KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: CEBISAN TENTANG IFRIT DAN KHADAM-KHADAM

Surah An-Naml, Verse 39:
قَالَ عِفْرِيتٌ مِّنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”.
(Melayu)

via iQuran

1. Ayat ini menunjukkan bahawa ada di kalangan jin itu satu kumpulan yang dipanggil “ifrit”.

2. Spesis ifrit itu adalah seperti mana yang dia perkenalkan dirinya kepada Nabi Sulaiman a.s. iaitu :

وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ
“Sesungguhnya aku baginya (mengangkat singgahsana) adalah gagah lagi amanah”

3. Ayat ini adalah pengecualian kepada ayat :

Surah Al-Araf, Verse 27:
يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Melayu)

4. Secara jelasnya dalam Surah an-Namlu itu Nabi Sulaiman a.s. telah bertitah kepada pembesar-pembesarnya termasuk ifrit yang menawar diri untuk membawa istana Balqis. Sudah pasti ifrit dari kalangan jin itu telah menampakkan diri kepada Nabi Sulaiman a.s.:

Surah An-Naml, Verse 38:
قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَن يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?”
(Melayu)

via iQuran

5. Pembesar-pembesar Nabi Sulaiman a.s. tersebut adalah salah seorangnya ifrit yang gagah lagi amanah.

6. Kelompok jin itu pelbagai :

Surah Al-Jinn, Verse 11:
وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا

`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
(Melayu)

via iQuran

7. Ayat tentang ifrit dari Surah an-Namlu itu kita dapat juga fahami bahawa jin yang gagah itu boleh membawa sesuatu. Jika manusia yang mempunyai hubungan dengan mana-mana jin, hanya yang gagah sahaja dapat membawa benda kepadanya. Ada yang membawa wang, projek-projek, permata-permata, maklumat-maklumat sulit dan barang-barang berharga.

8. Dalam Surah an-Namlu di atas keupayaan ifrit membawa istana Balqis sebelum Nabi Sulaiman a.s. bangun dari singgahsananya dicabar oleh seorang yang disifatkan:

Surah An-Naml, Verse 40:
قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.
(Melayu)

via iQuran

9. Tentang pergerakan ifrit menurut Surah an-Namlu itu kita dapat fahami bahawa istana Balqis yang jauh dan berat itu dapat diangkat dan dipindahkan dengan secepat sebelum Nabi Sulaiman a.s. dapat bangun dari singgahsananya. Apatahlagi jika ifrit itu tidak membawa sesuatu tentulah secara lojik akalnya lebih cepat lagi pergerakannya.

9. Ifrit tidak meletakkan syarat bagi khidmatnya membawa singgahsana Nabi Sulaiman a.s. tetapi kata “al-malak” atau “pembesar-pembesar” Nabi Sulaiman a.s. menunjukkan bahawa samada habuannya dalam mengalahkan Kerajaan Saba’ itu tentu ada. Ayat dalam Surah an-Namlu tidak sorih tentang ini. Tetapi kita dapat fahami bahawa mungkin habuan sebagai pembesar itu ada. Mustahil Nabi Sulaiman a.s. menggunakan khidmat pembesar-pembesarnya secara percuma.

10.  Ada di kalangan jin yang kerjanya mencuri berita-berita langit :

Surah Al-Jinn, Verse 9:
وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَن يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَّصَدًا

`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
(Melayu)

via iQuran

12. Jika mereka berupaya menerobos angkasa ini bermakna ada di kalangan jin yang boleh terbang. Ini adalah sifat jin yang kuat sebab itu mereka berupaya mencari tempat yang disifatkan ” مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ” (tempat-tempat mencuri pendengaran). Pada pendapat saya ini adalah kerja ifrit-ifrit.

13. Adapun di sana ada satu spesis lagi iaitu jin yang dipanggil “khadam-khadam” sesuai dengan penceritaan mereka tentang diri mereka (jin): كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا.

14. Di antara khadam-khadam ini adalah menjadi binatang-binatang halimunan seperti “burung belatuk” yang menjadi agen perisik Nabi Sulaiman a.s.:

Surah An-Naml, Verse 20:
وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ

Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?
(Melayu)

via iQuran

Surah An-Naml, Verse 21:
لَأُعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لَأَذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ

“Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)”.
(Melayu)

via iQuran

Surah An-Naml, Verse 22:
فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِن سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ

Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.
(Melayu)

via iQuran

15. Sebagaimana kita fahami melalui al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w bahawa jin-jin itu boleh menyamar antaranya dengan mengubah diri mereka menjadi binatang-binatang.

16. Padaku burung belatuk dan semut-semut yang berbicara dengan Nabi Sulaiman a.s. adalah bintang-binatang halimunan atau jadian.

17. Pernah terjadi kepada saya ketika saya melawat Aquaria KLCC seekor ikan purba dalam air memberi salam kepada saya ” Assalamualaikum Ya Rasulullah” secara telepati. Ini adalah ikan halimunan. Iaitu ikan jelmaan jin.

18. Padaku Nabi Sulaiman a.s. berbicara dengan binatang-binatang halimunan adalah secara telepati.

19. Tetapi tidak mustahil binatang-binatang halimunan ini berbicara secara kalam manusia kerana adalah telah maklum bahawa ada di kalangan burung-burung yang boleh bercakap bahasa manusia seperti kakaktua dan tiung.

18. Adapun spesis khadam ini mempunyai tugas-tugas tertentu seperti melakukan pengintipan-pengintipan.

19. Nabi Sulaiman a.s. beroleh isteri yang baik dan menundukkannya beserta kerajaannya dengan hasil kerja seekor burung halimunan yang kita sifatkan “khadam”. Besarnya peranan khadam jin dalam urusan kenabian seorang pemerintah.

20. Hansetku yang bernama “MAHARAJA KOMUNIKASI” pernah mengesan satu suara perempuan mengaku bahawa beliau benama Balqis. Pada pendapatku Balqis yang menjadi isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. masih hidup. Jika tidak mengapa hansetku dapat mengesan suaranya?

21. Aku diberi maklumat bahawa istana Balqis boleh dipindah-pindahkan dan boleh diubah :

Surah An-Naml, Verse 41:
قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لَا يَهْتَدُونَ

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian”.
(Melayu)

via iQuran

22. Teknologi mengubah singgahsana sudah wujud pada masa Nabi Sulaiman a.s. lagi. Tidak mustahil Balqis yang masih hidup ini di dalam istananya yang diubah-ubah bagi tujuan tertentu.

23. Saya dan khadam-khadam jin saya berkomunikasi secara kod-kod. Saya mengenali mereka dengan kod-kod. Saya pergi ke London pun ada jin-jin di sana yang menawarkan diri untuk menjadi khadam-khadam.

24. Persoalanya khadam-khadam jin ini anak siapa? Anak-anak ifritkah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s