BAB: PERBEZAAN PATUNG DAN BERHALA
1. Sulaiman a.s. menggunakan patung-patung dalam membina tamadun zamannya. Ayat ini menunjukkan bahawa jurubina-jurubina dari kalangan jin yang bekerja untuk Sulaiman untuk membina patung-patung:
Surah Saba, Verse 13:
يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِن مَّحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَّاسِيَاتٍ اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
(Melayu)
via iQuran
2. Bandingkan ayat di atas dengan ayat ini:
Surah Ibrahim, Verse 35:
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.
(Melayu)
via iQuran
3. Ada beza beza antara perkataan ((تماثيل)) dengan ((أصنام)).
4. Nabi Ibrahim a.s. menghancurkan berhala-berhala yang disembah:
Surah Al-Anbiya, Verse 58:
فَجَعَلَهُمْ جُذَاذًا إِلَّا كَبِيرًا لَّهُمْ لَعَلَّهُمْ إِلَيْهِ يَرْجِعُونَ
Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya.
(Melayu)
via iQuran
5. Apa yang mereka sembah adalah jin-jin:
Surah Saba, Verse 41:
قَالُوا سُبْحَانَكَ أَنتَ وَلِيُّنَا مِن دُونِهِم بَلْ كَانُوا يَعْبُدُونَ الْجِنَّ أَكْثَرُهُم بِهِم مُّؤْمِنُونَ
Malaikat menjawab: “Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi)”.
(Melayu)
via iQuran
6. Sesungguhnya apa yang musyrikin zaman Ibrahim sembah adalah berhala-berhala atau bahasa Arabnya adalah ((أصنام)). Umat Sulaiman pula membina patung-patung atau ((تماثيل)).
7. Apa telah sirna pencerahan ini maka kita bahaskan pula adakah syariat Sulaiman mengikat syariat umat Muhamad?
8. Ayat ke 13 Surah Saba menunjukkan bahawa syariat membina patung-patung itu adalah satu doktrinisasi al-Quran. Ia adalah sebahagian dari petunjuk al-Quran. Adalah tidak wajar kita menolaknya kerana ia sebahagian dari ilmu al-Quran.
9. Kalaulah seorang manusia itu dikurniakan Allah boleh menguasai jin-jin dan boleh mengarahkan mereka membina patung-patung maka sayugia dia berbuat sedemikian. Pembinaan patung-patung itu ada tujuan dan asasnya.
10. Jin-jin juga memerlukan kerja-kerja. Pengangguran tidak harus wujud samada di alam jin dan alam syahadah kerana ada kesan pengangguran sebagaimana yang dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi. Contohnya menularnya jenayah. Jin juga boleh masuk ke alam syahadah. Jika mereka tiada kerja maka bagaimana mereka mahu menyara keluarga mereka bahkan diri mereka sendiri?
11. Apakah kaitan jin dan patung?
12. Bagi jin-jin yang membina patung-patung mereka terikat dengan patung-patung itu secara ghaib.
13. Begitulah juga spesis jin qarin, dia mendapat satu tenaga ghaib apabila dekat dengan patung itu.
14. Jika patung itu ular maka jin mendapat tenaga untuk merupa ular. Jika naga maka spesis naga kuat jika menghampirinya.
15. Bergantung kepada pembina patung-patung apakah olahan patung-patung tersebut.
16. Segalanya mempunyai maksud dan makna. Jika di alam ghaib maka qarin atau khadam atau ifit akan mendapat tenaga dengan patung-patung itu.
17. Aku pernah mengkaji tentang senjata-senjata. Ada hari-hari senjata bersatu dengan tubuh aku. Jika keris yang bersatu maka ketika aku diserang senjata lain maka aku yang telah sebati dengan senjata melalui qarin aku akan ‘menikam’ mengikut hikmat sejata aku yang mana sedang bersatu dengan tubuh aku. Jika keris maka tikamannya berlok. Jika pisau lipat ia berperangai seperti pisau lipat. Dalam liptan. Apabila membuka lipatan. Inilah hakikat senjata berisi. Begitulah juga patung-patung yang ‘berisi’. Namun tentang ilmu senjata aku harus panjang lebarkan lagi dalam “Kitab Senjata”.
18. Asasnya dalam ilmu keris kenapakah ulunya dari bentuk burung pekaka? Ia kerana jin yang menghuni di situ berkebolehan terbang antara tujuannya untuk mencari maklumat. Bilah keris yang disimpul dengan ‘anak cicak’ kerana cicak sebagai haiwan jadian melakukan misi-misi persenjataan. Spesis cicak yang bernilai tinggi seperti tokek digunakan dalam persenjataan bukan setakat perlambangan dalam keris tetapi teknologi nuklear.
19. Apa yang aku ingin tegaskan bahawa simbolik-simbolik kepada patung-patung itu mempengaruhi jin-jin yang menghuni dipatung-patung tersebut.