1. Pas berpegang kepada prinsip tahaluf siyasi dalam merangka strategi menawan Putrajaya dengan rakan-rakan kongsi politiknya dalam Pakatan Rakyat.
2. Dalil Pas dalam wujudnya tahaluf siyasi yang pernah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w:
Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير – (ج 1 / ص 258 ).
(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).
3. Tahaluf siyasi atau nama modennya “political alliance” bukanlah satu yang baru dalam arena diplomasi samada yang diamalkan oleh mana-mana parti politik atau negara.
4. Henry Kissinger di dalam bukunya Diplomacy menulis di dalam topik Concepts of Western Unity:
‘Starting with the Second World War, Great Britain and the United States were bound by mutual necessities, even if these necessities were filtered through very differing historical experiences.’
5. Saya ungkapkan apa yang dilihat oleh pakar diplomasi Barat ini sebagai ‘political alliance’ versi ‘negara-negara Rom’. Inilah sebenarnya yang menyebabkan negara-negara Rom masih relevan sehingga kini.
6. Sebagai pengamal politik Islam kita melihat dalam kitab-kitab hadis bahawa betapa Rasulullah s.a.w sendiri merujuk kepada negara-negara Rom sebagai panduan umat Islam pada masa baginda hidup. Begitulah di dalam al-Qur’an ada satu surah yang mengisahkan jatuh-bangunnya negara Rom [Surah ar-Room:1-5]. Betapa Allah ingin mengajar orang Islam adalah tidak salah memandang kepada polisi negara-negara Rom dalam memahami hakikat hidup dan polisi-polisi kenegaraan termasuk politik.
7. Sekarang ilmu diplomasi yang diterokai oleh Henry Kissinger adalah ilmu diplomasi kenegaraan. Soalnya: Adakah relevan ilmu diplomasi ini dengan hal-ehwal politik? Jawapannya adalah positif. Ya. Kerana bermula dengan diplomasi kepartian maka kemenangan politik kepartian menawan sesuatu pemerintaha negara maka akan lahirlah diplomasi kenegaraan.
8. Kembali kepada tajuk yang menjadi fokus perbincangan kita. Saya telah menulis tajuk itu sebagai kritik terhadap tahaluf siyasi Pas dalam Pakatan Rakyat.
9. Sebenarnya tajuk ini harus disokong oleh fakta-fakta dan insiden-insiden yang berlaku dalam tahaluf siyasi Pas dengan Pakatan Rakyat. Sudah pasti sesuatu fakta atau insiden itu dilihat dan diulas berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Ia harus dilihat siapakah yang mengulasnya.
10. Pasca ‘reformasi’ telah menyaksikan Pas menguasai bukan sahaja Kelantan tetapi juga Perak, Kedah dan Terengganu.
11. Tetapi kehilangan Terengganu, Kedah dan Perak beberapa tahun selepas itu.
12. Kehilangan 3 negeri ini telah dijadikan dalil mengapa tahaluf siyasi Pas dalam Pakatan Rakyat harus diperkuatkan. Namun ada yang memandangnya bahawa kekuatan Pas telah dicorakkan oleh parti gandingannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP. Dengan kata lain Pas diperkotak-katikkan. Insiden yang menyokong ini adalah lihat layanan parti-parti sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat yang memperkotak-katikkan Presiden Pas. Pada pandangan saya serangan demi serangan terhadap Presiden Pas adalah untuk melemahkan parti ini dan memacakkan tokoh wayang kulit dalam Pas yang boleh digerak-gerakkan dari belakang tabir oleh sekutu-sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat.
Pada pandangan saya serangan demi serangan terhadap Presiden Pas adalah untuk melemahkan parti ini dan memacakkan tokoh wayang kulit dalam Pas yang boleh digerak-gerakkan dari belakang tabir oleh sekutu-sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat.
13. Dalilnya adalah kerana paksi kekuatan Pas adalah pada Presidennya kerana Presidennya dipilih oleh akar-umbi.
14. Projek menjatuhkan Presiden Pas ini saya namakan sebagai Projek Asri II.
15. Projek Asri I adalah rekacipta BN-Umno ketika Pas bertahaluf siyasi dengan BN pasca peristiwa berdarah ‘Mei,13’.
16. Memang benar Projek Asri I ada momentum dari dalam Pas untuk menurunkan Asri. Sebahagian ‘pelakun-pelakun’ dalam Projek Asri I masih hidup lagi hingga sekarang samada dalam Umno atau Pas. Inilah seni untuk melemahkan Pas iaitu dengan mencipta ‘pak pacak’ dalam Pas samada ‘kamu dengar kata-kata kami atau kamu akan disingkirkan secara halus oleh orang kamu sendiri.’
17. Apa yang berlaku dalam tahaluf siyasi Pas dengan Pakatan Rakyat sekarang ialah ulangan kepada Projek Asri I. Saya melihat ada usaha untuk menyingkir Presiden Pas atas alasan-alasan yang disebut tadi.
18. Pas harus ingat Projek Asri II atau usaha untuk melemahkan Pas dengan menyerang Presiden Pas adalah satu usaha terancang bagi menjadikan Pas sebagai parti ‘yes-man’ dalam Pakatan Rakyat. PasMa adalah satu usaha untuk menjadikan teras kepada gemblengan usahasama ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Pas jika sebahagian mereka condong kepada usahasama dengan BN-Umno atau yang masyhurnya disebut Negara Kebajikan atau Unity Government. PasMa adalah versi moden Berjasa dan Hamim jika Pas berpisah dengan Pakatan Rakyat.
19. Saya mengkritik Pas dalam Pakatan Rakyat tidak bermakna saya bersetuju Pas bercerai dengan ‘isteri-isterinya’ dalam Pakatan Rakyat. Ia hanya untuk menjadikan Pas sebagai parti memimpin haluan dan halatuju dalam Pakatan Rakyat. Menangkis sebarang usaha melemahkannya samada dari dalam atau luar parti.
20. Tetapi jika kritikan ini tidak mempunyai hasil maka Pas boleh menceraikan ‘isteri-isterinya’ dalam Pakatan Rakyat. Harus ada cooling-off period selepas perceraian ini. Agar tiada pihak yang sangsi dengan perceraian ini. Namu begitu jika ini berlaku ketika hampirnya pilihanraya umum maka rakyat akan melihat Pas lemah jika berseorangan. Memang pun apabila Pas disingkir dari BN pada 13/11/1977. Bertahan selama 5 tahun sahaja semenjak Januari, 1973. Hanya 2 kerusi sahaja Pas menang di Kelantan dalam pilihanraya 11/3/1978 iaitu di Manek Urai dan Sering. Itupun dengan majoriti yang kecil.
21. Cara mengelak lamanya Pas tidak ‘beristeri politik’ adalah dengan mengadakan political pacts dengan sekutu BN-Umno yang begitu berminat dengan parti yang unik ini. Bahkan Tun Dr Mahathir mengkritik tahaluf siyasi Pas dalam Pakatan Rakyat. Dia tidak sedar bahawa Pas mengadakan dan memakai doktrin diplomasi ini ketika bersama BN-Umno pada tahun 1973 hingga 1977.