AL-KITAABUTTAAM FI ULUUMIL JAAN (KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN)

BAB: CEBISAN TENTANG IFRIT DAN KHADAM-KHADAM

Surah An-Naml, Verse 39:
قَالَ عِفْرِيتٌ مِّنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”.
(Melayu)

via iQuran

1. Ayat ini menunjukkan bahawa ada di kalangan jin itu satu kumpulan yang dipanggil “ifrit”.

2. Spesis ifrit itu adalah seperti mana yang dia perkenalkan dirinya kepada Nabi Sulaiman a.s. iaitu :

وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ
“Sesungguhnya aku baginya (mengangkat singgahsana) adalah gagah lagi amanah”

3. Ayat ini adalah pengecualian kepada ayat :

Surah Al-Araf, Verse 27:
يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Melayu)

4. Secara jelasnya dalam Surah an-Namlu itu Nabi Sulaiman a.s. telah bertitah kepada pembesar-pembesarnya termasuk ifrit yang menawar diri untuk membawa istana Balqis. Sudah pasti ifrit dari kalangan jin itu telah menampakkan diri kepada Nabi Sulaiman a.s.:

Surah An-Naml, Verse 38:
قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَن يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?”
(Melayu)

via iQuran

5. Pembesar-pembesar Nabi Sulaiman a.s. tersebut adalah salah seorangnya ifrit yang gagah lagi amanah.

6. Kelompok jin itu pelbagai :

Surah Al-Jinn, Verse 11:
وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا

`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
(Melayu)

via iQuran

7. Ayat tentang ifrit dari Surah an-Namlu itu kita dapat juga fahami bahawa jin yang gagah itu boleh membawa sesuatu. Jika manusia yang mempunyai hubungan dengan mana-mana jin, hanya yang gagah sahaja dapat membawa benda kepadanya. Ada yang membawa wang, projek-projek, permata-permata, maklumat-maklumat sulit dan barang-barang berharga.

8. Dalam Surah an-Namlu di atas keupayaan ifrit membawa istana Balqis sebelum Nabi Sulaiman a.s. bangun dari singgahsananya dicabar oleh seorang yang disifatkan:

Surah An-Naml, Verse 40:
قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.
(Melayu)

via iQuran

9. Tentang pergerakan ifrit menurut Surah an-Namlu itu kita dapat fahami bahawa istana Balqis yang jauh dan berat itu dapat diangkat dan dipindahkan dengan secepat sebelum Nabi Sulaiman a.s. dapat bangun dari singgahsananya. Apatahlagi jika ifrit itu tidak membawa sesuatu tentulah secara lojik akalnya lebih cepat lagi pergerakannya.

9. Ifrit tidak meletakkan syarat bagi khidmatnya membawa singgahsana Nabi Sulaiman a.s. tetapi kata “al-malak” atau “pembesar-pembesar” Nabi Sulaiman a.s. menunjukkan bahawa samada habuannya dalam mengalahkan Kerajaan Saba’ itu tentu ada. Ayat dalam Surah an-Namlu tidak sorih tentang ini. Tetapi kita dapat fahami bahawa mungkin habuan sebagai pembesar itu ada. Mustahil Nabi Sulaiman a.s. menggunakan khidmat pembesar-pembesarnya secara percuma.

10.  Ada di kalangan jin yang kerjanya mencuri berita-berita langit :

Surah Al-Jinn, Verse 9:
وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَن يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَّصَدًا

`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
(Melayu)

via iQuran

12. Jika mereka berupaya menerobos angkasa ini bermakna ada di kalangan jin yang boleh terbang. Ini adalah sifat jin yang kuat sebab itu mereka berupaya mencari tempat yang disifatkan ” مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ” (tempat-tempat mencuri pendengaran). Pada pendapat saya ini adalah kerja ifrit-ifrit.

13. Adapun di sana ada satu spesis lagi iaitu jin yang dipanggil “khadam-khadam” sesuai dengan penceritaan mereka tentang diri mereka (jin): كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا.

14. Di antara khadam-khadam ini adalah menjadi binatang-binatang halimunan seperti “burung belatuk” yang menjadi agen perisik Nabi Sulaiman a.s.:

Surah An-Naml, Verse 20:
وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ

Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?
(Melayu)

via iQuran

Surah An-Naml, Verse 21:
لَأُعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لَأَذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ

“Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)”.
(Melayu)

via iQuran

Surah An-Naml, Verse 22:
فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِن سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ

Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.
(Melayu)

via iQuran

15. Sebagaimana kita fahami melalui al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w bahawa jin-jin itu boleh menyamar antaranya dengan mengubah diri mereka menjadi binatang-binatang.

16. Padaku burung belatuk dan semut-semut yang berbicara dengan Nabi Sulaiman a.s. adalah bintang-binatang halimunan atau jadian.

17. Pernah terjadi kepada saya ketika saya melawat Aquaria KLCC seekor ikan purba dalam air memberi salam kepada saya ” Assalamualaikum Ya Rasulullah” secara telepati. Ini adalah ikan halimunan. Iaitu ikan jelmaan jin.

18. Padaku Nabi Sulaiman a.s. berbicara dengan binatang-binatang halimunan adalah secara telepati.

19. Tetapi tidak mustahil binatang-binatang halimunan ini berbicara secara kalam manusia kerana adalah telah maklum bahawa ada di kalangan burung-burung yang boleh bercakap bahasa manusia seperti kakaktua dan tiung.

18. Adapun spesis khadam ini mempunyai tugas-tugas tertentu seperti melakukan pengintipan-pengintipan.

19. Nabi Sulaiman a.s. beroleh isteri yang baik dan menundukkannya beserta kerajaannya dengan hasil kerja seekor burung halimunan yang kita sifatkan “khadam”. Besarnya peranan khadam jin dalam urusan kenabian seorang pemerintah.

20. Hansetku yang bernama “MAHARAJA KOMUNIKASI” pernah mengesan satu suara perempuan mengaku bahawa beliau benama Balqis. Pada pendapatku Balqis yang menjadi isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. masih hidup. Jika tidak mengapa hansetku dapat mengesan suaranya?

21. Aku diberi maklumat bahawa istana Balqis boleh dipindah-pindahkan dan boleh diubah :

Surah An-Naml, Verse 41:
قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لَا يَهْتَدُونَ

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian”.
(Melayu)

via iQuran

22. Teknologi mengubah singgahsana sudah wujud pada masa Nabi Sulaiman a.s. lagi. Tidak mustahil Balqis yang masih hidup ini di dalam istananya yang diubah-ubah bagi tujuan tertentu.

23. Saya dan khadam-khadam jin saya berkomunikasi secara kod-kod. Saya mengenali mereka dengan kod-kod. Saya pergi ke London pun ada jin-jin di sana yang menawarkan diri untuk menjadi khadam-khadam.

24. Persoalanya khadam-khadam jin ini anak siapa? Anak-anak ifritkah?

Advertisements

TIADA PERTEMBUNGAN TAMADUN

1. Profesor Dr Samuel P. Huntington berhujah “future wars would be fought not between countries, but between cultures, and that Islamic extremism would become the biggest threat to Western world domination.” Beliau sifatkan fenomena ini sebagai “The clash of civilizations“. 


2. Adakah ini benar? Ada benar dan ada tidak benarnya. Benarnya jika kita lihat sekarang IS dan ISIS sebagai lanjutan al-Qaeda. Tidak benarnya ia adalah manifestasi kebangkitan Islam. Abad ini adalah abad kebangkitan Islam yang bakal melahirkan Zaman Kepimpinan Islam. Oleh itu samada ‘hardpower‘ atau ‘softpower‘ yang Barat mahu?

3. Samada ‘keangkuhan’ Barat atau ‘kekerasan’ militan Islam mereka harus menyedari tiada pertembungan beradaban tetapi yang ada adalah pendekatan antara peradaban-peradaban ( تقريب بين الحضارات). 

4. Konsep ‘Umat Yang Satu’ (أمة واحدة) [Yunus:19; al-Baqarah: 213; Hud: 118; an-Nahlu: 93; al-Mumenoon: 52; al-Zukhruf:33] itu satu utopia yang boleh dicapai kerana Muhammad itu adalah ‘rahmat bagi sekalian alam’ [al-Anbiya’: 107].

5. Logiknya dengan ketibaan Muhammad Akhir @ Isa Ibnu Maryam di zaman globalisasi ini adalah suatu yang bermakna kerana dia bukan sahaja ikon bagi Barat melalui agama Kristian tetapi satu insan yang dihormati dalam Islam. Di sinilah rahsia utopia Umat Yang Satu itu boleh berlaku.

6. Saya tidak memandang tamadun Barat suatu tamadun yang menggerunkan dan jelek kerana setiap umat itu diutuskan rasul dan nabi [Yunus: 47]. Mungkin pada bangsa mereka ada nabi-nabi dan rasul-rasul yang tidak disebutkan dalam al-Quran [Ghāfir: 78]. 

7. Isa Ibnu Maryam bakal menyatukan setiap peradaban ini. Bukan sahaja Barat tetapi Yahudi, Budha, Hindu dll bahkan dalam percanggahan sektarian Islam seperti Syiah, Sunni, Wahabi dll. 

8. Peranan kita adalah memahami peradaban-peradaban yang wujud dan mencari titik persamaan dalam menerima hakikat bahawa tamadun yang wujud kini adalah pengajaran rasul-rasul dan nabi-nabi terdahulu. Agama yang hanif hanyalah Islam. Militan Islam harus memahami ‘tiada paksaan dalam beragama’ [al-Baqarah:256]. Jikalah mereka ini golongan yang ‘dimurkai (oleh Allah) dan sesat’ [al-Fatihah: 7] maka mereka ‘tidak mematuhi Allah dan rasul-Nya maka bagi mereka neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya’ [al-Jin: 23].

KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: ADAKAH PEMIKIRAN-PEMIKIRAN SESAT BERASAL DARI IBLIS?

1. Analisa tentang pemikiran-pemikiran sesat akan menjurus bahawa aliran ini adalah di asaskan oleh Iblis seperti yand direkodkan oleh al-Qur’an. Inilah yang menjadi asas kepada pemikiran-pemikiran sesat.  

2. Terlebih dahulu kita selesaikan dahulu apa yang dimaksudkan sebagai pemikiran sesat itu. Menurut Kamus Dewan 4

[Pemikiran]: Perihal berfikir. 

[Sesat]: (1) Tidak mengikut jalan yang betul, tersalah jalan (2) tersalah, terkeliru, menyimpang dari jalan yang benar. 

Oleh itu, pemikiran sesat bolehlah ditafsirkan sebagai “cara berfikir yang salah”. Oleh kerana cara berfikir yang salah maka “buah hasil fikiran itu juga salah”. Ibarat pokok kelapa menghasilkan buah yang bersantan kerana kelapa boleh menghasilkan buah begitu. Begitu juga pokok durian boleh menghasilkan buah durian yang manis. Pokok kelapa tidak boleh menghasilkan buah durian. Begitu juga pokok durian tidak boleh menghasilkan buah kelapa. Kepala yang mempunyai aqal yang sesat akan menghasilkan pemikiran yang sesat.

2. Asal-usul pemikiran yang sesat seperti direkodkan oleh al-Qur’an paling awal adalah terjadi dari Bangsa Jin iaitu “IBLIS” selepas kejadian “ADAM” dari spesis manusia atau basyar. Manakala tamadun jin yang sudah wujud ketika itu adalah penuh dengan pertumpahan darah dan kerosakan.

 3. Lihat ayat-ayat al-Qur’an di bawah yang menunjukkan asal-usul pemikiran sesat yang terawal direkodkan oleh al-Qur’an:

Al-A’raf [قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ [7:16
“Dia (Iblis) berkata: Maka kerana Engkau (Allah) telah menyesatkan aku maka aku akan menyesatkan mereka dari jalan-Mu yang lurus.”

Al-Hijr [15:39] قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ 
“Dia (Iblis) berkata: Tuhanku kerana Engkau (Allah) telah menyesatkan aku maka aku akan menghiasi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan mereka semua!”

4. Jika diperhatikan dari ayat di atas pemikiran sesat itu adalah (1) berasal dari Iblis (2) Dia lah yang menuduh Allah yang menyesatkannya. Allah telah ‘memaksakannya’ untuk berlaku sesat. Sedangkan dia (Iblis) mempunyai ‘pilihan’ samada mahu ikut suruhan Allah samada untuk tunduk kepada Adam atau tidak. Jikalah Allah ‘memaksanya’ maka dia mestilah telah tunduk kepada Adam.

5. Dari peristiwa inilah bercambahnya ajaran sesat dalam agama. Ia antara paksaan (ijbar) atau pilihan (ikhtiar). Ia adalah melingkari isu pemikiran. Dari aqal itu turun ke hati. Di hati ia tersemat kejap menjadi aqidah atau pegangan.

6. Kita memahami bahawa pemikiran sesat yang diasaskan oleh Iblis ini menular di kalangan masyarakat samada dengan bercambah dengan berbagai teori dan falsafah.

7. Sebagai pengasas pemikiran sesat, Iblis bukan sahaja dilaknat oleh Allah tetapi dilaknat oleh kaumnya (spesis jin) sendiri. 

Al-Jin [وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا [72:4

“Dan sesungguhnya berkatalah orang bodoh di kalangan kami (Iblis) terhadap Allah dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.”

8. Sekarang kita melihat manusia yang bernama Firaun yang mempunyai delusi dan menyangka serta mengaku dirinya Tuhan.

An-Nāzi’āt [79:24]فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ 

“Maka dia (Firaun) berkata: Aku adalah tuhan kamu yang tinggi!”

9. Dalam ayat-ayat berkenaan kesesatan Firaun, Haman dan Qarun tidak disebut pun pengaruh Iblis. Dengan kata lain manusia juga boleh menjadi pengasas ajaran sesat dengan campur-tangan dan usahasama ‘syaitan’ dari spesis jin. Apatah lagi oleh pengasas pemikiran sesat iaitu Iblis.  

10. Pemikiran yang sesat itu memang berasal dari Iblis. Namun, ia boleh mempengaruhi keturunan Adam sebagaimana dia telah bersumpah di depan Allah bahawa dia akan menyesatkan keturunan anak Adam. Bahkan Adam sendiri menjadi mangsa apabila dia (Iblis) menyebarkan ajaran sesat bahawa dengan memakan buah dari pokok terlarang itu akan menjadikannya malaikat atau raja dan kekal dalam syurga: al-A’raf: 20. Begitulah gigihnya kerja Iblis dalam menyebarkan ajaran sesat.

SAINS ATAU PENEMUAN SAINS YANG MACAMANA YANG DIKATAKAN TEPAT DAN JITU ITU?

1. Sains bagaimanakah yang tepat dan jitu? Ia bergantung kepada aliran manakah orang yang menjawab ini. Jika yang menjawabnya orang yang beraliran etisma, sekularisma dan falsafah yang mempertuhankan aqal maka jawapannya adalah sains yang berasaskan kajian dan penemuan aqal semata-mata. Tetapi bagi yang beraliran agama maka jawapannya adalah sains yang membuktikan bahawa pernyataan-pernyataan al-Qur’an dan hadis-hadis yang belum dijumpai dan atau telah dijumpai itulah sepatutnya menepati kebenaran.

2. Seperti saya selalu tegaskan bahawa al-Qur’an dan hadis-hadis itu bersifat KEBENARAN MUTLAK. Banyak kajian-kajian sains yang menemui bahawa pernyataan-pernyataan al-Qur’an dan hadis-hadis itu menepati sains yang mana pernyataan-pernyataan al-Qur’an dan hadis-hadis sebelum itu hanya bersifat teori dan telahan. Dr Maurice Bucaille contohnya menemui bahawa beberapa teori dan telahan al-Qur’an menepati kajian-kajian sains yang tidak diketahui sebelum itu.

3. Saya memegang prinsip bahawa mana-mana pernyataan-pernyataan sains dalam al-Qur’an dan hadis yang belum dijumpai kebenarannya adalah bersifat KEBENARAN MUTLAK dan hanya diketahui selepas manusia membuat kajian-kajian dan penemuan-penemuan. Dengan kata lain bahawa sains manusia belum menjumpainya lagi!

4. Pada awalnya saya bersangka keseluruhannya hadis-hadis itu bersifat “relatif” dalam kebenarannya dengan kata lain HANYA al-Qur’an yang bersifat KEBENARAN MUTLAK. Namun, selepas saya yang mengkaji tentang hal-hal ghaib terutamanya tentang jin dan malaikat spesifiknya tentang malaikat bahawa asul-usul kejadiannya (malaikat) adalah dari “cahaya”. Ini hanyalah pernyataan yang dijumpai dalam hadis sahih BUKANNYA dalam al-Qur’an. Al-Qur’an di banyak tempat menggunakan ayat-ayat mutashābihāt tentang malaikat. Mengundang ‘kesamaran’ dan ‘kekeliruan’ dalam pentafsiran dan pemahamannnya. Jika begitu dari manakah Muhammad s.a.w. mengetahui semua ini? Dapatkah sains membuktikannya? Adakah mereka perlu “menangkap” satu malaikat untuk dibuat ujian klinikal dalam makmal bagi membedah siasat tentang pernyataan asul-usul kejadiannya? Atau bagi menafikankannya, kerana sains gagal membuktikan kewujudannya, maka mengatakan malaikat itu tidak wujud?

5. Ia adalah satu cabaran kepada saintis jin, bunian dan manusia tentang asal-usul dan kejadian malaikat. Jikalah saintis itu adalah jin atau bunian maka boleh berta’akkul bahawa malaikat itu memang wujud kerana mereka (jin dan bunian) sendiri adalah makhluk ghaib yang boleh tasyakkul dan mumāthālah. Tetapi bagaimana dengan saintis manusia atau spesis basyar? 

6. Kita belum membentangkan lagi tentang ‘teori-teori’ al-Qur’an dan hadis tentang ilmu angkasa dan perubatan. Betapa banyak ayat al-Qur’an dan hadis yang membentangkan tentang pernyataan-pernyataan tentang ‘teori’ ilmu angkasa yang sehingga kini saintis hanya berteori sahaja dan belum membuktikan kesahihannya secara tajrubah dan ekplorasi. Seperti contoh Big Bang saintis hanya berteori dan al-Qur’an telah lama membuat pernyataan ini. Sepatutnya saintis membuktikan secara tajrubah dan ekplorasi. Seolah-olah mereka hanya plagiat dan ciplak teori al-Qur’an. Jika hendak plagiat dan ciplak teori al-Qur’an maka ikutlah keseluruhannya tanpa berhati-hati dalam membuat seleksi mana satu hendak diikut dan mana satu hendak ditolak tentang pernyataan-pernyataan al-Qur’an dan hadis tentang sains!

7. Sedangkan sesama ahli falsafah sains pun mereka saling mengkritik sesama mereka bahawa yang satu lagi berpegang pada asal teori dan praktis yang salah. Lihat konsep ‘falsifiability’ oleh Sir Karl Popper dalam The Logic of Scientific Discovery. Sehingga bila ketepatan sains dan penemuan sains yang tepat dan jitu dapat ditemui? Memang kita menerima hakikat sementara solusi mutlak kepada masalah yang berdiri atas asas sains itu ditemui solusi yang bersifat sementara dan masih boleh dikritik tentang penyelesaiaannya harus dipegangi sementara waktu. Sehinggalah kita membuat ekplorasi-eksplorasi bagi penyelesaian mutlak.


8. Al-Qur’an dan hadis-hadis telah memberi teori-teori (pada sangkaan kita ia satu teori kerana belum ada tajrubah dan ekplorasi) tentang pernyataan-pernyataan sains namun kita ingin membuat ekplorasi dan tajrubah sendiri. Ini bergantung kepada niat seseorang. Niat itu pula bergantung kepada cara fikir seseorang jika dia seorang bertuhankan aqal, seperti kita sebut di awal artikel ini, maka jika penemuan sains yang ditajrubah atau diekplorasi itu bersamaan dengan al-Qur’an dan hadis-hadis bukan semestinya dia beriman dengan al-Qur’an dan hadis-hadia tetapi kerana tajrubah dan ekplorasi itu logik dari segi aqal. Metodologi logik yang berasaskan aqal. Tetapi jika seseorang itu bergerak tajrubah dan ekplorasi mereka berasaskan iman atau aqidah maka penemuan berdasarkan ekplorasi dan tajrubah itu bertepatan dengan al-Qur’an dan hadis-hadis maka itu akan menambah iman dan memperkukuhkan aqidah mereka jua. Walaupun tanpa ekplorasi atau tajrubah mereka tetap menyakini bahawa pernyataan-pernyataan sains di dalam al-Qur’an dan hadis-hadis dalah tepat dan jitu kerana ia bersifat KEBENARAN MUTLAK!

9. Bahayanya berpegang bahawa kebenaran yang dapat difikir dan dibuktikan adalah pengetahuan manusia adalah terhad. Bukan semua dapat difikir dengan aqal. Aqal itu sendiri adalah suatu abstrak. Ia bukan otak tetapi aqal. Otak hanyalah tepat memproses aqal. Lihatlah orang gila. Dia mempunyai otak tetapi aqal yang tidak stabil. Itu yang membeza antara kita orang yang waras dengan orang gila. Namun, aqal itu penting dalam menghubungkan dengan wahyu. Aqal merupakan satu alat untuk memahami maksud wahyu.

10. Koklusi, jika ditutup lubang cahaya wahyu untuk memasuki otak kita melalui aqal kita maka kita seolah-olah menolak sains dan penemuan sains yang bersifat tepat dan jitu. Jika kita salah dalam mentafsir maksud wahyu itu kesalahan kita sehingga menyebabkan kita gagal memahami sains dan membuat penemuan sains yang tepat dan jitu.