Bercuti Di Teluk Kemang, Port Dickson

1. Hujung tahun ini isteri aku; Cikgu Sohana mengajak untuk bercuti di Port Dickson bagi memenuhi cutinya dan anak-anak yang panjang.

2. Aku telah menggunakan Trivago untuk mencari hotel yang sesuai dengan bajet Cikgu Sohana. Akhirnya aku telah memilih Hotel Cozzi di Teluk Kemang.

  Hotel Cozzi

3. Hotel Cozzi adalah hotel bertaraf 3 bintang. Okay lah bagi bajet seorang guru. Tahun ini dia belanja penginapan hotel. Lain-lain kos aku tanggung.

4. Kami bertolak dari Selayang jam 8:00 pagi. Fatin dan Mia seperti biasa akan tertidur sepanjang perjalanan. Melalui Plus Highway dan seterusnya exit Port Dickson melalui Lebuhraya Lukut menuju ke Port Dickson.

5. Jam 1:30 petang kami telah sampai ke Hotel Cozzi. Kami berbincang dengan pengurusan untuk check in awal. Waktu check in hotel biasanya jam 3:00 petang. Pengurusan yang baru mengambil alih hotel ini lebih kurang sebulan akhirnya membenarkan kami untuk check in awal.

6. Aku masih ingat aku telah dua-tiga kali datang ke Port Dickson. Pertama, urusan kes litigasi kemalangan di Mahkamah Majistret, Port Dickson. Kedua, urusan kempen pilihanraya. Ketiga, lepak di tepi pantai dengan seorang kawan.

7. Perut terasa lapar. Aku mengajak untuk makan di restoran asam pedas. Kami menaiki kereta Myvi Cikgu Sohana mencari alas perut di petang Sabtu itu. 

8. Ada dua restoran menyediakan juadah asam pedas. Restoran pertama sebelahnya ada kanopi-kanopi majlis perkahwinan. Ini kami tak pilih. Kami pilih restoran kedua. Warisan Corner Asam Pedas.

  
9. Anak-anak aku memilih ikan keli goreng dua ekor. Manakala aku pula mengambil dua keping isi ikan jenahak dan satu kepala ikan jenahak masak asam pedas.

  Menikmati juadah ikan keli dan jenahak

10. Nak tahu berapa harga kepala ikan jenahak masak asam pedas kat sini? RM65 sekepala!!! Bil kesemuanya berlaukkan keli dan jenahak sahaja RM100!!

11. Tadi aku pergi check kat NSK Selayang berapa harga ikan jenahak sekilo. Nak tahu harganya?

  Di NSK Selayang – sekilo ikan jenahak harganya baru RM20.80

12. Berbalik kepada cuti kami di Teluk Kemang. Tengahari itu kami bawa anak-anak mandi kolam di Hotel Cozzi. 

  Bukan main suka Mia dan Fatin mandi di kolam

  
 Mia melakukan terjunan



13. Pada waktu petang kami bawa anak-anak mandi pantai. Aku minum air kelapa muda. Baru RM4. Okay tu. 

  Anak-anak sedang mandi laut

  Anak-anak sedang main pasir pantai

  Bergambar bersama anak-anak

14. Pada malamnya kami mencari tempat untuk alas perut. Jalan punya jalan akhirnya kami pilih Nasi Kukus Ayam Panggang Cowbow.
  Sentiasa berasap!

  Ayam panggang yang lembut dan enak!

  Menikmati juadah ayam panggang

15. Sambil makan kami disajikan dengan lagu live band yang merdu.

  Live band di Watie Cafe

16. Harga makan di sini tak mahal. Ayam seekor, kepak lima ketul, nasi dan air baru RM35. Berbaloi makan di sini murah tapi enak.

  Aku memberikan thumb up kepada kedai ini

  Isteri aku juga memuji keenakan sajian kedai ini

17. Malam itu kami tidur dengan nyenyak. Aku terjaga pada waktu malam terdengar bunyi tikus atas syiling hotel.

18. Pagi Ahad. Anak-anak sekali lagi mandi kolam. Jam 10:30 pagi kami check out mencari makan. Sukar mencari makan pagi di sini. Banyak kedai yang masih tutup.

19. Aku singgah di beberapa hotel 5 bintang tapi buffet mereka sudah habis. Ala carte pula tidak menarik. Kami meneruskan perjalanan ke KL.

20. Ketika exit Lebuhraya Lukut aku mengajak anak-anak makan di sebuah restoran tradisional terkenal di Rahang.

   

 Kami singgah di restoran ini untuk makan pagi dan tengahari
  7 lauk pelbagai baru RM95.50

21. Setelah menikmati juadah di sini kami balik ke Selayang. Jam 3:00 petang kami selamat tiba di rumah di Selayang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s