Misiku untuk memikatmu
Untuk Tuanku Sultan
Kau menerobos pertahananku
Berlapis-lapis
Kau belai hatiku
Dengan pesanan pertamamu
“Cinta”
Ku hantar Qarinku
Yang sehingga kini ku
Tak tahu namanya
Bersama keris alHadid
Terbang ke udara
Menceroboh Istanamu
Di Gunung Ledang
Pengawal-pengawalmu
Tak dapat melihatnya
Kerana Qarinku
Berilmu perang halimunan
Ku tarikmu ke alamku
Untuk ku jadikanmu penemanku
Wahai Puteri Bunian
Kutahu asal usulmu
Kaulah legenda Aisyah
Si isteri cantik
Kesayangan Nabi
Putih kakimu sahaja
Cukup menawan
Katanya kau Wali Alam Bunian
BerKen Arok sebagai peneman
Doakan kita bahagia
Selama-lamanya.