1. Model tentera terkuat adalah ‘tentera yang tiada tolak banding'((فَلَنَأْتِيَنَّهُم بِجُنُودٍ لَّا قِبَلَ لَهُم)) an-Namlu:37. Tentera tersebut adalah tentera Nabi Sulaiman a.s. Modelnya adalah seperti firman Allah s.w.t:
Surah An-Naml, Verse 17:
وَحُشِرَ لِسُلَيْمَانَ جُنُودُهُ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ وَالطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan orang serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
(Melayu)
via iQuran
2. Perkataan ((حُشِرَ)) atau ‘dihimpunkan’ adalah atas wazan ‘mabni lil majhuul’ ((الفعل المبني للمجهول)). Dari segi Bahasa Arab ‘al-fi’lu al-mabni lilmajhuul’ adalah ((والفعل المبني للمجهول هو كل فعل لم يُعلم فاعله، أي مجهول)). Kita tidak tahu pembuatnya. Mengapakah disembunyikan identiti pihak yang menghimpunkan balatentera Sulaiman a.s. dari jin-jin, orang dan burung?
3. Pengatur strategi ketenteraan itu menimbulkan tanda-tanya kepada pengkaji al-Quran. Siapakah dia? Malaikatkah? Jinkah? Manusiakah?
4. Dari segi strategi ketenteraan, apa yang kita boleh belajar dari ayat ini, pihak yang mengatur atau menghimpun ketenteraan haruslah dirahsiakan. Sepertimana pihak yang menawarkan diri untuk mengangkat singahsana Ratu Saba’ sebelum berkedip mata sudah sampai dari Yaman ke Baitul Muqaddis, juga misteri. Hanya disebut al-Quran sebagai ‘orang yang padanya ilmu dari al-Kitab’ ((الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ))an-Namlu:40. Ada yang berkata malaikat. Ada yang berkata Sulaiman sendiri. Di dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Ibnu Kathir menyatakan orang itu adalah : « قال الذي عنده علم من الكتاب » قال ابن عباس وهو آصف كاتب سليمان وكذا روى محمد بن اسحق عن يزيد بن رومان أنه آصف بن برخياء وكان صديقا يعلم الإسم الأعظم وقال قتادة كان مؤمنا من الانس واسمه آصف وكذا قال أبو صالح والضحاك وقتادة أنه كان من الانس زاد قتادة من بني إسرائيل وقال مجاهد كان اسمه أسطوم وقال قتادة في رواية عنه كان اسمه بليخا وقال زهير بن محمد هو رجل من الانس يقال له ذو النور وزعم عبد الله بن لهيعة أنه الخضر وهو غريب جدا وقوله.
5. Adakah al-Quran mengajar pengatur ketenteraan dan insan-insan berkebolehan harus disembunyikan identiti?
6. Kita kembali kepada ketenteraan Nabi Sulaiman a.s. Jin disebut terlebih dahulu. Kemudian ‘al-ins'((َالْإِنسِ)). [Saya akan hurai apakah yang dimaksudkan sebagai ‘al-ins'((الْإِنسِ))]. Kemudian burung.
7. Jin pula dikelaskan terdiri daripada ifrit. Allah berfirman:
Surah An-Naml, Verse 39:
قَالَ عِفْرِيتٌ مِّنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”.
(Melayu)
8. Mengapakah jin disebut terlebih dahulu dari ‘al-ins'((الْإِنسِ))? Ini menunjukkan adalah sebaik-tentera kerana mereka suka untuk ‘menumpah darah’ ((وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ))al-Baqarah: 30. Keberanian dan kemahuan untuk menumpahkan darah itu terdapat pada spesis jin. Mereka juga berupaya mengintip samada mereka dalam bentuk halimunan ((إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُم)) al-Araaf:27 atau dalam bentuk menyamar manusia atau dalam bentuk binatang jadian.
9. Berkenaan ifrit pula yang menawarkan diri kepada Sulaiman a.s. itu menyifatkan dirinya sebagai (( َ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ)) ((Aku adalah gagah lagi amanah)). Inilah sifat ifrit. Di dalam Tafsir Ibnu Kathir saiznya seperti gunung. Saiz memainkan peranan di alam jin samada dia kuat atau tidak.
10. Oleh itu aturan pertama dalam membina Tanah Melayu sebagai destinasi berkumpulnya ifrit-ifrit perang adalah ada wujudnya pengatur dan insan yang berkeboleh tinggi dalam ilmu keghaiban. Selepas itu ‘dewa-dewa perang’ ini menjadi Tanah Melayu sebagai destinasi mereka untuk berkumpul. ‘Ifrit-ifrit bermata merah’ yang merupakan pahlawan-pahlawan jin harus dipujuk dan ditarik ke Alam Melayu sebelum rantau ini menjadi kuasa ketenteraan.
11. Adapun ‘al-ins’ (( الْإِنسِ)) adalah rupa manusia samada manusia atau spesis basyar atau jin yang menjelma manusia atau bunian yang menjelma manusia. Kalimah ‘al-ins'(( الْإِنسِ)) adalah lebih luas dari kalimah ‘al-basyar (( الْبَشَرِ)): Maryam:26; al-Mudathir:25; al-e-Imran:47 & 79; al-Nisa: 138; al-Maidah: 18 & 60; al-Anaam: 91; Ibrahim: 10 & 11; an-Nahlu: 58, 59 & 103; al-Kahfi: 110; Maryam: 20; al-Anbiya: 3; al-Hajj: 72; al-Mu’minuun: 24 & 33; as-Syuaraa’: 154 & 186; ar-Room: 20; Ya Seen: 15; Fussilat: 6; az-Zukhruf: 17. al-Hijr: 33; al-Anbiya’:34; as-Shuaraa’: 51.
12. ‘Al-Basyar’ (( الْبَشَرِ)) adalah spesis berketurunan Adam a.s. Dari spesis merekah nabi-nabi yang 25 orang itu diutuskan kepada jin dan ‘al-ins’ (( الْإِنسِ)). Malaikat berupaya menyamar sebagai ‘manusia yang sempurna’ (( بَشَرًا سَوِيًّا)) Maryam: 17. Oleh itu bukan semua ‘al-ins’ (( الْإِنسِ)) adalah ‘al-Basyar’ (( الْبَشَرِ)).
13. Oleh itu tentera kategori kedua Nabi Sulaiman a.s. adalah spesis ‘al-ins’ (( الْإِنسِ)) seperti dijelaskan di atas.
14. Ketiganya burung. Kata ‘at-thoir’ ((َالطَّيْرِ)) adalah mufrad atau singular. Jamak atau pluralnya adalah ‘at-thooir (( طائر)). Maknanya hanya seekor burung sahaja menjadi pengintip dan pengutus surat Nabi Sulaiman a.s. Burung itu adalah spesis al-Hud-Hud: an-Namlu: 20 – 28. Ia bisa berbicara dengan Nabi Sulaiman a.s. Ia boleh jadi burung asal. Boleh jadi burung jadian. Namun jika Nabi Sulaiman menyebut sebagai ‘La Azbahannahu’ (( لَأَذْبَحَنَّهُ)) an-Namlu: 21 menunjukkan kemungkinan bahawa ia burung asli jika tidak bagaimana Nabi Sulaiman mengugutnya untuk disembelih? Atau ia hanya burung jadian dari jin dan ugutan untuk sembelih hanyalah satu ugutan? Adalah boleh kepada jin untuk menjelma sebagai burung. Tapi spesis jin yang mampu menjelma sebagai burung adalah spesis yang boleh terbang.
15. Bagaimana pula tentang doa Nabi Sulaiman a.s. yang berbunyi :
Surah Sad, Verse 35:
قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَّا يَنبَغِي لِأَحَدٍ مِّن بَعْدِي إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Katanya: ” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya “.
(Melayu)
via iQuran
16. Dalam teks al-Quran tiada satu nas samada jawapan Allah s.w.t. sendiri tentang doa ini.
Di dalam Sahih Muslim :
« «1239» حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ الْمُرَادِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ يَقُولُ حَدَّثَنِي رَبِيعَةُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ الْخَوْلاَنِيِّ عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَامَ وو رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعْنَاهُ يَقُولُ: ((أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ)). ثُمَّ قَالَ: ((أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللَّهِ)). ثَلاَثًا. وَبَسَطَ يَدَهُ كَأَنَّهُ يَتَنَاوَلُ شَيْئًا فَلَمَّا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ سَمِعْنَاكَ تَقُولُ فِي الصَّلاَةِ شَيْئًا لَمْ نَسْمَعْكَ تَقُولُهُ قَبْلَ ذَلِكَ وَرَأَيْنَاكَ بَسَطْتَ يَدَكَ. قَالَ: ((إِنَّ عَدُوَّ اللَّهِ إِبْلِيسَ جَاءَ بِشِهَابٍ مِنْ نَارٍ لِيَجْعَلَهُ فِي وَجْهِي فَقُلْتُ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ. ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ قُلْتُ أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللَّهِ التَّامَّةِ فَلَمْ يَسْتَأْخِرْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ أَرَدْتُ أَخْذَهُ وَاللَّهِ لَوْلاَ دَعْوَةُ أَخِينَا سُلَيْمَانَ لأَصْبَحَ مُوثَقًا يَلْعَبُ بِهِ وِلْدَانُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ)).
Riwayat dari Sahih Muslim itu hanyalah jin itu tidak menjadi ‘mainan kanak-kanak’ (( لأَصْبَحَ مُوثَقًا يَلْعَبُ بِهِ وِلْدَانُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ)) bukannya dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. tidak boleh dijadikan tentera.
17. Berkenaan Malaysia sebagai destinasi makhluk-makhluk ghaib, spesis al-ins dan al-basyar adalah tidak mustahil kerana Surah al-Hadid itu surah ke-57. Ia adalah kod tentera negara Malaysia. Untuk membina ketenteraan yang kuat ia memerlukan ‘tunai’. Atau 29. Jika dibina atas hutang walaupun ketenteraan kuat ia lemah secara rohani atas beberapa sebab tertentu.
18. Di dalam maya wujud kajian banyak tentang tentera-tentera Imam Mahdi. Di dalam Sunan Ibnu Majah :
4222- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى وَأَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ قَالاَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ عَنْ أَبِي قِلاَبَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلاَثَةٌ كُلُّهُمُ ابْنُ خَلِيفَةٍ ثُمَّ لاَ يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلاً لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ)). ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لاَ أَحْفَظُهُ فَقَالَ: ((فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ)).
‘Dari sebelah Timur’, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., (( مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ)) boleh jadi Alam Melayu. Boleh jadi ‘makānan syarqiyya’ (( مَكَانًا شَرْقِيًّا)) [Maryam: 16] dalam al-Quran itu adalah juga Alam Melayu. Isa a.s. turun untuk membantu Imam Mahdi membantu memerangi Dajjal. Dajjal hanya berjaya di bunuh oleh Nabi Isa a.s.
19. Oleh itu Alam Melayu amnya, Malaysia khususnya, boleh menjadi destinasi makhluk-makhluk ghaib berkumpul untuk membentuk satu pasukan ketenteraan bagi menyambut tentera Imam Mahdi. Seterusnya tentera Imam Mahdi bersatu dengan Isa a.s.