PRU 14: Mana Lebih Bijaksana Bagi PAS; Bersendiri Atau Bekerjasama?

1. Perbincangan di kedai kopi pagi tadi saya mendapat input dari seorang peguam PAS tentang maklumat-maklumat yang saya boleh rungkaikan seperti tajuk di atas: PRU 14: Mana Lebih Bijaksana Bagi PAS; Bersendiri Atau Bekerjasama?

2. Teori kerjasama yang saya lakarkan seperti dalam tulisan “Kritik Terhadap Tahaluf Siyasi PAS Dalam Pakatan Rakyat” dan “Apa Perlu PAS Belajar Dari UMNO?” dilihat oleh sahabat saya ini bersifat relatif.

3. Di dalam Kritik Terhadap Tahaluf Siyasi PAS Dalam Pakatan Rakyat saya menulis “Tetapi jika kritikan ini tidak mempunyai hasil maka Pas boleh menceraikan ‘isteri-isterinya’ dalam Pakatan Rakyat. Harus ada cooling-off period selepas perceraian ini. Agar tiada pihak yang sangsi dengan perceraian ini. Namu begitu jika ini berlaku ketika hampirnya pilihanraya umum maka rakyat akan melihat Pas lemah jika berseorangan. Memang pun apabila Pas disingkir dari BN pada 13/11/1977. Bertahan selama 5 tahun sahaja semenjak Januari, 1973. Hanya 2 kerusi sahaja Pas menang di Kelantan dalam pilihanraya 11/3/1978 iaitu di Manek Urai dan Sering. Itupun dengan majoriti yang kecil.”

4. Di dalam Apa Perlu PAS Belajar Dari UMNO saya menulis “PAS sekarang ini kelihatan bersendirian. Adalah terbaik bagi PAS, selepas tempoh eddah politik berakhir, mereka mencari sekutu politik baru. Umno kelihatan bersungguh-sungguh ingin berkerjasama dengan PAS. Kerjasama politik PAS-UMNO bukan sahaja meletakkan PAS dipersada politik negara dengan strategik tapi memungkinkan agenda-agenda Islam PAS terlaksana. PAS harus belajar kegagalan kerjasama dengan Umno semasa pimpinan Tan Sri Asri Muda.”

5. Namun, perbincangan kedai kopi pagi tadi memungkinkan bahawa PAS bersendiri dalam PRU 14. Fokus kepada kemenangan kerusi-kerusi yang ditandingginya. Selepas itu baru membuat keputusan samada hendak bekerjasama dengan Pakatan Harapan atau UMNO.

6. Satu lagi teori adalah PAS bekerjasama dengan serpihan UMNO yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan serpihan PKR yang dipimpin oleh Dato’ Seri Azmin Ali. Serpihan-serpihan ini belum berlaku. Serpihan dalam UMNO seperti telah kelihatan akan berlaku. Dalam PKR belum ada riak-riak yang jelas lagi. Namun, jika Googleazmin ali pro pas‘ ada dua berita dari The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang mengesahkan ini.

7. Ini bermakna teori PAS bekerjasama dengan UMNO tak menjadi satu kemestian tapi bekerjasama dengan serpihan-serpihan UMNO dan PKR.

9. Sahabat saya ini yang setia bersama PAS, berpendapat PAS boleh menjadi kingmaker. Cuba tuan-puan Google ‘pas kingmaker‘.

10. Menurut sahabat saya ini yang kononnya dia  mendapat dari sumber dalaman PAS yang otoritatif bahawa serpihan UMNO dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh terjadi dengan berdaya menarik julat ahli UMNO antara 800,000 hingga 1,000,000. Dan menyerapkan ‘pemberontakan dalaman‘ UMNO ini ke dalam Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

11. Manakala serpihan dalaman PKR kita akan lihat apa yang akan berlaku. Jika nama Dato’ Seri Azmin Ali mengukuh dalam PKR tidak mustahil dia akan menyahkan Dinasti Anwar dalam PKR. Dari situ PKR mempunyai pemimpin dan halatuju yang baharu. Azmin yang pro PAS juga akan memungkinkan kerjasama dengan PKR-PAS.

12. Penguasaan PAS kepada kerusi-kerusi tradisi dalam pilihanraya, seperti di Kedah, terhakis akibat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang didominasi oleh fahaman politik multi-cultural party dan secularism. Atas dasar inilah lebih bijaksana PAS bersendiri dalam PRU 14.

13. Pada pendapat saya pandangan sahabat saya ini mungkin ada benarnya kerana PAS menjana undi dari Melayu di kubu tradisinya di Terengganu dan Kelantan serta Kedah. PAS menyerap ke dalam UMNO sebelum PRU 14 adalah tidak bijaksana bagi beliau kerana bargaining power PAS adalah lemah. Jikalah PAS memenangi di kerusi-kerusi yang ditandinginya dalam PRU 14 dengan banyak maka PAS akan menjadi kingmaker jika bersekutu dengan mana-mana parti yang memenangi pilihanraya. Kita tunggu dan lihat apa yang dibaca oleh sahabat saya ini.

Advertisements

Apa Perlu PAS Belajar Dari UMNO?

1. Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-69 baru sahaja usai. Parti itu menunjukkan petanda ‘untuk memerintah bumi Malaysia hingga kiamat!’ walaupun mereka kelihatan ‘penat dan tenat’. Dengan melihat strategi terkini menghulurkan tangan untuk bersilaturahim dengan PAS.

2. Samada PAS mahu menerima atau tidak salam silaturahim dengan Umno itu bukan perkara pokok di sini tetapi apa yang PAS boleh belajar dari Umno itu yang penting sehingga parti itu dapat menjadi parti teras memerintah Malaysia sehingga kini. Ini yang lebih penting.

3. PAS harus belajar dari Umno tentang beberapa perkara. Saya akan rumuskannya untuk dijadikan panduan kepada pemikir-pemikir dan pembuat-pembuat dasar PAS:

i- Memperkukuhkan Dana PAS

Ini satu aspek yang mana PAS masih lemah. Saya pernah mengisyaratkan tentang betapa pentingnya PAS mewujudkan korporat-korporatnya ketika saya masih mahasiswa di UIAM dalam HARAKAH dengan tajuk “KORPORAT MUSLIM” pada 8 Disember 1995. Namun dipandang sinis oleh sebahagian ahli PAS dengan istilah ‘keparat’. Sedangkan kita melihat Umno lebih ‘cerdik’ dalam hal ini. Mereka mewujudkan korporat-korporat mereka yang menguasai konglomerat dalam mencari dana untuk membiayai gerakan mereka. Sungguh menyedihkan tentang hal ini dalam PAS. Adakah mereka tidak membaca sejarah Islam siapakah yang membiaya gerakan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w.? Siapakan Abdul Rahman Auf? Uthman Al-Affan? Zubir al-Awwan? Abu Bakar as-Siddiq? Bukankah mereka ‘korporat-korporat’ yang mencari dana untuk membiaya gerakan Islam?

Umno mewujudkan Daim dan proksi-proksinya. Dengan konglomerat yang menjana pendapatan jutaan ringgit. Bahkan berbilion ringgit! Inilah yang menjadi Umno masih relevan walau diasak segenap penjuru.

  
Kita tidak menafikan hal ini ada usaha dari PAS ke arah ini seperti kes North East Plantations Sdn Bhd yang telah dikurniakan tanah seluas 10,000 ekar di Hutan Simpan Sungai Paka, Mukim Besol dan Hulu Paka, Dungun untuk ladang kelapa sawit dan ternakan lembu apabila PAS memerintah Terengganu. Namun PAS melakukan kesilapan apabila tidak mempercepatkan proses pemilikan tanah. Ini kesilapan besar yang mereka lakukan. Apabila Kerajaan PAS tumbang di Terengganu, Pejabat Tanah menolak pembayaran premium menyebabkan PAS kehilangan tanah yang strategik. Saya diberitahu oleh sumber dalaman jika PAS berjaya memiliki tanah ini maka seluruh pekerja-pekerja PAS akan bergaji setimpal.

Saya meletakkan ‘Memperkukuhkan Dana PAS’ sebagai langkah paling aula dalam meniru Umno kerana betapa pentingnya langkah ini. Dengan dana PAS boleh memperkukuhkan daya saing dalam persada politik negara. Gerai-gerai niaga di pasar Jumaat di Rusila dan gerai-gerai malam di setiap ceramah tidak harus sentiasa begitu. Ia harus berkembang menjadi perniagaan di premis-premis tetap. Dari premis tetap ia harus berkembang menjadi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Seterus mergers and take-overs. Inilah cara profesional untuk membiayai parti.

ii. Tanam Dan Tuai

Umno mempunyai strategi ‘tanam dan tuai’. Iaitu merisik parti seterunya dan menanam orangnya dalam parti itu. Apabila telah sampai waktu menuai maka Umno akan beroleh hasil. Seorang penulis politik Halim Mahmood di dalam bukunya Asri Dalam Dilema: Hafar Enterprise 1983 mukasurat 107 menulis tentang krisis PAS di era 1977 seperti berikut di bawah tajuk Umno Dalam Krisis PAS-Asri “Seringkali PAS mengalami krisis dalam ‘rumahtangganya’ akan ada satu pihak lain yang menunggu dan melihat. Kalaupun tidak ada campurtangannya secara langsung, kalaupun tidak ada perhatian secara dekat, ianya akan ada pemerhati dari luar, dari jauh. Pokoknya, perhatian itu suatu yang mesti, suatu yang penting. Setidak-tidaknya bagi menilai kekuatan, kemajuan, malah keruntuhan yang mungkin berlaku dari krisis yang dialaminya.’ PAS harus merisik dan menanam. Mereka tidak harus selama-lamanya menjadi parti ‘mangsa’. Mereka seharusnya juga menjadi parti ‘pemangsa’. Mereka tidak boleh menjadi naif selama-lamanya.

  
Lihat sahaja dalam kes Parti Amanah Negara betapa PAS menjadi mangsa lagi. Mereka telah hilang panglima-panglima politik hebat mereka gara-gara mainan politik ‘risik dan tanam’ PKR dan DAP. 

PAS harus belajar merisik parti seterunya dan menanam orang-orangnya dalam parti seterunya apabila sampai masanya maka PAS pula yang menuai hasil!

iii. Arah dan tawan

Kita berharap dengan memiliki bangunan sendiri di Jalan Raja Laut yang bernilai jutaan ringgit PAS mempunyai pusat ‘arah dan tawan’.  PAS bukan lagi bermarkazkan rumah-rumah ahli sebagai pusat arah dan tawan tetapi mempunyai beberapa aset dan prasarana untuk melakukan kerja ini secara tersusun dan rapi. Oleh itu tiada lagi alasan untuk tidak menyusun strategi arah dan tawan.

Lihat Umno mempunyai PWTC sebagai pusat arah dan tawan mereka.

  

iv. Pahlawan Siber

Di era pertarungan politik dengan menembak secara blog-blog dan media baru, PAS harus mempunyai pahlawan-pahlawan sibernya sendiri. Ini dibiayai dengan dana korporat-korporat PAS. Pahlawan-pahlawan siber PAS boleh jadi pahlawan halimunan atau hakiki. ‘Pedang Allah’ di zaman moden ini adalah sebutir komputer atau satu gajet yang bernama hanset! Pahlawan siber yang hakiki harus diajar aspek undang-undang seperti undang-undang fitnah dan hasutan. Seteru PAS lebih maju dalam hal ini. Dengan Umno-Cybertroopers dan The Red Bean Army dll.

  
v. Gembleng Spesis Basyar 

PAS harus mengembleng tenaga dari spesis basyar seramai mungkin. Usahasama dengan spesis basyar yang dimuliakan Allah adalah satu kemestian. Mankala menyertai PAS adalah satu kemestian bagi spesis basyar melainkan mereka boleh tasyakkul dan mumasthalah seperti  spesis jin dan bunian. Model gerakan Islam PAS adalah model terbaik untuk spesis basyar bersama. Fikrah Islam persis gerakan Islam Rasulullah yang diamalkan PAS adalah kewajipan kepada spesis basyar.

vii. Menguasai Perbandaran

PAS tidak harus selama-lamanya menjuarai perkampungan. Jaguh kampung layaknya. Mereka harus merangka strategi menguasai perbandaran. Lihatlah Umno yang bukan setakat menjadi saingan PAS diperkampungan tetapi mereka menawan kota-kota.

viii. Kerjasama Politik

PAS sekarang ini kelihatan bersendirian. Adalah terbaik bagi PAS, selepas tempoh eddah politik berakhir, mereka mencari sekutu politik baru. Umno kelihatan bersungguh-sungguh ingin berkerjasama dengan PAS. Kerjasama politik PAS-UMNO bukan sahaja meletakkan PAS dipersada politik negara dengan strategik tapi memungkinkan agenda-agenda Islam PAS terlaksana. PAS harus belajar kegagalan kerjasama dengan Umno semasa pimpinan Tan Sri Asri Muda.

4. Sebagai penutup sebelum saya menghembus nafas terakhir saya ingin lihat seorang Perdana Menteri dari PAS. Ini boleh tercapai, tetapi tidak terhad, dengan pelan yang telah saya bentangkan.

DISKUSI TENTANG FALSAFAH DAN ETISMA

1. Sudah lama saya janjikan untuk menulis tentang kritik terhadap falsafah etisma. Kali ini saya mempunyai peluang tapi saya telah ubah tajuknya dari ‘kritik’ kepada ‘diskusi’. Manakala falsafah pula diasingkan dari etisma. Bagi menjaga mereka yang mempunyai pengaruh dalam hidup saya. Siapakah mereka? Nanti saya sebutkan.

2. Manaka falsafah dan etisma adalah dua perkara yang berbeza walau ia boleh menjadi satu. Bukan semua falsafah adalah dibina atas dasar etisma. Bahkan saya sendiri menulis bahawa di dalam al-Qur’an mempunyai topik ‘falsafah’ yang mendalam. Lihat ‘Falsafah Matematik Dalam al-Qur’an’. Klik di sini: https://goo.gl/RVhGGa

3. Mereka yang memberi pengaruh itu dalam hidup saya antaranya; George Soros dalam disiplin ekonomi dan kewangan, Henry Kissinger dalam disiplin ilmu kenegaraan dan Robert Greene dalam ilmu tektikal dan strategi. Mereka ini adalah ‘ulama Bani Israel’: as-Shuara: 197. Adakan al-Qur’an menyebut tentang ulamak Arab? Tiada. Adakah al-Qur’an menyebut tentang ulamak Melayu? Tiada. Walaupun di sana disebut tentang yang benar-benar takut akan Allah adalah dari kalangan ulamak: Fatir: 28. Tentu ada istimewanya ulamak Bani Israel berbanding ulamak lain-lain bangsa dalam keadaan menyebut secara khusus tentang mereka. Apakah kaitan mereka tentang falsafah dan etisma? Nanti kita akan bincangkan.

4. ‘Kekufuran’, secara zahirnya, bukan setakat di dalam penyembahan selain Allah tapi berfalsafah dan beriktiqad secara etisma. Juga berfalsafah secara etisma.

5. Oleh begitu apa kaitan Soros, Kissinger dan Greene dalam hal ‘keulamakan’ dalam satu hal dan ‘kesesatan’ mereka dalam falsafah dan etisma dalam hal yang itu juga? Bolehkah memberi mereka peluang untuk berhimpun dalam hal berbeza dalam satu keadaan?

6. Inilah ilmu-ilmu keghaiban perlu diperhalusi dahulu. Sebelum kita bersifat menghukum.

7. Adalah asas dalam ilmu keghaiban, yang banyak spesis basyar tidak mengetahuinya akan jin-jin itu boleh ‘tasyakkul'(membentuk) dan ‘mumasthalah'(menyamar). Begitu juga bunian. Tentang ‘spesis bunian’ ini telah kita bincangkan dalam ‘Malaysia Sebagai Kuasa Tentera Dunia: Pada Membangun Tentera Alam Ghaib & Zahir’. Klik di sini: https://goo.gl/hWlfD0

8. Hukum-hukum kekufuran dan etisma itu hanya layak untuk bangsa jin dan bunian sahaja. Sekali-kali tidak kepada ‘spesis basyar’. Sekali lagi ‘sekali-kali tidak kepada ‘spesis basyar’.

9. Jika begitu bagaimana dengan Fir’aun yang mengaku Tuhan. Haman dan Qarun. Jalut. Nama-nama secara spesifik disebut dalam al-Quran serta kaum-kaum yang dilaknat Allah? Persoalan ini agak rumit untuk dijawab secara logik. Ia harus dijawab secara sumber wahyu. Pada saya mana nama-nama dan kaum-kaum yang disebut secara spesifik itu adalah kafir hakiki dan tempat mereka adalah dalam neraka. Bukan masalah tasyakkul dan mumasthalah. Begitu juga nama-nama dan kaum secara spesifik yang ditentang oleh rasul-rasul kerana mereka dipimpin oleh wahyu. Tiada perdebatan lagi tentang tasyakkul dan mumasthalah.

10. Kita kembali kepada diskusi falsafah. Kita rujuk kepada tulisan George Soros di dalam magnum opusnya iaitu The Alchemy of Finance: John Wiley & Sons, Inc. m/s 7, beliau berkata ‘Natural science has, in fact, produced many more amazing results than those wrought by magic, superstition, or religious beliefs. Kita boleh berkata oleh kerana tasyakkul dan mumasthalah maka Soros berkata begitu. Tapi bagaimana pula dengan majoriti orang awam yang tidak memahaminya? Bukankah ini mengundang bahaya dalam iktiqad?

11. Kita sendiri yang memahami hal-ehwal tasyakkul dan mumasthalah pun bisa pening dengan pandangannya yang sebegini. Dia adalah otoriti dalam ekonomi dan kewangan. Adakah orang terbijak dalam hal-ehwal ekonomi di zaman Mesir purba iaitu Yusof a.s. yang juga seorang Bani Israel itu tidak bijak dengan menganalisa ekonomi khazanah-khazanah dunia ( خَزَائِنِ الْأَرْضِ ): Yusof:55 dengan mentafsir mimpi?

12.  Seorang lagi ulamak Bani Israel tersohor yang saya belum sebut namanya iaitu Sigmund Freud menulis dalam bukunya The Interpretation of Dreams: Avon Books: m/s 35 bahawa “…I shall bring forward proof that there is psychological technique which makes it possible to interpret dreams, and that, if that procedure is employed, every dream reveals itself as a physical structure which has a meaning and which can be asserted at an assignable point in the mental activities of waking life.  Dengan kata lain beliau berpandangan mimpi itu mempunyai kaitan dengan ‘dunia jaga’. Seolah-olah mengesahkan tentang ‘kepercayaan agama’ yang dinafikan Soros.

13. Lantas, kita membuat konklusi bahawa mereka ini hanyalah sebagai ‘ujian’ dengan ‘kekufuran’ atau ‘etisma’ mereka. Jika kamu ikut aku maka kamu akan masuk ke lubang biawak! Kamu manusia tetaplah dalam agama kamu dengan kata lain. Tetapi tidak dengan jin dan bunian kerana mereka memahami tentang tasyakkul dan mumatshalah.

14. Sedangkan kufur itu sendiri bermaksud menutup sesuatu. Mereka menutup keIslaman dan keulamakkan mereka dengan kekufuran falsafah dan etisma mereka.

15. Oleh kerana mereka kufur maka kita berhukum dengan zahir bahawa mereka kufur. Sebagaimana kanak-kanak dihukum dengan zahir mereka kanak-kanak ( الْحُكْمَ صَبِيًّا): Maryam:12.

16. Bagi pencari hikmah dan kebijaksanaan mereka bijak dalam menilai mana mutiara dan pasir yang tidak bernilai. Mana yang bernilai mereka ambil dan mana yang tidak bernilai mereka buang. [فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ].

Bercuti Di Teluk Kemang, Port Dickson

1. Hujung tahun ini isteri aku; Cikgu Sohana mengajak untuk bercuti di Port Dickson bagi memenuhi cutinya dan anak-anak yang panjang.

2. Aku telah menggunakan Trivago untuk mencari hotel yang sesuai dengan bajet Cikgu Sohana. Akhirnya aku telah memilih Hotel Cozzi di Teluk Kemang.

  Hotel Cozzi

3. Hotel Cozzi adalah hotel bertaraf 3 bintang. Okay lah bagi bajet seorang guru. Tahun ini dia belanja penginapan hotel. Lain-lain kos aku tanggung.

4. Kami bertolak dari Selayang jam 8:00 pagi. Fatin dan Mia seperti biasa akan tertidur sepanjang perjalanan. Melalui Plus Highway dan seterusnya exit Port Dickson melalui Lebuhraya Lukut menuju ke Port Dickson.

5. Jam 1:30 petang kami telah sampai ke Hotel Cozzi. Kami berbincang dengan pengurusan untuk check in awal. Waktu check in hotel biasanya jam 3:00 petang. Pengurusan yang baru mengambil alih hotel ini lebih kurang sebulan akhirnya membenarkan kami untuk check in awal.

6. Aku masih ingat aku telah dua-tiga kali datang ke Port Dickson. Pertama, urusan kes litigasi kemalangan di Mahkamah Majistret, Port Dickson. Kedua, urusan kempen pilihanraya. Ketiga, lepak di tepi pantai dengan seorang kawan.

7. Perut terasa lapar. Aku mengajak untuk makan di restoran asam pedas. Kami menaiki kereta Myvi Cikgu Sohana mencari alas perut di petang Sabtu itu. 

8. Ada dua restoran menyediakan juadah asam pedas. Restoran pertama sebelahnya ada kanopi-kanopi majlis perkahwinan. Ini kami tak pilih. Kami pilih restoran kedua. Warisan Corner Asam Pedas.

  
9. Anak-anak aku memilih ikan keli goreng dua ekor. Manakala aku pula mengambil dua keping isi ikan jenahak dan satu kepala ikan jenahak masak asam pedas.

  Menikmati juadah ikan keli dan jenahak

10. Nak tahu berapa harga kepala ikan jenahak masak asam pedas kat sini? RM65 sekepala!!! Bil kesemuanya berlaukkan keli dan jenahak sahaja RM100!!

11. Tadi aku pergi check kat NSK Selayang berapa harga ikan jenahak sekilo. Nak tahu harganya?

  Di NSK Selayang – sekilo ikan jenahak harganya baru RM20.80

12. Berbalik kepada cuti kami di Teluk Kemang. Tengahari itu kami bawa anak-anak mandi kolam di Hotel Cozzi. 

  Bukan main suka Mia dan Fatin mandi di kolam

  
 Mia melakukan terjunan



13. Pada waktu petang kami bawa anak-anak mandi pantai. Aku minum air kelapa muda. Baru RM4. Okay tu. 

  Anak-anak sedang mandi laut

  Anak-anak sedang main pasir pantai

  Bergambar bersama anak-anak

14. Pada malamnya kami mencari tempat untuk alas perut. Jalan punya jalan akhirnya kami pilih Nasi Kukus Ayam Panggang Cowbow.
  Sentiasa berasap!

  Ayam panggang yang lembut dan enak!

  Menikmati juadah ayam panggang

15. Sambil makan kami disajikan dengan lagu live band yang merdu.

  Live band di Watie Cafe

16. Harga makan di sini tak mahal. Ayam seekor, kepak lima ketul, nasi dan air baru RM35. Berbaloi makan di sini murah tapi enak.

  Aku memberikan thumb up kepada kedai ini

  Isteri aku juga memuji keenakan sajian kedai ini

17. Malam itu kami tidur dengan nyenyak. Aku terjaga pada waktu malam terdengar bunyi tikus atas syiling hotel.

18. Pagi Ahad. Anak-anak sekali lagi mandi kolam. Jam 10:30 pagi kami check out mencari makan. Sukar mencari makan pagi di sini. Banyak kedai yang masih tutup.

19. Aku singgah di beberapa hotel 5 bintang tapi buffet mereka sudah habis. Ala carte pula tidak menarik. Kami meneruskan perjalanan ke KL.

20. Ketika exit Lebuhraya Lukut aku mengajak anak-anak makan di sebuah restoran tradisional terkenal di Rahang.

   

 Kami singgah di restoran ini untuk makan pagi dan tengahari
  7 lauk pelbagai baru RM95.50

21. Setelah menikmati juadah di sini kami balik ke Selayang. Jam 3:00 petang kami selamat tiba di rumah di Selayang.