RAHSIA SYARIKAT

1. Dalil wujudnya “syarikat” adalah al-Isra’: 64 [ وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ] [Dan bersyarikatlah dengan mereka dalam urusan harta-benda]. Mengapakah ayat tentang syarikat ini dikaitkan dengan Iblis dan zuriat Adam a.s.? Ada maksud tersurat dan tersirat dalam ayat ini. Maksud yang tersuratnya ialah Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan Bani Adam. Dan Allah memberi izin kepada Iblis untuk mencari makan secara syarikat dengan zuriat Adam. Dan yang tersiratnya ialah bersyarikatnya zuriat Adam itu dengan Iblis dari spesis jin : al-Kahf:50. Dan yang tersirat lebih dalam lagi adalah wujudnya usahasama antara spesis Bani Adam atau spesis basyar dengan spesis jin.

2. Mengapakah al-Qur’an meletakkan ayat tentang bersyarikatnya Bani Adam dengan Iblis dalam urusan harta-benda dengan spesis jin yang dilaknat ini: al-Hijr: 35? Pertama, kalau yang kafir spesis basyar boleh bersyarikat apatah lagi dengan spesis jin yan Islam[ al-Jinn: 14] apatah lagi yang soleh:[al-Jinn:11]. Kedua, ia sebagai peringatan kepada Bani Adam bahawa dengan siapa bersyarikat tegahan kepada bersyarikat dengan spesis jin yang dilaknat oleh lisan Allah sendiri dalam al-Qur’an:[al-Hijr:35]. Keempat, dalam al-Qur’an menunjukkan bahawa usaha mencari nafkah itu bersilang dengan spesis jin. Nanti saya akan huraikan. Kelima, utamanya Bani Adam bahawa mereka dihajati oleh spesis jin yang dilaknat dalam bersyarikat mencari harta.

3. Bagi menghuraikan prinsip syarikat itu bersilang dengan spesis jin ialah Adam itu sendiri adalah “khalifah”: [al-Baqarah:30; Sad:26]. Dan Bani Adam adalah spesis yang dimuliakan oleh Allah :  [al-Israa’:70].

4. Perlu diingat bahawa jin ini adalah urusan Alam Ghaib[al-Jin: 26-27; عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِن رَّسُولٍ][ Alam Ghaib maka tidak dizahirkan keghaibannya kepada sesiapapun melainkan orang yang diredhai dari seorang Rasul]. Mengapakah orang yang dizahirkan Alam Ghaib itu disebut [رَّسُولٍ ][Rasul] dengan nakirah serta tidak jamak? Ini adalah “sirr” besar. Saya tidak mahu menghuraikannya di sini. Cukuplah saya sambung ayat al-Jin: 27 dengan ayat ini [فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا ]. Rahsia “Rasul” yang misteri ini dipagar oleh malaikat-malaikat yang memagarnya dari depan dan belakangnya.

5. Kita kembali kepada bersyarikatnya Bani Adam dengan spesis jin. Ketahuilah setiap syarikat itu mempunyai khadam-khadam dari kalangan jin. Jika Islamnya khadam itu mereka mencari harta dengan secara Islam[an-Nisaa’:29] iaitu perniagaan yang ‘suka sama suka’. Jika yang kafir mereka memperolehinya secara batil:[al-Baqarah: 188; an-Nisaa’: 29; 161; at-Taubah:34]. Bagi Bani Adam yang memiliki syarikat ini mereka sebenarnya sedang berusahasama dengan spesis jin. Inilah yang tersirat dalam ayat al-Israa’: 64. Jika ia dimiliki oleh jin maka jin yang memilikinya adalah lebih kuat lagi dari khadam-khadam itu. Khadam-khadam itu juga boleh dimiliki oleh spesis campuran Bani Adam dan jin yang saya istilahkan “bunian.”

6. Ketahuilah jin-jin itu berlawan secara hikmat. Jika khadam-khadam syarikat itu merupa dalam bentuk kucing masya Allah kita dapat lihat bagaimana mereka berlawan secara hikmat. Ketahuilah sihir juga adalah cabang ilmu hikmat. Tetapi ia jatuh kufur jika diamalkan: al-Baqarah: 102 : [ ُ وَلَٰكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ  ][Akan tetapi syaitan-syaitan yang kafir mengajar manusia tentang sihir]. Didalam ayat ini juga menyebutkan bahawa sihir memisahkan ikatan suami-isteri (مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِه)(Apa yang memisahkan di antara suami dan isterinya)[al-Baqarah:102]. Jika diaplikasi dalam urusan syarikat adalah memisahkan khadam suami-isteri serta pemiliknya dengan sihir pemisah kerana dengan niat melemah dan mengucar-kacir untuk menguasai syarikat. Ini adalah suatu cara yang “bathil” dalam usahasama dalam urusan harta-benda.

7. Konklusinya, syarikat itu adalah suatu “living legal creature”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s