ADAKAH ‘ILMU TENAGA DALAM’ WUJUD DALAM NAS-NAS AL-QURAN DAN SUNNAH?

1. Asal-usul ciptaan manusia dari tanah dan keajaiban ciptaan jin dari api sehingga Iblis merasakaan dia lebih mulia ciptaannya dari Adam a.s. atas sebab dia diciptakan dari api (al-Araf:12; Sod: 38). Memangpun kemampuan untuk ‘menyamar’ (المماثلة) dari rupa manusia pelbagai hingga ‘merupa’ dalam bentuk haiwan pelbagai serta menyingkap diri dari pandangan mata kasar spesis basyar (al-A’raf:27) menyebabkan Iblis merasakan spesisnya lebih agung dari Bani Basyar (al-Isra’:62; Sod:74-76). Lantas dia menjadi takabbur (al-Araf: 13) dan engkar dengan perintah Allah untuk sujud kepada Adam a.s. ( al-Baqarah: 34; al-Araf: 11; al-Hijr: 31; al-Kahf: 50; Taha: 116) Dia tersingkir dan dijanjikan neraka untuknya dan mereka yang mengikutnya(Sod:85).

2. Tapi Allah Maha Mengetahui akan ciptaannya itu (Bani Basyar) di mana pada setiap kelahiran anak Adam a.s. disertakan dengan qarin jinnya. Di sinilah istimewanya spesis basyar.

3. Mengikut ilmu yang ada pada saya ada 2 ilmu tenaga dalam yang warid dalam al-Quran dan Sunnah (1) ‘Ain (2) Hembusan.

A- ‘AIN (TENUNGAN)
————————————-

Al-Quran
————–

4. Wujudnya ilmu ini warid dalam al-Quran:

1) Surah Al-Qalam: 51:
وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ

Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: “Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila”.
(Melayu)

via iQuran

Juga:

2) Surah Al-Falaq: 5:
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

“Dan dari kejahatan orang
engki apabila ia melakukan dengkinya”.
(Melayu)

via iQuran

5. Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam Zad Maad Fi Hadyi Khairal Ibaad (زاد المعاد في هدي خير العباد) bahawa setiap orang yang mempunyai ‘ain adalah berhasad. Namun begitu bukan semua orang yang berhasad adalah mempunyai ‘ain. Hasad adalah lebih umum dari ‘ain.

Hadis
———

1) Di dalam Sahih Bukhari:(5739)

«5739» حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ وَهْبِ بْنِ عَطِيَّةَ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْوَلِيدِ الزُّبَيْدِيُّ أَخْبَرَنَا الزُّهْرِيُّ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ زَيْنَبَ ابْنَةِ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي بَيْتِهَا جَارِيَةً فِي وَجْهِهَا سَفْعَةٌ فَقَالَ: ((اسْتَرْقُوا لَهَا، فَإِنَّ بِهَا النَّظْرَةَ)).
وَقَالَ عُقَيْلٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. تَابَعَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَالِمٍ عَنِ الزُّبَيْدِيِّ.

Dari Ummu Salamah r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. melihat di rumahnya ( Ummu Salamah) seorang pembantu rumah pada wajahnya ada tanda hitam maka Rasulullah ‎ﷺ. “Berlindunglah baginya kerana padanya tenungan.”

2) Di dalam Sahih Muslim: 5831

«5831» وَحَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الدَّارِمِيُّ وَحَجَّاجُ بْنُ الشَّاعِرِ وَأَحْمَدُ بْنُ خِرَاشٍ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ أَخْبَرَنَا وَقَالَ الآخَرَانِ حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ: حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ عَنِ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شيء سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا)).

” ‘ Ain itu adalah sesuatu yang benar-benar wujud. Jika ada sesuatu yang mendahului qadar maka yang mendahuluinya adalah ‘ain. Maka jika diperlukan untuk membasuhinya maka basuhlah.”

3) Di dalam Sunan Ibnu Majah (3638):

3638- حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ قَالَ مَرَّ عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ بِسَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ وَهُوَ يَغْتَسِلُ فَقَالَ لَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ وَلاَ جِلْدَ مُخَبَّأَةٍ. فَمَا لَبِثَ أَنْ لُبِطَ بِهِ فَأُتِيَ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقِيلَ لَهُ أَدْرِكْ سَهْلاً صَرِيعًا. قَالَ: ((مَنْ تَتَّهِمُونَ بِهِ)). قَالُوا عَامِرَ بْنَ رَبِيعَةَ. قَالَ: ((عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ)). ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَأَمَرَ عَامِرًا أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيَغْسِلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ وَرُكْبَتَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ وَأَمَرَهُ أَنْ يَصُبَّ عَلَيْهِ. قَالَ سُفْيَانُ قَالَ مَعْمَرٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ وَأَمَرَهُ أَنْ يَكْفَأَ الإِنَاءَ مِنْ خَلْفِهِ.

Dari Abi Umamah Bin Sahl Bin Hunaif, berkata : ‘Aamir Bin Rabi’ah r.a. telah melihat Sahl bin Hunaif r.a. sedang mandi, maka dia berkata : Aku tidak pernah melihat seperti hari ini suatu kulit yang putih melepak! Maka dia (Sahl) telah rebah. Maka Nabi ‎ﷺ. maka baginda diberitahu bahawa : Ketahuilah Sahl telah jatuh. Baginda telah bertanya: “Siapakah yang telah menyerangnya?”. Mereka berkata: ‘Aamir Bin Rabi’ah. Baginda bersabda: “Atas dasar apa seseorang dari kamu mahu membunuh sahabatnya? Jika melihat seorang dari kamu yang ditakjubnya maka hendaklah mendoanya dengan keberkatan.” Kemudian baginda menyuruh membawa air dan mengarah ‘Aamir untuk berwudhuk. Maka dibasuhkan wajahnya dan kedua tangannya sehingga kedua siku dan kedua buku lali serta dalam bajunya. Dan diarahkan kepadanya untuk dijirus ke atasnya.”

4) Di dalam Sunan Abi Dawud:(3882)

3882- حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنِ الأَسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ يُؤْمَرُ الْعَائِنُ فَيَتَوَضَّأُ ثُمَّ يَغْتَسِلُ مِنْهُ الْمَعِينُ.

Dari Aisyah r.a. berkata : ” Adalah diarahkan (oleh Rasulullah ‎ﷺ.) untuk untuk orang yang melakukan tenungan untuk berwudhuk dan dibasuhkan kepada orang yang terkena ‘ain.”

PERBINCANGAN
————————–

5. Tenaga dalam pertama adalah ‘ain (tenungan). Ia adalah kekuatan dalaman. Di dalam hadis Sahih Bukhari no. 5739 menunjukkan bahawa kebiasaanya orang yang mempunyai kekuatan ‘ain itu mempunyai tanda pada wajahnya iaitu saf’ah (tanda hitam).

6. Walaupun ayat al-Quran  (Al-Qalam:  51) pada dasarnya orang-orang kafir melancarkan ‘ain mereka terhadap Nabi ‎ﷺ apabila mendengar bacaan al-Quran baginda sehingga baginda hampir-hampir rebah namun begitu ‘ain juga boleh dipunyai oleh orang-oramg yang beriman seperti kepada ‘Aamir Bin Rabi’ah r.a.

7. Orang yang terkena ‘ain (المعين) hendaklah selalu berdoa meminta perlindungan dari Allah dari terkena ‘ain orang yang mempunyai tenaga dalam ‘ain (العائن).

8. Ia ibarat bisa ular apabila ular mematuk dan melepaskan bisanya. Bezanya cuma patukan ular memerlukan sentuhan tetapi ‘ain tidak dapat dilihat bagaimana ia berinteraksi cuma dilihat akibatnya sahaja.

9. Adakah spesis basyar boleh mempunyai ain? Padaku ya kerana pada setiap anak manusia itu mempunyai qarin jinnya.

B- HEMBUSAN
——————-

1) Di dalam al-Quran:

Surah Al-Falaq:  4:
وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ

“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
(Melayu)

via iQuran

2) Di dalam Sunan Ibnu Majah:(3658)

Bab menghembus dalam rawatan(باب النَّفْثِ فِي الرُّقْيَةِ)

3658- حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَلِيُّ بْنُ مَيْمُونٍ الرَّقِّيُّ وَسَهْلُ بْنُ أَبِي سَهْلٍ قَالُوا: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْفِثُ فِي الرُّقْيَةِ.

Dari Aisyah r.a.: “Sesungguhnya Nabi ‎ﷺ. adalah menghembus dalam rawatannya.”

PERBINCANGAN
————————–
10. Surah Al-Falaq: 4 menunjukkan bahawa kerja2 sihir itu dengan (1) ikatan (2) hembusan.

11. Di dalam satu hadis Sahih Bukhari: 5763 berkenaan sihir Labid Bin al-A’som (َ لَبِيدُ بْنُ الأَعْصَمِ) terhadap Nabi s.a.w. dengan menggunakan sikat dan rerambut dan diletakkan dalam telaga yang tumbuh pokok seperti kepala syaitan.

12. Bagi menjayakan ia memerlukan perlambangan-perlambangan seperti ikatan2 dan juga barang-barang peribadi serti sikat, rerambut dan pokok yang seperti kepala syaitan.

‎5765» حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عُيَيْنَةَ يَقُولُ أَوَّلُ مَنْ حَدَّثَنَا بِهِ ابْنُ جُرَيْجٍ يَقُولُ حَدَّثَنِي آلُ عُرْوَةَ عَنْ عُرْوَةَ فَسَأَلْتُ هِشَامًا عَنْهُ فَحَدَّثَنَا عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُحِرَ حَتَّى كَانَ يَرَى أَنَّهُ يَأْتِي النِّسَاءَ وَلاَ يَأْتِيهِنَّ. قَالَ سُفْيَانُ وَهَذَا أَشَدُّ مَا يَكُونُ مِنَ السِّحْرِ إِذَا كَانَ كَذَا. فَقَالَ: ((يَا عَائِشَةُ أَعَلِمْتِ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَفْتَانِي فِيمَا اسْتَفْتَيْتُهُ فِيهِ، أَتَانِي رَجُلاَنِ فَقَعَدَ أَحَدُهُمَا عِنْدَ رَأْسِي، وَالآخَرُ عِنْدَ رِجْلَيَّ، فَقَالَ الَّذِي عِنْدَ رَأْسِي لِلآخَرِ مَا بَالُ الرَّجُلِ قَالَ مَطْبُوبٌ. قَالَ وَمَنْ طَبَّهُ قَالَ لَبِيدُ بْنُ أَعْصَمَ، رَجُلٌ مِنْ بَنِي زُرَيْقٍ حَلِيفٌ لِيَهُودَ، كَانَ مُنَافِقًا. قَالَ وَفِيمَ قَالَ فِي مُشْطٍ وَمُشَاقَةٍ. قَالَ وَأَيْنَ قَالَ فِي جُفِّ طَلْعَةٍ ذَكَرٍ، تَحْتَ رَعُوفَةٍ، فِي بِئْرِ ذَرْوَانَ)). قَالَتْ فَأَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبِئْرَ حَتَّى اسْتَخْرَجَهُ فَقَالَ: ((هَذِهِ الْبِئْرُ الَّتِي أُرِيتُهَا، وَكَأَنَّ مَاءَهَا نُقَاعَةُ الْحِنَّاءِ، وَكَأَنَّ نَخْلَهَا رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ)). قَالَ فَاسْتُخْرِجَ، قَالَتْ فَقُلْتُ أَفَلاَ أَيْ تَنَشَّرْتَ. فَقَالَ: ((أَمَا وَاللَّهِ فَقَدْ شَفَانِي، وَأَكْرَهُ أَنْ أُثِيرَ عَلَى أَحَدٍ مِنَ النَّاسِ شَرًّا)).

Rasulullah ‎ﷺ telah disihir oleh seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A‘sam sehingga baginda berasa khayal mendatangi isteri-isterinya tetapi tidak melakukannya. Berkata Sufyan bahawa ini yang paling dahsyat dalam bentuk itu. Hinggalah pada suatu hari atau suatu malam ketika berada di sisiku baginda berdoa dan terus berdoa. Kemudian Nabi ‎ﷺ: “Wahai ‘Aishah, apakah engkau merasakan bahawa Allah SWT telah mendatangkan fatwa ketika aku benar-benar memerlukannya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki, lalu salah seorang daripadanya duduk berhampiran kepalaku, dan seorang lagi berhampiran kakiku”. Berkata lelaki yang berada berhampiran kepala kepada temannya yang berada berhampiran kakinya: “Apakah penyakit lelaki ini?”. Lalu dijawab: “Terkena sihir”. Berkata lagi: “Siapa yang menyihirnya”, lalu dijawab: “Labid bin al-A‘sam. Berkata lagi: “Dengan (bahan) apa (disihir)?”, lalu dijawab: “Pada sikat dan rambut, dan kemudian dibungkus dengan seludang tamar jantan muda”. (Lelaki itu) bertanya lagi: “Di mana letaknya benda itu”. Lalu dijawab: “Di dalam telaga Dharwan”. Maka Rasulullah ‎ﷺ mendatangi telaga itu bersama dengan beberapa orang sahabat baginda. (Setelah kembali) Nabi ‎ﷺ berkata: “Wahai ‘Aishah, telaga yang aku lihat itu airnya berwarna merah-kemerahan seperti inai. Rupa pohon tamar itu seperti kepala-kepala syaitan”. Aku (‘Aishah) bertanya: “Ya Rasulullah, kenapa tidak dikeluarkan sahaja benda itu?”. Baginda menjawab: “Jangan! Allah telah menyembuhkan daku. Aku tidak suka mengenakan kejahatan seperti ini ke atas orang lain”. Lalu baginda menyuruh agar ditimbus bahan-bahan sihir dalam telaga itu”.

14. Adapun sihir berkesan dengan izin Allah dengan hembusan. Begitu juga rawatan Islam bekesan dengan hembusan. Ia adalah satu ilmu tenaga dalam bukan sahaja dalam rawatan serta bagi mencapai apa-apa maksud.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s