BAB PADA MENGHADIRKAN RAJA-RAJA JIN
1. Di dalam buku al-Jawaahir al-Lamma’ah Fi Istihdaari Muluuki al-Jinni Fi al-Waqti Wa as-Saa’ah yang bermaksud ‘Permata yang gemerlap pada menghadirkan raja-raja jin pada waktu dan saat’ karangan Syeikh Ali Abu Hayy Allah al-Marzuuq.
2. Penulis menggunakan kaedah wafaq-wafaq dan hitungan pergerakan planet-planet dalam berhubung dengan raja-raja jin. NOKTAH.
3. Al-Quran mengajar kita bahawa jin-jin itu mempunyai nama-nama mereka dan dari daerah mana mereka berasal serta kebolehan-kebolehan mereka.
4. Dalil jin-jin itu mempunyai nama adalah perkataan Iblis (إبليس) itu adalah nama jin. Bukan kumpulan tetapi individu jin. [al-Baqarah: 34; al-Araf: 11; al-Hijr: 31 & 32; al-Israa: 61; al-Kahf: 50; Taha: 116; as-Shuara: 95; Saba: 20; Sad: 74 & 75].
6. Dalil jin-jin mempunyai asal-usul dan daerah adalah al-Ahqaaf: 29. Di mana ulamak tafsir mentafsirkan ayat ini dengan 7 orang jin dari Nasibiyyin (نصيبيين) yang mendengar Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran. Iaitu dalam negeri Iraq sekarang. Lihat Tafsir Ibnu Kathir yang di kenali dengan Tafsir al-Quran Al-Azim.
7. Manakala jin-jin mempunyai kebolehan masing-masing pula dilihat di ayat ini bahawa Ifrit yang mampu membawa singgahsana Ratu Saba’ dengan kekuatan dan kecepatan sebelum Nabi Sulaiman bangun dari tempat duduknya [ an-Namlu: 39] dan pembangun-pembangun [Saba’: 13; Sad:37], penyelam-penyelam [Sad:37] dan tentera-tentera [an-Namlu:17].
8. Dapat disimpulkan di sini seperti mana yang disebutkan di Para: 3.
9. Saya pernah diberitahu bahawa jin-jin tua di Tanah Melayu mempunyai nama-nama mereka masing-masing dan masih hidup.
10. Jin-jin tua yang bersaiz besar dan penuh dengan pengalaman serta kebijaksanaan merupakan raja-raja jin.
11. Mereka jika ingin mendedahkan identiti mereka sebagai raja, mereka menunjukkan warna mata yang kuning pekat.
12. Mereka mempunyai kerajaan-kerajaan mengikut daerah masing-masing. Oleh kerana ada spesis yang boleh terbang, berenang dan di daratan maka daerah mereka bergantung kepada sifat yang Allah s.w.t. jadikan mereka.
13. Kita boleh mengetahui spesis apa yang menjaga daerah itu dengan melihat kepada emblem-emblem satu perdaerahan. Jika USA emblemnya adalah burung helang maka spesis yang menjaga daerah USA adalah spesis yang boleh terbang dan suka merupa burung helang.
14. Manakala Malaysia spesis yang menjaganya adalah harimau. Oleh sebab itu kita melihat emblem atau jota Kerajaan Persekutuan Malaysia adalah harimau belang.
17. Manakala Indonesia dan Thailand adalah dijaga oleh spesis garuda. Ia adalah ‘haiwan’ yang purba.
18. Spesis yang berkebolehan merupa naga adalah spesis yang kuat dan tua.
19. Adapun jin yang paling tua adalah bernama “al-Jaan” (الجان) : [al-Hijr: 27; al-Rahman:15]. Ia berkebolehan untuk terbang, hidup di daratan dan lautan. Dialah raja segala jin.