PERANAN MASA DALAM MENJANA KEUNTUNGAN

Surah Al-Asr, Verse 1:
وَالْعَصْرِ

Demi Masa!
(Melayu)

via iQuran

Surah Al-Asr, Verse 2:
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
(Melayu)

via iQuran

Surah Al-Asr, Verse 3:
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Melayu)

via iQuran

1. Surah al-‘Asr walaupun pendek tetapi menyimpan segala rahsia bagaimana menjana keuntungan dalam perniagaan.

2. Di dalam satu hadis Allah swt menyifatkan Dia adalah masa:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي قَتَادَةَ وَجَابِرٍ رَضِيَ الله عَنْهُمْ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “لَا تَسُبُّوا الدَّهْرَ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الدَّهْرُ”. حديث أبى هريرة : أخرجه مسلم (4/1763 ، رقم 2246)

” Dari Abu Hurairah dan Abu Qatadah dan Jabir ra: Jangan kamu mencerca masa kerana sesungguhnya Allahlah adalah masa.” Riwayat Muslim.

3. Pada saya masa yang diukur dengan nombor-nombor mempunyai maksud dan makna yang tertentu.

4. Al-Quran yang tekandung dalamnya bahasa dan nombor menunjukkan bahawa nombor-nombor memainkan peranan.

5. Walhal nilai sesuatu keuntungan perniagaan diukur dengan nombor. Semakin banyak nombornya maka semakin banyak nilai keuntungannya.

6. Masa yang tercantik adalah masa yang bebas dari hutang.

7. Saya dalam membebaskan diri dari hutang menggunakan angka “29”. Jika disebut dalam Bahasa Inggerisnya “two-nine” ataupun “tunai”. Dari situ saya gunakan angka ini sebagai kod dalam menjana keuntungan perniagaan.

8. Namun begitu angka “53” yang bermaksud “hutang” pada ilmu yang diberikan Allah kepada saya tidak boleh dipandang ringan kerana Surah an-Najm di mana ayat ke-5:

Surah An-Najm, Verse 5:
عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ

wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, –
(Melayu)

via iQuran

Menyimpang rahsia peranan Jibril dalam hutang-piutang.

9. Masa disukat dengan jam yang mengira waktu.

10. Jika kita bermusafir menggunakan kapal-terbang kita dapati bahawa ada bahagian dunia yang masih malam sedangkan bahagian lain sudah siang.

11. Di sini rahsia hidup insan yang sedang tidur pada waktu malam sedangkannya qarin jinnya berjalan-jalan dan melakukan kerja-kerjanya. Di sinilah rahsia mimpi. Hakikatnya kita tidur tetapi qarin kita berjalan-jalan mungkin ke tempat yang siang. Di situlah maksud mimpi kita iaitu qarin kita yang melihat dan melakukan sesuatu ketika kita tidur dan kita melihatnya dalam mimpi ketika tidur.

12. Bagi menjana keuntungan dalam perniagaan kita harus menghayati semangat Surah al-‘Asr. Iaitu kita mengikuti nasihat Allah kepada kita agar (1) beriman (2) berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

13. Kerugian akan menimpa kita jika kita melakukan sebaliknya.

14. Masa itu boleh menyebabkan kita rugi jika kita mencercanya kerana mencerca masa ibarat mencerca Allah swt.

15. Alat-alat penyukat masa adalah satu wasilah kepada kita untuk menghayati semangat Surah al-‘Asr. Eloklah jika kita memiliki paling kurang seorang satu jam. Kerana jam itu sendiri manifestasi kehendak “Al-‘Asr” yakni masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s