1. Perbincangan di kedai kopi pagi tadi saya mendapat input dari seorang peguam PAS tentang maklumat-maklumat yang saya boleh rungkaikan seperti tajuk di atas: PRU 14: Mana Lebih Bijaksana Bagi PAS; Bersendiri Atau Bekerjasama?
2. Teori kerjasama yang saya lakarkan seperti dalam tulisan “Kritik Terhadap Tahaluf Siyasi PAS Dalam Pakatan Rakyat” dan “Apa Perlu PAS Belajar Dari UMNO?” dilihat oleh sahabat saya ini bersifat relatif.
3. Di dalam Kritik Terhadap Tahaluf Siyasi PAS Dalam Pakatan Rakyat saya menulis “Tetapi jika kritikan ini tidak mempunyai hasil maka Pas boleh menceraikan ‘isteri-isterinya’ dalam Pakatan Rakyat. Harus ada cooling-off period selepas perceraian ini. Agar tiada pihak yang sangsi dengan perceraian ini. Namu begitu jika ini berlaku ketika hampirnya pilihanraya umum maka rakyat akan melihat Pas lemah jika berseorangan. Memang pun apabila Pas disingkir dari BN pada 13/11/1977. Bertahan selama 5 tahun sahaja semenjak Januari, 1973. Hanya 2 kerusi sahaja Pas menang di Kelantan dalam pilihanraya 11/3/1978 iaitu di Manek Urai dan Sering. Itupun dengan majoriti yang kecil.”
4. Di dalam Apa Perlu PAS Belajar Dari UMNO saya menulis “PAS sekarang ini kelihatan bersendirian. Adalah terbaik bagi PAS, selepas tempoh eddah politik berakhir, mereka mencari sekutu politik baru. Umno kelihatan bersungguh-sungguh ingin berkerjasama dengan PAS. Kerjasama politik PAS-UMNO bukan sahaja meletakkan PAS dipersada politik negara dengan strategik tapi memungkinkan agenda-agenda Islam PAS terlaksana. PAS harus belajar kegagalan kerjasama dengan Umno semasa pimpinan Tan Sri Asri Muda.”
5. Namun, perbincangan kedai kopi pagi tadi memungkinkan bahawa PAS bersendiri dalam PRU 14. Fokus kepada kemenangan kerusi-kerusi yang ditandinginya. Selepas itu baru membuat keputusan samada hendak bekerjasama dengan Pakatan Harapan atau UMNO.
6. Satu lagi teori adalah PAS bekerjasama dengan serpihan UMNO yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan serpihan PKR yang dipimpin oleh Dato’ Seri Azmin Ali. Serpihan-serpihan ini belum berlaku. Serpihan dalam UMNO seperti telah kelihatan akan berlaku. Dalam PKR belum ada riak-riak yang jelas lagi. Namun, jika Google ‘azmin ali pro pas‘ ada dua berita dari The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang mengesahkan ini.
7. Ini bermakna teori PAS bekerjasama dengan UMNO tak menjadi satu kemestian tapi bekerjasama dengan serpihan-serpihan UMNO dan PKR.
9. Sahabat saya ini yang setia bersama PAS, berpendapat PAS boleh menjadi kingmaker. Cuba tuan-puan Google ‘pas kingmaker‘.
10. Menurut sahabat saya ini yang kononnya dia mendapat dari sumber dalaman PAS yang otoritatif bahawa serpihan UMNO dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh terjadi dengan berdaya menarik julat ahli UMNO antara 800,000 hingga 1,000,000. Dan menyerapkan ‘pemberontakan dalaman‘ UMNO ini ke dalam Parti Ikatan Bangsa Malaysia.
11. Manakala serpihan dalaman PKR kita akan lihat apa yang akan berlaku. Jika nama Dato’ Seri Azmin Ali mengukuh dalam PKR tidak mustahil dia akan menyahkan Dinasti Anwar dalam PKR. Dari situ PKR mempunyai pemimpin dan halatuju yang baharu. Azmin yang pro PAS juga akan memungkinkan kerjasama dengan PKR-PAS.
12. Penguasaan PAS kepada kerusi-kerusi tradisi dalam pilihanraya, seperti di Kedah, terhakis akibat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang didominasi oleh fahaman politik multi-cultural party dan secularism. Atas dasar inilah lebih bijaksana PAS bersendiri dalam PRU 14.
13. Pada pendapat saya pandangan sahabat saya ini mungkin ada benarnya kerana PAS menjana undi dari Melayu di kubu tradisinya di Terengganu dan Kelantan serta Kedah. PAS menyerap ke dalam UMNO sebelum PRU 14 adalah tidak bijaksana bagi beliau kerana bargaining power PAS adalah lemah. Jikalah PAS memenangi di kerusi-kerusi yang ditandinginya dalam PRU 14 dengan banyak maka PAS akan menjadi kingmaker jika bersekutu dengan mana-mana parti yang memenangi pilihanraya. Kita tunggu dan lihat apa yang dibaca oleh sahabat saya ini.