Mempertautkan kumpulan professional dan ulamak

1. Jika dilihat kepada keputusan pemilihan MAT 61 bukan semua professional tidak bersama ulamak. Hanya majoriti professional tidak bersama ulamak.

2. Sedangkan lontaran Presiden PAS ke-7, ‘mengulamakkan professional’ gagal. Bahkan professional PAS menjauh dari ulamak dan membentuk firqah yang berbeza dengan ulamak sehingga mereka digelarkan kumpulan progressif.

3. Mengapakah begini? Professional yang berlatarbelakangkan pendidikan sekular melalui produk universiti-universiti yang kebanyakkannya menekankan pendidikan sekular. Melainkan sebahagian universiti yang mempunyai silibus Islam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan beberapa universiti lagi. Selain dari itu professional-professional lain adalah produk silibus sekular. Inilah faktor utama kepada pertembungan antara ulamak dan professional.

4. Maka majoriti professional adalah cenderung pada pemikiran sekular. Akhirnya puak ulamak memandang kumpulan kebanyakkan professional adalah berfikiran tidak sama dengan pemikiran mereka walaupun ada juga professional yang berfikiran seperti ulamak. Ataupun professional ulamak. Inilah yang menyebabkan pertembungan antara kem professional dan ulamak yang tidak sudah-sudah.

5. Dari satu sudut lain professional juga mengadaptasi seni politik yang berbeza dengan ulamak. Saya melihat professional lebih ‘rigid dan static’ dalam strategi mereka untuk menawan Putrajaya.

6. Mereka berfahaman bahawa untuk ke Putrajaya hanyalah melalui solusi Pakatan Rakyat sedangkan di sana mengikut kajian saya mempunyai 5 formula kerjasama politik.

7. Kem professional berfahaman bahawa tahaluf siyasi itu satu yang suci kerana mereka faham ia merupakan satu aqad politik. Silap faham ini kerana mereka silap faham dengan konsep aqad (( أَوْفُوا بِالْعُقُودِ)): al-Maidah:1

8. Tahaluf siyasi hanyalah satu kerjasama politik bukannya kontrak politik. Kalau ia kontrak politik maka ia harus dihitam-putihkan dan boleh dicabar di mahkamah jika berlaku perlanggaran kontrak politik tersebut. Sebab itulah mereka begitu ‘rigid dan static’ dalam berstrategi kerana mereka faham tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat itu satu yang sakral walaupun mereka membelakangi ketua Parti sendiri.

9. Mungkin silap faham ini kerana mereka silap faham dalam maksud dan makna aqad dalam al-Maidah:1 tersebut. Inilah pentingnya dalam mengulamakkan professional.

10. Sifat politik yang sentiasa berubah itu memerlukan strategi politik yang pelbagai mungkin lebih dari 5 formula kerjasama politik seperti yang saya huraikan tadi di Para 6.

11. Ulamak dan professional harus memahami tentang punca-punca dan kesan-kesan seperti yang saya huraikan untuk mempertautkan kembali jurang yang memisahkan mereka. Musuh memang mencari jalan untuk memisahkan profesional dan ulamak dalam PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s