1. Tajuk ini tidak pernah ada orang yang membicangkannya dan ia adalah satu petua yang aku sendiri perolehi hasil kajian al-Quran dan praktis dalam hidup harian.
2. Ia terilham dari al-Quran :
Surah Al-Kahf, Verse 19:
وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا
Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
(Melayu)
via iQuran
3. Ashabul Kahfi atau ahli-ahli gua dikejar oleh pemerintah yang anti aqidah benar mereka lari ke dalam gua. Namun begitu mereka masuk ke dalam gua bersembunyi di situ dengan membawa wang.
4. Inilah petua dari kisah Ashabul Kahfi bahawa walaupun kita dibenci negara namun duit janganlah ditinggalkan ketika beruzlah.
5. Inilah petua yang mana duit harus di bawa kemana-mana.
6. Adapun mendenak duit adalah difahami juga dalam kisah di atas bahawa duit hendaklah sentiasa bersama kita.
7. Kita tidak harus kering duit atau sifar duit. Kita mesti ada duit paling kurang 10 sen atau seringgit contohnya untuk mendenak duit yang lain.
8. Bak pemikat burung atau ayam hutan mereka mendenak burung atau ayam hutan lain dengan menggunakan spesis yang sama.
9. Logiknya bagaimana kita boleh tarik duit yang lain jika kita kering duit?
10. Ayat al-Quran di atas menunjukkan ahli-ahli gua menggunakan duit mereka untuk membeli makanan. Fahaman dari sini bagaimana kita boleh menarik duit lain jika kita keputusan duit dan tidak dapat makan. Bertenagakah kita untuk melakukan kerja-kerja?
11. Denak duit juga adalah dalam bentuk modal kerja. Kita laburkan denak duit untuk menjana duit yang lain. Ia juga digunakan untuk deposit tetap atau simpanan yang dapat diperolehi dalam bentuk keuntungan simpanan.
12. Cara mendenak duit yang dapat difahami dalam ayat di atas adalah dengan menyuntik duit dalam pasaran. Cara Ashabul Kahfi menyuntik duit adalah dengan membeli makanan. Ini bermakna kitaran duit itu berlaku. Ashabul Kahfi memperolehi makanan dan penjual makanan memperolehi duit.
13. Ketika kita mendenak duit kita hendaklah berlemah-lembut dan diam-diam (( وَلْيَتَلَطَّفْ)) agar tidak disedari oleh orang lain (( وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا)).