Siapakah Dikau?

Siapakah dikau
Yang menerobos
Alam mimpi
Yaqozoh

Masuk ke firmaku
Menyamar keraniku
Memperkenalkan diri
Dengan mata yang berwarna
Dan aku adalah “purba”
Itu ku masih ingat

Sudah pasti 
Engkau hakikatnya 
Bukan manusia 
Dan perempuan

Alam ini
Bagaikan telah musnah
Yang wujud dalam yaqozoh
Adalah Nur 
Dan mereka 
Yang bermaqam tinggi
Menerobos 
Ke Alam Mimpi
Yaqozoh seperti
Sabda Nabi

Betapa kubilang
6 makhluk purba
Di Alam Melayu
Yang bersembunyi
Disebalik alter ego
Pelbagai
Hijab Sang Pencipta

Berhijab
Sebagai tanda
Cinta kepada Rab-mu
Semata-mata

Aku pun tak tahu
Engkau dari alam mana
Yang kuingat 
Engkau mengaku “purba”
Warna matamu 
Masih ku ingat

Adakah alter egomu
Lord Denning
Yang terkenal bijaksana?
Atau sang sapurba
Dari Alam Melayu?

Asraru Sa’ah

Jangan kamu
Mencerca masa
Kerana Allah
Adalah masa

Jika kamu 
Tiada jam
Belilah satu jam

Rolex, Breguet, Patek Philippe
Anak-anakmu boleh mewarisinya

Jika kamu tak mampu
Belilah Casio, Orient, Seiko

Jam randik suka tidur
Jika kamu tidak memakainya
Usah kamu pulas jarumnya
Kerana ia perlu berehat
Dia jaga bila kamu memakainya
Sekali lagi usah dipulas jarumnya
Walau jam orang lain 
Menunjukkan 7:00 pagi
Jam kamu 2:90 malam

Apakah kamu tidak 
Mendalami Quran?
Bukan setakat bahasa
Tetapi nombor-nombor
Yang penuh maksud dan makna

Angka 69 untuk berjimak
Angka 4 rahsia Muhammad 
Berwahyu
Angka 8 untung perniagaan
Ada turun ada naik
Angka 29 bermakna “tunai”
“Two-nine”
Indah lagi jika 129
“One-Two-Nine”
“Wang Tunai” maksudnya
Jika 53 atau 35
Itu bermakna hutang

Cuba perhatikan
Masa-masa sms
Dan panggilan di hansetmu

Jika jam memahami dirimu
Kamu pula harus memahami 
Jam kamu

Ia sedang mengira 
Pegerakan falak untukmu

Tidakkah kamu merasa
Gerakan randiknya 
Seperti nadimu?
Dengupan jantungmu
Seperti terasa randik jam
Sedang berdetik dijantungmu?

Ini bermakna 
Kamu dan jam
Telah bersatu!!!!

Oooo orang Melayu
Usahlah kamu berkhayal
Ingin menjadi negara maju
Kilang jam pun kamu
Belum ada satu

Jika kamu bertanya aku
Bilakah kiamat akan berlaku
Aku jawab “Aku tak tahu”.

RAHSIA MAKAN

Hey pedagang-pedagang!
Bertebaranlah kamu
Di bumi Allah mencari makan.

Pada makan itu 
Ada rahsia mencari duit

Lembutnya hati Muhammad
Mengajar umat
Dalam adab makan
Jin pun dijamu dengan
Tulang 
Dan sisa kisaran tumbuhan
Najis binatang

Memberi makan fakir miskin
Membangun iqtisad
Negara
Sifar inflasi
Ajaran Quran

Si Kedekut
Si Bakhil
Penjahanam ekonomi
Penyakit hati

Ahli Gua membeli makan
Dengan duit perak

Siapa tak mahu duit?

Di Jepun terma-terma 
Perjanjian 
Di lihat dalam 
Perilaku seks 
Pada malam katanya

Tanyalah hatimu
Apa seleramu

Usah disentuh
Yang hatimu
Tak mau

Kalau lidahmu
Terasa pedas 
Tinggalkan
Cari yang tubuhmu
Boleh menelan

Betapa yang berjaya
Menjadi kaya
Kerana faham
Rahsia makan.

APA YANG KAU CARI?

Hei Yahudi
Apa yang kau cari?

Tongkat Musa 
Tersangkut di dinding
Rumahku

Cincin Sulaiman 
Tersarung 
Di jariku

Mazamir Daud 
Satu-satu kembali 
Apa yang dicari

Mengapa kau gali
Runtuhan lama?

Tidakkah kau tahu
Musa telah mati
Sulaiman telah mati
Daud juga mati

Kamu pun akan mati

Jika Tabut kau cari
Kamu perlu mengerti

Barang-barang bermukjizat
Mencari Si Pemilik
Yang berDNA nabi-nabi

Bukan kamu
Bangsa yang dicari 

Melayu itu 
Berjati diri

Bangsa lemah gemalai
Tak suka menjajah
Apa lagi dijajah

Ibuku berDNA kamu
Tapi yang lahirnya Melayu 
Kerna bangsa ini
Bangsa terpilih
Bukan kamu

Jika kamu 
Tidak puas hati
Sajak ini

Muhammad berjanji
Mengahwini gadismu
Menangkis sumpahan alam
Terhadapmu.

MIMPI

Mimpi itu
Dua kategori
Engkau bermimpi tidur
Engkau bermimpi jaga

Engkau bermimpi tidur
Qarinmu merayap
Pergi ke tempat jaga
Dan malam bagi yang berjaga

Engkau bermimpi jaga
Engkau dan tubuhmu yang merayap
Itu nikmat yang tertinggi

Qarinmu merayap
Kerana ingin mencari kebaikan
Kepadamu

Engkau merayap
Dalam mimpi
Kerana kurnia Tuhanmu

Muhammad itu 
Masih hidup
Rentaslah Alam Mimpi
Berguru dengan Muhammad 
Yang dikatakan mati

Muhammad hanya solat
Dalam mimpi
Kerana dia hidup
Dalam Alam Roh
Mengaji dengan lagu
Yang mengasyikkan
Dengan wahyu Jibril

Menangis dia kerana
Keindahan Quran

Betutur dengan RabNya
Secara bisikan
Kalis Syaitan

Aduhai mimpi indahnya
Datanglah kepadaku
Untuk kuatur
Kesilapan lalu
Kubetul masa mendatang
Lalu redha Tuhanku.

SANG AIR MATA

Biolaku bernama
Sang Air Mata

Aku pergi 
Dan pulang
Menggambilnya
Dengan linangan air mata

Aku cagarkan
IPad kesayangan anakku
Dengan Sang Air Mata

Geselannya bisa
Menitiskan air mata
Bak air menitis
Atas batu yang pejal

Batu yang pejal
Bisa menjadi luluh

Mazamir Daud 
Tertanam di bumi
Disembunyi Sang Penjaga

Aku merempuh
Kota Sang Penjaga
Dengan al-Hadid 
Tersisip di dada

Segala halangan
Bejaya kuatasi

Alunan kemerduan Daud
Gemersik di bawa angin lalu

Burung dan bukit
Turut merindu

Terkukur bersiul
Pohonan menyanyi
Digesel biola alam

Daunan menari
Batang bergoyang

Muhammad berlagu
7 alunan suara merdu
Dari mana berguru?

Jibril mengajarnya 
Agar berlagu

Untuk menghidup 
Hati keras membatu

Gemersik lagu
Mengusik hati yang lagha
Kulit pun menyanyi

Tenggelam dalam asyik
Air mata menitis
Dan mengalir……

PAWANG NEGARA

Sang Sapurba 
Saudagar Kaya
Tun Daim menobatku
Pawang Negara

Betapa tidaknya
Aku menggali rahsia
Perubatan-perubatan tua

Perubatan Melayu mahu dikafankan

Emakku beranak 10 
Kesemuanya berbidan Melayu

“Sang Gila” Muhammad
Sembuhnya bukan dengan Perubatan Barat, Cina, Hindu

Jibril yang menyembuhnya 
Dengan ruqyah

Kehebatan perubatan Muhammad
Harus digali dan dikaji

Gila itu jin yang merasuk
Maka harus dibedah
Ilmu kebatinan 
Bukannya jarum
Dan ubat kimia

Barat gagal menyembuhkan 
“Gilaku”

Berasap paipku
Bukan tidak menyihatkan
Untuk menambah kekuatan jin
Agar tidak merasuk

Bertembakau bercampur
Kemenyanku
Untuk menambah kuasa
Jin-jin perawat

Mat Salleh 
Dipintu masuk
Muzium British pun terpukau
Dengan keharumannya

Beriktibarku
Dari peguam Hindu
Perak asalnya

Bunga-bunga
Berwarna warni
Penambah seri

Ahli akupuntur
Lulusanku di universiti
Rahsia perubatan Cina
Aku menggali

Psikiatri
Aku mengkaji

Ketepatan dalam seni perubatan
Itulah mottoku

Muhammad berubat
Dengan suluhan 
Cahaya rembulan wahyu

Muhammad menyembuhkan
Dengan sinaran
Cahaya mentari kebijaksanaan.

KOTA SINGA

Oooo Kota Singa
Kau bersembunyi
Di sebalik wajah cina
Hakikatnya kau Melayu

Raja Sang Rimba
Menerkam dengan kuku
Menggigit dengan taringmu

Kau tawarku kereta Ferrari
Untuk anak gadismu
Di hutan batu

Terbakar keretamu
Di dalam akhbar aku tahu
Masuk bengkel sebelah pejabatku

Aku pun tak tahu
Siapakah dara-dara
Yang menjerat si ketam batu
12 belas ramainya

Hasratku bukan begitu
Untukku satukanmu
Dengan Tanah Melayu.

SYAIR SEORANG SANG PENCINTA

Sang Pencinta ini
Dahagakan kasih sayang
Kasih Sayang Sang Pujangga Agung

Satu demi satu barang bermukjizat
Datang kepada Sang Pencinta

Keris al-Hadid 
Terbang di udara
Bak jet pejuang

Cincin Nabi Sulaiman as
Penunduk jin-jin, manusia dan binatang
Tersarung di jari

Cincin Muhammad Rasulullah
Raja segala cincin
Sekejap kokka
Sekejap delima
Sekejap bertakhta “Muhammad Rasulullah”

O Sang Pujangga Agung
Tidak kau jadikan semua ini sia-sia

Sang Pencinta rindukan Mu 
Yang bersembunyi di sebalik hijab.

PUTERI ENGLAND

Ku langgar keretamu
Di Seremban
Tapi aku diberitahu
Aku langgarmu di London

Alam ini bagaikan 
Meyalin untuk 
Memudahkan urusan malakut

Kau kata kerja di Mesra
Aku membeli air
Kuhulur duit kau tak mau

Kaukah yang berselindung sebalik
Wajah pelbagai?

Kaukah yang memesan rindu
Kepadaku malam tadi?

Why you always disturb me?

Because I love you so much
Kataku

Kurempuh M16
Bersama temanku Tun Jebat

Kau pesanku
If you love me..
come to my country…

Aku takde money
Honey…
How do I come to your country…

If you love me 
Send me your country’s money

Mereka pancingku 
Dengan kau sebagai umpan

Kalau kau mahu aku 
Pergi negaramu
Benarkan aku menyisip
Keris alHadid di pinggangku
Sebagai penarik emas untuk negerimu

Kalau kau cintaku
Cepat-cepat kita marry