KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB : PENARIKAN HARTA-HARTA DARI ALAM GHAIB

1. Prinsip pertama dalam menarik harta2 dari alam ghaib adalah mempercayai alam ghaib itu wujud. Bagaimana ia wujud? Ia wujud dengan sandaran al-Quran bahawa ‘alam malakut’ (ملكوت) itu wujud. Lihat al-Anaam:75; al-A’raf: 185; al-Mukminuun:88; Ya Seen: 83. Begitu juga wujudnya alam ghaib dan syahadah (عالم الغيب و الشهادة). Lihat: al-Anaam: 73; at-Taubah: 94 & 105; ar-Rad: 9; al-Mumenoon: 92; as-Sajda: 6; Saba: 46; al-Hasrs: 22; al-Jumua: 8; at-Taghabun: 18; al-Jinn:26 . Allahlah Rabb kepada ‘sekalian alam’. Lihat al-Fatihah: 1.

2. Para Arifīn tentang alam-alam ‘Sir’ atau rahsia berpendapat wujudnya alam-alam ghaib lain seperti ‘alam jabarut’ (جبروت). Saya tidak mempunyai dalil al-Qur’an dan hadis yang kuat tentang wujudnya alam jabarut ini. Tetapi saya ‘diajari’ dan mengerti alam jabarut ini memang wujud. Begitu juga alam mimpi ‘yaqazah’ (يقظة) bersandarkan Sahih Bukhari dan Muslim. Dikatakan bahawa ‘alam jabarut’ lebih tinggi dari alam malakut. Saya pun tertanya-tanya bagaimana boleh jadi begitu? Sedangkan alam malakut dan yaqazah sahaja dalam dalil-dalil naqli.

3. Bagi orang2 tertentu seperti Ibrahim a.s. telah dipertunjukkan oleh Allah kepadanya bahawa alam malakut itu wujud.

4. Ini semua lebih kepada konsepsi2nya. Bagaimanakah secara praktikalnya?

5. Setelah memahami ‘konsepsi’ kita beralih kepada ‘praktikaliti’. Apakah watak-watak dan benda-benda dalam alam malakut dan yaqazah itu? Watak-wataknya adalah malaikat-malaikat, jin-jin, manusia-manusia dan bunian-bunian. Benda-bendanya adalah benda-benda “seperti” ‘alam syahadah’. Lebih memudahkan untuk kita berfikir saya ujarkan apakan pakaian malaikat-malaikat ketika dia menyamar sebagai lelaki? Lihat al-Anaam:9. Dari manakah pakaian-pakaian mereka ini? Ini dalil wujudnya ‘watak-watak’ dan ‘benda-benda’ di alam ghaib.

6. Selepas memahami wujudnya watak-watak dan benda-benda di alam ghaib maka kita bincangkan cara-cara penarikan ‘benda-benda’ di alam ghaib.

7. Seorang penarik benda-benda di alam ghaib itu harus ‘diizinkan’ oleh Allah untuk ‘diperlihatkan’ dan ‘sedar’ dia berada di alam ghaib. Alam ghaib itu satu duplikasi semata-mata kepada alam syahadah. Memasuki alam ghaib ini ada pantang larangnya dan ada cara-cara untuk memperolehi benda-benda itu untuk dibawa ke ‘alam zahir’ atau ‘alam syahadah’.

8. Tadi saya sebut kita harus sedar kita berada di alam ghaib. Tetapi apa yang berlaku kepada saya, saya pada peringkat awal tidak menyedarinya dan memperolehi barang-barang dari situ. Sehingga ada yang menanyakan saya dari mana saya memperolehinya. Saya kata saya beli di situ dan di sini. Mereka cuba mencarinya tetapi tidak menjumpainya.

9. Selepas saya mengerti tentang alam-alam barulah saya memahami bahawa alam ghaib samada malakut atau yaqazah hanyalah “duplikasi” kepada alam zahir dengan ‘sedikit kelainan’.

10. Mahaguru-mahaguru ‘penarikan’ benda-benda di alam ghaib berkata ‘ritual’ menarik benda-benda di alam ghaib ialah dengan ‘latihan diri’ (رياضة النفس) samada berpuasa dan amalan-amalan rohani yang lain. Ada juga yang berpendapat dengan barang-barang sakti seperti keris dan permata-permata berkhadam dll.

11. Khadam itu haruslah lebih kuat dari jin-jin yang menjaga benda-benda di alam ghaib itu. Inilah maksud usahasama antara jin-jin dan manusia dalam harta-harta. Lihat al-Israa’:64.

12. Pada saya kita ada tiga alam asas ; (1) tanah (2) air dan (3) udara. Ketiga-tiga tempat ini dihuni oleh jin-jin. Samada tanah atau air atau udara ia ‘duplikasi’ alam zahir dengan menzahirkan dalam bentuk pasar-pasar atau kedai-kedai. Inilah pengalaman saya.

13. Saya pernah ‘menarik’ sebilah keris sakti. Saya lihat tempat saya tarik itu seperti Pasar Seni Kuala Lumpur tetapi saya ‘diberitahu’ bahawa saya dapatinya dari dalam sebuah gua.

14. Saya menafsir alam ghaib itu sebagaimana saya melihatnya. Ada orang lihat barang-barang saya tidak sama dengan apa yang saya lihat. Siapa yang betul? Apa yang saya lihat itu betul pada penglihatan saya dan apa yang mereka lihat itu betul pada penglihatan mereka.

15. Adalah khabar mutawatir dari pemerhati-pemerhati walaupun saya adalah manusia /basyar/البشر tetapi saya boleh menyamar bentuk manusia pelbagai dengan izin Allah dah juga bentuk haiwan pelbagai. Ketika bertransaksi itu saya menyamar peniaga-peniaga. Ia adalah tukaran dengan barang-barang yang saya perolehi tetapi adalah suntikan untuk perniagaan-perniagaan atau ‘deals’ tertentu.

16. Walhasil barang-barang yang saya perolehi itu dibawa masuk ke alam zahir untuk kegunaan-kegunaan tertentu dan suntikan wang di alam ghaib itu di bawa masuk oleh ‘orang’ yang menerimanya untuk urusan-urusan tertentu di alam zahir.

17. Konklusinya, alam ghaib dan syahadah saling berhubung antara satu samalain. Bagi mereka yang memahaminya (tentang alam ghaib) dan diizinkan oleh Allah untuk memasukinya maka mereka boleh keberuntungan yang besar.

KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB PADA MEMBAHASKAN ILMU PENYAMARAN JIN

1. Ada tiga makhluk yang boleh menyamar:(1) Malaikat (2)Jin (3) Bunian.

2. Tentang malaikat-malaikat boleh menyamar adalah seperti yang diceritakan oleh al-Quran dalam Surah Maryam:17 dan al-Anaam:8-9. Di dalam hadis juga banyak menceritakan tentang malaikat-malaikat boleh menyamar. Lihat Hadis Sahih Bukhari No 2. Bab bentuk-bentuk wahyu.

3. Malaikat jika dia menyamar maka dia menyamar sebagai lelaki. Adalah salah tentang fahaman sebahagian bahawa malaikat juga menyamar perempuan. Lihat al-Isra’:40; as-Saafat:150; az-Zukhruf:49.

4. Jin pula boleh menyamar juga. Lihat Hadis Sahih Bukhari No.6993. Bab sesiapa melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidur.

5. Jin lelaki boleh menyamar lelaki dan perempuan. Ketika jin lelaki menyamar ‘perempuan’ hakikatnya mereka adalah lelaki. Jin perempuan juga boleh menyamar tetapi dengan rupa perempuan sahaja.

6. Bunian juga boleh menyamar. Tetapi bunian lelaki hanya boleh menyamar lelaki. Manakala bunian perempuan boleh menyamar perempuan sahaja.

7. Saya diberitahu dan saya memerhatikan ketika jin-jin dan bunian-bunian menyamar adalah 95% sama seperti “rupa” yang mereka “meminjam”.

8. Syaitan dari kalangan jin ketika mereka menyamar mereka bersepatu sebelah.

9. Qarin atau quraana’ yang ditempatkan dalam tubuh Bani Adam atau spesis basyar juga boleh menyamar dengan rupa pelbagai. Dia boleh menyamar dengan rupa tuannya juga.

10. Ketika saya berbicara dengan spesis basyar atau Bani Adam saya kadang-kadang berbicara dengan qarin mereka. Saya melihat 95% qarin mereka sama dengan rupa tuannya.

11.  Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang di situ dan sini tetapi bila saya sahkan dengan tuan badan mereka menafikan yang saya jumpa itu dia.

12. Di dalam hadis Sahih Muslim No. 102 Bab Pengenalan Iman, Islam dan Ihsan dan Alamat Kiamat. Jibril merupa dalam bentuk lelaki yang memakai baju yang sangat putih dan berambut yang sangat hitam serta tidak dikenali. Rasulullah s.a.w. bersabda : ((فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم)) ((Sesungguhnya dia adalah Jibril yang mendatangani kami mengajar kamu tentang agama kamu)).

13. Bagaimanakah jika satu identiti yang menyamar dalam rupa yang sama tetapi bukan orang yang sebenar diserupainya? Mereka berbicara menggunakan kod-kod. Mengapa begitu? Kerana akan berlaku kecelaruan sedangkan mereka hanya meminjam rupa orang lain.

14. Jibril juga suka menyamar rupa Dahyah al-Kalbi (دحية الكلبي) iaitu salah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang utama. Lihat Sunan an-Nasaei No 5008.

15. Jika kita berjumpa seseorang dalam rupa lelaki maka ia mempunyai 4 kemungkinan. Samada malaikat, jin, bunian atau manusia. Tetapi jika kita berjumpa perempuan maka ia mempunyai 3 kemungkinan sahaja iaitu jin, bunian atau manusia.

16. Namun begitu jika malaikat menyamar lelaki bukan bermaksud mereka lelaki. Mereka hanya menyamar rupa lelaki. Mereka bukan lelaki dan perempuan.