RISALAH LENGKAP TENTANG ILMU-ILMU MALAIKAT (الرسالة الكافة في علوم الملآئكة)

BAB: PENYAMARAN JIBRIL

1. Di dalam kitab al-Ishōbah Fi Tamyizi as-Sohābah, al-Imam al-Hāfiz Ibnu Hajar al-Asqolāni Jilid 2, Bil 2395, muka surat 331, Tahqiq oleh Khairi Said, al-Maktabah at-Tawfiqiyyah, Mesir,mengkategorikan Dihyah (دحية) sebagai salah seorang sahabat utama.

2. Nama penuh sahabat ini adalah Dihyah bin Khalifah bin Farawah bin Fudhōlah bin Zaid bin Umru’u al-Qais bin Khazraj bin Āmir bin Bikr bin Āmir al-Akbar bin Auf al-Kalbi.

3. Menurut beberapa riwayat bahawa Jibril apabila berjumpa Rasulullah s.a.w. dengan rupa Dihyah al-Kalbi. Diriwayatkan oleh an-Nasāie dengan sanad yang sahih. Riwayat at-Tabrāni menyebut Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa : ((كان جبريل يأتيني على صورة دحية الكلبي )) Maksud: (( Adalah Jibril mendatangiku dalam rupa Dihyah al-Kalbi)). Adalah Dihyah seorang lelaki yang kacak.

4. Beberapa pengajaran dari hadis ini ialah, pertama; Jibril datang mengajar Rasulullah s.a.w. [an-Najm: 5] dalam rupa sahabat yang kacak iaitu Dihyah al-Kalbi. Kedua; adalah keperluan kepada Jibril untuk menyamar sebagai spesis basyar yang sempurna (( بَشَرًا سَوِيًّا )) [Maryam: 17] kerana untuk mengajar Rasulullah s.a.w. Ketiga, malaikat Jibril itu sendiri dalam rupa asalnya adalah cantik sebagaima yang disifatkan oleh satu hadis oleh itu dia suka merupa dengan orang-orang terdekat Rasulullah s.a.w. yang kacak-kacak. 

Lihat Musnad Imam Ahmad bin Hanbal hadis no. 4248: 
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ مُوسَى ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، عَنْعَاصِمِ بْنِ بَهْدَلَةَ ، عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ ، عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ فِي هَذِهِ الْآيَةِ :وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى ، عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى سورة النجم آية 13 – 14 ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” رَأَيْتُ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَهُ سِتُّ مِائَةِ جَنَاحٍ ، يَنْتَثِرُ مِنْ رِيشِهِ التَّهَاوِيلُ الدُّرُّ وَالْيَاقُوتُ ” .

Dari Ibnu Mas’ud bagi ayat ini : وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى ، عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى سورة النجم آية 13 – 14 berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: ((Aku melihat Jibril s.a.w. bahawa baginya 600 sayap, bertaburan dari sayapnya perhiasan-perhiasan cantik dan batu-batu mulia.))

5. Apa yang perlu kita faham di sini ialah kadang-kadang Jibril mendatangani Rasulullah s.a.w. dalam rupa yang asing dan tidak dikenali oleh sahabat-sahabat. Lihat: Sahih Bukhari hadis no. 50; Sahih Muslim hadis no. 102.

6. Kalau dalam rupa asing kita boleh faham bahawa hanya Rasulullah s.a.w. sahaja yang mengenali dan sahabat-sahabat hanya mengenali selepas diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. bahawa orang asing itu adalah Jibril. Namun, bagaimana pula dengan rupa sahabat yang dikenali seperti rupa Dihyah al-Kalbi? Di manakah Dihyah al-Kalbi sebenar pada waktu itu? Bukankah ini akan mewujud dua identiti yang serupa dalam satu masa.

7. Di sini terletaknya pemahaman tentang disiplin ilmu menyamar. Untuk memahaminya kita bukan sahaja memahami apa yang tersurat di dalam teks tetapi apa yang tersirat di sebalik itu. Saya melihat Jibril juga ingin mengajar Rasulullah s.a.w. tentang ilmu menyamar kerana ada di kalangan sahabat adalah jin dan bunian yang juga berupaya menyamar. Rasulullah s.a.w. bukan sahaja diutuskan untuk spesis basyar (manusia) tetapi juga bagi spesis jin dan bunian. Lihat Syarah Aqidah at-Thohawiyyah.

8. Satu perkara lagi ialah bagaimana Rasulullah s.a.w. berinteraksi dengan Jibril yang sedang merupa seorang sahabatnya. Sedangkan hukum zahirnya Dihyah al-Kalbi adalah pengikut Muhammad s.a.w. tetapi yang sedang merupa sahabat itu adalah Jibril iaitu mahaguru [an-Najm: 5] kepada Rasulullah s.a.w. Di sinilah terletaknya rahsia tawadhuk Rasulullah dalam memperolehi ilmu sehingga dari ‘pengikutnya’ juga dia berguru.

KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: SYARAH TENTANG IFRIT-IFRIT (AFĀRIT) DAN KHADAM-KHADAM SUCI

1. Saya akan merekodkan tentang perjalanan rohani saya sendiri yang mana perjalanan saya bertembung dan bersilang dengan afārit dan khadam-khadam suci.

2. Tentang dalil-dalil dan penghujahan-penghujahan wujudnya usahasama antara spesis basyar dan jin-jin saya telah berbincang dengan panjang lebar dalam tulisan-tulisan yang lepas seperti ‘Malaysia Sebagai Kuasa Tentera Dunia: Pada Membangun Tentera Alam Ghaib Dan Zahir” serta “Rahsia Syarikat”.

3. Ketahuilah, setiap alter ego saya mempunyai 3 afārit yang menjaganya. Dan setiap afārit itu itu pula mempunyai 7 pengawal. Lihat Surah al-Jin: 1 tentang pengistilahan perkataan (نَفَرٌ).

4. Manakala setiap alter ego itu pula mempunyai khadam-khadam suci dari kalangan jin yang membantunya.

5. Pada awalnya saya menolak kerjasama ini kerana berpegang kepada ayat al-Jin:6. Tetapi saya akan dilihat seperti budak sekolah pada mata jin kerana masih dalam mempelajari dan perlu belajar lagi ilmu berkenaan jin.

6. Sehinggalah ada malaikat yang datang mengajar tentang rahsia ifrit dan khadam suci.

7. Seterusnya saya berfikir kenapa 3 afārit? Perjalanan rohani dan seni saya sebenarnya di 3 alam asas iaitu darat, laut dan udara. Dengan Alam Misal atau Alam Salinan atau Alam Duplikasi kepada alam asas itu. Oleh itu memerlukan spesis jin darat, laut dan udara.

8. Saya telah mengisahkan tentang sifat ifrit itu iaitu (وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ)(Dan sesungguhnya aku baginya adalah kuat lagi amanah)[an-Namlu:39]. Adapun tentang khadam suci saya telah mengisahkannya sebagaimana dalam hadis-hadis.

9. Khadam-khadam suci boleh terdiri dari khadam ayat, khadam benda dan khadam hari. Khadam ayat boleh datang dengan bacaan ayat-ayat tertentu atau mentera-mentera pusaka nabi-nabi terdahulu. Manakala khadam benda pula yang menjaga dan bersarang di benda-benda seperti buku-buku, permata-permata, senjata-senjata, kenderaan-kenderaan dll. Manakala khadam hari pula bergantung kepada pergerakan alam siapakah yang bertugas pada hari itu. 

10. Keupayaan saya boleh bertukar rupa mempengaruhi ifrit dan khadam suci yang mana harus bersama dengan saya.

11. Alter ego saya seorang pahlawan maka ifrit dan khadam suci yang bertugas adalah spesis pahlawan. Jika alter ego saya seorang ahli perniagaan maka mereka yang bertugas adalah ahli dalam perniagaan. Negarawan, ulamak dll begitulah seterusnya.

12. Moga-moga afārit dan khadam-khadam suci yang membantu saya dirahmati dan diberkati oleh-Nya.