعَهُ كَانَ عَلَى الْهُدَى وَمَنْ تَرَكَهُ كَانَ عَلَى ضَلاَلَةٍ ‏”‏ ‏.‏ وَفِيهِ فَقُلْنَا مَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ نِسَاؤُهُ قَالَ لاَ وَايْمُ اللَّهِ إِنَّ الْمَرْأَةَ تَكُونُ مَعَ الرَّجُلِ الْعَصْرَ مِنَ الدَّهْرِ ثُمَّ يُطَلِّقُهَا فَتَرْجِعُ إِلَى أَبِيهَا وَقَوْمِهَا أَهْلُ بَيْتِهِ أَصْلُهُ وَعَصَبَتُهُ الَّذِينَ حُرِمُوا الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ ‏.‏ ‏‏
Sent via Soheh Muslim iOS App

3) Jika dibaca secara keseluruhan termasuk ayat 73 dalam Surah Hud bermaksud bahawa ahlul bayt adalah keluarga nabi-nabi.

4) Tetapi jika dibaca ayat 33 Surah Al-Ahzab dan hadis-hadis sohih Muslim di atas ahlul bayt bermaksud keluarga Nabi Muhammad saw. Lagipun keturunan Muhammad saw adalah dari keturunan Nabi Ibrahim as.

5) Permasalahan keturunan ini harus diteliti dari jurai manakah manusia itu boleh berketurunan. Pada pendapatku manusia boleh berkembang biak bukan sahaja dengan berlakunya perkahwinan sesama manusia tetapi juga dari jin. Dalil kepada pandangan ini adalah:

Surah al-Isra, Verse 64:

وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُم بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِم بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا

Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut – campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

6) وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ bermaksud jin dan manusia boleh berkerjasama dalam menghasilkan harta-benda dan keturunan. Bahkah ada yang menaqalkan bahawa Balqis yang menjadi isteri Nabi Sulaiman itu adalah berketurunan jin. Imam Malik sendiri berpendapat bolehnya berlaku perkahwinan antara manusia dan jin.

7) Oleh kerana maksud jin itu bermaksud sesuatu yang “tersembunyi” maka ia tidak boleh diwar-warkan dan bagi menjaga beberapa maslahat.

8) Adapun permasalahan ahlul bayt ini adalah bukanlah sama dengan syiah. Syiah adalah satu kumpulan yang taksub dengan ahlul bayt sehingga ada di kalangan mereka yang sesat dari segi aqidah dan syariat.

9) Ayat ke 33 Surah al-Ahzab menunjukkan bahawa ahlul bayt adalah terpelihara oleh Allah dari segala dosa nista. Cuma sahaja dalam satu hadis lain Rasullah saw menggunakan perkataan “لو” bagi suatu jenayah yang belum dilakukan oleh Fatimah ra :

(( أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ثُمَّ قَامَ فخَْطَبَ ثُمَّ قَالَ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا))
[ متفق عليه ]

” Jika Fatimah ra mencuri maka aku akan potong tangannya”.

10) Hadis di atas menunjukkan bahawa kemungkinan boleh berlaku jenayah di kalangan ahlul bayt tetapi jika dibaca dengan ayat-ayat alQuran di atas bahawa ahlul bayt telah dibersihkan oleh Allah swt. Kita boleh faham bahawa mereka tidak dibersihkan jika tidak melakukan dosa(الرجس).

11) Jikalah kita mengatakan bahawa ahlul bayt itu semua terpelihara dari dosa maka kita salah bahawa berapa ramai ahli-ahli keluarga Nabi saw yang tidak beriman. Jadi ayat yang mengatakan bahawa ahlul bayt yang dibersihkan dan dilindungi oleh Allah itu hanyalah mereka yang beriman.

12) Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa bahawa betapa istimewanya ahlul bayt.

13) Kita juga digalakkan untuk berselawat kepada Nabi saw dan Ibrahim as beserta keluarga mereka:

قال الإمام مسلم رحمه الله في كتاب الصلاة من صحيحه:حدثنا محمد بن المثنى ومحمد بن بشار ـ واللفظ لابن المثنى ـ قالا حدثنا محمد بن جعفر حدثنا شعبة عن الحكم قال: سمعت ابن أبي ليلى قال: لقيني كعب بن عجرة فقال: ألا أهدي لك هدية، خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلنا: قد عرفنا كيف نسلم عليك فكيف نصلي عليك؟ قال: قولوا: اللهم صلِ على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد، اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد.

” Kami berkata: Kami telah ketahui bahawa bagaimana untuk mengucapkan salam kepada kamu. Bagaimanakah pula untuk kami berselawat ke atas kamu? اللهم صلِ على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد، اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد.

Advertisements

BERHARI-RAYA DI KG BAONG

20130811-200504.jpg

1. Baong adalah nama sejenis ikan air tawar. Ia sedap dimasak tempoyak atau singgan air. Manakala Kg. Baong adalah sebuah kampung di Kuala Berang, Terengganu. Ia terletak di jalan menuju ke Empangan dan Tasik Kenyir. Jika dari exit Ajil Lebuhraya Pantai Timur ia mengambil masa circa 30 minit untuk sampai ke Kg Baong. Ia sejauh lebih kurang 20 km dari pekan Kuala Berang.

2. Pada tahun ini aku beraya di Kg Baong iaitu rumah mertuaku yang bernama Hasan dan Maimun.

3. Lebih kurang 1 km dari rumah mertuaku ada sebuah air terjun semula jadi. Gambar di atas menunjukkan aku sedang mandi air terjun sungai Kg. Baong.

4. Sebelum sampai air terjun ini aku melalui kebun-kebun durian dan buahan-buahan. Kelihatan buah-buah durian sudah membesar. Kata Lan Baong mungkin 2 minggu lagi buah durian ini akan masak dan luruh.

image
Lan Baong….Ketika lepak dengan aku di sebuah restoran cabang tiga Kg. Kuala Ping

5. Lan Baong adalah seorang penduduk Kg. Baong. Beliau pernah menjadi seorang perunding bagi kes litigasi tanah seorang penduduk Kg. Baong yang aku fail di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Alhamdulillah kes ini telah selesai. Klien aku sudah dapat balik tanahnya.

6. Kami menuju ke air terjun dengan motosikal honda samas Lan Baong. Motosikalnya berjaya membawa kami ke tempat air terjun. Cuma sahaja apabila balik dari mandi di air terjun ini ada 4 ekor pacat di tubuh aku. Pedulikan kata Lan Baong kerana pacat itu sedut darah kotor.

7. Walaupun LPT belum dibuka secara rasmi tetapi hartanah di Kuala Berang telah melambung. Aku pernah menerima panggilan daripada seorang taiko cina dari KL untuk membeli tanah di bandar Kuala Berang.

8. Mengapa aku tak letak gambar hari raya? Bagi aku beraya di Kuala Berang termasuk pakej percutian di sini termasuk menikmati keenakan gulai ayam kampung ori!