KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: ADAKAH PEMIKIRAN-PEMIKIRAN SESAT BERASAL DARI IBLIS?

1. Analisa tentang pemikiran-pemikiran sesat akan menjurus bahawa aliran ini adalah di asaskan oleh Iblis seperti yand direkodkan oleh al-Qur’an. Inilah yang menjadi asas kepada pemikiran-pemikiran sesat.

2. Terlebih dahulu kita selesaikan dahulu apa yang dimaksudkan sebagai pemikiran sesat itu. Menurut Kamus Dewan 4:

[Pemikiran]: Perihal berfikir.

[Sesat]: (1) Tidak mengikut jalan yang betul, tersalah jalan (2) tersalah, terkeliru, menyimpang dari jalan yang benar.

Oleh itu, pemikiran sesat bolehlah ditafsirkan sebagai “cara berfikir yang salah”. Oleh kerana cara berfikir yang salah maka “buah hasil fikiran itu juga salah”. Ibarat pokok kelapa menghasilkan buah yang bersantan kerana kelapa boleh menghasilkan buah begitu. Begitu juga pokok durian boleh menghasilkan buah durian yang manis. Pokok kelapa tidak boleh menghasilkan buah durian. Begitu juga pokok durian tidak boleh menghasilkan buah kelapa. Kepala yang mempunyai aqal yang sesat akan menghasilkan pemikiran yang sesat.

2. Asal-usul pemikiran yang sesat seperti direkodkan oleh al-Qur’an paling awal adalah terjadi dari Bangsa Jin iaitu “IBLIS” selepas kejadian “ADAM” dari spesis manusia atau basyar. Manakala tamadun jin yang sudah wujud ketika itu adalah penuh dengan pertumpahan darah dan kerosakan.

3. Lihat ayat-ayat al-Qur’an di bawah yang menunjukkan asal-usul pemikiran sesat yang terawal direkodkan oleh al-Qur’an:

Al-A’raf [قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ [7:16
“Dia (Iblis) berkata: Maka kerana Engkau (Allah) telah menyesatkan aku maka aku akan menyesatkan mereka dari jalan-Mu yang lurus.”

Al-Hijr [15:39] قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
“Dia (Iblis) berkata: Tuhanku kerana Engkau (Allah) telah menyesatkan aku maka aku akan menghiasi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan mereka semua!”

4. Jika diperhatikan dari ayat di atas pemikiran sesat itu adalah (1) berasal dari Iblis (2) Dia lah yang menuduh Allah yang menyesatkannya. Allah telah ‘memaksakannya’ untuk berlaku sesat. Sedangkan dia (Iblis) mempunyai ‘pilihan’ samada mahu ikut suruhan Allah samada untuk tunduk kepada Adam atau tidak. Jikalah Allah ‘memaksanya’ maka dia mestilah telah tunduk kepada Adam. Bahkan perintah Allah untuk tunduk kepada Adam itu adalah kepada malaikat. Iblis adalah dari golongan jin. Adakah Iblis merasakan dirinya sudah menjadi “malaikat”?

5. Dari peristiwa inilah bercambahnya ajaran sesat dalam agama. Ia antara paksaan (ijbar) atau pilihan (ikhtiar). Ia adalah melingkari isu pemikiran. Dari aqal itu turun ke hati. Di hati ia tersemat kejap menjadi aqidah atau pegangan.

6. Kita memahami bahawa pemikiran sesat yang diasaskan oleh Iblis ini menular di kalangan masyarakat samada dengan bercambah dengan berbagai teori dan falsafah.

7. Sebagai pengasas pemikiran sesat, Iblis bukan sahaja dilaknat oleh Allah tetapi dilaknat oleh kaumnya (spesis jin) sendiri.

Al-Jin [وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا [72:4

“Dan sesungguhnya berkatalah orang bodoh di kalangan kami (Iblis) terhadap Allah dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.”

8. Sekarang kita melihat manusia yang bernama Firaun yang mempunyai delusi dan menyangka serta mengaku dirinya Tuhan.

An-Nāzi’āt [79:24]فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ

“Maka dia (Firaun) berkata: Aku adalah tuhan kamu yang tinggi!”

9. Dalam ayat-ayat berkenaan kesesatan Firaun, Haman dan Qarun tidak disebut pun pengaruh Iblis. Dengan kata lain manusia juga boleh menjadi pengasas ajaran sesat dengan campur-tangan dan usahasama ‘syaitan’ dari spesis jin. Apatah lagi oleh pengasas pemikiran sesat iaitu Iblis.

10. Pemikiran yang sesat itu memang berasal dari Iblis. Namun, ia boleh mempengaruhi keturunan Adam sebagaimana dia telah bersumpah di depan Allah bahawa dia akan menyesatkan keturunan anak Adam. Bahkan Adam sendiri menjadi mangsa apabila dia (Iblis) menyebarkan ajaran sesat bahawa dengan memakan buah dari pokok terlarang itu akan menjadikannya malaikat atau raja dan kekal dalam syurga: al-A’raf: 20. Begitulah gigihnya kerja Iblis dalam menyebarkan ajaran sesat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s