SHORT CHURCHILLS

1. Short Churchills adalah satu jenama cerut bagi Romeo Y Julieta dari Havana, Cuba yang diperkenalkan sejak tahun 1875.

2. Dikatakan bahawa dinamai Short Churchills kerana ia pendek dan disukai oleh Sir Winston Churchill iaitu Perdana Menteri United Kingdom dari tahun 1951-1955.

  Short Churchills

3. Rasa cerut ini agak lembut dan menawan. Harganya di Havana Club, Concorde Hotel, Kuala Lumpur sebanyak RM124 sebatang.

  Aku sedang menikmati Short Churchills yang enak dan gurih

  Bilik cerut, Havana Club, Concorde Hotel, KL

   Bergambar dalam bilik cerut

 Koleksi cerut-cerut dalam Havana Club

  Seorang pekerja Havana Club mengangkat cerut yang bernilai ribuan ringgit sekotak

4. Havana Club terletak bersebelahan Hard Rock Cafe Malaysia.
  Suasana dalam Havana Club

   Suasana dalam Havana Club

5. Cerut yang termahal harganya adalah dalam RM600 sebatang.

Perkerja menunjukkan cerut dalam koleksi jualan mereka.
 

Advertisements

Masa Depan Parti Amanah Negara

1. Adakah Parti Amanah Negara (PAN) mempunyai masa hadapan? Persoalan ini harus diajukan kerana PAN hanyalah serpihan dari PAS. Sejarah PAS membuktikan parti-parti yang terserpih darinya ‘hidup segan dan mati tak mahu’seperti Hamim dan Berjasa. Pengasas-pengasasnya adalah tokoh yang tersingkir dan kecewa dengan arus perdana PAS. 

2. Ada yang menafikan telahan ini kerana kes PAN tidak sama dengan Hamim dan Berjasa kerana PAN dapat menggerakkan massa dan lebih relevan dalam arus politik perdana serta mempunyai kaitan dengan parti politik yang memerintah iaitu PKR dan DAP lantas menjadikannya bukan parti yang menagih simpati apatah lagi dengan edisi lelompat mereka mempunyai 6 wakil di Dewan Rakyat dan 6 wakil di Dewan Undangan Negeri.

3. Saya cuba menyiasat perkara ini, bukan setakat cakap-cakap kedai kopi, dengan menghadiri pelancaran PAN Selangor pada 27/11/2015 di parkir Worldwide, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Saya disambut oleh petugas Arif yang menunjukkan tempat untuk parkir.

4. Kehadiran malam itu menjangkau 3000 0rang yang berbaju jingga. Ini menunjukkan hatinya dan wadahnya seperti isi mempelam harumanis. Mungkin ada juga ahli-ahli PAN yang tidak berbaju jingga dan mungkin juga yang berbaju biasa itu ahli PAS yang datang untuk memerhati perkembangan bekas-bekas ahlinya yang telah ‘berkerat rotan, berpatah arang’ gara-gara keputusan Mesyuarat Agung PAS Ke-61 yang ‘dibedil’ dengan dahsyat ketika ‘bermudik’ di Kuala Selangor.

   Kelihatan sebahagian dari hadirin pada pelancaran PAN Selangor pada malam 27/11/2015.

5.  Gerai mee sup dan satay laku dan habis sekejap sahaja! Mungkin peniaga-peniaga tidak menjangka kehadiran seramai itu dengan stok makanan mereka.

6.  Saya perhatikan setiap wakil yang diberi untuk berucap bukan setakat mengucapkan assalamualaikum dan apa khabar mereka juga mengucapkan kata-kata aluan dalam bahasa Cina dan India. Ucapan-ucapan bersemangat disambut dengan tepukan tangan dan kadang-kadang takbir. Seolah-oleh ahli-ahli PAN masih mencari identiti diri. Adakah PAN cuba mengikuti langkah seperti PKR iaitu ‘multi-cultural party’ bagi membina masa depan mereka yang lebih cerah tidak seperti Hamim dan Berjasa? Mereka masih muda namun dibarisi dengan teknokrat dan profesional seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Abdul Samad dll yang memjadi pemikir-pemikir yang dapat melakar polisi dan halatuju parti yang kita berteka-teki samada mempunyai jangka hayat yang masih panjang atau sebaliknya.

7. Pada malam itu saya dengar ucapan Presiden PAN berucap lebih kepada mainan isu-isu politik dan gegar kubu musuh dengan polemik rasuah dan salah-laku tak ubah seperti ‘whistleblower’ yang sepatutnya di mainkan oleh penggerak-penggerak NGO. Pendekatannya tidak berubah ketika dalam PAS. Mungkin sebab ini beliau kalah dalam pertarungan merebut Timbalan Presiden berbeza dengan kem Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (DSHA) yang lebih menekankan kepada asas dan  jatidiri sebagai pejuang Islam. 

  Mat Sabu ketika memberi ucapan pada malam pelancaran PAN Selangor.

8. Jikalah talian hayat PAN bergantung kepada isu-isu semasa PAN bukanlah parti yang memimik PAS yang lebih kepada sebagai gerakan Islam dan parti dakwah. Mungkin atas asas inilah berlakunya pertembungan antara kem DSHA dan kem yang tersingkir dari PAS.

9. Atas dasar dakwah PAS yang didominan oleh kem DSHA sanggup menilai semula pendekatan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat dan fleksibel dalam mainan politik mereka seperti dalam pendekatan terbarunya berkerjasama dengan PKR tetapi tidak dengan PAN dan DAP.

10. PAS juga mendekati UMNO tetapi tidak PAN. Mereka telah mewujudkan blok dalam minda dan mendoktrinasi dalam menggerak massa dengan isu-isu yang menjurus kepada kebencian dan perkelahian dengan UMNO sebagai musuh yang mutlak dan harus diperangi selama-lamanya!!! 

11. Kita membuat analisa perbandingan PAS dan PAN kerana bagi mengkaji samada mereka mempunyai keupayaan untuk masa depan yang lebih cerah dan relevan dan melihat mengapa PAS masih hidup walau dengan menghadapi tribulasi dan mehnah sepanjang jalan mereka. Serta PAN yang kita lihat sebagai serpihan dari PAS namun lebih kepada mempunyai sifat-sifat yang berbeza dengan PAS atas alasan apa? Dan samada sifat-sifat yang berbeza itu memberi mereka keupayaan untuk bernafas lebih lama.

12. Hidup atas mainan politik isu adalah satu seni dalam politik dan ia sentiasa memberi idea kepada pemimpin PAN dalam mencari talian hayat mereka kalau tidak kepada Mat Sabu seorang sahaja. Tetapi isu politik tanpa pembentangan pelan untuk kebaikan rakyat jika memerintah adalah kerja sia-sia. Massa melihat Mat Sabu sebagai ayam sabung PAN kerana ketokohannya lebih terserlah dari Penasihat Umumnya Ustaz Ahmad Awang. Oleh itu PAN ‘dilihat’ bukan sebuah parti yang menjuarai Islam tetapi yang menjuarai isu. Menjuarai isu-isu ini boleh menarik minat kaum lain. Berbeza dengan pendekatan PAS yang lebih menjuarai agama dari isu. Oleh itu tidak boleh dikata tidak benar jika saya berkata PAN menuju menjadi sebuah ‘multi-cultural party’.

13. Mempunyai aset 6 wakil Dewan Negara dan 6 wakil Dewan Undangan Negeri bukanlah suatu yang boleh dibanggakan kerana mereka meminjam prasarana politik PAS untuk memenanginya apatah lagi dibelenggu dengan isu bai’ah dan lafaz cerai taklik yang mempunyai implikasi walau wujud diskusi-diskusi.

14. Kemampuan PAN untuk pergi lebih jauh harus dilihat dalam PRU Ke-14. Pertembungan 3 penjuru hanya memberi jalan mudah kepada musuh tradisi PAS iaitu UMNO. PAS telah bertindak dengan lebih berhikmah iaitu dengan bebaik dengan UMNO. Ini akan memberi undi ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO kepada PAS jika berlakunya kerjasama PAS-UMNO. Ini akan memberi impak kepada PAN dan menjadikannya tersingkir di arus perdana kerana relevannya sesebuah parti adalah berapa banyak mereka memenangi kerusi. 

KITAB YANG SEMPURNA PADA PEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: SYARAH TENTANG TENTERA-TENTERA IBLIS

Surah Ash-Shuara, Ayat 95:
وَجُنُودُ إِبْلِيسَ أَجْمَعُونَ

“Dan  tentera-tentera iblis semuanya”.

1. Ayat di atas secara jelas menunjukkan bahawa Iblis yang dilaknat oleh lisan Allah [al-Hijr:35] adalah mempunyai tentera-tenteranya.

2. Persoalannya: Siapakah tentera-tentera Iblis? Surah Al-Hijr, Ayat 42:
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

“Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat.

3. Al-Ghaawiin (الْغَاوِينَ) adalah jamak/plural dari perkataan (الغَاوِيٌ). Menurut Kamus al-Maani:

غاو ( اسم ):

الجمع : غاوون و غُواة ، المؤنث :غاوية ، و الجمع للمؤنث : غاويات
غَاوٍ ، الغَاوِيٌ
: اسم فاعل من غوَى
رأسٌ غاوٍ : كثير التلفُّت
رَجُلٌ غَاوٍ : ضَالٌّ ، مُنْقَادٌ لِلْهَوَى ، الشعراء آية 224 وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمُ الغَاوُونَ ( قرآن )
اِمْرَأَةٌ غَاوِيَةٌ : فَاتِنَةٌ
قِرْبَةٌ غَاوِيَةٌ : قِرْبَةٌ فِيهَا مَاءٌ

4. Dengan kata lain al-Ghawiyun (الغاوى) bermaksud “Golongan yang sesat”.

5. Jikalah tepat pendekatan linguistik ini maka mereka adalah golongan ad-Dhoolin (الضالين) seperti dalam al-Fatihah:7.

6. Pendekatan kedua adalah dengan menyantuni syarah hadis tentang tentera Iblis.

7.  Hadis yang menjadi rujukan kita kali ini ialah Hadis Sahih Muslim:

«7284» حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاَءِ وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ- وَاللَّفْظُ لأَبِي كُرَيْبٍ- قَالاَ: أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ- قَالَ- فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ)). قَالَ الأَعْمَشُ أُرَاهُ قَالَ: ((فَيَلْتَزِمُهُ)).

Hadis ke-7284 Sahih Muslim:

Dari Jaabir r.a. berkata: Bersabda Radulullah s.a.w. : ((Sesungguhnya Iblis meletakkan istananya di atas air. Kemudian dia mengerahkan tentera-tenteranya. Maka yang pangkat paling hampir dengannya adalah yang paling besar fitnah. Didatangani salah seorang dari mereka mengatakan “Aku melakukan itu dan ini”. Dia berkata “Kamu tidak melakukan apa-apa.” Kemudian baginda bersabda: Kemudian datang salah seorang daripada mereka dan berkata: “Tidak aku tinggalkannya sehingga aku memisahkan antaranya dan isterinya.” Baginda bersabda: “Maka dia mendekatkannya seraya berkata: “Awak yang terbaik.”)) Berkata al-A’mash: “Aku mendengarnya dia bersabda : ((Maka dia mendampinginya)).

8. Syeikh Muhammad Isa Dawud dalam Dialog Dengan Jin Muslim dan Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda berijtihad bahawa istana Iblis adalah di Segitiga Bermuda.

9. Kita tidak mengetahui ketepatan dan kebenarannya kerana tiada pembuktian konkrit yang dibawa bagi menyokong pendapat ini. Namun begitu pendapatnya adalah tidak lari dari hadis bahawa istananya di atas air.

10. Pada pendapat saya istana Iblis memang di atas air namun boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain atas air.

11. Kita kembali kepada perbahasan kita iaitu tentang tentera-tentera Iblis. Hadis Sahih Muslim No: 7284 menunjukkan tenteranya yang paling disayangi adalah mereka yang memisahkan hubungan suami dan isteri.

12. Ilmu pemisah suami dan isteri adalah satu cabang ilmu sihir : Al-Baqarah:102 . Tentera Iblis yang paling disukainya adalah yang paling hebat menguasainya dan berkesan apabila mengamalkannya.

13. Sub-topik kepada perbahasan ini adalah tentera Iblis yang paling berlegenda adalah Dajjal.

14. Dia disifatkan fitnah yang ‘paling ditakuti oleh Rasulullah s.a.w. terhadap umatnya’ ( أَخْوَفُنِي عَلَيْكُمْ)  Rujuk Sahih Muslim No: 7560

«7560» وَحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ مِهْرَانَ الرَّازِيُّ- وَاللَّفْظُ لَهُ- حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ يَزِيدَ بْنِ جَابِرٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ جَابِرٍ الطَّائِيِّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ عَنْ أَبِيهِ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ عَنِ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالَ ذَاتَ غَدَاةٍ فَخَفَّضَ فِيهِ وَرَفَّعَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ فَلَمَّا رُحْنَا إِلَيْهِ عَرَفَ ذَلِكَ فِينَا فَقَالَ: ((مَا شَأْنُكُمْ)). قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرْتَ الدَّجَّالَ غَدَاةً فَخَفَّضْتَ فِيهِ وَرَفَّعْتَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ. فَقَالَ: ((غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُنِي عَلَيْكُمْ إِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا فِيكُمْ فَأَنَا حَجِيجُهُ دُونَكُمْ وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ وَاللَّهُ خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ إِنَّهُ شَابٌّ قَطَطٌ عَيْنُهُ طَافِئَةٌ كَأَنِّي أُشَبِّهُهُ بِعَبْدِ الْعُزَّى بْنِ قَطَنٍ فَمَنْ أَدْرَكَهُ مِنْكُمْ فَلْيَقْرَأْ عَلَيْهِ فَوَاتِحَ سُورَةِ الْكَهْفِ إِنَّهُ خَارِجٌ خَلَّةً بَيْنَ الشَّأْمِ وَالْعِرَاقِ فَعَاثَ يَمِينًا وَعَاثَ شِمَالاً يَا عِبَادَ اللَّهِ فَاثْبُتُوا)).

15. Seperti yang saya sifatkan dalam “Parti Allah dan Parti Syaitan”, Dajjal adalah ‘jeneral’ bagi tentera Iblis. Lihat: https://goo.gl/Qk3teG .

16. Saya berhujah ‘armageddon’ atau peperangan ‘badar sebenar’ adalah pertempuran antara Isa a.s. serta sekutunya dengan tentera Iblis yang dipimpin oleh Dajjal. Perkara ini merupakan satu ilmu yang disebut sebagai ‘eskatologi’ atau dalam kitab hadis dan turath sebagai (الملاحم).