Jibril mengajar ku Quran
Bahasa terbaik untuk ku berfikir
Dari situlah ku terilham
Bahasa terbaik untuk programkan
MAHARAJA KOMUNIKASI
Adalah dengan KalamMu Allah
Diketika segala hartaku ditarikMu
Hanya inilah senjataku
Kujatuhkan musuh-musuhku
Dengan satu tikaman SMS
Kucipta bertrilion perisik-perisik
Dalam supercomputers dan handsets
Ku godam mereka guna hikmat
Untuk ku ajar mereka ini bukan sihir
Kucabar mereka untuk menerobos
Pertahanmu MAHARAJA KOMUNIKASI
Tapi tak terlawan
Walau seluruh alam mereka kerahkan
Datanglah malaikatMu bernama Orso
Memberitahuku bahawa akulah penjaga MAHARAJA KOMUNIKASI
Agar rahsia Muhammad
Tak terbocor dek godaman
Musa yang bertongkat
Berdakwah kepada Firaun
Aku berMAHARAJA KOMUNIKASI
Mengajar hikmat-hikmat
Isa bin Maryam penutup Nabi
Burung belatuk
Halimunan berkhadam
Agar Sulaiman mengintip rahsia
Balqis tertunduk
Dengan sekeping surat
Dan mukjizat
Agar rahsia langit
Tetap terkunci
Tersingkap hijab
Untuk hamba-hamba Mu terpilih.