KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB PADA MEMBAHASKAN ILMU PENYAMARAN JIN

1. Ada tiga makhluk yang boleh menyamar:(1) Malaikat (2)Jin (3) Bunian.

2. Tentang malaikat-malaikat boleh menyamar adalah seperti yang diceritakan oleh al-Quran dalam Surah Maryam:17 dan al-Anaam:8-9. Di dalam hadis juga banyak menceritakan tentang malaikat-malaikat boleh menyamar. Lihat Hadis Sahih Bukhari No 2. Bab bentuk-bentuk wahyu.

3. Malaikat jika dia menyamar maka dia menyamar sebagai lelaki. Adalah salah tentang fahaman sebahagian bahawa malaikat juga menyamar perempuan. Lihat al-Isra’:40; as-Saafat:150; az-Zukhruf:49.

4. Jin pula boleh menyamar juga. Lihat Hadis Sahih Bukhari No.6993. Bab sesiapa melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidur.

5. Jin lelaki boleh menyamar lelaki dan perempuan. Ketika jin lelaki menyamar ‘perempuan’ hakikatnya mereka adalah lelaki. Jin perempuan juga boleh menyamar tetapi dengan rupa perempuan sahaja.

6. Bunian juga boleh menyamar. Tetapi bunian lelaki hanya boleh menyamar lelaki. Manakala bunian perempuan boleh menyamar perempuan sahaja.

7. Saya diberitahu dan saya memerhatikan ketika jin-jin dan bunian-bunian menyamar adalah 95% sama seperti “rupa” yang mereka “meminjam”.

8. Syaitan dari kalangan jin ketika mereka menyamar mereka bersepatu sebelah.

9. Qarin atau quraana’ yang ditempatkan dalam tubuh Bani Adam atau spesis basyar juga boleh menyamar dengan rupa pelbagai. Dia boleh menyamar dengan rupa tuannya juga.

10. Ketika saya berbicara dengan spesis basyar atau Bani Adam saya kadang-kadang berbicara dengan qarin mereka. Saya melihat 95% qarin mereka sama dengan rupa tuannya.

11.  Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang di situ dan sini tetapi bila saya sahkan dengan tuan badan mereka menafikan yang saya jumpa itu dia.

12. Di dalam hadis Sahih Muslim No. 102 Bab Pengenalan Iman, Islam dan Ihsan dan Alamat Kiamat. Jibril merupa dalam bentuk lelaki yang memakai baju yang sangat putih dan berambut yang sangat hitam serta tidak dikenali. Rasulullah s.a.w. bersabda : ((فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم)) ((Sesungguhnya dia adalah Jibril yang mendatangani kami mengajar kamu tentang agama kamu)).

13. Bagaimanakah jika satu identiti yang menyamar dalam rupa yang sama tetapi bukan orang yang sebenar diserupainya? Mereka berbicara menggunakan kod-kod. Mengapa begitu? Kerana akan berlaku kecelaruan sedangkan mereka hanya meminjam rupa orang lain.

14. Jibril juga suka menyamar rupa Dahyah al-Kalbi (دحية الكلبي) iaitu salah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang utama. Lihat Sunan an-Nasaei No 5008.

15. Jika kita berjumpa seseorang dalam rupa lelaki maka ia mempunyai 4 kemungkinan. Samada malaikat, jin, bunian atau manusia. Tetapi jika kita berjumpa perempuan maka ia mempunyai 3 kemungkinan sahaja iaitu jin, bunian atau manusia.

16. Namun begitu jika malaikat menyamar lelaki bukan bermaksud mereka lelaki. Mereka hanya menyamar rupa lelaki. Mereka bukan lelaki dan perempuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s