1. Profesor Dr Samuel P. Huntington berhujah “future wars would be fought not between countries, but between cultures, and that Islamic extremism would become the biggest threat to Western world domination.” Beliau sifatkan fenomena ini sebagai “The clash of civilizations“.
2. Adakah ini benar? Ada benar dan ada tidak benarnya. Benarnya jika kita lihat sekarang IS dan ISIS sebagai lanjutan al-Qaeda. Tidak benarnya ia adalah manifestasi kebangkitan Islam. Abad ini adalah abad kebangkitan Islam yang bakal melahirkan Zaman Kepimpinan Islam. Oleh itu samada ‘hardpower‘ atau ‘softpower‘ yang Barat mahu?
3. Samada ‘keangkuhan’ Barat atau ‘kekerasan’ militan Islam mereka harus menyedari tiada pertembungan beradaban tetapi yang ada adalah pendekatan antara peradaban-peradaban ( تقريب بين الحضارات).
4. Konsep ‘Umat Yang Satu’ (أمة واحدة) [Yunus:19; al-Baqarah: 213; Hud: 118; an-Nahlu: 93; al-Mumenoon: 52; al-Zukhruf:33] itu satu utopia yang boleh dicapai kerana Muhammad itu adalah ‘rahmat bagi sekalian alam’ [al-Anbiya’: 107].
5. Logiknya dengan ketibaan Muhammad Akhir @ Isa Ibnu Maryam di zaman globalisasi ini adalah suatu yang bermakna kerana dia bukan sahaja ikon bagi Barat melalui agama Kristian tetapi satu insan yang dihormati dalam Islam. Di sinilah rahsia utopia Umat Yang Satu itu boleh berlaku.
6. Saya tidak memandang tamadun Barat suatu tamadun yang menggerunkan dan jelek kerana setiap umat itu diutuskan rasul dan nabi [Yunus: 47]. Mungkin pada bangsa mereka ada nabi-nabi dan rasul-rasul yang tidak disebutkan dalam al-Quran [Ghāfir: 78].
7. Isa Ibnu Maryam bakal menyatukan setiap peradaban ini. Bukan sahaja Barat tetapi Yahudi, Budha, Hindu dll bahkan dalam percanggahan sektarian Islam seperti Syiah, Sunni, Wahabi dll.
8. Peranan kita adalah memahami peradaban-peradaban yang wujud dan mencari titik persamaan dalam menerima hakikat bahawa tamadun yang wujud kini adalah pengajaran rasul-rasul dan nabi-nabi terdahulu. Agama yang hanif hanyalah Islam. Militan Islam harus memahami ‘tiada paksaan dalam beragama’ [al-Baqarah:256]. Jikalah mereka ini golongan yang ‘dimurkai (oleh Allah) dan sesat’ [al-Fatihah: 7] maka mereka ‘tidak mematuhi Allah dan rasul-Nya maka bagi mereka neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya’ [al-Jin: 23].