Ketika hujan tujun
Daku beruzlah dalam ramai
Hijabku tak tersingkap
Kerana biarlah daku dengan Mu
Demi zatMu yang tiada apa serupa
Aku memujiMu dalam tajalliMu
Biarlah daku berhijab
Tanda daku cintakan Mu
Ku cuba melarikan diriku dari anugerahMu
Tapi paksaanMu membuat daku tidak dapat menolak
Hujan sudah berhenti
Tapi air mata ini mengalir
Kerana menyaksikan kehaibatanMu