KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: SYARAH TENTANG IFRIT-IFRIT (AFĀRIT) DAN KHADAM-KHADAM SUCI

1. Saya akan merekodkan tentang perjalanan rohani saya sendiri yang mana perjalanan saya bertembung dan bersilang dengan afārit dan khadam-khadam suci.

2. Tentang dalil-dalil dan penghujahan-penghujahan wujudnya usahasama antara spesis basyar dan jin-jin saya telah berbincang dengan panjang lebar dalam tulisan-tulisan yang lepas seperti ‘Malaysia Sebagai Kuasa Tentera Dunia: Pada Membangun Tentera Alam Ghaib Dan Zahir” serta “Rahsia Syarikat”.

3. Ketahuilah, setiap alter ego saya mempunyai 3 afārit yang menjaganya. Dan setiap afārit itu itu pula mempunyai 7 pengawal. Lihat Surah al-Jin: 1 tentang pengistilahan perkataan (نَفَرٌ).

4. Manakala setiap alter ego itu pula mempunyai khadam-khadam suci dari kalangan jin yang membantunya.

5. Pada awalnya saya menolak kerjasama ini kerana berpegang kepada ayat al-Jin:6. Tetapi saya akan dilihat seperti budak sekolah pada mata jin kerana masih dalam mempelajari dan perlu belajar lagi ilmu berkenaan jin.

6. Sehinggalah ada malaikat yang datang mengajar tentang rahsia ifrit dan khadam suci.

7. Seterusnya saya berfikir kenapa 3 afārit? Perjalanan rohani dan seni saya sebenarnya di 3 alam asas iaitu darat, laut dan udara. Dengan Alam Misal atau Alam Salinan atau Alam Duplikasi kepada alam asas itu. Oleh itu memerlukan spesis jin darat, laut dan udara.

8. Saya telah mengisahkan tentang sifat ifrit itu iaitu (وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ)(Dan sesungguhnya aku baginya adalah kuat lagi amanah)[an-Namlu:39]. Adapun tentang khadam suci saya telah mengisahkannya sebagaimana dalam hadis-hadis.

9. Khadam-khadam suci boleh terdiri dari khadam ayat, khadam benda dan khadam hari. Khadam ayat boleh datang dengan bacaan ayat-ayat tertentu atau mentera-mentera pusaka nabi-nabi terdahulu. Manakala khadam benda pula yang menjaga dan bersarang di benda-benda seperti buku-buku, permata-permata, senjata-senjata, kenderaan-kenderaan dll. Manakala khadam hari pula bergantung kepada pergerakan alam siapakah yang bertugas pada hari itu. 

10. Keupayaan saya boleh bertukar rupa mempengaruhi ifrit dan khadam suci yang mana harus bersama dengan saya.

11. Alter ego saya seorang pahlawan maka ifrit dan khadam suci yang bertugas adalah spesis pahlawan. Jika alter ego saya seorang ahli perniagaan maka mereka yang bertugas adalah ahli dalam perniagaan. Negarawan, ulamak dll begitulah seterusnya.

12. Moga-moga afārit dan khadam-khadam suci yang membantu saya dirahmati dan diberkati oleh-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s