KEADILAN PROSEDUR DALAM AL-QUR’AN

1. Di dalam artikel “Mencari Keadilan Hakiki” saya menulis :

Bagi pendokong hak-hak keadilan mesti ditegakkan juga dengan keadilan prosedur maka mereka berkata “Keadilan hakiki selama-lamanya tidak akan dicapai tanpa satu prosedur keadilan terancang dan tersusun”. Hakikat ini juga diakui dalam sistem keadilan Islam.

2. Beberapa ayat yang dipetik dari al-Qur’an ini membincangkan ‘keadilan prosedur’ dalam al-Qur’an. Petama; an-Nisa’:15 tentang bilangan saksi 4 orang yang diperlukan untuk mensabitkan kes zina di mahkamah Islam. Kedua; Yusuf: 26-28 menyebut tentang pembuktian melalui ‘keterangan senyap’ atau dikenali dalam prosedur keadilan moden sebagai ‘silent evidence’. Di dalam Islam ia disebut sebagai ‘qarinah’.

3. Apakah hikmahnya 4 orang saksi diperlukan dalam pembuktian kes zina? Kalaulah al-Qur’an menetapkan 1 atau 10 atau 100 saksi maka adalah boleh tetapi al-Qur’an menetapkannya hanyalah 4 sahaja. Saksi-saksi yang diperlukan bagi membuktikan zina adalah ideal dengan 4 saksi. Jika ditetapkan 1 orang sahaja maka tiada unsur saksi yang menyokongnya atau istilah moden disebut ‘corroborative evidence’. Manakala jika ditetapkan 10 atau 100 atau bilangan yang lebih lagi maka ia menjadi satu jumlah saksi yang tidak ada batasan dan pengakhiran. Bukannya jumlah dan bilangan saksi yang menjadi penentu tetapi ‘pembuktian’ itu sendiri. Maka al-Qur’an tetapkan 4 sahaja sebagai saksi yang ideal.

4. Falsafah saksi 4 orang adalah dosa zina yang dilakukan dengan penglihatan perlakuan zina itu dihadapan 4 orang saksi menunjukkan pelaku itu sudah ‘kurang ajar’ dan mencabar sistem keadilan yang wujud dalam negara. Kemusnahan sosial sudah berada di peringkat kritikal.

5. Tentang keterangan senyap sebagai prosedur pembuktian dalam kes Yusuf ia adalah menetapkan satu teori bahawa pesalah boleh dibebaskan dengan kaedah keterangan senyap. Keterangan senyap juga boleh digunakan untuk mensabitkan bagi satu-satu kesalahan dan ditambah dengan keterangan seorang saksi.

6. Dalam kes Yusuf a.s. beliau adalah dilindungi Allah. Ia bukankah kes zina. Oleh sebab itu al-Qur’an mengkhabarkan tentang keterangan senyap dan satu saksi. Oleh itu tidak timbul isu 4 orang saksi.

7. Kesimpulannya, penekanan al-Qur’an tentang keadilan prosedur adalah satu kemestian dalam membuktikan sesuatu atau menafikan sesuatu jenayah. Konsep ini adalah satu penegasan bahawa keadilan dapat ditegakkan dengan pembuktian yang menjadi intipati keadilan prosedur.

DALIL-DALIL PERBINCANGAN

Surah An-Nisa, Verse 15:
وَاللَّاتِي يَأْتِينَ الْفَاحِشَةَ مِن نِّسَائِكُمْ فَاسْتَشْهِدُوا عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِّنكُمْ فَإِن شَهِدُوا فَأَمْسِكُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّاهُنَّ الْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا

Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).
(Melayu)

via iQuran

Surah Yusuf, Verse 26:
قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِي عَن نَّفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّنْ أَهْلِهَا إِن كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِن قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Yusuf pula berkata: “Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:” “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
(Melayu)

via iQuran

Surah Yusuf, Verse 27:
وَإِن كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِن دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar”.
(Melayu)

via iQuran

Surah Yusuf, Verse 28:
فَلَمَّا رَأَىٰ قَمِيصَهُ قُدَّ مِن دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِن كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
(Melayu)

via iQuran

Advertisements

2 thoughts on “KEADILAN PROSEDUR DALAM AL-QUR’AN

  1. Ada tak contoh case study di mana seseorang disabitkan dengan kesalahan zina berdasarkan pembuktian melalui 4 org saksi pada zaman Rasulullah, khalifah ar-rasyidun, umayyah, abassiah atau di sepanjang sejarah Islam?

  2. Satu hadis sahaja setakat pengetahuan saya ttg zina berlaku pada zaman Rasulullah saw iaitu perempuan dari suku al-Ghamidiyyah dgn seorang sahabat Maaiz tetapi sahabat ini telah bertaubat. Pelaksanaan hudud telah gugur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s