ANTARA KASYAF DAN HALUSINASI

1. Kita bermula dengan definisi ‘kasyaf’ dari perkataan (كشف) dan ‘halusinasi’ (hallucination) terlebih dahulu agar mempunyai gambaran yang jelas tentang istilah-istilah yang kita gunakan.

2. Kasyaf dari segi kata perbuatan adalah bermaksud:

Di dalam  معجم المعاني الجامع – معجم عربي عربي

كشَف الشّيءَ / كشَف عن الشّيء : رفَع عنه ما يغطِّيه ، أظهره وبيّنه ، عرّاه ، 

(Terjemahan: Mendedahkan sesuatu/mendedahkan berkenaan sesuatu: mengangkat darinya apa yang melindunginya, menzahirkannya dan menerangkannya, mendedahkannya)

Di dalam  قاموس المعاني. قاموس عربي انجليزي

كَشَفَ :

bare
– uncover something; reveal; show; make known
– uncover;allow to be seen;make known
– to give informations about something secret
– bring to light or into view
– to uncover or disclose someone or something
– remove a cover or covering from or disclose
– reveal; disclose; uncover

3. Ayat ini menggunakan ‘kasyaf’:

Surah Qaf, Verse 22:
لَّقَدْ كُنتَ فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَٰذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ

(Serta dikatakan kepadanya): “Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)”.
(Melayu)

via iQuran

4. Halusinasi (hallucination) pula adalah:

‘FALSE sensory perception occurring in the absence of any relevant external stimulation of the sensory modality involved.’: Kaplan & Sadock’s Synopsis Of Psychiatry


5. Saya merujuk kepada definisi perubatan kerana halusinasi ini merupakan satu simptom penyakit dan ia adalah lebih tepat dirujuk kepada maksud perubatan.

6. Halusinasi adalah satu imaginasi yang PALSU dan TIDAK WUJUD.

7. Kasyaf dan halusinasi adalah perkara yang berbeza sama sekali.

8. Kasyaf walaupun gagal dibuktikan oleh pacaindera yang enam ia tetap BENAR dan WUJUD.

9. Halusinasi adalah satu simpton psikotik dari sudut perubatan. Atau gila dalam bahasa kasar Melayunya.

10. Dari sini kita bermula perbincangan kita kerana ia menjadi satu silap faham dalam masyarakat kita tentang perkara ini iaitu ‘antara kasyaf dan halusinasi’.

11. Kasyaf adalah satu pengistilahan bagi mereka yang melihat, mendegar dan merasa sesuatu yang gagal dibuktikan oleh pancaindera yang enam namun tetap dilihat, didengar dan dirasa benar oleh orang tersebut.

12. Apabila dilihat kepelikan akibat dilihat, didengar dan dirasa oleh orang itu kepada orang lain maka orang yang melihat, mendengar dan merasa itu dituduh “gila”. Maka wujudnya pertembungan antara “orang waras” yang tidak melihat, mendengar dan merasa dan “orang gila” yang melihat, mendengar dan merasa itu.

13. Dari sini kita mulakan perbincangan kita. Dengan merujuk kepada dalil-dalil al-Quran dan hadis-hadis.

14. Para rasul dan nabi adalah kasyaf dan bebas dari halusinasi. Manakala orang biasa boleh jadi juga kasyaf namun mereka mungkin juga kadang-kadang berhalusinasi. Orang gila yang sebenar-benarnya memang sentiasa berhalusinasi.

15. Kita mulakan dengan dalil ini:

Surah As-Saaffat, Verse 36:
وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُو آلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَّجْنُونٍ

Serta mereka berkata: ” Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?”
(Melayu)

via iQuran

16. Di dalam Tafsir al-Quran al-Azim Ibnu Kathir mentafsirkan ayat ini dengan:

« ويقولون أئنا لتاركوا آلهتنا لشاعر مجنون » أي نحن نترك عبادة آلهتنا وآلهة آبائنا عن قول هذا الشاعر المجنون يعنون رسول الله صلى الله عليه وسلم
Yang dimaksudkan dengan penyair gila itu adalah Rasulullah s.a.w.

17. Di dalam Surah Ad-Dukhan, Verse 14:
ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَّجْنُونٌ

Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!”
(Melayu)

via iQuran

18. Di dalam معجم المعاني الجامع – معجم عربي عربي

مُعلّم : 

يعلـّـمه بشر
سورة : الدخان ، آية رقم : 14

المعجم: كلمات القران
19. Jika ل pada معلم dibaca dengan baris bawah (كسرة) maka معلم bermaksud “pengajar yang gila” tetapi jika ل dibaca dengan baris atas (فتحة) maka معلم bermaksud “orang yang diajar gila”. Kesemuanya mempunyai maksud tersendiri. Tetapi di dalam teks Uthmani yang rasmi ia (ل) dibaca baris atas.

20. Ibnu Kathir mentafsir ayat ini seperti berikut:

« أنى لهم الذكرى وقد جاءهم رسول مبين ثم تولوا عنه وقالوا معلم مجنون » يقول كيف لهم بالتذكر وقد أرسلنا إليهم رسولا بين الرسالة والنذارة ومع هذا تولوا عنه وما وافقوه بل كذبوه وقالوا معلم مجنون

21. Maknanya setiap rasul dituduh sebagai “orang yang diajar gila.”

22. Di sini satu tuduhan Firaun terhadap Nabi Isa a.s.:

Surah Adh-Dhariyat, Verse 39:
فَتَوَلَّىٰ بِرُكْنِهِ وَقَالَ سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ

Maka Firaun berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata: “(Musa itu) adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila!”
(Melayu)

via iQuran

23. Ibnu Kathir mentafsir sebagai:

« وقال ساحر أو مجنون » أي لا يخلو أمرك فيما جئتني به من أن تكون ساحرا أو مجنونا

24. Nabi Musa a.s. pula dituduh sebagai tukang sihir selain baginda dituduh gila. Sedangkan yang melakukan sihir itu tukang-tukang sihir Firaun sendiri bukannya Nabi Musa a.s. Tongkat menjadi ular itu adalah satu “mukjizat” bukan sihir.

25. Di dalam ayat ini pula:

Surah Adh-Dhariyat, Verse 52:
كَذَٰلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِن قَبْلِهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ

Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) – tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: “Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila”.
(Melayu)

via iQuran

26. Manakala ayat ini pula:

Surah At-tur, Verse 29:
فَذَكِّرْ فَمَا أَنتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ

Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.
(Melayu)

via iQuran

27. Allah s.w.t sendiri menafikan bahawa Rasulullah s.a.w. itu bukan pawang atau gila.

28. Ibnu Kathir mentafsir seperti berikut:

يقول تعالى آمرا رسوله صلى الله عليه وسلم بأن يبلغ رسالته إلى عباده وأن يذكرهم بما أنزل الله عليه ثم نفى عنه ما يرميه به أهل البهتان والفجور فقال « فذكر فما أنت بنعمة ربك بكاهن ولا مجنون » أي لست بحمد الله بكاهن كما تقول الجهلة من كفار قريش والكاهن الذي يأتيه الرئي من الجان بالكلمة يتلقاها من خبر السماء « ولا مجنون » وهو الذي يتخبطه الشيطان من المس

29. Ayat ini pula tuduhan terhadap Nabi Nuh a.s.:

Surah Al-Qamar, Verse 9:
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ فَكَذَّبُوا عَبْدَنَا وَقَالُوا مَجْنُونٌ وَازْدُجِرَ

Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).
(Melayu)

via iQuran

30. Ini Tafsir Ibnu Kathir tentang ayat di atas:

يقول تعالى كذبت قبل قومك يا محمد قوم نوح « فكذبوا عبدنا » إي صرحوا له بالتكذيب واتهموه بالجنون « وقالوا مجنون وازدجر » قال مجاهد وازدجر أي استطير جنونا وقيل وازدجر أي انتهروه وزجروهوتواعدوه لئن لم تنته يا نوح لتكونن من المرجومين

31. Allah s.w.t sendiri menafikan bahawa Radulullah s.a.w. itu seorang yang gila:

Surah Al-Qalam, Verse 2:
مَا أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ

Engkau (wahai Muhammad) – dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
(Melayu)

via iQuran

32. Di sokong lagi oleh ayat ini:

Surah At-Takwir, Verse 22:
وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍ

Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
(Melayu)

via iQuran

33. Barat melihat gila itu dari sudut logik manakala Islam melihat gila itu dari sudut logik dan rohani. Namun kita cuba sedaya upaya rapatkan antara penemuan-penemuan sains Barat dalam ilmu psikiatri dengan pandangan Islam tentang hakikat kasyaf.

34. Betapa di sana ada ubat-ubatan Barat yang dapat menyembuhkan masalah halusinasi. Tribut dan sokongan harus diberikan kepada sains Barat.

35. Adakah Barat menafikan wujudnya apa yang dilihat, didengar dan dirasa oleh mereka yang kasyaf? Tidak semua. Mereka hanya cuba untuk menyelesaikan orang yang mempunyai masalah “halusinasi” sahaja bukannya “kasyaf”.

36. Perkataan (مجنون) berasal dari (جن). Menurut Mu’jam al-Maani (معجم المعاني):

مَجنون ( اسم ): 

الجمع : مَجَانِينُ
مفعول مِنْ أَجَنَّ عَلَى غَيْرِ قِيَاسٍ ، أَيْ جَنَّ جُنَّ
المجْنُون : الذَّاهب العقْل أَو فاسده

37. Sebab itulah dalam Islam; gila itu dikaitkan dengan “jin” atau lebih tepatnya ‘rasukan jin’.

38. Di dalam ayat ini menyebut ((يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ)) atau ‘dirasuk syaitan’.

Surah Al-Baqara, Verse 275:
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Melayu)

via iQuran

39. Orang yang dirasuk oleh syaitan (الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ) itu adalah fenomena “gila sebenar” menurut al-Quran. Namun begitu bolehkan alat-alat sains moden membuktikan jin-jin atau syaitan-syaitan itu wujud? Setakat ini tiada pendedahan kepada umum lagi. Oleh itu kita anggap tiada. Hanya dalam cerita-cerita novel dan wayang sahaja.

40. Maknanya dari sudut Bahasa Arab; gila itu dilihat dari sudut rohani dan logik.

41. Kasyaf tidak terhenti kepada melihat, mendengar dan merasa kewujudan jin-jin sahaja tetapi juga malaikat-malaikat.

42. Bagaimanakah Rasulullah s.a.w. boleh membezakan seorang menyamar orang tak dikenali itu sebagai malaikat Jibril? Tentu ada ilmu khas.

43. Ada kalanya malaikat memperkenalkan diri. Surah Maryam: 17-19.

44. Bandingkan ayat-ayat dalam Surah Maryam dengan hadis lelaki tak dikenali yang mengajar Rasulullah s.a.w. tentang Islam, iman dan ehsan. Bagaimanakah Rasulullah s.a.w. memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa dia adalah Jibril? Saya sudah menjawabnya melalui ilmu khas.

45. Boleh jadi orang-orang kafir Quraisy menuduh Rasulullah s.a.w. “gila” kerana baginda membincang tentang perkara-perkara ghaib yang mereka gagal tangkapi dan tanggapi dengan aqal dan pancaindera enam mereka.

46. Di situlah perbezaan antara kasyaf dan halusinasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s