1. Dalil-dalil adanya makhluk yang panjang umur:
i. Iblis yang memohon untuk hidup hingga kiamat tetapi hanya dimakbulkan hingga waktu yang tertentu “Al-Munzorin” :
Surah Al-Araf, Verse 14:
قَالَ أَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.
(Melayu)
via iQuran
Surah Al-Araf, Verse 15:
قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ
Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”.
(Melayu)
via iQuran
Surah Al-Hijr, Verse 37; Sad, Verse 80:
قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ
Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
(Melayu)
via iQuran
Surah Al-Hijr, Verse 38 & Surah Sad, Verse 81:
إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ
“Hingga ke hari – masa yang termaklum”.
(Melayu)
via iQuran
ii. Ikan yang hidup hingga berlaku kiamat:
Surah As-Saaffat, Verse 142:
فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ
Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
(Melayu)
via iQuran
Surah As-Saaffat, Verse 143:
فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ
Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
(Melayu)
via iQuran
Surah As-Saaffat, Verse 144:
لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
(Melayu)
via iQuran
2. Topik ini amat menarik untuk dibincang kerana kita sudah ketahui tentang faedah-faedah panjang usia bahkan bercita-cita untuk panjang usia.
3. Jika seseorang itu panjang usia maka lagi lama dia membina legasi dan lagi arif tentang hal-hal keduniaan dan keakhiratan.
4. Di dalam dalil (i) jelas penggunaan ayat “al-Munzorin”( الْمُنظَرِينَ) iaitu golongan yang diberi tangguh usia mereka. Jika kita kaji tentang usia Iblis, dia sudah wujud sebelum Nabi Adam as diciptakan. Menurut ayat ini Iblis itu adalah dari kalangan jin:
Surah Al-Kahf, Verse 50:
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
(Melayu)
via iQuran
5. Para pengkaji jin berpandangan bahawa kebanyakkan usia jin adalah panjang-panjang. Jika Iblis sahaja sudah wujud sebelum bapa pertama manusia; Adam as diciptakan, sudah berapa puluh ribu tahun manusia sudah diciptakan? Sudah pasti teori evolusi akan menyebabkan “kemungkinan yang tak sudah-sudah” (endless possibilities) dalam menentu umur manusia.
6. Iblis panjang umur adalah kerana keizinan Allah swt. Kita lihat ayat di atas bagaima Iblis berdoa:
Surah Al-Araf, Verse 14:
قَالَ أَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.
7. Walaupun Iblis berdoa agar usianya hingga “Yaumi Yub’asuun” ( يَوْمِ يُبْعَثُون) iaitu hari makhluk yang mati dibangkitkan tetapi Allah swt hanya benarkannya hidup dengan suatu tempoh yang disebut dengan sehingga ‘waktu tertentu’ (يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ) [Al-Hijr: 38; Sad 81]. Dia adalah di kalangan “al-Munzorin” ( الْمُنظَرِينَ)[Al-Araf:15; Al-Hijr: 37; Sad: 80] secara am sahaja. Allah swt sahaja yang tahu bilakah usia Iblis seperti yang digambarkan itu. Sudah tentu malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa Iblis itu akan tahu dengan qudrat dan iradat Allah swt mengarahkannya mencabut nyawa Iblis tersebut.
8. Iblis ditangguhkan umurnya sehingga ‘waktu tertentu’ (يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ) Al-Hijr: 38; Sad 81.
9. Satu perkara lagi kita boleh diskus tentang maksud “al-Munzorin”( الْمُنظَرِينَ) secara am. Iaitu ia datang denga kata jamak (plural). Ini jika menunjukkan kepada sesuatu maka ia menunjukkan bahawa mereka yang berumur panjang itu bukan sahaja Iblis tetapi ramai lagi.
10. Di antara mereka yang berumur panjang itu juga Nabi Isa as dan Dajjal. Sehingga kini kedua-dua figur ini masih hidup.
11. Satu lagi makhluk yang berumur panjang adalah ikan besar ( الْحُوتُ) yang menelan Nabi Yunus as seperti yang disebut dalam Surah As-Saaffat. Ikan ini secara spesifik oleh alQuran bahawa ia akan hidup hingga hari dibangkitkan.
12. Laut yang dalam dan luas menyimpan berjuta dan bahkan berbilion-bilion lebih rahsia alam. Tak mustahil dalamnya didiami oleh ikan misteri ini.
13. Kembali kepada doa Iblis. Jika makhluk ini yang telah ingkar perintah Allah swt pun dimakbulkan doanya oleh Allah apakan lagi doa yang masih dalam iman dan Islam.
14. Manakala Nabi Yunus as memilih untuk keluar dari perut ikan dengan membaca tasbih tertentu. Adakah ada bahan-bahan tertentu dalam perut ikan tersebut sehingga Nabi Yunus as boleh hidup hari makhluk dibangkitkan? Allah swt sebut:
Surah As-Saaffat, Verse 144:
لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
(Melayu)
via iQuran
15. Adakah maksud ayat ini akan hidup dalam perut ikan tersebut dalam keadaan dia masih hidup sehingga manusia dibangkitkan atau perut ikan tersebut menjadi kuburnya dan dia mati dan dibangkitkan selepas mati dari dalam perut ikan?
16. Konklusi dari perbincangan ini ialah adanya makhluk yang panjang umur di atas dunia ini dan rahsia-rahsia panjang usia harus dibongkar samada secara saintifik atau metafizik.