MAQAM WALI ALLAH YANG BOLEH PECAH 7

1. Iblis pernah mencapai maqam tinggi hingga boleh pecah 7. Lihat: al-Baqarah:34; al-Araf:11; al-Hijr: 31 & 32; al-Isra: 61; al-Kahf: 50; Taha: 116; Sad: 74 & 75. Ini adalah dalil bagaimana Iblis dari spesis jin (al-Kahf:50) boleh bermaqam pecah 7 iaitu satu maqam yang sangat tinggi. Berada dengan Allah dalam 7 situasi. Berbicara dengan Allah dalam kalam pelbagai dalam satu masa dan satu insiden. Ini juga bermakna spesis jin pernah ada individu yang bernama Iblis mencapai maqam pecah 7.

2. Al-Qur’an mengajak kita berfikir bahawa ajaibnya ciptaanNya iaitu Iblis ini yang pernah mencapai satu maqam yang sangat tinggi. Kesilapannya hanyalah satu iaitu TAKABBUR dengan asal-usul kejadiannya (al-Baqarah: 34; al-Araf:13; Sad: 74 & 75). Takabbur dia inilah menyebabkan dia ingkar kepada perintah Allah untuk sujud kepada Adam.

3. Adakah spesis basyar atau manusia juga boleh bermaqam pecah 7? Tiada nas sarih dalam al-Qur’an tentang ini. Kita boleh berfikir jika spesis jin yang bermaqam pecah 7 harus sujud kepada spesis basyar maka spesis basyar juga mampu. Bahkan lebih lagi kebolehannya.

4. Bumi ini bagaikan ada 7 dimensi berbeza. Begitu juga langit. (at-Talaq:12). Di sinilah ‘mereka’ yang telah mencapai maqam pecah 7 berfungsi. Wali-wali Allah yang telah mencapai peringkat maqam pecah 7 mengurus hal-ehwal dunia dalam 7 dimensi bumi dengan 7 pecahan diri mereka. Hakikat tubuh mereka hanyalah satu. 6 lagi itu adalah ‘bayang-bayang’ mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s