KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB : PENARIKAN HARTA-HARTA DARI ALAM GHAIB

1. Prinsip pertama dalam menarik harta-harta dari alam ghaib adalah mempercayai alam ghaib itu wujud. Bagaimana ia wujud? Ia wujud dengan sandaran al-Quran bahawa ‘alam malakut’ (ملكوت) itu wujud. Lihat al-Anaam:75; al-A’raf: 185; al-Mukminuun:88; Ya Seen: 83. Begitu juga wujudnya alam ghaib dan syahadah (عالم الغيب و الشهادة). Lihat: al-Anaam: 73; at-Taubah: 94 & 105; ar-Rad: 9; al-Mumenoon: 92; as-Sajda: 6; Saba: 46; al-Hasrs: 22; al-Jumua: 8; at-Taghabun: 18; al-Jinn:26 . Allahlah Rabb kepada ‘sekalian alam’. Lihat al-Fatihah: 1.

2. Para Arifīn tentang alam-alam ‘Sir’ atau rahsia berpendapat wujudnya alam-alam ghaib lain seperti ‘alam jabarut’ (جبروت). Saya tidak mempunyai dalil al-Qur’an dan hadis yang kuat tentang wujudnya alam jabarut ini. Tetapi saya ‘diajari’ dan mengerti alam jabarut ini memang wujud. Begitu juga alam mimpi ‘yaqazah’ (يقظة) bersandarkan Sahih Bukhari dan Muslim. Dikatakan bahawa ‘alam jabarut’ lebih tinggi dari alam malakut. Saya pun tertanya-tanya bagaimana boleh jadi begitu? Sedangkan alam malakut dan yaqazah sahaja dalam dalil-dalil naqli.

3. Bagi orang-orang tertentu seperti Ibrahim a.s. telah dipertunjukkan oleh Allah kepadanya bahawa alam malakut itu wujud.

4. Ini semua lebih kepada konsepsi-konsepsinya. Bagaimanakah secara praktikalnya?

5. Setelah memahami ‘konsepsi’ kita beralih kepada ‘praktikaliti’. Apakah watak-watak dan benda-benda dalam alam malakut dan yaqazah itu? Watak-wataknya adalah malaikat-malaikat, jin-jin, manusia-manusia dan bunian-bunian. Benda-bendanya adalah benda-benda “seperti” ‘alam syahadah’. Lebih memudahkan untuk kita berfikir saya ujarkan apakan pakaian malaikat-malaikat ketika dia menyamar sebagai lelaki? Lihat al-Anaam:9. Dari manakah pakaian-pakaian mereka ini? Ini dalil wujudnya ‘watak-watak’ dan ‘benda-benda’ di alam ghaib.

6. Selepas memahami wujudnya watak-watak dan benda-benda di alam ghaib maka kita bincangkan cara-cara penarikan ‘benda-benda’ di alam ghaib.

7. Seorang penarik benda-benda di alam ghaib itu harus ‘diizinkan’ oleh Allah untuk ‘diperlihatkan’ dan ‘sedar’ dia berada di alam ghaib. Alam ghaib itu satu duplikasi semata-mata kepada alam syahadah. Memasuki alam ghaib ini ada pantang larangnya dan ada cara-cara untuk memperolehi benda-benda itu untuk dibawa ke ‘alam zahir’ atau ‘alam syahadah’.

8. Tadi saya sebut kita harus sedar kita berada di alam ghaib. Tetapi apa yang berlaku kepada saya, saya pada peringkat awal tidak menyedarinya dan memperolehi barang-barang dari situ. Sehingga ada yang menanyakan saya dari mana saya memperolehinya. Saya kata saya beli di situ dan di sini. Mereka cuba mencarinya tetapi tidak menjumpainya.

9. Selepas saya mengerti tentang alam-alam barulah saya memahami bahawa alam ghaib samada malakut atau yaqazah hanyalah “duplikasi” kepada alam zahir dengan ‘sedikit kelainan’.

10. Mahaguru-mahaguru ‘penarikan’ benda-benda di alam ghaib berkata ‘ritual’ menarik benda-benda di alam ghaib ialah dengan ‘latihan diri’ (رياضة النفس) samada berpuasa dan amalan-amalan rohani yang lain. Ada juga yang berpendapat dengan barang-barang sakti seperti keris dan permata-permata berkhadam dan lain-lain.

11. Khadam itu haruslah lebih kuat dari jin-jin yang menjaga benda-benda di alam ghaib itu. Inilah maksud usahasama antara jin-jin dan manusia dalam harta-harta. Lihat al-Israa’:64.

12. Pada saya kita ada tiga alam asas ; (1) tanah (2) air dan (3) udara. Ketiga-tiga tempat ini dihuni oleh jin-jin. Samada tanah atau air atau udara ia ‘duplikasi’ alam zahir dengan menzahirkan dalam bentuk pasar-pasar atau kedai-kedai. Inilah pengalaman saya.

13. Saya pernah ‘menarik’ sebilah keris sakti. Saya lihat tempat saya tarik itu seperti Pasar Seni Kuala Lumpur tetapi saya ‘diberitahu’ bahawa saya dapatinya dari dalam sebuah gua.

14. Saya menafsir alam ghaib itu sebagaimana saya melihatnya. Ada orang lihat barang-barang saya tidak sama dengan apa yang saya lihat. Siapa yang betul? Apa yang saya lihat itu betul pada penglihatan saya dan apa yang mereka lihat itu betul pada penglihatan mereka.

15. Adalah khabar mutawatir dari pemerhati-pemerhati walaupun saya adalah manusia /basyar/البشر tetapi saya boleh menyamar bentuk manusia pelbagai dengan izin Allah dah juga bentuk haiwan pelbagai. Ketika bertransaksi itu saya menyamar peniaga-peniaga. Ia adalah tukaran dengan barang-barang yang saya perolehi tetapi adalah suntikan untuk perniagaan-perniagaan atau ‘deals’ tertentu.

16. Walhasil barang-barang yang saya perolehi itu dibawa masuk ke alam zahir untuk kegunaan-kegunaan tertentu dan suntikan wang di alam ghaib itu di bawa masuk oleh ‘orang’ yang menerimanya untuk urusan-urusan tertentu di alam zahir.

17. Konklusinya, alam ghaib dan syahadah saling berhubung antara satu samalain. Bagi mereka yang memahaminya (tentang alam ghaib) dan diizinkan oleh Allah untuk memasukinya maka mereka boleh keberuntungan yang besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s