1. Sains bagaimanakah yang tepat dan jitu? Ia bergantung kepada aliran manakah orang yang menjawab ini. Jika yang menjawabnya orang yang beraliran etisma, sekularisma dan falsafah yang mempertuhankan aqal maka jawapannya adalah sains yang berasaskan kajian dan penemuan aqal semata-mata. Tetapi bagi yang beraliran agama maka jawapannya adalah sains yang membuktikan bahawa pernyataan-pernyataan al-Qur’an dan hadis-hadis yang belum dijumpai dan atau telah dijumpai itulah sepatutnya menepati kebenaran.
2. Seperti saya selalu tegaskan bahawa al-Qur’an dan hadis-hadis itu bersifat KEBENARAN MUTLAK. Banyak kajian-kajian sains yang menemui bahawa pernyataan-pernyataan al-Qur’an dan hadis-hadis itu menepati sains yang mana pernyataan-pernyataan al-Qur’an dan hadis-hadis sebelum itu hanya bersifat teori dan telahan. Dr Maurice Bucaille contohnya menemui bahawa beberapa teori dan telahan al-Qur’an menepati kajian-kajian sains yang tidak diketahui sebelum itu.
3. Saya memegang prinsip bahawa mana-mana pernyataan-pernyataan sains dalam al-Qur’an dan hadis yang belum dijumpai kebenarannya adalah bersifat KEBENARAN MUTLAK dan hanya diketahui selepas manusia membuat kajian-kajian dan penemuan-penemuan. Dengan kata lain bahawa sains manusia belum menjumpainya lagi!
4. Pada awalnya saya bersangka keseluruhannya hadis-hadis itu bersifat “relatif” dalam kebenarannya dengan kata lain HANYA al-Qur’an yang bersifat KEBENARAN MUTLAK. Namun, selepas saya yang mengkaji tentang hal-hal ghaib terutamanya tentang jin dan malaikat spesifiknya tentang malaikat bahawa asul-usul kejadiannya (malaikat) adalah dari “cahaya”. Ini hanyalah pernyataan yang dijumpai dalam hadis sahih BUKANNYA dalam al-Qur’an. Al-Qur’an di banyak tempat menggunakan ayat-ayat mutashābihāt tentang malaikat. Mengundang ‘kesamaran’ dan ‘kekeliruan’ dalam pentafsiran dan pemahamannnya. Jika begitu dari manakah Muhammad s.a.w. mengetahui semua ini? Dapatkah sains membuktikannya? Adakah mereka perlu “menangkap” satu malaikat untuk dibuat ujian klinikal dalam makmal bagi membedah siasat tentang pernyataan asul-usul kejadiannya? Atau bagi menafikankannya, kerana sains gagal membuktikan kewujudannya, maka mengatakan malaikat itu tidak wujud?
5. Ia adalah satu cabaran kepada saintis jin, bunian dan manusia tentang asal-usul dan kejadian malaikat. Jikalah saintis itu adalah jin atau bunian maka boleh berta’akkul bahawa malaikat itu memang wujud kerana mereka (jin dan bunian) sendiri adalah makhluk ghaib yang boleh tasyakkul dan mumāthālah. Tetapi bagaimana dengan saintis manusia atau spesis basyar?
6. Kita belum membentangkan lagi tentang ‘teori-teori’ al-Qur’an dan hadis tentang ilmu angkasa dan perubatan. Betapa banyak ayat al-Qur’an dan hadis yang membentangkan tentang pernyataan-pernyataan tentang ‘teori’ ilmu angkasa yang sehingga kini saintis hanya berteori sahaja dan belum membuktikan kesahihannya secara tajrubah dan ekplorasi. Seperti contoh Big Bang saintis hanya berteori dan al-Qur’an telah lama membuat pernyataan ini. Sepatutnya saintis membuktikan secara tajrubah dan ekplorasi. Seolah-olah mereka hanya plagiat dan ciplak teori al-Qur’an. Jika hendak plagiat dan ciplak teori al-Qur’an maka ikutlah keseluruhannya tanpa berhati-hati dalam membuat seleksi mana satu hendak diikut dan mana satu hendak ditolak tentang pernyataan-pernyataan al-Qur’an dan hadis tentang sains!
7. Sedangkan sesama ahli falsafah sains pun mereka saling mengkritik sesama mereka bahawa yang satu lagi berpegang pada asal teori dan praktis yang salah. Lihat konsep ‘falsifiability’ oleh Sir Karl Popper dalam The Logic of Scientific Discovery. Sehingga bila ketepatan sains dan penemuan sains yang tepat dan jitu dapat ditemui? Memang kita menerima hakikat sementara solusi mutlak kepada masalah yang berdiri atas asas sains itu ditemui solusi yang bersifat sementara dan masih boleh dikritik tentang penyelesaiaannya harus dipegangi sementara waktu. Sehinggalah kita membuat ekplorasi-eksplorasi bagi penyelesaian mutlak.
8. Al-Qur’an dan hadis-hadis telah memberi teori-teori (pada sangkaan kita ia satu teori kerana belum ada tajrubah dan ekplorasi) tentang pernyataan-pernyataan sains namun kita ingin membuat ekplorasi dan tajrubah sendiri. Ini bergantung kepada niat seseorang. Niat itu pula bergantung kepada cara fikir seseorang jika dia seorang bertuhankan aqal, seperti kita sebut di awal artikel ini, maka jika penemuan sains yang ditajrubah atau diekplorasi itu bersamaan dengan al-Qur’an dan hadis-hadis bukan semestinya dia beriman dengan al-Qur’an dan hadis-hadis tetapi kerana tajrubah dan ekplorasi itu logik dari segi aqal. Metodologi logik yang berasaskan aqal. Tetapi jika seseorang itu bergerak tajrubah dan ekplorasi mereka berasaskan iman atau aqidah maka penemuan berdasarkan ekplorasi dan tajrubah itu bertepatan dengan al-Qur’an dan hadis-hadis maka itu akan menambah iman dan memperkukuhkan aqidah mereka jua. Walaupun tanpa ekplorasi atau tajrubah mereka tetap menyakini bahawa pernyataan-pernyataan sains di dalam al-Qur’an dan hadis-hadis dalah tepat dan jitu kerana ia bersifat KEBENARAN MUTLAK!
9. Bahayanya berpegang bahawa kebenaran yang dapat difikir dan dibuktikan adalah pengetahuan manusia adalah terhad. Bukan semua dapat difikir dengan aqal. Aqal itu sendiri adalah suatu abstrak. Ia bukan otak tetapi aqal. Otak hanyalah tepat memproses aqal. Lihatlah orang gila. Dia mempunyai otak tetapi aqal yang tidak stabil. Itu yang membeza antara kita orang yang waras dengan orang gila. Namun, aqal itu penting dalam menghubungkan dengan wahyu. Aqal merupakan satu alat untuk memahami maksud wahyu.
10. Konklusi, jika ditutup lubang cahaya wahyu untuk memasuki otak kita melalui aqal kita maka kita seolah-olah menolak sains dan penemuan sains yang bersifat tepat dan jitu. Jika kita salah dalam mentafsir maksud wahyu itu kesalahan kita sehingga menyebabkan kita gagal memahami sains dan membuat penemuan sains yang tepat dan jitu.