Parti Allah Dan Parti Syaitan

1. Teori kepartian telah lama wujud. Sejak al-Quran itu di luh mahfuz sebelum diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat.

2. Di sana sebelum wujudnya tamadun manusia telah wujud tamadun makhluk jin yang diciptakan sebelum Adam a.s.

3. Selepas penciptaan Adam a.s. spesis basyar hidup bersama dengan spesis jin di dunia ini.

4. Teori kepartian moden diasaskan oleh Barat menekankan kepartian politik. Sedangkan konsepsi kepartian dalam al-Quran lebih menekankan tentang aqidah dan nilai2 kerohanian.

5. Al-Quran hanya mengiktiraf dua parti sahaja samada kamu hizbullah atau kamu huzbusyaitan.

6. Bagaimanakah kita mahu menerapkan nilai ini dalam kepartian moden? Perlu diingat bahawa kepartian moden terikat dengan undang2 kemanusiaan seperti di Malaysia iaitu Pendaftar Pertubuhan. Sedangkan hizbullah yang hakiki tidak terikat dengan kekangan ini.

7. Kita boleh berkata mana2 partai moden yang menerapkan nilai2 hizbullah yang disifatkan dalam al-Quran adalah Parti Allah (hizbullah). Namun begitu bukan partai itu sahaja hizbullah. Mungkin partai2 lain yang menjadi saingan politiknya tetapi menerap nilai2 Parti Allah itu adalah juga hizbullah tak kira di mana letaknya dari segi geografi.

8. Adapun Parti Syaitan padaku adalah dipimpin oleh Iblis laknatullah. Antara jeneral2nya adalah Dajjal dan juga mereka2 yg terpengaruh dengannnya. Seperti peristiwa Perang Badar al-Kubra yang menyaksikan peranan Iblis.

9. Pertentangan antara Parti Allah dan Parti Syaitan adalah berlangsung sehingga kiamat.

10. Selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. hizbullah dipimpin oleh khalifah2 Islam. Sehinggalah munculnya Imam Mahdi dan turunya Isa a.s. yang memimpin peperangan menentang Dajjal.

AYAT2 AL-QURAN BERKENAAN HIZBULLAH DAN HIZBUSYAITAN

Surah Al-Maeda, Verse 56:
وَمَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
(Melayu)

via iQuran

Surah Al-Mujadila, Verse 19:
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
(Melayu)

via iQuran

Surah Al-Mujadila, Verse 22:
لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَٰئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
(Melayu)

via iQuran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s