1. Tok-tok guru dan alim-ulamak selalu membaca Surah Aal-e-Imran, Ayat 103. Permusuhan Aus dan Khazraj bagaikan orang yang tersepit dan hampir terjerumus dalam lubang neraka. Melainkan dengan mereka berpegang kepada ‘tali Allah’ yang menyelamat kedua-dua klan ini dari lubang neraka. Allahlah jua yang melunakkan hati-hati mereka dalam bersatu.
2. Malangnya kita hanya memahami ayat ini hanya untuk Aus dan Khazraj sahaja. Mengapakah ayat ini tidak dijadikan model kepada kesatuan Melayu antara klan Umno dan Pas? Masihkah kita ingat lubang-lubang neraka yang digali hasil permusuhan antara Umno dan Pas seperti peristiwa Lubuk Merbau dan Memali Kedah?
3. Saya menganalisa pada 27/3/2009 seperti berikut dalam WARKAH SERATING: Raison D’etat Perlunya Kerajaan Perpaduan ( http://goo.gl/mZRwZK ) “Apa yang dilihat oleh Ku Li dalam blognya razaleigh.com Malaysia akan menuju kepada situasi “breakdown”. “This breakdown is a serious matter.”, katanya. Bahasa ringkasnya Malaysia dijangka oleh beliau, saya faham, menjadi “a failed state”(negara yang lumpuh).”
4. Antara ramalan-ramalannya:
1. Our political conflicts threaten to deteriorate into constitutional crises.
2. We will be suffering the effects of a global economic crisis on a scale we have never faced.
3. Racial and religious issues, fanned by politics and media incitement, threaten to spiral out of control.
4. The very integrity of the Federation is at stake. The grievances of Sabah and Sarawak cannot be papered-over with political manoeuvres. They are about the fundamental basis of the Federation.
5. Beberapa ramalannya sudah menjadi kenyataan. Antaranya krisis ekonomi, persengketaan kaum dan kesatuan Persekutuan yang menjadi retak.
6. Persaudaraan itu satu nikmat. Melayu terangkat Islam berdaulat. Jika Melayu ingin menjadi bangsa memimpin dunia mereka harus bersatu. Berpecah itu azab bahkan menjadi hina dina.
7. Dunia sekarang sedang memerhati Alam Melayu selepas ketandusan pemimpin akibat persengketaan-persengketaan tak putus-putus. Alam Melayu itu luas. Seluas lautan Asean.
8. Melayu mempunyai DNA untuk memimpin dunia diera globalisasi dan ledakan internet. Bukan kerana bangsa Melayu penuh ego dan sombong. Tetapi kerana DNA mereka yang suka bersembunyi dan tidak menunjuk. Dunia mencari-cari pemimpin baru. DNA manakah Imam Mahdi al-Muntazar? DNA manakah Bani Tamim? DNA manakah Isa Ibnu Maryam?
9. Bahkan menurut pemahaman saya Malaysia bakal muncul sebagai kuasa tentera dunia. Lihat: https://goo.gl/hWlfD0
10. Umno tidak harus sombong dan bongkak mereka akan memerintah Malaysia hingga kiamat. Mereka penat dan tenat. Pas menjadi parti ‘axis’ yang boleh menentukan siapa yang berkuasa. Tapi jika Pas bersendiri Pas hanya dapat menawan beberapa kerusi DUN dan Parlimen. Paling hebat menawan negeri sahaja dan tidak Putrajaya.
11. Badar tersurat telah berlaku. Badar tersirat belum berlaku. Armageddon adalah pertempuran Isa Ibnu Maryam dan tenteranya dengan sekutu-sekutu Iblis dari Parti Syaitan. Jeneralnya Dajjal.
12. Berfikiran sempit kepartian Umno dan Pas hanya menggelapkan lagi pemahaman Parti Allah dan Parti Syaitan. Menggelapkan masa depan Melayu.
Ku hunus Keris
Seraya ku berteriak
Majulah Melayu
Untuk Islam kita bersatu!
Surah Aal-e-Imran, Ayat 103:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(Melayu)
via iQuran