1. Beberapa petunjuk dalam al-Qur’an yang membuat kita berfikir bahawa ada barang-barang yang mempunyai kesaktian.
2. Jika kesaktian pada barang-barang yang dimiliki oleh seorang nabi maka ia dipanggil “mukjizat” tetapi kepada orang biasa ia adalah darjat “karomah” kewalian.
3. Ayat-ayat yang saya maksudkan adalah:
a. Tongkat Nabi Musa a.s. yang boleh bertukar menjadi ular, membelah laut dan mengeluarkan air dari batu-batan.
Surah Ash-Shuara, Verse 32:
فَأَلْقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُّبِينٌ
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
(Melayu)
via iQuran
Surah Ash-Shuara, Verse 63:
فَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْبَحْرَ فَانفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ
Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Pukulah laut itu dengan tongkatmu”. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.
(Melayu)
via iQuran
Surah Al-Baqara, Verse 60:
وَإِذِ اسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ كُلُوا وَاشْرَبُوا مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukulah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
(Melayu)
via iQuran
b. Baju Nabi Yusuf a.s. menjadi ubat kepada penyakit buta.
Surah Yusuf, Verse 93:
اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَٰذَا فَأَلْقُوهُ عَلَىٰ وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ
Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya”.
(Melayu)
via iQuran
4. Tiada satu penjelasan bagaimana sebatang tongkat menjadi ular. Ketika tongkat itu menjadi ular dimanakah letaknya tongkat itu? Adakah ular itu jelmaan jin kerana di sana ada satu ayat lain yang menyifatkan ular itu sebagai ” كَأَنَّهَا جَان”? Kalau jelmaan jin mengapa tongkat itu menjadi ular? Atau dengan kata lain bukan jin tetapi tongkat itu sendiri menjadi ular?
5. Di sini aku ingin dedahkan kepada umum tentang kesaktian barang-barang yang aku baru perolehi. Iaitu cincin berpermata batu bukit yang aku namakan sebagai “Si Runding” atau “The Negotiator” dan jam tangan TISSOT PRC 200 AUTOMATIC.
Si Runding jika dilihat dari atas
Si Runding jika dilihat dari sudut kanan
Si Runding jika dilihat dari sudut kiri
6. Batunya adalah batu bukit yang jernih dan kelihatan batuan di dalamnya. Pada awal-awal dibeli dari seorang pekedai di Terengganu ia kelihatan jernih dan cerah. Sekarang kelihatan “gewang” atau benda di dalamnya membentuk.
7. Pada 6/6/2014 aku telah merasa satu “kebingungan” yang amat kuat sangat selepas membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke Terengganu. Kebingungan itu disebabkan oleh satu energi yang menyerang bahagian kepala. Pada awalnya aku menyangka energi orang bertahajud. Aku membaca ayat-ayat menolak ‘ain’ tapi tak mempunyai kesan. Aku tidak boleh berfikir dengan betul. Tertinggal handset dan tidak tahu diletakkan di mana. Terlupa untuk meninggalkan gunting besi di rumah ketika proses sken di pintu masuk balai berlepas KLIA 2.
8. Sehinggalah aku sampai Terengganu masih kebingungan. Tertidur dalam kereta ayah ketika memasuki Kampung Serating.
9. Besoknya aku ke Bandar Kuala Terengganu dengan bas. Aku mencari permata-permata yang bagus di kedai-kedai emas di sana. Zamrud, delima dan lain-lain. Ke kedai senjata. Lagi kuat aku rasa kebingungan. Akhirnya terjumpa sebuah kedai emas di Pasar Payang. Melihat sebentuk cincin di atas. Membelinya dengan harga berpatutan.
10. Aku singgah di kedai barang-barang antik terasa kebingungan apabila menyentuh senjata-senjata lama.
11. Pada 8/6/2014 aku pulang ke Selayang. Aku letakkan cincin ini atas meja. Aku dapat rasakan satu energi yang menyerang bahagian dahi. Rupa-rupanya energi yang kuat menyebabkan aku bingung itu adalah cincin ini!
12. Pada malam 7/6/2014 aku sempat berunding berkenaan tentang tanah bernilai RM30juta. Alhamdulillah berjalan baik.
13. Oleh kerana skil cincin ini dalam rundingan maka aku namakan ia “Si Runding” atau “The Negotiator”. Ia melumpuhkan besi-besi atau senjata-senjata yang hendak dibawa dalam rundingan dan barang-barang yang menganggu rundingan.
14. Satu lagi barang bersakti aku adalah jam TISSOT PRC 200 AUTOMATIC. Yang ini aku perolehi di sebuah kedai jam di Wangsa Walk.
Tissot PRC 200 Automatic jika dilihat dari sudut atas
Tissot PRC 200 Automatic dilihat dari sudut bawah
Tissot PRC 200 Automatic dilihat jika dipakai di tangan
15. Aku pada asalnya mencari jam Orient tetapi tidak berkenan. Kemudian aku tanyakan jam agak mahal. Pekedai membawa aku ke bahagian jam yang dipertonton dalam cermin.
16. Kemudian aku mengujinya secara mengesan tenaga atau energi yang ada padanya. Setelah berpuas hati dengan energi dan tenaganya aku jadi membeli.
17. Ia membantu aku dalam memahami pergerakan falak, alam, angka-angka dan pergerakan cakrawala.
18. Di dalamnya mengandungi 25 biji batu delima. Bagi orang yng mengkaji kegunaan besi dan batu galian, mereka memahami fungsi-fungsinya.
19. Samada Si Runding atau Tissot PRC 200 Automatic aku telah gunakan ia untuk rundingan-rundingan mega.
20. Aku tak berhasrat menjual atau melepaskan kedua-dua aset berharga aku ini kerana ia adalah tak ternilai. Walaupun di luar sana ada cincin batu bukit dan Tissot yang banyak tetapi bukan semua mempunyai energi atau tenaga seperti yang aku punya.