1. Penggodam ekonomi atau “economics hackers” atau ringkasnya “econohackers” adalah satu istilah baru bagi menggambarkan satu profesyen ahli ekonomi yang tugasnya untuk menyerang ekonomi satu-satu organisasi samada besar atau kecil bagi tujuan lebih memantapkan praktikal ekonomi organisasi tersebut.
2. Seorang econohacker harus dilatih tentang selok belok asas-asas ekonomi dan undang-undang kerana jika tidak memahami kedua-dua disiplin ini dia akan gagal.
3. Dia perlu dilatih tentang ilmu ekonomi kerana dengan ilmu ekonomilah dia akan mendalami dengan mendalam hal-hal berkaitan teori-teori terpakai oleh organisasi di luar sana tentang ekonomi praktikal.
4. Dia harus dilatih dengan prinsip undang-undang kerana jika tanpa memahami undang-undang maka dia apabila mengamalkan serangan ekonomi maka dia akan terdedah dengan saman dan dakwaan.
5. Khazanah-khazanah dunia yang diperlukan dalam dunia hanya boleh diambilmanfaat jika ekonomi diurus dengan baik. Jika diurus dengan lemah maka banyak masalah akan menghantui satu-satu organisasi dan memberi impak kepada individu-individu sebagai pengecap terakhir khazanah dunia.
6. Bebas hutang adalah impian setiap organisasi dan individu yang hanya menjadi igauan kerana tak pernah tercapai dek ekonomi diurus dengan lemah dan tidak bijaksana.
7. Eric D. Beinhocker dalam bukunya THE ORIGIN OF WEALTH: Evolution, Complexity, and the Radical Remaking of Economics berkata “The economy is a marvel of complexity. Yet no one designed it and no one runs it.” Kita faham keinsananlah yang menggerakkan ekonomi kerana kebutuhan naluri insani kepada keperluan ekonomi. Itulah bagaimana ekonomi itu bergerak.
8. Sebenarnya cerdikpandai ekonomi memahami teori ini dan mempraktikkannya secara tidak sedar dan membuat keuntungan dengan godamannya jika bernasib baik dan rugi jika tidak bernasib baik.
9. Pasca-modernisma ini telah lama dipraktikkan oleh seorang pelabur kaya yang kita semua kenal iaitu George Soros. Beliau tahu bagaimana mewujudkan ‘shock‘ dalam sistem ekonomi dan ‘menangguk ikan di air yang keruh’.
George Soros
Digelar “the man who broke the Bank of England”
10. Mangsa-mangsa yang terdiri dari organisasi yang mengalami serangan econohackers akan sedar di mana kesilapan mereka setelah menerima serangan econohackers.
11. Bagi mempertahankan diri selepas serangan econohackers mereka harus ada pakar yang boleh memperkukuhkan ruang-ruang rapuh yang telah diserang.
12. Jika seorang econohacker itu cekap dan terlatih dia akan melakukan serangan secara stealth dan kalis undang-undang tersenyum lebar dengan keuntungan yang diperolehi.
13. Sebagai kajian kes ialah krisis kewangan 1997. Di dalam buku NOTES TO THE PRIME MINISTER: The Untold Story of How Malaysia Beat the Currency Speculators, Wong Sulong menulis ‘It was then that Dr Mahathir launched a blistering attack against foreign currency speculators calling them “rouge speculators”. A few days later, he[ Dr Mahathir] identified George Soros as the principal culprit. Soros denied the charge.’
Tun Dr Mahathir Mohamad
14. Seperti yang saya katakan econohackers terbaik adalah melakukan kerjanya secara stealth dan kalis undang-undang. Bolehkah Dr Mahathir membuktikan bahawa Soros adalah seorang rough speculator dan principal culprit tersebut?
15. Bahkan dalam grup penasihat Dr Mahathir bagi menangani serangan econohackers ini beliau mengambil nasihat peguam untuk mengelakkan dari disaman oleh proksi-proksi econohackers.
16. Apabila satu-satu serangan econohacker telah selesai maka organisasi tersebut akan memperbetulkan praktikal ekonominya untuk keluar dari masalah yang dicipta oleh praktikal ekonominya sendiri dan kesan serangan econohackers.
17. Dari situlah praktikal ekonomi akan lebih mantap dan khazanah-khazanah dunia menjadi lebih bermakna dan diķecapi oleh individu-individu.
Surah Muhammad, Ayat 38:
هَا أَنتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاءُ وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
(Melayu)
via iQuran