Mesej Tuanku melalui
Memanda Menteri Tuanku
Telah patik terima
Bersajak patik
Bukan niat menghina
Si Puteri Gunung Ledang
Hasrat di hati Tuanku
Sajak patik tak dapat ditembus
Oleh perisik pembocor rahsia
Pinta patik hanyalah satu
Jagalah Alam Melayu
Kerana itu amanah Rasul
Bergerak patik bersama;
Keris Muhammad dan Algojo
Titahkan tanah jajahan Tuanku
Tak menghalang patik bersama
Besi ini
Penyampai hasrat Tuanku
Berbekal SILAT ZIKIR PERANG
“Berjurus Siasat”
Siapakah perempuan itu
Si Ifritkah
Menghuni gunung
Atau berdarah jin
Dengan manusia bersatu
Bunian Atau
Mutan di Barat dikenali
Persis Balqis
Ditunduk Sulaiman
Atau manusia
Sepenuhnya bermaqam tinggi?
Patik guna
Ilmu-ilmu patik
Untuk menerobos ke alamnya
Buluh tumpat, geliga lipan,
Geliga cenderawasih,
Buntat kelapa, geliga cicak,
Sebagai bukti
Pernah patik
Masuk ke alam mereka
Ada yang bersayap
Seperti ikan dan
Atas darat alam mereka
Doakan Tuanku
Panjang umur
Banyak zuriat moganya.