BERHARI-RAYA DI KG BAONG

20130811-200504.jpg

1. Baong adalah nama sejenis ikan air tawar. Ia sedap dimasak tempoyak atau singgan air. Manakala Kg. Baong adalah sebuah kampung di Kuala Berang, Terengganu. Ia terletak di jalan menuju ke Empangan dan Tasik Kenyir. Jika dari exit Ajil Lebuhraya Pantai Timur ia mengambil masa circa 30 minit untuk sampai ke Kg Baong. Ia sejauh lebih kurang 20 km dari pekan Kuala Berang.

2. Pada tahun ini aku beraya di Kg Baong iaitu rumah mertuaku yang bernama Hasan dan Maimun.

3. Lebih kurang 1 km dari rumah mertuaku ada sebuah air terjun semula jadi. Gambar di atas menunjukkan aku sedang mandi air terjun sungai Kg. Baong.

4. Sebelum sampai air terjun ini aku melalui kebun-kebun durian dan buahan-buahan. Kelihatan buah-buah durian sudah membesar. Kata Lan Baong mungkin 2 minggu lagi buah durian ini akan masak dan luruh.

image
Lan Baong….Ketika lepak dengan aku di sebuah restoran cabang tiga Kg. Kuala Ping

5. Lan Baong adalah seorang penduduk Kg. Baong. Beliau pernah menjadi seorang perunding bagi kes litigasi tanah seorang penduduk Kg. Baong yang aku fail di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Alhamdulillah kes ini telah selesai. Klien aku sudah dapat balik tanahnya.

6. Kami menuju ke air terjun dengan motosikal honda samas Lan Baong. Motosikalnya berjaya membawa kami ke tempat air terjun. Cuma sahaja apabila balik dari mandi di air terjun ini ada 4 ekor pacat di tubuh aku. Pedulikan kata Lan Baong kerana pacat itu sedut darah kotor.

7. Walaupun LPT belum dibuka secara rasmi tetapi hartanah di Kuala Berang telah melambung. Aku pernah menerima panggilan daripada seorang taiko cina dari KL untuk membeli tanah di bandar Kuala Berang.

8. Mengapa aku tak letak gambar hari raya? Bagi aku beraya di Kuala Berang termasuk pakej percutian di sini termasuk menikmati keenakan gulai ayam kampung ori!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s